Penduduk Bertungkus Lumus Bersih Rumah Akibat Banjir


Oleh NOOR HASLIZA NUSI SEBAHAGIAN penduduk di Teluk Kumbar, Pulau Pinang masih membersihkan rumah mereka sehingga lewat petang hari ini selepas dinaiki air sehingga ke paras lutut akibat banjir kilat petang semalam.GEORGETOWN: Mangsa banjir di Teluk Kumbar di sini, terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit berikutan barangan kelengkapan rumah termasuk tikar getah rosak akibat ditenggelami air. 
Tinjauan Utusan Malaysia di empat kawasan terlibat iaitu di Kampung Sulup, Kampung Paya, Kampung Masjid dan perumahan kluster di Lengkok Kampung Masjid di sini sehingga petang tadi mendapati penghuni masih membersihkan kediaman mereka. 
Rata-rata mereka didapati mengeluarkan semua barangan perabot yang terjejas termasuk menjemur kain langsir, tikar getah serta permaidani di luar rumah. 
Seorang penghuni, Nor Azli Bahari, 49, berkata, dia menganggarkan kerugian yang dialaminya akibat bencana tersebut hampir RM5,000. 
Menurutnya, kesemua barangan berharga seperti sofa, almari baju, meja kayu, tikar getah dan permaidani rosak akibat ditenggelami air. 
“Bukan setakat itu, kasut kerja dan harian juga telah dihanyutkan air dan hilang dibawa arus. Kami terpaksa menanggung kerugian yang agak besar akibat bencana ini,” katanya di sini. 
Nor Azli memberitahu, kerja-kerja pembersihan di segenap ruang dalaman rumah masih lagi diteruskan sejak awal pagi ini, sebaik sahaja air surut mulai pukul 12 tengah malam tadi. 
“Ketika ini, masing-masing penduduk sedang bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman yang terjejas termasuk membasuh dinding kediaman yang terjejas lumpur. 
“Kami menjangkakan kerja-kerja pembersihan ini akan selesai dijalankan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi,” tambahnya. 
Sementara itu, penghuni perumahan kluster di Lengkok Kampung Masjid, Noorbi Ahmad, 65, pula memberitahu, kerja-kerja mengemas  dan membasuh rumahnya selesai dijalankan awal pagi tadi. 
“Cuma pagi tadi hanya buang sampah-sarap yang terperangkap di dalam rumah selepas dibawa masuk arus banjir. 
“Kawasan perumahan kami memang menjadi lokasi banjir kilat sekiranya hujan tanpa henti sepanjang hari. Disebabkan itu, saya memang menggantikan semua perabot kayu dengan plastik kecuali perabot televisyen,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/penduduk-bertungkus-lumus-bersih-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Terjejas Banjir Kilat Tunggu Bantuan Tiba

Penduduk Terjejas Banjir Kilat Tunggu Bantuan Tiba

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 378 hits
Oleh NOOR HASLIZA NUSI Sebuah keluarga menanti bantuan di hadapan rumah mereka di Kampung Sulup di Balik Pulau hari ini BALIK PULAU Penduduk di Kampung Sulup Teluk Kumbar di sini yang terjejas dalam kejadian banjir kilat sejak petang tadi k...
Polis Pantau Akaun Palsu Elak Pihak Ambil Kesempatan Akibat Bencana Banjir

Polis Pantau Akaun Palsu Elak Pihak Ambil Kesempatan Akibat Bencana Banjir

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 262 hits
Polis turut menasihatkan penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan sementara tidak perlu bimbang kerana anggota polis ditugaskan untuk memantau kawasan kampung dan perumahan yang dilanda banjir PETALING JAYA Polis melalui Bahagian Jenayah...
Ban Pecah Penduduk Alor Pongsu Bersedia Hadapi Banjir

Ban Pecah Penduduk Alor Pongsu Bersedia Hadapi Banjir

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 279 hits
Ban pecah penduduk Alor Pongsu bersedia hadapi banjir Penduduk dari tiga kampung di mukim Beriah Alor Pongsu dinasihatkan bersiap sedia menghadapi banjir disebabkan ban Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Beriah pecah dekat Alor Pongsu pagi ...
Penduduk Kepayan Rumah Murah Dakwa Dihalang Keluar Terima Dos Ke 2 Vaksin Kerana Pkpd

Penduduk Kepayan Rumah Murah Dakwa Dihalang Keluar Terima Dos Ke 2 Vaksin Kerana Pkpd

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 299 hits
Penduduk mempertikai halangan yang dikenakan petugas keselamatan untuk mendapatkan suntikan kedua vaksin walaupun menunjukkan bukti temujanji dalam MySejahtera KOTA KINABALU Seorang penduduk di Kepayan Rumah Murah di sini mengadu menghadapi...
Banjir Kilat Di P Pinang Lebih 2 500 Penduduk Terjejas

Banjir Kilat Di P Pinang Lebih 2 500 Penduduk Terjejas

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 332 hits
Banjir kilat di P Pinang lebih 2 500 penduduk terjejas Hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir kilat di Pulau Pinang hari ini yang menjejaskan lebih 2 500 penduduk dan kira kira 500 kediaman Banjir diakibatkan hujan lebat berterusan ham...
Puluhan Rumah Rusak Dan Ratusan Warga Mengungsi Akibat Gempa Di Tojo Una Una

Puluhan Rumah Rusak Dan Ratusan Warga Mengungsi Akibat Gempa Di Tojo Una Una

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 309 hits
Dia menjelaskan pascagempa sebanyak 500 warga Tojo Una Una memilih untuk bertahan di dataran tinggi untuk menghindari dampak gempa susulan
Lelaki Maut Ketika Cuci Rumah Dilanda Banjir Di Pulau Betong

Lelaki Maut Ketika Cuci Rumah Dilanda Banjir Di Pulau Betong

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 439 hits
BALIK PULAU 19 Ogos Seorang buruh binaan meninggal dunia selepas dipercayai tergelincir ketika sedang mencuci rumahnya yang dilanda banjir di Pulau Betong di sini malam tadi Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal be...
Tanaman Cincau Hitam Dari Kebun Tepi Rumah Dan Cara Buat Cincau Sendiri Yang Bersih Serta Halal

Tanaman Cincau Hitam Dari Kebun Tepi Rumah Dan Cara Buat Cincau Sendiri Yang Bersih Serta Halal

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 1093 hits
Cincau hitam sedap di masukkan dalam air sirap air bandung dan berbagai minuman sedap Ramai yang tak tahu cincau hitam sebenarnya di proses dari sejenis pokok herba Pokok cincau hitam adalah pokok herba menjalar yang kecil seakan akan pokok...
Pemimpin Pkr Bertungkus Lumus Dapatkan Sokongan 15 Mp Kem Zahid

Pemimpin Pkr Bertungkus Lumus Dapatkan Sokongan 15 Mp Kem Zahid

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 335 hits
Selepas berjaya mendapatkan sokongan Warisan untuk menyokong calon Perdana Menteri tunggal mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim kini pemimpin PKR sedang berusaha keras mendapatkan sokongan 15 Ahli Parlimen yang berada dalam kem Datuk Seri Ahmad ...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku