Penduduk Resah Etnik Rohingya Kian Ramai Di Gertak Sanggul


Oleh Zuhainy Zulkiffli Sampah sarap mencemari kawasan pantai yang didakwa tempat nelayan etnik Rohingya mendaratkan ikan di Gertak Sanggul. - NSTP/Zuhainy Zulkiffli BAYAN LEPAS: Peningkatan jumlah penduduk etnik Rohingya di sekitar Gertak Sanggul, di sini, semakin membimbangkan warga tempatan berikutan timbul pelbagai isu berkait golongan itu, termasuk didakwa melanggar batas agama.
Difahamkan, kebanyakan mereka disyaki bekerja sebagai nelayan tanpa permit sah, selain tinggal menyewa di unit pangsapuri atau rumah di lokasi terbabit.
Penduduk tempatan, Mat Yassin Ahmad, 50, mendakwa senario itu bermula lebih 10 tahun lalu dengan kedatangan hanya lima keluarga etnik terbabit, namun jumlah komuniti berkenaan kini sudah mencecah kira-kira 800 orang.
Malah, beliau berkata, ia menyebabkan kawasan itu turut diberi jolokan 'Bukit Malut kedua' dalam kalangan penduduk setempat.
"Golongan itu mendakwa datang dari Pulau Dua, Myanmar, berhampiran Kedah, serta Bukit Malut di Langkawi, dengan menaiki bot membabitkan dua jam perjalanan.
"Rutin harian mereka ialah turun ke laut, selain ada yang berniaga, dan dilihat tidak pernah keluar dari kawasan ini," katanya ketika ditemui, di sini.
Mat Yassin memaklumkan bahawa selain perbezaan budaya, timbul pelbagai isu lain berkait golongan itu, termasuk perkara didakwa melanggar batas agama.
Sebagai contoh, beliau mendakwa, tiga keluarga menyewa unit kediaman sama yang mempunyai tiga bilik, manakala ada lelaki dan perempuan bujang tinggal bersama di sebuah rumah.
"Anak kecil pula dibiarkan berkeliaran, termasuk pada waktu malam, dan paling menakutkan ialah ada dalam kalangan mereka dipercayai terbabit penyalahgunaan dadah.
"Selain itu, golongan berkenaan melaksanakan aktiviti seperti ibadah korban dan akikah sesama mereka saja dan tidak bergaul dengan kariah setempat," katanya.
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Izan, 40, memaklumkan bahawa kariah masjid di kawasan terbabit sudah dua kali mengusulkan bantahan kepada pihak berwajib, termasuk Jabatan Perikanan negeri, berhubung perkara itu.
Beliau mendakwa, bilangan sampan mencecah 60 buah kini menunjukkan jumlah penduduk etnik itu kian ramai dengan mempunyai 'penghulu' sendiri, selain bersikap mengabaikan kebersihan di kawasan pantai.
"Mereka dipercayai tidak tahu membaca atau menulis, malah jalan di luar kawasan Gertak Sanggul pun tidak tahu. Justeru timbul persoalan, bagaimana mereka didakwa mendapat MyKad dan sijil kelahiran?
"Bukan kami menghalang mereka mencari rezeki di sini, namun biarlah dengan cara yang betul dan mengikut undang-undang," katanya.
Justeru, penduduk tempatan menggesa pihak berwajib segera mengambil tindakan sebelum masalah terbabit menjadi parah.
Sementara itu, hasil tinjauan mendapati kebanyakan etnik Rohingya terbabit bekerja sebagai nelayan dengan turun ke laut pada waktu tengah hari sebelum pulang kira-kira jam 6 petang.
Selain itu, ada dalam kalangan mereka dilihat duduk bersembang di tepi laut, manakala sebahagian lagi membuka meja jualan, termasuk makanan ringan.
Kawasan pendaratan ikan juga dicemari sampah sarap, manakala kehadiran nelayan etnik Rohingya itu dikatakan dapat dikesan berdasarkan susunan bot yang tidak teratur.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/penduduk-resah-etnik-rohingya-kian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Bandar Baru Bangi Resah Ular Masuk Taman

Penduduk Bandar Baru Bangi Resah Ular Masuk Taman

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 377 hits
Oleh Media Mulia Keadaan sampah yang terbiar hampir tiga minggu di kawasan perumahan Seksyen 4 Bandar Baru Bangi semalam KAJANG Penduduk Seksyen 4 Bandar Baru Bangi memendam rasa hampir sebulan apabila sampah domestik di kawasan perumahan m...
Kerajaan Yakin 80 Peratus Penduduk Kl Putrajaya Divaksin Seawal Ogos

Kerajaan Yakin 80 Peratus Penduduk Kl Putrajaya Divaksin Seawal Ogos

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 230 hits
Kerajaan yakin 80 peratus penduduk KL Putrajaya divaksin seawal Ogos Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Jun 20
Penduduk Desa Di India Buru Geng Yang Curi Hampir 1 Ton Kotoran Sapi

Penduduk Desa Di India Buru Geng Yang Curi Hampir 1 Ton Kotoran Sapi

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 266 hits
Perburuan besar besaran sedang berlangsung di India tengah setelah sekelompok perampok mencuri hampir satu ton kotoran sapi dari sebuah desa
Gajah Kempunan Mengawan Bunuh 16 Penduduk Kampung

Gajah Kempunan Mengawan Bunuh 16 Penduduk Kampung

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh KOSMO Gambar hiasanNEW DELHI Seekor gajah jantan menyerang dan membunuh 16 penduduk kampung sejak dua bulan lalu selepas haiwan itu disingkirkan kawanannya dipercayai kerana kelakuan buruk dan persaingan dengan gajah jantan lain lapor ...
Ujian Wajib Covid 19 Untuk Penduduk Pekerja Di 4 Blok Henderson Crescent Lengkok Bahru

Ujian Wajib Covid 19 Untuk Penduduk Pekerja Di 4 Blok Henderson Crescent Lengkok Bahru

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 248 hits
SINGAPURA Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan berlakunya penularan COVID 19 di Henderson Crescent serta Lengkok Bahru dan akan menjalankan ujian wajib untuk para penduduk dan kakitangan kedai kedai di situ Kementerian Kesihatan pada...
Polis Nafi Ugut Saman Penduduk Naik Bendera Putih

Polis Nafi Ugut Saman Penduduk Naik Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 354 hits
Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf berkata bantuan sudah pun diserahkan kepada pihak yang menaikkan bendera putih di kampung berkenaan petang tadi PETALING JAYA Polis Pahang menafikan dakwaan ada anggotanya marah atau mengugut akan men...
Abang Besar Tiba Tiba Muncul Buat Penduduk Gempar

Abang Besar Tiba Tiba Muncul Buat Penduduk Gempar

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 155 hits
Abang Besar Tiba Tiba Muncul Buat Penduduk Gempar KUALA SELANGOR Penduduk di Kampung Kuantan di sini gempar berikutan tular rakaman video menunjukkan seekor buaya timbul di permukaan Sungai Selangor di kampung berkenaan pada Selasa Video be...
Ebit Lew Sewa Rumah Untuk Penduduk Gaza

Ebit Lew Sewa Rumah Untuk Penduduk Gaza

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 251 hits
Ebit Lew sewa rumah untuk penduduk Gaza Aktiviti Ebit Lew di Gaza Palestin hari ini diteruskan dengan lawatan ke kediaman penduduk kurang bernasib baik di sekitar kawasan berkenaan Menurutnya di laman Facebook dia sempat menziarahi sebuah k...
Penduduk Sudah Divaksin Akan Diberi 039 Sedikit Kelonggaran 039 Bagi Perjalanan Ke Luar Negara Dedah Gan Kim Yong

Penduduk Sudah Divaksin Akan Diberi 039 Sedikit Kelonggaran 039 Bagi Perjalanan Ke Luar Negara Dedah Gan Kim Yong

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 207 hits
SINGAPURA Penduduk yang sudah divaksin terhadap COVID 19 akan diberi beberapa kelonggaran apabila melakukan perjalanan atau pulang ke Singapura kata pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian COVID 19 Gan Kim Yong pada Khamis...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket