Peneroka Felda Bukit Goh Rasa Menyesal Pajak Ladang Menjadi Lombong Bauksit



KUANTAN – “Kami mahu buka buku baharu, tolonglah bantu kami,” kata Mohd. Azlan Mustafa, 39, yang merupakan generasi kedua Felda Bukit Goh di Kuantan dan hilang pendapatan hampir enam tahun lalu
Menurutnya, aktiviti perlombongan bauksit tersebut telah menyebabkan separuh daripada tanah ladang sawit milik keluarganya dilaksanakan aktiviti perlombongan, manakala separuh lagi hanya sempat ditebang sawit sebelum moratorium dikuatkuasakan.
Susulan itu kata Mohd. Azlan, pelaksanaan moratorium menyebabkan dia dan adik beradiknya kini hilang punca pendapatan daripada ladang sawit berkenaan yang kini bertukar menjadi semak samun.
“Kini hanya saya yang tinggal di rumah Felda selepas abang meninggal dunia, manakala adik-beradik yang lain keluar dari sini mencari rezeki di tempat lain.
“Saya juga terpaksa mencari kerja lain dengan pendapatan yang tidak menentu.
“Jadi saya dan generasi muda lain amat mengharapkan supaya ladang yang ada dapat dibangunkan atau ditanam semula agar tidak terbiar dan memberi pendapatan kepada kami,” katanya di sini semalam.
Menceritakan mengenai perlombongan bauksit, Mohd. Azlan berkata, dia dan adik-beradiknya bersetuju melaksanakan perlombongan bauksit bermula 2015 selepas ramai peneroka lain berbuat demikian.
Katanya, bagi memastikan penanaman semula sawit dapat dilakukan mereka juga telah membayar sebanyak RM41,000 kepada Felda sebagai bayaran untuk penanaman semula pada masa akan datang.
“Sebenarnya duit daripada bauksit memang tidak banyak sebab kami terpaksa bahagi kepada lima bahagian, malah ia juga memang tidak dapat disimpan kerana bayaran diberi sedikit demi sedikit contohnya RM6,000 sekali seminggu,” katanya.
Dalam pada itu Zakaria Ismail, 48, berkata, meskipun tidak terlibat dalam perlombongan bauksit, namun pendapatannya juga terjejas memandangkan pokok sawit terlalu tua dan tidak dapat mengeluarkan hasil banyak.
Luahnya, ladangnya yang mempunyai pokok sawit berusia 25 tahun itu juga terkeluar daripada program penanaman semula Felda memandangkan terletak berhampiran kawasan perlombongan bauksit.
“Saya harap kerajaan dapat membantu kami kerana jika ­dibiarkan mungkin tanah ini akan menjadi kawasan hutan terbiar dan merugikan semua pihak, buatlah apa sahaja asalkan memberikan faedah kepada penduduk,” pintanya.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Gagasan 2 Generasi Kuantan (G2G), Jefri Salim berkata, seramai 402 peneroka terjejas selepas terkeluar daripada program penanaman semula ekoran bauksit.
Katanya, peneroka terlibat juga menyesal dengan kejadian ‘tragedi bauksit’ dan mengha­rapkan sinar baharu agar ladang yang ada dapat memberikan ha­sil kepada mereka dan generasi akan datang.
“Kalau hendak tanam semula sendiri memang peneroka tidak mampu dan kalau ditanam pun belum tentu tumbuh subur kerana masalah tanah.
“Jadi antara cadangan lain mungkin boleh dilakukan adalah lembah solar yang menjanjikan pendapatan awal RM3,000 sebulan,” ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/09/peneroka-felda-bukit-goh-menyesal-pajak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Menyesal Ren Kongsi Perasaan Bergerak Solo Selepas Tinggalkan Nu Est

Saya Tak Menyesal Ren Kongsi Perasaan Bergerak Solo Selepas Tinggalkan Nu Est

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 199 hits
Setelah 10 tahun bersama dengan ahli NU EST Ren nampaknya telah membuka langkah sebagai penyanyi solo menerusi agensi Big Planet Made ARTIKEL BERKAITAN Dalam satu temu bual yang dilakukannya bersama agensi Big Planet Made Ren mendedahkan pe...
Saya Sedang Tunggu Dengan Gembira Bakal Jadi Bapa Hyun Bin Luah Rasa Teruja

Saya Sedang Tunggu Dengan Gembira Bakal Jadi Bapa Hyun Bin Luah Rasa Teruja

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 202 hits
Umum pasti mengetahui bahawa pasangan Hyun Bin dan Son Ye jin bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Pada 1 Ogos Hyun Bin telah terlibat dengan satu temu bual di mana dia berkongsi tentang filemnya akan datang Confidential ...
Kejap Macam Nak Keluar Kejap Tak Nak Jihan Muse Dah Rasa Debaran Bersalin

Kejap Macam Nak Keluar Kejap Tak Nak Jihan Muse Dah Rasa Debaran Bersalin

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 270 hits
Setelah lama mendiamkan diri pengacara versatil Jihan Muse berkongsi perkembangan terbarunya yang kini sedang menanti kelahiran anak kedua tak lama lagi Dijangka bakal bersalin bulan ini isteri kepada Ungku Hariz turut memohon doa yang baik...
Hiburan Tak Ada Timbang Rasa Ibu Lumpuh Seluruh Badan Terpaksa Diusung Ambulans Untuk Renew Kad Bank

Hiburan Tak Ada Timbang Rasa Ibu Lumpuh Seluruh Badan Terpaksa Diusung Ambulans Untuk Renew Kad Bank

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 196 hits
Sebuah perkongsian di media sosial baru baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila seorang individu ada memuat naik video memaparkan seorang warga emas telah diusung menggunakan ambulans hanya kerana ingin memperbaharui kad bank milik...
Tom Gv9 Menyesal Ada Tatu Ramai Ingat Dia Bukan Islam Ia Khilaf Lama

Tom Gv9 Menyesal Ada Tatu Ramai Ingat Dia Bukan Islam Ia Khilaf Lama

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 361 hits
Penyanyi Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui dia berasa kesal apabila membuat tatu pada ketika dahulu sehingga menyebabkan ramai memberi tanggapan negatif kepada dirinya Menerusi laporan harian metro Tom yang juga ...
Ayah Kena Buat Beberapa Perkara Pada Anak Supaya Tak Menyesal Di Kemudian Hari

Ayah Kena Buat Beberapa Perkara Pada Anak Supaya Tak Menyesal Di Kemudian Hari

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 240 hits
Menjadi seorang ayah bermakna ada tugasan yang berat perlu dipikul di bahu dan semestinya ia bukan tugas yang mudah Lakukan beberapa perkara ini untuk anak anak sementara ia masih kecil supaya mereka menjadi insan yang berguna kelak Ikuti p...
Cara Pajak Emas Di Arrahnu

Cara Pajak Emas Di Arrahnu

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 228 hits
Dengan keadaan ekonomi sekarang ramai orang mengambil jalan untuk menggadai dan memajak emas yang mereka ada Jadi untungnya ada emas di dalam simpanan kerana jika di waktu terdesak kita boleh menjual atau memajak antara contoh tempat yang m...
Elak Letak Bayi Tepi Katil Jangan Menyesal Doktor Kongsi Kes Kematian Mengejut Paling Tak Boleh Diterima Ibu Bapa

Elak Letak Bayi Tepi Katil Jangan Menyesal Doktor Kongsi Kes Kematian Mengejut Paling Tak Boleh Diterima Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 247 hits
Tahukah anda tempat tidur bayi merupakan salah satu tempat yang berisiko menyebabkan kematian pada anak Mungkin ada ibu bapa yang tidak terfikir tentang perkara ini kerana tempat tidur dirasakan tempat yang selamat untuk bayi namun sebalikn...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co