Pendekatan Pengajaran Seorang Guru


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Sementara saya dan rakan saya menunggu pembentangan subjek ini, kami perlu menyediakan bahan pengajaran yang bersesuaian, sebelum dibentangkan dan diajarkan kepada orang lain. Kami perlu mencari kaedah atau pendekatan pengajaran yang sesuai sebelum diterjemahkan kepada pengajaran

Apakah itu pendekatan pengajaran

Pendekatan pengajaran merupakan suatu bentuk komunikasi yang membolehkan perkongsian ilmu dan pengetahuan berlangsung antara guru dengan pelajar dengan berkesan. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh dilakukan oleh para guru untuk menyampaikan isi pengajarannya kepada pelajar. Antaranya ialah:
( Dipetik dari laman web: https://edup3033.aminteach.com/2017/02/27/pendekatan-kaedah-teknik-dan-strategi/ )1.Pendekatan Induktif
Pendkatan Induktif melibatakan aktiviti mengunpul dan mentafsir maklumat-maklumat serta membuat generalisasi dan kesimpulan. Mengikut B.Seaton. murid mengalami satu proses mentai ialtu mereka akan memerhati sesuatu peristiwa  tertentu untuk memperolehi satu generalisasi.Guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Murid dibimbing untuk berfikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi atau kesimpulan. Matematik, bahasa dan sain banyak menggunakan pengajaran induktif.
 
Kaedah inkuiri merupakan penemuan diamalkan apabila mengajar subjek Sains. Hal ini dapat dilihat seperti berikut:
Contoh khusus; ikan emas, udang, sotong berudu.
Memerhati dan mengkaji: bernafas melalui insang
Mentafsir dan membuat generalisasi:  haiwan yang hidup di dalam air  mempunyai insnag untuk bernafas.
Dalam pendakatan ini, pada akhirnya murid dikehendaki untuk membuat rumusan dalam satu ayat tentang pemerhatian mereka. Dengan bimbingan guru murid akan membuat rumusan bahawa haiwan yang hidup di dalam air mempunyai insang untuk bernafas. Guru dapat mengakhiri pengajaran dengan  mengambarkan generalisasi n dalam bentuk pengurusan grafik  atau gambar visual/  Sekiranya murid belum menguasai apa-apa  yang diajar, guru seharusnya  meminta murid menyatakan peraturan  konsep dan perkaitan -perkaitan yang diperolehi  sepanjang tempuh pembelajaran  sehingga mereka berjaya menguasainya.
Peringkat PelaksanaanCara PelaksanaanPeringkat 1:
Perancangan
Menentukan objektif pelajaranMenyediakan contoh-contohMenyediakan soalanMenyediakan alat bantu mengajarPeringkat 2:
Pendedahan
Set induksiMengemukakan contoh-contohMemerhati contoh-contohPeringkat 3
Pembentukan konsep mentafsir diri-ciri
Mengenal pasti ciri-ciriMenganalisis ciri-ciriPeringkat 4:
Pembentukan kesimpulan
Merumus ciri-ciriMembuat generalisasiMenerang fungsi kesimpulan, hukum, prinsip, teoriPeringkat 5:
Penutup
Membuat kesimpulan kognirifMembuat kesimpulan sosialMemberi aktiviti susulan 
Kebaikan pendekatan  induktif
Pelajaran diterima dengan cara yang lebih konkrit kerana disertai dengan contoh-contoh yang munasabah.Murid-murid mempelajari melalui lisan, bacaan, dan karangan yang tidak disampaikan  sebagai tajuk pelajaran yang berasingan.Bahan diterima secara tidak langsung dan dapat digunakan secara praktik.Murid-murid mempelajara  benda-benda yang berguna dan  biasa ditemui  dalam bacaan dan karangan.Guru mudah menyusun pelajaran  mengikut prinsip-prinsip  kaedah kanak-kanak belajar, iaitu daripada yang senang kepada kebih susah.Murid-murid tidak perlu menghafal kerana contoh-contoh yang diberi adalah jelas.Sesuai dengan kehendak  ilmu pengajaran dan pendidikan iaitu beberapa amatan menjadi  satu tanggapan.2.Pendekatan Deduktif
Stratagi deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid-murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam dan mencukupi serta berupaya memilih rumus , hukum, teorem , dan peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi kepada contoh-contoh khusus. Pendekatan ini selaras dengan  teori Pembelajaran Gestalt. Pengajaran dijalankan dengan guru mengemukakan generalisasi diikuti dengan contoh-contoh. Jenis-jenis pendekatan deduktif  bertujuan seperti berikut:
Menyelesaikan masalah: Contoh setelah murid mempelajari  imbuhan beR- mereka disuruh membuat beberapa ayat  dengan menggunakan imbuhan beR-
Membuat generalisasi baru: Contohnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tapat, mereka dibimbing menggunakan rumus tersebut untuk mendapatkan rumus luas segi tiga bersudut tegak.
Membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari: Contohnya , setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahanatas garis lurus, mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah  tiga sudut dalam sebuah segi tiga.
 
Peringkat PelaksanaanCara PelaksanaanPeringkat 1:
Pendedahan
Guru memulakan pelajaran dengan menyediakan murid terlebih dahulu , kemudian memperkenalkan tajuk, tujuan pengajaran dan isi pelajaran.Peringkat 2:
Mengemukakan generalisasi
Guru menernagkan peraturan, rumus tata bahasa, menerangkan pengertian dan hukum yang tertentu.Peringkat 3:
Menganalisis konsep
Pengajaran guru tertumpu kepada usaha menjelaskan generalisasi kepada murid.Guru mewujudkan pelbagai aktiviti.Peringkat 4:
Mencuba generalisasi
Dijalankan dalam bentuk kumpulan.Melihat kembali kebolehan murid menguasai kemahiran tertentu.Peringkat 5:
Penutup
Guru membuat kesimpulan berdasarkan  perkara-perkara yang telah dipelajari.Guru memberikan aktiviti tambahan untuk meningkatkan kefahaman.Kelebihan Pendekatan Deduktif
Cara yang mudah untuk menyampaikan  isi pelajaran.
Menjimatkan masa dan tenaga serta tidak perlu membuat banyak p[ersediaan
Pendekatan ini sesuai digunakan kerana secara tradisinya , guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.
 
3. Pendekatan Eklektik
Eklektik bermaksud bercampur. Pendakatan hasil gabungan kedua-dua pendakatan induktif  dan deduktif digunakan dalam proses pengajaran Sains dan Matematik. Pendekatan ini menggunakan stratgei berpuisatkan guru , berpusatkan murid, berpusatkan bahan atau berpusatkan tugasan. Lazimnya digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan. Tujuan pendekatan  Eklektik adalah untuk menghasilkan satu strategi  pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang. Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), ciri-ciri pendekatan eklektik adalah seperti berikut:
Menggunakan pelbagai kaedah.Menggalakkan daya usaha dan kretaviti guru.Banyak menggunakan latihan dalam pengajaran.Menekankan penglibatan murid secara aktif.Menekankan kemahiran kognitif. 
Kelebihan pendekatan  eklektik
Memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberi banyak contoh dan penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid.Murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan meyakinkan.Secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan tersebut.Sesuai digunakan untuk kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.Pengajaran disampaiakn dengan menggabungkan semua /sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baharu.; 
4, Pendekatan Tematik
Pendekatan tematik lazimnya digunakan dalam kebanyakan program pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan ini digunakan dengan merujuk kepada tema  yang terkandung dalam kurikulum mengikut minggu berkenaan.Tema akan disusun mengikut perkara atau isu yang biasa.
Pendekatan bertema merujuk kepada tema atau topik yang dipilih  bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan murid. Ini meliputi penggunaan satu tema umum merentasi bidang pembelajaran.Pemilihan tema berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa.Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru  yang diperolehi secara tersusun dan sistematik.
Contoh dalam pengajaran prasekolah,. tema akan disusun mengikut perkara atau isu biasa seperti keluarga saya kepada yang kurang biasa seperti adat resam kaum di Malaysia.Pengajaran menggunakan tema disampaikan melalui konsep yang lebih besar.Satu-satu tema dipecahkan kepada beberapa komponen kecil. Tema dipecahkan kep[ada sub topik untuk perbincangan sama ada dalam kumpulan pelbagai kebolehan atau kumpulan sama kebolehan.
Pendekatan secara bertema ini membolehkan murid menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan. Penggabungan pelbagai idea  yang berkaitan dengan satu konsep yang lebih meluas atau tema membolehkan  murid menyatukan pelbagai fakta.
Prinsip pengajaran secara tematik
Tema dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman murid.Tema harus berkait rapat dengan kehidupan harian murid.Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang.Sekuen sesuatu tema amat penting agar murid dapat mengikuti perkembangan topik dengan lancar.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema harus merangkumi pelbagai bidang kurikulum. Pengabungan jalinan bertujuan menyumbang kepada aspek JERIS.Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan  pencetusan idea yang banyak dan pelbagai. 
Peringkat PelaksanaanCara PelaksanaanPilih satu temaTema perlu cukup luas untuk memuatkan maklumatdaripada banyak bidang bagi sesuatu mata pelajaranBina jaringan perancanganMembuat sumbang saran untuk membina carta atau peta sistematik yang meneroka pelbagai contoh timbulnya tema.Membuat jaringan bersama rakan untuk menghasilkan  pemikiran divergen.Pilih bahanPerancangan bertuuan menyediakan bahan yang banyak. Contoh bahan seni, sastera, masyarakat, dan teknologi.Rancang aktivitiMemilih dan mereka bentuk aktiviti yang sesuai dengan tema.Menggunakan bahan-bahan yang anyak dan menggalakkan peningkatan prestasi murid ke arah pencapaian  matlamat pembelajaran. 
Kebaikan pendekatan tematik
Meningkatkan kecekapan taraf pemikiran murid.Motivasi murid dapat ditingkatkan dan diperbaiki.Seluruh kegiatan lebih bermakna bagi murid sehingga hasil pembelajaran dapat bertahan lebih lama. 
5. Pendekatan Integratif
Pendakatan integratif bertujuan mewujudkan persekitaran pengajaran yang meransang murid-murid untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplinakademik yang berbeza-besa, menghargai unsur kepelbagaian, dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama. Pendakatan ini membolehkan guru memberi fokus kepada kandungan dan kemahiran berfikir. Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif  berdasarkan langkah  Hilda Taba (1962).
Jika guru menggunakan pendekatan integrafif yang  mengabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik, murid-murid akan l;ebih mudah memahami perkara yang disampaikan. Guru juga akan sentiasa berusaha mengintegrasi idea-idea baharu dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid-murid bertambah menjadi lebih berkesan dan berupaya mengaplikasikan perkara yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Berbanding dengan kaedah pengajaran langsung seperti kuliah iaitu murid dikehendaki untuk duduk dan dengar, pendakatan integratif memerlukan  murid untuk berfikir, mensintesis, dan memberi gerak balas terhadap perkara yang diajar.
 
Prinsip-prinsip pendekatan integratif
Tumpuan diberi kepada strategi pemudatan murid.Penggunaan pembelajaran aktif.Peranan guru sebagai fasilitator.Keutamman diberi kepada kemahiran asas.Peluang untuk kerja berpasukan.Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugasan/projek.FasaCara PelaksanaanFasa 1: MenghuraiMurid digalakkan untuk menghurai tentang ciri sesuatu aspek yang dikaji. Contohnya guru meminta murid menghuraikan ciri-ciri katak dan diikuti dengan kodok.Fasa 2: MembandingkanApabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan, murid diminta untuk membuat perbandingan antara kedua-dua haiwan, iaitu katak dan kodok.Fasa 3: MenerangkanSetelah mengenal pasti persamaan  dan perbezaan katak dengan kodok, murid diminta menerangkan dengan lebih terperinci tentang  ciri-ciri katan dan kodok.Fasa 4: HipotesisSelepas menerangkan persamaan dan perbezaan, murid diminta membuat hipotesis.Fasa 5 : Membuat generalisasiMurid diminta membuat rumusan tentang maklumat yang dikumpulkan dan membantuk  satu atau lebih generalisasi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://saj23.blogspot.com/2023/01/pendekatan-pengajaran-seorang-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Guru Yang Sangat Guru

Seorang Guru Yang Sangat Guru

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 187 hits
Seorang guru yang sangat guru dari sekolah ini SMK Dato Syed AhmadAku ingin bercerita tentang seorang guru yang pada aku sangat guru Cikgu ini seingat aku tidak pernah dapat mengajar aku sepenuh waktu Dia pernah jadi guru menggantikan guru ...
Permohonan Guru Sambilan Mrsm 2023 Tawaran Gaji Rm100 Sehari

Permohonan Guru Sambilan Mrsm 2023 Tawaran Gaji Rm100 Sehari

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 236 hits
Permohonan Jawatan Kosong Guru Sambilan MRSM 2023 Gaji RM100 Sehari Makluman MRSM berita terkini tentang kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jabatan...
Tebang Pokok Mangga Guru Mpk Diarah Bayar Ganti Rugi Rm40 000

Tebang Pokok Mangga Guru Mpk Diarah Bayar Ganti Rugi Rm40 000

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 174 hits
Majistret mendapati Majlis Perbandaran Kemaman dan seorang kakitangannya bersalah kerana menceroboh rumah plaintif untuk menebang pokok mangga tanpa pengetahuannya PETALING JAYA Mahkamah Majistret Kemaman mengarahkan Majlis Perbandaran Kema...
Pasangan Guru Meninggai Dunia Tiga Anak Cedera Kemaiangan Di Lpt2

Pasangan Guru Meninggai Dunia Tiga Anak Cedera Kemaiangan Di Lpt2

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 163 hits
nbsp Pasangan suami isteri meninggal dunia manakala tiga anaknya cedera selepas kenderaan pelbagai guna yang mereka naiki kemalangan di Kilometer 274 Lebuh Raya Pantai Timur 2 dekat Cheneh di sini petang tadi Dalam kejadian kira kira 4
Seorang Kakek Di Makassar Jadi Korban Tabrak Lari Saat Menuju Masjid

Seorang Kakek Di Makassar Jadi Korban Tabrak Lari Saat Menuju Masjid

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 105 hits
Seorang pria lanjut usia bernama Indara Mas ditemukan meninggal dunia dengan kondisi luka terbuka di bagian kepala Diduga Kakek Indara meninggal dunia karena tabrak lari saat hendak berangkat salat Subuh di Masjid Al Markaz Al Islami Makass...
Polis Menahan Seorang Lelaki Tempatan Yang Mengamuk

Polis Menahan Seorang Lelaki Tempatan Yang Mengamuk

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 178 hits
Polis Menahan Seorang Lelaki Tempatan Yang Mengamuk Telah tular satu video yang berdurasi selama 14 saat dimana seorang lelaki telahpun ditahan polis dipercayai akibat mengamuk dan bertindak menyerang polis Video tersebut telah viral hampir...
Pasangan Guru Maut Kemalangan Bekas Pelajar Luah Sedih Hilang Kata Kata

Pasangan Guru Maut Kemalangan Bekas Pelajar Luah Sedih Hilang Kata Kata

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 186 hits
Pemergian pasangan guru yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 274 Lebuh Raya Pantai Timur 2 Kemaman petang tadi mengundang rasa sayu orang ramai Menurut laporan Harian Metro Arbain Baharudin 47 dan isterin...
Hentikan Budaya Beri Amaran Kepada Guru Yang Mengkritik Yb Fadhlina Kpm

Hentikan Budaya Beri Amaran Kepada Guru Yang Mengkritik Yb Fadhlina Kpm

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 158 hits
Hentikan Budaya Beri Amaran Kepada Guru Yang Mengkritik Yb Fadhlina KPM Isu guru sememangnya hangat sedang diperbincangkan dikalangan rakyat Negara Malaysia adalah merupakan negara yang mementingkan sektor pendidikan adalah suatu kemestian ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly