Pendidikan Sivik Tidak Bebankan Guru Murid Maszlee


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah rendah dan sekolah menengah yang bermula Jun lepas tidak menjadi beban kepada guru dan murid.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, kementerian akan cuba mengelak berlakunya pertambahan waktu dengan memasukkannya dalam beberapa subjek di sekolah.


“Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Pendidikan Sivik, KPM telah menetapkan Pendidikan Sivik dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan.

“Ia dimasukkan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah. Kita cuba mengelakkan berlakunya pertambahan waktu yang kemudiannya menjadi beban kepada para guru dan murid.

“Anak-anak kita di pra-sekolah pula akan diajarkan pendidikan sivik selama 30 minit dan dalam masa sama, Pendidikan Sivik turut dilaksanakan dalam perhimpunan dan aktiviti kokurikulum,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan di Dewan De’ Seri Endon di sini pagi tadi yang disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.


Tambah Maszlee, guru juga diberi ruang untuk melaksanakan Pendidikan Sivik secara kreatif mengikut keperluan dan kesesuaian di dalam kelas.

“Pihak KPM telah menyediakan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik dan membangunkan Modul Exemplar Pendidikan Sivik, Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dalam Kokurikulum.

“Ia untuk membantu guru melaksanakan pendidikan sivik seperti yang dihasratkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berharap melalui pendekatan diterapkan kementerian, KPM menyasarkan majoriti rakyat Malaysia yang berjiwa dan berminda sivik dapat dilahirkan menjelang 2030.

“Harapan saya jelas, iaitu untuk menyedarkan masyarakat bahawa Pendidikan Sivik bukan menjadi tugas sekolah semata-mata tetapi semua pihak perlu mendokongnya secara bersama.

“Keterlibatan masyarakat dalam menjayakan pembudayaan kesedaran sivik ini amatlah penting bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan,” katanya.

Katanya lagi, pendidikan sivik dilaksanakan bagi membentuk perwatakan murid dengan memberi penekanan kepada nilai-nilai penting yang positif.

“KPM amat mengharapkan pembudayaan pendidikan sivik ini menerima sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/08/pendidikan-sivik-tidak-bebankan-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendidikan Sivik Sifat Murni Jadi Penekanan

Pendidikan Sivik Sifat Murni Jadi Penekanan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 376 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mansuh Upsr Murid Makin Malas Guru Culas Iguru

Mansuh Upsr Murid Makin Malas Guru Culas Iguru

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 314 hits
SHAH ALAM Ujian Pencapaian Sekolah Rendah masih relevan dan penting untuk menilai kemampuan serta kebolehan murid Presiden Persatuan Ikatan Guru guru Muslim Malaysia Mohd Azizee Hasan berkata pihaknya tidak sependapat dengan Kesatuan Pe
Pendidikan Sivik Lahir Individu Bertanggungjawab

Pendidikan Sivik Lahir Individu Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 362 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pelaksanaan Pendidikan Sivik Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelaksanaan Pendidikan Sivik Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 1739 hits
PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pendidikan Sivik bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat negara dan...
Guru Perlu Diberi Hak Didik Pelajar Sekolah

Guru Perlu Diberi Hak Didik Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 442 hits
KUALA LUMPUR 29 Julai Guru perlu diberi ruang dan hak dalam proses mendidik pelajar di sekolah sama ada di tempat terbuka ataupun dalam bilik darjah tanpa diganggu pihak luar termasuk ibu bapa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata gur...
Gara Gara Nak Markah Tinggi Hubungan Guru Pelajar Terbongkar Selepas Telefon Bimbit Hilang

Gara Gara Nak Markah Tinggi Hubungan Guru Pelajar Terbongkar Selepas Telefon Bimbit Hilang

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 462 hits
Hubungan terlarang yang dijalinkan oleh seorang guru lelaki dengan pelajar perempuannya terbongkar berikutan tersebarnya gambar gambar lucah pelajar tersebut di ruangan internet Penyebaran gambar tersebut adalah disebabkan kehilangan telefo...
Kesatuan Guru Tepis Bantahan Dong Zong Terhadap Khat

Kesatuan Guru Tepis Bantahan Dong Zong Terhadap Khat

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 709 hits
Pengenalan kepada seni khat akan dimasukkan dalam buku teks Bahasa Melayu untuk sekolah sekolah aliran mulai tahun depan PETALING JAYA Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan tidak melihat sebarang masalah pada langkah Kementerian Pendid...
Jodi Baru Pertama Kali Makan Daging Ayam Terungkap Saat Disuapi Ibu Guru Bu Guru Ini Apa Enak

Jodi Baru Pertama Kali Makan Daging Ayam Terungkap Saat Disuapi Ibu Guru Bu Guru Ini Apa Enak

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 500 hits
Jodi bocah 7 tahun kini telah masuk kelas 1 di SDN Margabakti Kecamatan Kadugede Kabupaten Kuningan Sebelumnya warga Dusun Pahing Desa Margabakti Kecamatan Kadugede Kabupaten Kuningan itu tidak sekolah karena berasal dari keluarga tidak mam...
Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Buy Notion Business Best Alternative To Costly Ai Productivity Tools Whatsapp 91 8586875020


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mangga Kelapa

Reimagining Bread How Keto Dieters Found Their Perfect Slice

Hal Hal Semasa 15 10 25

Tikam Pelajar Polis Rampas Pisau Kerambit Dipercayai Dibeli Dalam Talian

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi