Bila Pas Tengok Filem Mat Kilau


 

Saya tak terperanjat Pemuda PAS tengok filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” di pawagam di Kuala Lumpur. Sebab orang politik Melayu suka berkait atau dikaitkan dengan apa apa yang berunsur kemelayuan yang boleh dimanfaatkan untuk mengambil hati (baca mendapat sokongan) orang Melayu (baca pengundi Melayu).
Dan filem Mat Kilau sememangnya ada banyak elemen kemelayuan yang dikatakan membakar dan membangkitkan semangat orang Melayu. Sehingga ada pemuda Melayu (dan yang tidak beberapa muda) datang ke pawagam berbaju Melayu lengkap dengan sampin, capal dan pastinya tanjak. Oleh itu, Pemuda PAS pun datang menonton (tetapi tidaklah sampai bertanjak untuk menggantikan kopiah).
Salahkah mereka berbuat demikian? (maksud saya menonton filem itu, bukan kerana terus memakai kopiah dan bukan tanjak). Tentu tidak.

Sebenarnya, awal lagi (lebih tepat 18 Mei lalu) PAS sudah mempromosikan filem Mat Kilau yang mengisahkan penentangan pahlawan Pahang itu terhadap penjajah Inggeris. Promosi melalui platform media sosial PAS.
Promosi berbunyi: “Akan bermula ditayangkan pada 23 Jun 2022 di seluruh pawagam. Sudahkah anda bersedia?”. Sekali lagi ditanya: Salah ke PAS berbuat demikian? Sekali lagi jawapannya tidak.
Cuma apabila Pemuda Amanah Kelantan menempelak PAS berhubung ajakan mereka supaya orang ramai menonton filem itu, reaksi mereka (yakni sayap Pemudanya) mengundang pelbagai persoalan dan pertanyaan. Itu pada hemat sayalah.
Begini. Hazmi Hassan ketua Pemuda Amanah Kelantan menuduh PAS “seperti keliru dan hilang punca kerana mereka dulu mengharamkan pembukaan pawagam di Kelantan”. Dan sekarang dengan “tidak semena-mena” mengajak orang ramai menonton filem di pawagam.
Muncul Pemuda PAS membuka langkah mempertahankan parti. Kata mereka “sekiranya filem yang ditayang itu mempunyai barisan pelakon yang menutup aurat, dan penonton yang menjaga batas serta jalan cerita tidak menjurus kepada maksiat ia tidak dianggap haram”.
Diakui ada penonton yang “tidak menjaga batas” dalam pawagam. Orang Melayu Islam dan orang bukan Melayu bukan Islam.
Diakui ada filem yang ditayang di Malaysia menampilkan pelakon tidak tutup aurat. Tetapi nak tanya sikit ye: Adakah filem-filem yang ditayang di pawagam di seluruh negara ini “menjurus kepada maksiat?”.
Tidakkah Pemuda PAS tahu akan wujudnya Lembaga Penapis Filem yang ditubuhkan bawah Seksyen 4 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971 dan 2002) bertujuan “menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem sejajar dengan tuntutan prinsip prinsip Rukun Negara”.
Dengan singkatan LPF, lembaga ini turut dianggotai orang Melayu Islam yang “tegas” menguatkuasakan perundangan yang sememangnya sedia tegas dan keras.
Diakui soal filem “menjurus kepada maksiat” agak subjektif. PAS ada interpretasinya sendiri mengenai apa itu filem “menjurus kepada maksiat”. Oleh itu, jika ada rasa tidak puas hati sila ajukan kepada lembaga berkenaan atau Kementerian Dalam Negeri yang mengawal selia lembaga itu. Bukankah PAS sekarang duduk dalam kerajaan pusat?
Pemuda PAS juga berkata: “Kita tak setuju panggung wayang dibuka dekat Kelantan, selagi panggung wayang itu tak selesaikan bab-bab yang kita sebut tadi, bab yang bawa kepada haram tengok wayang”.
Tanya sikit lagi: Filem Mat Kilau jelas menepati “bab-bab” yang Pemuda PAS gariskan tadi. Jika tidak tepati takkan Pemuda PAS pergi menontonnya – betul tak? Oleh itu, bolehkah filem Mat Kilau (dan filem “bersih” sepertinya) ditayang di Kelantan? Atau dilihat pada satu lagi sudut – bolehkah pawagam dibuka di Kelantan khas untuk filem seumpama itu? Filem “bersih”.
Dan apabila Pemuda PAS mengatakan “selagi panggung wayang tak selesaikan bab-bab yang bawa kepada haram tengok wayang” adakah bermaksud pihak yang berhasrat membuka pawagam di Kelantan (jika ada) dianggap tidak upaya melaksanakan “bab-bab” yang PAS mahu?
Adakah mereka pernah diberi peluang membuktikan kemampuan mereka? Sekurang-kurangnya peluang untuk mengemukakan cadangan dan rancangan mereka?
Berkata lagi Pemuda PAS: “Kalau panggung wayang tu boleh asingkan tempat duduk lelaki perempuan, boleh set tiada tayangan semasa waktu solat, boleh pastikan cerita yang ditayang betul-betul patuh syariah, tak ada masalah kita setuju”.
Tanya lagi sikit: Tidak adakah mana-mana pihak yang boleh laksanakan itu semua di Kelantan? Pernahkah pihak berkenaan tampil menawarkan pelan dan berbincang? Atau adakah pintu perbincangan ditutup rapat di Kelantan? Tanpa boleh dibuka lagi? Semua ini ditanya kerana di Kelantan masih tidak ada pawagam. Sehingga masa ini.
Pemuda PAS bercakap pula mengenai keadaan di Terengganu (yang seperti Kelantan juga diperintah PAS). “Tengok Terengganu. Ada je panggung wayang. Dekat sana semua panggung wayang diasingkan tempat duduk lelaki, perempuan, keluarga. Dekat sana tiada cerita ditayangkan semasa waktu solat. Ada Pemuda PAS bantah? Kita raikan lagi”.
Syabas. Tetapi tanya lagi ye…Mengapa tidak diwujudkan pawagam seperti itu di Kelantan? Mengapa Terengganu boleh Kelantan tidak? Takkan Terengganu anak emas Kelantan anak tiri? Padahal PAS memerintah Kelantan lebih lama berbanding Terengganu. (bermakna PAS lebih kuat di Kelantan daripada di Terengganu). Harap bukan sebab presiden PAS orang Terengganu maka ia “diberi layanan istimewa”.
Pemuda PAS turut menjelaskan mereka membeli 20 tiket untuk menonton filem Mat Kilau di pawagam di Kuala Lumpur. Kena tanya lagi ye. Sikit je. Adakah pawagam di Kuala Lumpur menepati ciri yang ditetapkan PAS? Maksudnya adakah pawagam ibu negara tidak tayang filem pada waktu solat ? Adakah pawagam di Kuala Lumpur mempunyai tempat duduk khas untuk lelaki, perempuan dan keluarga? Adakah penonton lelaki diasingkan tempat duduk daripada tempat duduk perempuan?
“Kami beli 20 ‘seat’. Semua lelaki. Tak ada siapa duduk sebelah perempuan,” kata Pemuda PAS. Ertinya buat tempahan secara blok – ‘block booking’. Dua puluh orang duduk sederet. Semua lelaki.
Yang nak tanya siapa duduk di tempat duduk nombor 21? Lelaki ke perempuan? Mesti bukan orang PAS kerana Pemuda PAS tempah 20 tiket saja. Bagaimana pula deret tempat duduk di belakang? Dan di depan? Filem Mat Kilau filem ‘box office’. Mesti pawagam padat dengan penonton.
Pasti yang duduk di situ penonton lain (yang bukan group Pemuda PAS) lelaki dan juga perempuan? Boleh ke duduk depan dan juga membelakangi penonton perempuan? Ok ke berada dalam dewan sama dengan perempuan? Walaupun tidak duduk bersebelahan?
Dan jika tempahan blok seumpama itu dilakukan di Kuala Lumpur boleh ke dibuat di panggung wayang di Terengganu? Beli tiket untuk duduk sederet – semua lelaki atau semua perempuan. Maka tidak perlulah pawagam di Terengganu mengasingkan tempat duduk untuk penonton lelaki dengan perempuan. Begitu? Maaf sekadar tanya.
Untuk orang Kelantan terpaksalah pergi ke negeri lain untuk tengok aksi Mat Kilau lawan Inggeris.
Cukup sampai di sini. Saya dah lewat nak pergi tengok wayang. Bukan filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan”. Nak tengok “Split Gravy on Rice”. Filem tempatan juga. “Ke mana tumpahnya kuah” judulnya dalam bahasa Melayu. Tetapi rasanya orang PAS kurang minat filem seperti ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/bila-pas-tengok-filem-mat-kilau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syamsul Yusof Olah 90 Skrip Asal Filem Mat Kilau Demi Baiki Mutu Filem

Syamsul Yusof Olah 90 Skrip Asal Filem Mat Kilau Demi Baiki Mutu Filem

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 198 hits
Filem terbaru arahan Syamsul Yusof Mat Kilau berada dalam proses pembikinan yang agak lama sebelum pengarah Munafik tersebut terlibat dalam pembikinan filem berkenaan Filem Mat Kilau mendapat reaksi yang pelbagai daripada penggemar filem Ad...
Filem Musyrik Bakal Box Office Mengikut Jejak Filem Mat Kilau

Filem Musyrik Bakal Box Office Mengikut Jejak Filem Mat Kilau

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 165 hits
FILEM MUSYRIK BAKAL BOX OFFICE MENGIKUT JEJAK FILEM MAT KILAU Assalammualaikum semua Semenjak pelbagai sektor telah dibuka selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan negara bakal Endemik COVID 19 Industri perfileman tanahair juga rancak mengha...
Mat Kilau Semakin Hampir Atasi Munafik 2 Untuk Menjadi Filem Tempatan Paling Laris Sepanjang Zaman

Mat Kilau Semakin Hampir Atasi Munafik 2 Untuk Menjadi Filem Tempatan Paling Laris Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 149 hits
Nampaknya kedudukan tempat pertama dalam carta kutipan filem tempatan tertinggi sepanjang zaman bakal berubah apabila Mat Kilau mengumumkan jumlah kutipan terkini Sepanjang 11 hari tayangannya Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah mengumpul ...
Filem Mat Kilau Dan 35mm

Filem Mat Kilau Dan 35mm

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 308 hits
Filem Mat Kilau dan 35mm adalah penanda aras hari ini untuk pembikin filem belajar untuk fikir bagaimana untuk buat kutipan keduanya berjaya membuat kutipan yang memberansangka walaupun keduanya secara asas belum capai kos tetapi sudah meng...
Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun 2022

Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun 2022

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 242 hits
Sebuah filem biografik epik Mat Kilau akan menemui penonton mulai 23 Jun 2022 pada hari Khamis di 90 pawagam seluruh negara Jadi anda kini boleh mula dapatkan untuk menonton filem ini di pawagam Filem ini merupakan karya daripada pengarah t...
Tiba2 Muncul Sebab Filem Meletup Waris Mat Kilau Bukan Mahu Populariti

Tiba2 Muncul Sebab Filem Meletup Waris Mat Kilau Bukan Mahu Populariti

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 212 hits
Hampir memasuki tempoh dua minggu fenomena filem Mat Kilau terus mencatat sejarah tersendiri dengan meraih kutipan sebanyak RM47 juta setakat semalam Namun di sebalik kejayaan filem arahan Syamsul Yusof itu terdapat sisi berbeza yang menari...
Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 186 hits
Filem Syamsul Yusof terbaru Mat Kilau nampaknya mencetuskan fenomenanya yang tersendiri Di mana mana lokasi filem ini fullhouse dan ditonton lebih RM3 juta sepanjang 3 hari tayangan Tidak ketinggalan ramai selebriti memberikan sokongan terh...
Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 134 hits
Mengimbau kembali sejarah Tanah Melayu semasa Seri Wangi dalam alam persekolahan menengah dulu mata Pelajaran sejarah memang minat Bila dapat peluang menonton filem biografi epik Mat Kilau memanglah sangat teruja dan ingin melihat sejauh ma...
Mengharap Filem Mat Kilau Dibawa Keperingkat Antarabangsa

Mengharap Filem Mat Kilau Dibawa Keperingkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 321 hits
Saya nak menulis tentang filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dari perspektif sejarahnya pula Saya sangat berharap filem ini diangkat pula dalam bentuk drama epik bersiri Ia telah mengangkat jatidiri generasi hari ini berdasarkan kepada mak...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor