Lingga Trip 3 Hari 2 Malam Di Daik Bunda Tanah Melayu


Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Yang Baik Dikenang Juga

Betapa indahnya Bahasa Melayu dalam pantun lama yang sering digunakan dalam penutup bicara. Kata-kata penghargaan dan terima kasih diungkapkan dengan sangat lembut dan malar hijau hingga kini. Pantun ini berkait dengan kehidupan masyarakat nusantara ketika itu.
Nama tempat di dalam pantun terkenal ini bukan direka tetapi sememangnya wujud. Tiba-tiba teringat satu dialog dalam filem lama lebih kurang berbunyi begini, "...si polan sudah pulang ke Daik". Ingatkan Daik tu semacam baruh/darat heheh... betapa ceteknya pengetahuan geografi kita wak. 
Pulau Pandan itu memang jauh ke tengah, tidak banyak pokok dan tidak dihuni manusia. Ia hanyalah sekadar tempat berteduh nelayan dalam cuaca buruk. Manakala Gunung Daik pula masih bercabang tiga walaupun penduduk mempercayai puncak yang dinamakan Cindai Menangis telah patah. Cindai Menangis ini sebelum patah/runtuh dinamakan Cindai Manis, lebih redah daripada puncak pertama yang dinamakan Gunung Daik dan kedua, Pejantan. Jarang orang panjat sampai ke puncak Gunung Daik yang tegak tu.

Daik merupakan salah satu kelurahan yang ada di kecamatan Lingga, Kabupaten Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia. Wilayah Lingga itu dibentuk oleh 377 pulau dengan hanya 92 dihuni manusia, wilayah yang dulu menggabungkan Johor-Riau-Lingga yang termasuk Temasek (Singapura) di dalamnya. Ia menjadi pusat pemerintahan Kabupaten Lingga. Sultan Mahmud Riayat Syah III adalah pemerintah kerajaan Johor Pahang Riau Lingga XVI yang memindahkan pusat kerajaan dari Hulu Riau ke Daik Lingga pada 1787


Lingga di dalam kepulauan Melayu (Malay Archipelago)Kesultanan Riau-Lingga dikatakan pernah menjadi pusat keilmuan dan persuratan Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Hingga kini masyarakatnya menggunakan bahasa dan adat istiadat Melayu yang hampir keseluruhannya sama dengan yang diamalkan di Malaysia

Sebelum dilaksanakan sistem pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris dan Belanda, kita semua bebas bergerak ke mana sahaja tanpa pas perjalanan. Maka tidak hairanlah kaum Melayu itu berada di merata tempat, selain disebabkan oleh kesultanan Melayu itu sendiri yang menyambung sistem beraja yang runtuh di Melaka

Berdasarkan sejarah rasanya laluan air ini sangat penting dan sibuk beberapa kurun yang lalu. Sekarang pun ia merupakan satu satunya alat perhubungan untuk ke pulau-pulau kecil di kepulauan Riau cuma feri dan botnya yang digunakan lebih laju sesuai dengan kemajuan manusia. Pulau-pulau yang jauh dari tanah besar dan kesibukan manusia ini kebanyakannya bersih dan jernih airnya

Setelah berpeluang ke sini barulah aku faham bagaimana keadaan dan perasaan sebahagian penduduk di Sabah dan Sarawak yang hanya boleh menggunakan jalan air pulang ke kampung halaman atau bekerja. Frekuensi perjalanan yang terhad sudah pasti memberi kesan terhadap kualiti masa dan hidup mereka. Begitu juga kisah pekerja Indonesia di kampung yang menceritakan untuk ke kampungnya kena naik feri berjam-jam dari Batam. Kini aku faham. Hah adik-adik, kalau nak kahwin dengan orang Indonesia boleh try tanya akak lokasi kampungnya. Banyak tempat akak dah pergi di pulau Sumatera dan Jawa, bolehlah agak agak jarak perjalanan kot 😃

3 hari 2 malam di DaikUntuk ke sini kami menaiki charter boat dari Pulau Batu Belubang selama 45 minit dan mendarat di Jeti Sei Tenam. Dah petang sunyi je di sini. Perasaan aku masa tu, eh... memang kat sini ke

Perjalanan dengan van selama kira-kira 45 minit membawa kami ke Air Terjun Resun. Waahhh.... cantik! (tapi tak mandi 😞) Nak mandi kat tempat cenggini kena santai santai... nak tukar baju bra spender seluar tudung semua ambil masa. Orang lelaki lainlah boleh tukar kat situ je. Kami tak naik pun ke bahagian atas, entah entah lagi cantik pemandangannya. Fasilitinya lengkap dengan tandas, gerai dan surau. Sekejap je kami di sini tapi arghhh... geram betul tengok air terjun tu. 



Kemudian kami dibawa ke Pancur, sebuah perkampungan air. Kebetulan cuti Chinese New Year jadi jalan dihias dengan tanglung dan banyak rumah yang bercat baru. Tahun baru Imlek menghimpunkan keluarga jauh dan dekat, seronok tengok mereka lepak reramai di beranda. Kawasan tu pun nampak cantik dengan lampu merah bergantungan. Aku rasa ramai jutawan di kampung ni sebab swiflet farm besar

Kami checked-in di Alton Inn, Pancur. Hauk laa...berus gigi takde takpelah ada bawa sendiri punya, towel pun takde.. dan takde orang pula nak selesaikan masalah tu. Nak kata memang tak disediakan ada pula amaran kalau handuk hilang kena bayar sekian sekian jumlah 😧 Satu bilik share dua orang tapi hanya dua bilik sahaja yang ada air-cond waduh waduhhh... gimana sih? Bilik berkipas no problem kalau seorang tapi untuk dua orang? Biar bener,,. tak ke berkuap? Mujur ada bilik ekstra jadi aku pindah duduk sensorang, yang sorang lagi gi bilik kawan yang ada air-cond tu. Mata aku pula tak mahu lelap sampai pukul dua pagi (3am waktu Malaysia) aduh... jenuh. Kerja buka tutup lampu je lah, mujur beli simkad sana dapatlah browse memacam. Dalam masa tu tiga kali berulang ke toilet walaupun dok berjimat minum air mineral setengah botol kecik tu. 
Toilet tu satu hal lagi, satu jenis cangkung satu duduk (di tingkat atas dedua jenis cangkung), yang duduk tu muat muat punggung je... nak cebok kena turun bawah hahahah.... haishh... aku memang tak gunalah yang cangkung tu. Kolahnya pula share untuk dua bilik air/tandas, kiranya kau tahulah apa 'bisnes' orang sebelah euww.. Tu belum lagi apa benda entah yang melekat di lantai yang dah nak sama tinggi dengan mangkuk tandas tu. Geli pula aku nak boh gambar kat sini. 
Tak tahulah siapa yang jaga budget hotel tu, tak nampak pun receptionist. Aku memang tak boleh tolerate lah bab toilet ni. Banyak dah hotel dan hostel aku stay tapi yang ni memang berlainanlah hahaha... (sekarang gelak, hari tu bengkek je hati)

Malam tu selepas makan kami dibawa ke acara sambutan imlek di sebuah klenteng.  Sebelum orang lain balik aku dah balik sensorang 💪💪
Keesokannya jam 5.15 aku dah bangun dan terus mandi. Aku memang jenis bangun terus mandi nak nak kalau stay tempat jenis shared bathroom camni. Memula nak terus keluar tapi teragak-agak, dah nak siang benar baru keluar menuju ke jeti. Sayang betul tak dapat ambil gambar masa matahari baru terbit tu.

Good morning Pancur


Mataari dah tebit agak tinggi waktu ni

Pancur ni lengkap dengan balai polis, pos tentera, jabatan laut dan sebagainya. Tempat menunggu feri pun di depan tu je. Penduduknya multibangsa walaupun di kawasan sepanjang jalan ke hotel tu nampak banyak rumah kaum Tionghua. Azan berkumandang lima kali sehari.

Pemandangan pagi di Pancur cantik. Bukit-bukau yang hijau mengindahkan landskapnya. Orang yang menunggu feri, nelayan yang menjala ikan, bot-bot besar yang turun ke laut, anak-anak sekolah...semuanya menjadikan Pancur itu indah. Ditambah lagi beburung yang mula terbang mencari rezeki... rasa tenteram je... Udara pun bersih di sini. Nyaman!

Bila melihat anak-anak menaiki bot untuk ke sekolah terasa hebatnya semangat anak-anak tu, tabah sungguh. Semoga menjadi manusia berguna, dik. Nak senang memang selalunya kena bersusah-susah dahulu barulah hati kuat seperti buluh, tetap gagah berdiri walau melentur mencecah tanah ditiup ribut.


Selepas breakfast aku dan tiga orang lagi participants dari Batam minta seorang pakcik tu bawa kami pusing Pancur naik perahu tradisional. Asyikkk banget! Suspen jugalah, dahlah takde life jacket. Lucunya sewaktu dalam perahu tu ada penduduk yang sedang lepak-ing menegur.

"kamu dari mana?""Batam!" hahahah... semua gelak. Macam jauh sangat memasing, beriya ambil gambar dan shoot video 😁😁

Mengikut pemerhatian aku Pancur ni sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan jika cadangan ini boleh dipertimbangkan:
1) Sampah tidak dibuang ke dalam sungai/laut2) Rumah dicat cantik seperti Kampung Warna-warni Jodipan di Surabaya3) Kuliner kena mantap4) Ada industri kecilan yang menarik

Tengah syok cruising dapat mesej suruh check-out, sentap sis. How I (we) wish were given proper itinerary for us to manage our time so that we can explore more. Bukan senang nak sampai sini, dua kali bertukar bot.

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah bergadai nyawa..


 

Selepas check-out kami dibawa ke destinasi lain menggunakan bot melintasi hutan paya bakau yang agak luas juga. Sebenarnya boleh je ikut jalan darat cuma nak merasai sendiri jalan laut seperti orang dedulu. Sebelum zaman moden ni itulah saja pengangkutan yang ada. Raja ke.. rakyat marhaen ke.. naiklah sampan tu, kayuhlah dengan tenaga empat kerat.


Sesampainya di Dermaga Resun ada beberapa orang driver ojek sedang menunggu penumpang. Kami dibawa ke Muzium Linggam Cahaya dengan van semalam


Di muzium ini dipamerkan susur galur keluarga diraja Riau-Lingga-Johor-Pahang. Menarik untuk kita belajar tentang sejarah kesultanan Melayu tapi kena allocate at least dua jam di sini. Banyak juga bahan pameran, ada yang dihadiahkan oleh penduduk untuk dipelajari generasi akan datang. Kita pun kalau ada barang lama yang ada nilai sejarah atau rare dan rasa tak boleh menjaganya eloklah dihadiahkan kepada muzium. Sudah tentulah mereka akan menjaganya dengan baik.

Antara bahan pameran lain ialah peralatan berkhatan, al quran yang berusia melebihi seratus tahun, barangan perhiasan perak dan tembaga, barangan seramik dari Dinasti Ming dan Yuan, rangka paus dan caping. Tahu tak caping tu apa?? Cuba google hahahah... renyahnyalah anak raja ni, nak mandi pun pakai caping.

Muzium Linggam Cahaya. Dari sini boleh nampak Gunung Daik


Bawah kiri sekali tu lah caping

Nampak dua puncak je kan

Waktu beroperasi:
Isnin-Khamis   8 pagi - 4 petang
Jumaat             8 pagi-11.30 pagi
                        1 - 3 petang WIB
Sabtu & Ahad  8.30 pagi - 4 petang WIB

Kami lunch di Warung Friska. Aku recommend hang makan kat sini sebab semua sedap, sampaikan aku boleh termakan jering huhuu... first time akak makan ulam jering, kita tak suka walaupun orang kata sedap. Mujur sempat stop awal, kalau tak kang 'semerbak' toilet hahaa..

Kebetulan hari Jumaat, pelajar sekolah dan penjawat awam semuanya memakai baju Melayu. Tak tahu nak gambarkan perasaan, pelikkah? kagumkah? Berada di Indonesia berbelanja menggunakan matawang rupiah tetapi bahasa dan tradisi Melayu diamalkan di kepulauan Riau ini.


Selepas solat Jumaat kami melawat Situs Istana Damnah yang dibina pada tahun 1860 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II (1857 - 1883). Kesan tinggalan sejarah pemerintahan kerajaan Melayu melambangkan kegemilangan sistem beraja ketika itu. Tapak istana lama ini hanya tinggal stuktur batu asas, tangga, tembok pagar dan tembok menempatkan pengawal pintu istana. Baru bahagian balairong seri, itupun dah besar sangat di zaman tu. Tapak istana yang menempatkan keluarga sultan terletak di belakangnya. 100 meter dari Situs Istana Damnah didirikan replika istana mengikut struktur asal. Jadi kita boleh bayangkanlah bagaimana keadaan asal istana tu.




Replika Istana Damnah.
Selepas itu kami ke kawasan riadah di sebelahnya Wisata Pemandian Lubuk Papan dan kemudian ke Pantai Pasir Panjang Karang Bersulam. Air laut di sini pun cantik. Ada seorang nelayan tu seorang diri je ambil kayu panjang di pantai untuk dibuat kelong di laut. Gigih.

Wisata Pemandian Lubuk Papan. Sepi di musim kemarau.
Pantai Pasir Panjang Karang Bersulam

Petang itu kami mendaftar masuk di Hotel Lingga Pesona di pekan Daik. Barulah lega rasanya dapat tempat yang sempurna... Pekan Daik di belakang hotel ni je tapi pekan kecillah sebab pernah berlaku kebakaran besar tahun 2017 dulu. Ajaibnya sungai di sini sangat bersih walaupun berada di belakang penempatan manusia. Driver kami kata ada tukang kutip sampah but seriously, BERSIH.

Malam kedua kami makan malam di Pancur lagi... punyalah jauh nak makan nasi sepinggan sejam baru sampai, pergi balik dah dua jam. Sampai sana tercangak-cangak tak tau mende - makan - balik. Tak tahulah what was the rationale behind it sedangkan ada je kedai makan dekat hotel tu. Boleh lepak sampai tengah malam lagi sambil ngobrol sama masyarakatnya 😑😴
The next day as early as 7am we checked-out from the hotel. Sambil menunggu sarapan dihidangkan sempatlah aku melawat Masjid Sultan Lingga yang didirikan oleh Sultan Mahmud Syah III pada awal 1801. Kolam besar tempat mengambil wuduk masih dikekalkan tetapi tidak digunakan lagi. Lama betul kolam tu wujud.

Di belakang masjid, ada 29 makam menempatkan ramai tokoh, termasuk Sultan Mahmud Riayat Syah III yang digelar sebagai Marhum Masjid Makam Sultan Mahmud (1761-1812) dikelilingi tembok 1.5 meter diperbuat daripada bata lama. Baginda adalah pemerintah kerajaan Johor Pahang Riau Lingga XVI yang memindahkan pusat kerajaan dari Hulu Riau ke Daik Lingga pada 1787.

Masjid Sultan Lingga
 Gunung Daik yang bercabang tiga

Kepulauan Riau, sejarah kesultanan MelayuSebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Sultan dan waris keturunan kesultanan Melayu Melaka bersemadi di Daik, kabupaten Lingga. Pada zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Johor Riau Lingga, pusat pentadbirannya terletak di Pulau Daik. Kemudian dalam satu perjanjian Belanda ambil wilayah jajahan Inggeris di Indonesia manakala Inggeris mengambil-alih milikan Belanda di Tanah Melayu

Kita sepatutnya berbangga dengan ALAM MELAYU, wilayah yang sebenarnya paling luas dan kaya di dunia. Namun kita tetap miskin kerana alpa dan tidak amanah dengan nikmat yang Allah anugerahkan

Orang Melayu dahulu mengembara dan berdagang. Mereka kuat berusaha dan rajin mencari rezeki memperbaiki ekonomi keluarga. Bangsa Melayu juga telah memiliki meriam ketika melawan penjajah dahulu (ada kisahnya di Bukit Malawati, Selangor), bukan seperti kepercayaan ramai berlawan dengan pedang dan tombak semata. Orang Melayu dilabel pemalas oleh Inggeris kerana mereka menolak untuk didiskriminasi menjadi pelombong dan pekerja bawahan dengan imbuhan yang sedikit, tidak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan. Eh, ingat orang Melayu tak pandai mengira untung rugi ke

Masih tak percaya bahawa bangsa Melayu itu ramai yang rajin? Bukankah datuk, nenek dan moyang kita yang bekerja kampung tu kebanyakannya ada tanah berekar-ekar? Malaskah mereka

Tiket balik dari Jeti Sei Tenam ke Telaga Punggur di Batam kalau tak silap IDR125,000 seorang. Kami ke Daik dari Pulau Batu Belubang menggunakan charter boat. Perjalanannya begini Pulau batu Belubang- Jeti Sei Tenam (Daik)- Jeti Telaga Punggur (Batam)

© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/02/lingga-trip-3-hari-2-malam-di-daik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Dan Islam Tanah Melayu 9166

Melayu Dan Islam Tanah Melayu 9166

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 624 hits
kerengga pada 7 jam yang laluMAHFUZ OMAR ULASAN Pengerusi Pakatan Harapan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya hari ini mendakwa Presiden Parti Islam Se Malaysia Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika mengadakan pertemuan ...
Konvensyen Pastikan Tanah Rizab Melayu Terjamin

Konvensyen Pastikan Tanah Rizab Melayu Terjamin

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 299 hits
Konvensyen pastikan Tanah Rizab Melayu terjaminPosted By on March 01 2019Konvensyen Tanah Rizab Melayu 2019 merumuskan sembilan resolusi termasuk menubuhkan Lembaga Nasional Tanah Rizab Melayu bagi menyelaras bentuk penggunaan mengawal tran...
Tak Hanya Jokowi 4 Pejabat Indonesia Pernah Blusukan Malam Hari

Tak Hanya Jokowi 4 Pejabat Indonesia Pernah Blusukan Malam Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 282 hits
Jokowi dan beberapa pemimpin daerah lainnya kerap melakukan blusukan malam hari Siapa saja
Paket Wisata Danau Toba Selama 3 Hari 2 Malam Harga Termurahhh

Paket Wisata Danau Toba Selama 3 Hari 2 Malam Harga Termurahhh

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 326 hits
PAKET TOUR MEDAN BERASTAGI PARAPAT DANAU TOBA PULAU SAMOSIR 3 HARI 2 MALAM 1 malam di danau toba international cottage parapat superior lake view room 1 malam di swiss belin hotel medan superior roomtiba di bandara kualanamu medan disambut ...
Hari Ini Tarikh Keramat Buat Tanah Wakaf Abdul Couder P Pg

Hari Ini Tarikh Keramat Buat Tanah Wakaf Abdul Couder P Pg

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 589 hits
Sekejam kejam Yahudi Kejam lagi Majlis Agama Islam Pulau Pinang Minda RakyatIngat tuan tuan tanggal 14hb Feb ialah satu tarikh pembunuhan umat islam beramai ramai dan kini ditukar sebagai Hari Kekasih hari ini juga satu tarikh keramat buat ...
Menengok Kehidupan Warga Kampung Tambak Lorok Dikunjungi Jokowi Malam Hari

Menengok Kehidupan Warga Kampung Tambak Lorok Dikunjungi Jokowi Malam Hari

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 277 hits
Sejak lima tahun terakhir kampung itu sudah berbenah menjadi lebih tertata dan bersih Padahal sebelumnya Tambak Lorok dikenal kumuh dan semrawut
Jokowi Tetap Dikawal Paspampres Saat Blusukan Malam Hari Di Tambak Lorok Semarang

Jokowi Tetap Dikawal Paspampres Saat Blusukan Malam Hari Di Tambak Lorok Semarang

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 340 hits
Moeldoko menyebut Danpaspampres juga ada dalam kunjungan Jokowi Paspampres kata dia tidak ingin mengambil risiko jika Presiden jalan sendiri tanpa pengawalan
4 Hari 3 Malam Full Itinerary Bandung Indonesia

4 Hari 3 Malam Full Itinerary Bandung Indonesia

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 628 hits
4 HARI 3 MALAM FULL ITINERARY BANDUNG INDONESIA Assalamualaikum Selamat sejahtera semua Sebelum cerita percutian ke Bandung Indonesia kami basi ada baiknya mummy share terus 4 HARI 3 MALAM FULL ITINERARY BANDUNG INDONESIA Mummy pun adakalan...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang