Seorang Guru Yang Sangat Guru
Seorang guru yang sangat guru dari sekolah ini, SMK Dato' Syed Ahmad
Aku, ingin bercerita tentang seorang guru yang pada aku, sangat 'guru'. Cikgu ini seingat aku tidak pernah dapat mengajar aku sepenuh waktu. Dia pernah jadi guru menggantikan guru lain sahaja. Tidak pernah ada satu subjek yang beliau ajar sepenuh masa untuk kelasku sendiri
Pernahlah beberapa kali beliau menjadi guru ganti sehari dua untuk guru yang tidak hadir. Cikgu ni popular kat sekolah sebab segak satu hal, agama pun baik. Baik pun baik. Sopan santun. Tapi dah kahwin masa tu
Dan aku pula bukanlah seorang pelajar yang terlalu popular atau pandai untuk cikgu kenal aku. Aku juga bukanlah kategori murid nakal atau bermasalah untuk dikenali. Aku kategori tengah-tengah
Nak kata cikgu-cikgu kenal aku, rasanya tak kot. Sekolah paling ramai pelajar di Kedah masa tu. Aku masuk sekolah tahun 1998 - 2004 (Pra-Universiti). Aku pula bukan duduk rumah dekat dengan mana-mana guru.
Ye la, murid pertengahan. Cikgu nak ingat nama pun tak. Sebab dalam kelas pun, mereka masih duk tertanya-tanya siapa nama aku. Ye la, tak popular, kan. Bukannya jadi sebutan guru pun
Tapi adalah 'sikit' yang membuatkan aku ni popular. Tapi tetap tak semua orang kenal aku. Mungkin cikgu ni, kenal aku sebab ada alasan kami ni sama kot. Dia guru Bahasa Melayu dan aku pula penulis karya kreatif untuk majalah sekolah, semua kategori aku masuk. Bukan sahaja dalam Bahasa Melayu, bahkan dalam Bahasa Inggeris pun aku tapau! Lukis komik lagi. Bahasa Melayu tu aku buat pantun, seloka, sajak, cerpen dan banyak lagi, aku sudah tidak ingat
Namun, tetap orang tidak kenal aku kerana setiap satunya, aku guna nama pena berbeza. Semua hasil karya yang aku hasilkan semuanya masuk dalam majalah sekolah. Kau rasa
Aku pernah digelar penglipur lara. Hahaha
Satu lagi, nama aku ada lah masuk dalam majalah sekolah sebab mengharumkan nama sekolah sebab masuk universiti. Time aku dulu tak ramai masuk U, ada lah 8-18 orang, ke 11 orang macam tu. Lupa dah. Dari kira-kira 360 orang pelajar Pra-Universiti. Kira membanggakan sekolahlah juga, kan? Hehe Tapi dah keluar sekolah masa tu, mana cikgu-cikgu nak kenal, kan
Kaitan dengan guru hebat ini pula, kami lost contact sehingga lah tahun 2017 rasanya, baru jadi friends kat facebook sebab masa arwah ayahku meninggal pun dia ada ucap takziah.
Aku tukar facebook dalam tahun 2018 sebab kena hack. Nama pun lain. Tapi cikgu aku nan seorang itu tetap kenal aku. Dia tetap panggil nama yang jarang-jarang orang panggil aku iaitu Fisha. Kawan sekolah yang rapat je panggil nama tu. Ramai yang panggil Syah.
Sebab tu, aku jadi macam terkejut. Sebab dia masih ingat aku? Nama penuh aku pun dia ingat! Oh My God! Terharu aku. Dia bukan guru kelas atau subjek pun boleh ingat aku. Cikgu-cikgu aku langsung tak ingat aku. Sedih. Ye la, aku bukan sesape pun, kan.
Aku pernah lah ditanya oleh seorang guru yang pernah ajar aku 2-3 tahun, "awak nama apa?" pada tahun 2020. Bila aku jawab nama penuhku, dia jawab tak ingat. Aduhai, sedihnya rasa.. Ye la, bukan murid stunning kan. Nak je aku jawab nama kawan aku yang pastinya dia ingat tapi tak jadilah. Aku diamkan sahaja. Sedihlah.
Jadi, kepada yang bergelar guru, seboleh mungkin korang cubalah ingat nama anak murid korang. Aku tahu ramai dan makan tahun pastinya bertambah ramai. Tapi cubalah ya.. Anda akan lebih dihormati dan disayangi oleh anak murid sampai bila-bila. Anak murid memang akan ingat anda tapi adakah anda ingat setiap anak murid
Mungkin boleh jadi ingatan buat guru-guru khasnya pada Hari Guru. Dibacakan kisah ini pada perhimpunan sekolah. Ya, aku berikan izin dan halalkan untuk menggunakan nukilan di hati ini
Sha my heartAnak murid tidak terkenal
Terima kasih singgah sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sha-myheart.blogspot.com/2023/01/seorang-guru-yang-sangat-guru.html