Elak Letak Bayi Tepi Katil Jangan Menyesal Doktor Kongsi Kes Kematian Mengejut Paling Tak Boleh Diterima Ibu Bapa


Tahukah anda tempat tidur bayi merupakan salah satu tempat yang berisiko menyebabkan kematian pada anak?
Mungkin ada ibu bapa yang tidak terfikir tentang perkara ini kerana tempat tidur dirasakan tempat yang selamat untuk bayi namun sebaliknya boleh berlaku jika anda tidak menitikberatkan keselamatan tempat tidur untuk bayi.

Bagaimana cara untuk pastikan bayi anda selamat ketika tidur? Ikuti perkongsian Dr. Lim ini.
TIPS KESELAMATAN TIDUR BAYI
Salah satu nasihat penting yang saya terangkan kepada semua ibu bapa baru sebelum balik adalah tentang keselamatan tempat tidur. Kebanyakannya amat terkejut dengan saranan saya dan ada yang keliru kerana anak-anak sebelum itu sihat sahaja.
Kematian kot ataupun lebih dikenali Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS – Sudden Infant Death Syndrome) dapat berlaku kepada sesiapa pun dan salah satu penyebab utama adalah tempat dan cara tidur bayi yang tidak selamat.
Di Amerika Syarikat sahaja terdapat hampir 3500 bayi meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh SIDS. Kebanyakannya berlaku pada umur kurang daripada 6 bulan, terutamanya pada umur 2 hingga 4 bulan. Tiada statistik yang kukuh dicatatkan di Malaysia tetapi kes tetap berlaku setiap tahun.
TIPS KESELAMATN TIDUR BAYI
1️.Sentiasa tidur MENELENTANG (Sleep on Back) sebelum umur 1 tahun
🔹ELAK TIDUR TEPI ATAU MENIARAP!
🔹Pada setiap waktu sekiranya boleh, terutamanya untuk bayi yang tidak berpusing lagi
🔹Sekiranya bayi sudah bergolek, anda perlu lebih peka untuk ubahkan posisi
🔹Tetapi jika dia selesa dengan posisi tersebut, digalakkan untuk teruskan posisi meniarap dan pastikan persekitaran tempat tidur selamat
2️.Tidur BILIK SAMA sebelum umur 1 tahun
🔹Tidur dalam bilik sama mengurangkan 50% risiko SIDS
🔹Ia membolehkan penyusuan dan pemantauan lebih senang
3️.JANGAN tidur bersama bayi di TILAM YANG SAMA
🔹Bayi mesti mempunyai tempat tidur sendiri sama ada kot, katil, “Playpen”, basinet ataupun tilam sendiri
🔹Tilam sambungan ke katil ataupun tilam atas katil ibubapa tidak boleh digunakan untuk bayi
🔹Risiko bayi lemas disebabkan oleh tangan ataupun badan ibu atau bapa

4️. Tilam yang KEJAP dan tidak terlalu lembut
🔹Tilam lembut senang menutupi hidung jika bayi tertidur menelentang
🔹Ia akan menghasilkan ruangan kosong di tepi tilam dalam kot
🔹Pastikan tilam sesuai dengan ruangan kot , rata, kejap, dan tiada ruangan kosong
5️.Pastikan dalam kot HANYA TILAM tanpa bantal, selimut, mainan dan pad tepi
🔹Bayi tidak memerlukan bantal untuk tidur
🔹Bahan-bahan sekeliling meningkatkan bayi mati lemas terutamanya selimut, bantal dan pad tepi.
6️. Suhu yang sesuai
🔹Pastikan bayi tidak tidur tepat di bawah cahaya matahari dan mempunyai pengaliran udara yang baik
🔹Tidak tidur dengan selimut dan hanya dengan baju yang tidak longgar dan selapis kain bedung sahaja
🔹Kekalkan suhu pendingin udara pada 24 hingga 26 darjah Celcius
7️. Jangan menggunakan BUAIAN
🔹Buaian berisiko untuk kecederaan dan pendarahan dalam otak
🔹Bayi berisiko untuk jatuh daripada buaian
8️. Pastikan persekitaran yang bersih dan tanpa rokok
🔹Risiko SIDS bertambah terutamanya terdapat perokok di dalam rumah
🔹Lebih-lebih lagi ia akan meningkatkan risiko jangkitan kuman paru-paru untuk bayi
🔹Elakkan individu yang tidak sihat berdekatan dengan bayi
9️. Boleh menggunakan puting semasa tidur 
🔹Bayi yang menggunakan puting bayi (Pacifier) semasa tidur mengurangkan risiko SIDS
🔹Mulakan puting bayi hanya selepas bayi sudah pandai penyusuan ibu, disarankan selepas 1 BULAN
🔹Jangan paksa jika bayi tidak suka, sesetengah memang tidak menyukai puting bayi
10. Penggunaan alat pemantauan tidur bayi: tiada bukti kukuh
🔹Kajian mendapati alatan-alatan ini tidak mengurangkan risiko SIDS
🔹Ia berpotensi meningkat risiko kerana terdapat alat yang perlu diletakkan di sekeliling dan pada badan bayi untuk pengesanan.
“Malang tidak berbau”
⚠️Kes bayi meninggal dunia semasa tidur, lemas disebabkan oleh hentakan tangan bapa di tilam sama pernah berlaku. Terdapat juga kes bayi lemas dijumpai di bawah selimut dan lemas tidur meniarap di atas bantal.
👨‍⚕️Kes-kes kematian bayi mengejut adalah kes yang paling susah diterima oleh ibu bapa mengikut pengalaman saya sebagai doktor kanak-kanak.
👉Lakukan tip-tip ini SEKARANG dan jangan menyesal kemudian!!!
#TipsPenjagaanBayi
#TipsBayiTidur
#DrLimSalamSenawang
Kredit: Dr Lim
 
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post “Elak Letak Bayi Tepi Katil” Jangan Menyesal, Doktor Kongsi Kes Kematian Mengejut Paling Tak Boleh Diterima Ibu Bapa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-letak-bayi-tepi-katil-jangan-menyesal-doktor-kongsi-kes-kematian-mengejut-paling-tak-boleh-diterima-ibu-bapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi Alasan Jatuh Katil Bayi 6 Bulan Meninggal Dipercayai Didera Ibu Bapa

Bagi Alasan Jatuh Katil Bayi 6 Bulan Meninggal Dipercayai Didera Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 192 hits
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai didera ibu dan bapa kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Klang Gate Ampang Jaya pada Isnin Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata...
Jangan Hanya Tunggu Hari Raya Ustazah Ini Kongsi 7 Tips Dapatkan Redha Ibu Bapa Ketika Berhijrah

Jangan Hanya Tunggu Hari Raya Ustazah Ini Kongsi 7 Tips Dapatkan Redha Ibu Bapa Ketika Berhijrah

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 220 hits
8220 Ayah dan ibu itulah permulaan kami dapat melihat bulan dan matahari yang dikurniakan dari Ilahi ayah dan ibulah mesti dihormati 8221 Itu antara lirik lagu klasik malar segar berjudul 8220 Ayah Dan Ibu 8221 nyanyian biduan A Rahman pa
Siap Letak Report Atas Al Quran Lelaki Kongsi Perbualan Dengan Bapa Puteri Balqis

Siap Letak Report Atas Al Quran Lelaki Kongsi Perbualan Dengan Bapa Puteri Balqis

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 217 hits
Pendedahan yang dibuat oleh Puteri Balqis berhubung kehidupan lalunya bersama bapa yang cukup pahit benar benar membuatkan banyak pihak tersentuh Dia yang mengakui sudah tidak tahan lagi mengakui beberapa jenayah yang dilakukan bapa sehingg...
Bayi Menangis Bukan Sebab Tak Cukup Susu Saja Ibu Jangan Down

Bayi Menangis Bukan Sebab Tak Cukup Susu Saja Ibu Jangan Down

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 174 hits
Kata kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa down dengan kuantiti susu yang sedikit Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup Biar sedi...
Paling Tak Boleh Dilupakan Apabila Pasukan Siasatan Kes Src Difitnah Diugut Dan Ditawarkan Habuan

Paling Tak Boleh Dilupakan Apabila Pasukan Siasatan Kes Src Difitnah Diugut Dan Ditawarkan Habuan

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 184 hits
bharian com myOleh Ogos 24 2022Istana Kehakiman di Putrajaya NSTP Aizuddin SaadKUALA LUMPUR Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak membuktikan kerajaan tidak campur tangan dalam s...
Patutnya Hari Ni Boleh Discharge Ainul Kena Sawan Non Stop Bapa Kongsi Perkembangan Terkini

Patutnya Hari Ni Boleh Discharge Ainul Kena Sawan Non Stop Bapa Kongsi Perkembangan Terkini

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 185 hits
Baru sahaja seakan mendapat lampu hijau dari doktor yang merawatnya kini Ainul terpaksa berada di hospital lagi sehingga keadaannya benar benar stabil Menurut perkongsian walidnya Ahmad Safiuddin Ainul Mardhiah yang sudah semakin stabil sep...
Anak Asyik Meragam Bila Makan Di Luar Bapa Ini Kongsi Pengalaman Handle Anak Aktif

Anak Asyik Meragam Bila Makan Di Luar Bapa Ini Kongsi Pengalaman Handle Anak Aktif

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 191 hits
Apabila mempunyai anak kecil bukan mudah untuk golongan ibu bapa mengawal keletah mereka ketika berada di luar lebih lebih lagi sewaktu makan di kedai Lumrah anak kecil yang suka meneroka dan tak duduk diam ditambah pula mood yang selalu be...
Polis Tahan Lima Individu Termasuk Remaja Perempuan 14 Tahun Kes Culik Bayi Perempuan Berusia 9 Bulan

Polis Tahan Lima Individu Termasuk Remaja Perempuan 14 Tahun Kes Culik Bayi Perempuan Berusia 9 Bulan

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 152 hits
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos Polis menahan lima individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 14 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan diculik dari rumah pengasuhnya di Bukit Tengah di ...
Saya Kacak Kerana Ibu Bapa Saya Lee Dongwook

Saya Kacak Kerana Ibu Bapa Saya Lee Dongwook

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 233 hits
Ramai yang pasti bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan bahawa Lee Dong wook ialah antara pelakon lelaki paling kacak di Korea ARTIKEL BERKAITAN Sepertinya lelaki itu turut mengakui bahawa dia mempunyai paras yang menawan apabila menjaw...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game