Pelaksanaan Pendidikan Sivik Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia



PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Pendidikan Sivik bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global dengan berfokus kepada literasi sivik dan amali sivik.  Pendidikan sivik ini dilaksana dan diperkasakan secara bersepadu serta holistik melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan pelbagai aktviti atau program sekolah.
Panduan serta bahan sokongan pelaksanaan Pendidikan Sivik di Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah boleh dimuat turun menerusi pautan berikut:

MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI
Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Sekolah Menengah
Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Sekolah Rendah

MODUL EXEMPLAR PENDIDIKAN SIVIK (KURIKULUM)
Modul Exemplar Pendidikan Sivik Prasekolah
Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Rendah (Tahap 1)
Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Rendah (Tahap 2)
Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Menengah (Rendah)
Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Menengah (Atas)

AMALAN NILAI MURNI DAN PENDIDIKAN SIVIK
Amalan Pendidikan Sivik Dalam Kokurikulum

SPECIFICATIONS FOR CIVIC EDUCATION
Specifications for civic education in primary school
Specifications for civic education in secondary school

 
Kenapa Pendidikan Sivik Diperkenalkan?
Oleh: YB Dr Maszlee MalikBulan ini ialah bulan yang sangat bermakna bagi kita semua. Kita tidak akan sesekali melupakan 31 Ogos. Kita tidak akan melupakan setiap jasa dan pengorbanan yang telah tumpah mendatari sejarah negara sehingga ke hari ini.
Pada saya, kemerdekaan mengajar kita satu nilai yang sangat besar dan bermakna, iaitu saling mencintai antara satu sama lain. Kemerdekaan memberitahu kita bahawa hanya dengan cinta, negara ini terus bangun, megah dan terdorong mulia di persada dunia. Hanya dengan cinta, kita terus bekerja, mendidik dan melahirkan generasi yang cintakan negara, yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia.
Di sinilah pokok pangkalnya kenapa kita kembali melaksanakan Pendidikan Sivik. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, Sivik beerti ilmu tatarakyat, atau perasaan tanggungjawab terhadap masyarakat.
Asasnya ialah untuk membentuk seorang warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global.
Mengungkap kepentingan pendidikan sivik ini, Bertrand Russell pernah berkata, “Without civic morality communities perish; without personal morality their survival has no value.”
Ketika saya dilantik oleh YAB menjadi Menteri Pendidikan, perkara utama yang sering Tun nasihatkan kepada saya ialah untuk menumpukan nilai-nilai murni kepada para pelajar. Kata Tun, sekarang ibu-bapa sibuk bekerja, tidak punya waktu lagi untuk mendidik anak-anak. Maka, guru di sekolah terpaksa memainkan peranan tersebut.
Maka, dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan, bermula Jun 2019, Pendidikan Sivik telah mula diperkenalkan di semua sekolah seluruh Malaysia. Segala modul, konsep dan pendekatan baharu telah dilaksanakan secara menyeluruh. Impian dan nasihat Tun, KPM sedang laksanakan!
Anak-anak kita akan mengenal nilai-nilai murni dan etika. Mereka juga akan diajarkan apakah itu pengetahuan kewargangeraan? Apakah itu karakter yang tepat bagi seorang wargenegara? Dan apakah bentuk-bentuk tindakan tepat yang boleh diambil sebagai seorang warganegara, yang akhirnya mampu memberikan kesan kepada pembangunan negara.
Bukan itu sahaja, anak-anak kita akan belajar integriti, amanah, rajin bekerja, berdisiplin, membenci rasuah dan salah guna kuasa, bahayanya buli, pentingnya menghargai golongan OKU, pentingnya saling menghormati perbezaan satu sama lain, pentingnya memelihara perpaduan di negara ini, malah lebih daripada itu, mereka belajar mencintai tanah air sekaligus berfungsi sebagai seorang warganegara yang baik.
Pelaksanaan Pendidikan Sivik dilakukan secara bersepadu dan holistik dengan memberi penekanan terhadap LITERASI SIVIK (dalam bilik darjah) dan AMALI  SIVIK (luar bilik darjah).  Pelaksanaannya akan melibatkan pihak sekolah, komuniti, swasta dan kementerian.
Kita mestilah ingat bahawa pendidikan untuk semua dan tanggungjawab semua pihak.
Literasi Sivik adalah rangkuman pengetahuan kewarganegaraan, sosioemosi kewarganegaraan dan tindakan kewarganegaraan yang tersurat dalam kurikulum dan perlu dikuasai oleh murid.  Sementara itu, Amali  Sivik  pula memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan literasi sivik secara praktikal. Pengaplikasian literasi sivik dilaksanakan dalam perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum, dan  program sekolah.
Saya perlu memberikan kredit kepada KPPM yang telah mengembangkan idea ini sehinggalah ia berada di tahap ini. Hasil dari lontaran idea dan perbincangan lumat mesyuarat-mesyuarat post-cab, akhirnya apa yang direncanakan telah Berjaya diterjemahkan ke dalam realiti.
Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Pendidikan Sivik, KPM telah menetapkan Pendidikan Sivik dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa  Melayu,  Bahasa Inggeris,  Pendidikan Islam,  Pendidikan Moral  dan Sejarah. Kita cuba mengelakkan berlakunya pertambahan waktu yang kemudiannya menjadi beban kepada para guru dan murid.
Anak-anak kita di pra-sekolah pula akan diajarkan pendidikan sivik selama 30 minit. Dan dalam masa yang sama, Pendidikan Sivik turut dilaksanakan dalam perhimpunan dan aktiviti kokurikulum.
Pihak KPM telah menyediakan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik dan membangunkan Modul Exemplar Pendidikan Sivik, Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dalam Kokurikulum untuk membantu guru melaksanakan pendidikan sivik seperti yang dihasratkan. Yang pasti, guru diberi ruang untuk melaksanakannya secara kreatif mengikut keperluan dan kesesuaian.
Beberapa pihak swasta juga telah tampil untuk membantu mempromosikan nilai-nilai sivik yang diajarkan di sekolah agar dapat dipromosikn diluar sekolah. Iklan-iklan, papan-papan tanda dan PSA akan dihasilkan oleh pihak-pihak swasta demi bersama-sama KPM untuk menyebarluaskan pendidikan sivik ini.
Harapan saya jelas, iaitu untuk menyedarkan masyarakat bahawa Pendidikan Sivik bukan menjadi tugas sekolah semata-mata tetapi semua pihak perlu mendokongnya secara bersama. Keterlibatan masyarakat dalam menjayakan pembudayaan kesedaran sivik ini amatlah penting bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan.
Dari pendekatan ini, kita mensasarkan agar majoriti rakyat Malaysia yang berjiwa dan berminda sivik dapat dilahirkan menjelang tahun 2030.
Akhir kata, saya mewakili seluruh warga KPM mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Tun kerana sudi hadir melancarkan Majlis Pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 semalam. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum selaku Urus Setia dan pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Kementerian Pendidikan Malaysia amat menghargai segala usaha dan kerjasama semua pihak terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Sebelum berakhir, saya ingin menyeru kita semua agar sama-sama menghayati makna merdeka sedalam-dalamnya. Dan ingin saya ulangi semula kenyataan saya semula; kemerdekaan telah mengajar kita untuk lebih saling mencintai antara satu sama lain.
Bak kata Soren Kierkegaard, “Love is all, it gives all, and it takes all.”
---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mknaceunlimited.blogspot.com/2019/08/pelaksanaan-pendidikan-sivik-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pengenalan Tulisan Khat Dalam Bahasa Melayu

Penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pengenalan Tulisan Khat Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 883 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini hangat di segala pelusuk media sosial tentang satu isu iaitu berkaitan tulisah khat di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Jadi aku rasa sebelum kita keluarkan pendapat mengenai sesuatu perkar...
Pendidikan Sivik Lahir Individu Bertanggungjawab

Pendidikan Sivik Lahir Individu Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 291 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
140 Kontrak Meragukan Kementerian Pendidikan Dibatalkan

140 Kontrak Meragukan Kementerian Pendidikan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 291 hits
140 kontrak meragukan Kementerian Pendidikan dibatalkanOleh August 13 2019Salah satu janji utama Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum ke 14 lalu adalah membanteras rasuah sehingga ke akar umbi Selepas setahun tiga bulan berkuas...
Pendidikan Sivik Tidak Bebankan Guru Murid Maszlee

Pendidikan Sivik Tidak Bebankan Guru Murid Maszlee

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 494 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah rendah dan sekolah menengah yang bermula Jun lepas tidak menjadi beban kepada guru dan murid Menterinya Dr Maszlee Malik berkata kementerian a...
Pendidikan Sivik Sifat Murni Jadi Penekanan

Pendidikan Sivik Sifat Murni Jadi Penekanan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 303 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Rm400 Juta Pembaziran Insurans Oleh Kerajaan Malaysia

Rm400 Juta Pembaziran Insurans Oleh Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 446 hits
oleh Ab Jalil Backer Kita bayar insurans untuk menampung kos yang tinggi kerana kita tidak ada hospital sendiri Kita bayar bulanan rendah tapi insurans cover sehingga ratusan ribu atau jutaan ringgit Kerajaan ada hospital sendiri dan wang t...
Sony Xperia 1 Disahkan Akan Dilancarkan Di Malaysia

Sony Xperia 1 Disahkan Akan Dilancarkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 367 hits
Sony tidak lagi memandang Malaysia sebagai pasaran utama telefon pintar keluaran mereka Maka tidak mengejutkan apabila beberapa peranti yang diumumkan sejak setahun lalu tidak dijual secara rasmi di negara kita Tetapi bagi mereka yang menda...
Canalys Samsung Dan Oppo Jenama Terbesar Telefon Pintar Di Malaysia Pada Suku Kedua 2019

Canalys Samsung Dan Oppo Jenama Terbesar Telefon Pintar Di Malaysia Pada Suku Kedua 2019

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 1658 hits
Menurut data IDC tahun lalu Samsung Apple dan Huawei ialah telefon pintar di dunia Huawei menunjukkan peningkatan paling mendadak berbanding dua pesaing terbesarnya Tetapi bagaimana pula landskap pasaran telefon pintar di Malaysia Menurut d...
Malaysia Negara Keempat Bimbang Usia Tua Hasil Kajian Sebuah Firma

Malaysia Negara Keempat Bimbang Usia Tua Hasil Kajian Sebuah Firma

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 305 hits
Sumber dari GoogleTahukah korang semua Malaysia menduduki tangga keempat yang bimbang akan penuaan Penyelidikan yang dijalan oleh sebuah firma penyelidikan Ipsos Sdn Bhd Malaysia berada dikedudukan selepas Brazil China dan Rusia yang masing...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip