Ulasan Filem Mat Kilau
AZHAN UTHMAN
MAT KILAU YANG SERBA KACAU
Skrip Mat Kilau ditulis Shahruddin Dali, yang juga penerbit Studio Kembara dengan mendapat olahan pengarah Syamsul Yusof. Dalam satu sembang podcast aku dengar, awal lagi penulis beritahu, skrip Mat Kilau perlu sarat mesej.
Inilah masalah terbesar Mat Kilau bila awal2 penulisnya dah fikir pasal mesej. Bagi aku kalau nak mesej, tengoklah Tanyalah Ustaz, bukan tengok filem.
Maka jadilah Mat Kilau yang sedang kita tengok sekarang. Pendapat aku pasal Mat Kilau:
1. Dah banyak kali aku geram dengan Syamsul pasal hal skrip ni yang sudah tentu banyak dipelajarinya daripada Universiti Skop Production sampai aku syak Yusof Haslam jadi tukang pruf untuk setiap skrip yang Syamsul buat.
Kalau ikutkan Mat Kilau ni dah masuk period awal abad ke-19, dah masuk era Bahasa Melayu yang moden tapi masih asli.
Timeline pun dalam 3-4 generasi ke belakang. Maksudnya bahasa atuk ke moyang kita je. Boleh jadikan bahasa Mahathir sebagai rujukan. Jadi tutur bahasa tu masih lagi dalam lontar yang biasa kita dengar. Tak perlulah sampai nak rancak berpantun sana sini macam abad ke-15 dan 16. Dah macam tengok bangsawan jadinya.
2. Sepatutnya ada satu dua loghat asas Pahang digunakan, macam aok, keh, koi, kome, pepoh, hogoh. Tapi masih bukan isu besar bagi aku sebab Xerxes dalam Hollywood pun boleh cakap Inggeris. Tapi kalau ada, boleh berikan lebih fiil.
3. Didaktik keterlaluan. Mungkin inilah mesej yang mahu disampaikan penulis skrip Mat Kilau dan kebetulan kena pula dengan isim islamika dan Melayu gaya Syamsul yang menjadi2 sejak Munafik.
Maka masing2 watak berebut nak bersembang pasal orang Melayu tak bersatu sampai ke Kapten Syers pun join sekaki huha huha pasal Melayu tak bersatu. Lepas tu masuk kisah dan cabaran nabi. Melugai perut aku dengar.
Tapi dari segi konteks cerita, tak cerita pun tak bersatu sangat tu kat mana? Apa yang aku nampak, cuma konflik ketidaksetujuan orang kampung, dan pembesar pasal menentang British secara keras cara Mat Kilau. Takkan itu dah cakap tak bersatu?
4. Konflik kemudian memuncak sesama Mat Kilau dan Awang (Fattah) tentang strategi nak lawan British. Bagi aku cara Awang ada pintarnya. Dia beri janji orang Melayu tak kacau British dengan syarat British tak buat kacau.
5. Sebab bagi Awang, tindakan berdepan British secara 'rambo' hanya bagi banyak masalah kepada orang Melayu (krisis nyawa).
Jadi pelan Awang, dia buat macam tu supaya ada peluang curi senjata British yang jadi punca orang Melayu susah menang.
Sampai satu tahap aku nampak Mat Kilau pulak yang gopoh duk ingat orang lain pengkhianat dan tak nak bersatu sebab tak setuju cara 'rambo' dia. Huk aloh poh palawei.
6. Adi Putra ialah Jai KL Gengster dalam universe Mat Kilau. Pantun2 pendek, dengung dan idgham Jai sangat pekat bunyinya. Mujurlah tak ada rokok daun di hujung bibir (dan spek itam).
7. Beto yang patut jadi Mat Kilau. Lontar dan lenggok tutur Beto lebih dinamik dan emosional. Teknikal silat Beto lebih smooth.
Aku rasa Adi Putra dipilih sebab fizikalnya yang maskulin, termasuk kronisme Syamsul walaupun sosok Beto nampak lebih lean, cerdas, dan tangkas yang sesuai dengan karakter pesilat tulen. Adi lebih kepada MMA. Haha.
8. Tak nampak sisi heroik Mat Kilau, selain babak atas jeti baca nota. Ruang kreatif filem tak dieksploitasi Syamsul dengan baik untuk menampakkan kepintaran seorang Mat Kilau.
Kalau ada adegan Mat Kilau tengah brief taktikal gerila dengan team dia untuk cara nak lawan askar British yang bersenapang dan meriam, pasti aksi filem ni akan jadi lebih seru.
Sudahnya, kita cuma dapat tengok babak perang rambo yang klise, lawan bersemuka angkat senjata dan tulang empat kerat. Bila dah nak kalah, datang pula satu batalion orang kampung bekap. Padahal Mat Kilau yang aku kenal aksinya macam siluman. Tau tau perut bocor kena rodok.
9. Benda patut dipuji. Syamsul fiksyenkan British sebagai penjajah yang brutal. Walaupun faktanya British ni lembut, gentleman dan lebih kepada licik.
Tapi bila Syamsul jadikan British jahat serupa Jepun dan Siam, ini aku tabik. Idea2 pelik di luar jangka macam ni yang aku mahukan. Aku rasa ini filem Melayu pertama yang gambarkan British sebagai puak barbarian yang lapar darah.
Babak bini Wahid yang hamil kena rodok sampai mati mengingatkan aku pada cerita2 Perang Musuh Bisik ketika askar Siam membelah perut perempuan Melayu dan keluarkan anak dari perut selepas berjudi meneka bayi laki atau perempuan.
Babak Mat Kilau memeluk dan menepuk belakang Wahid yang lihat bini dia dibunuh sangat mengesankan. Kesan drama dalam babak ini setanding Ustaz Adam 'disalib' atas palang dalam Munafik 2. Memang pehhh.
10. Prop ala kadar dan cincai. Berlawan macam nak rak, baju dan muka masih berkilat serupa memasing ada tiga set baju masa berlawan. Kemudian ada time break untuk tukar baju dan sambung lawan balik. Baju maintain tak koyak.
11. Tegang sepanjang masa. Sinematografi out. Pung pang pung pang tak ketahuan hala. Lepas tu ada babak berjalan masuk frem serupa gengster. Betullah orang cakap serupa KL Gengster versi purba abad ke-19.
12. Tajuk sesuai: 'Kisah Mat Kilat dan Rakan-Rakan Melawan British yang Dilupakan'.
13. 5.5/10. Poin 0.5 ditambah atas kejayaan membrutalkan British.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/06/ulasan-filem-mat-kilau.html