Hentikan Budaya Beri Amaran Kepada Guru Yang Mengkritik Yb Fadhlina Kpm



Hentikan Budaya Beri Amaran Kepada Guru Yang Mengkritik – Yb Fadhlina, KPM. Isu guru sememangnya hangat sedang diperbincangkan dikalangan rakyat. Negara Malaysia adalah merupakan negara yang mementingkan sektor pendidikan adalah suatu kemestian menuntu pembaharuan dan penambahbaikan dalam sistem pendidikan terkini. Terbaru diterima daripada Menteri Pendidikan iaitu Fadhlina Sidek yang mengeluarkan kenyataan mahu budaya memberi amaran kepada guru yang menyuarakan kebimbangan berkaitan sesuatu isu menerusi media sosial dihentikan dengan serta merta dan segera.
Dapatkan info latest dan update terkini semasa mengenai isu dalam dan luar negara:

Hentikan Budaya Beri Amaran Kepada Guru Yang Mengkritik – Yb Fadhlina, KPM Teguran Pedas Daripada Menteri Pendidikan Menurtu belia lagi, ruang kritikan konstruktif adalah penting sebagai proses semak dan imbang, mengikut saluran.
“Saya dimaklumkan guru pendidikan khas, Hasmadi Hamdan, diberi amaran oleh pegawai kerana mengkritik di media sosial.
Ungkap beliau di laman media sosial rasmi beliau. Beliau juga mohon agar dihentikan budaya ini dengan kadar segera. Pendekatan administratif yang baik hanya boleh dapat dicapai apabila wujud ketelusan di peringkat bilik darjah, sekolah dan pejabat pendidikan.
Tegas beliau dalam satu kenyataan di Facebook semalam. Ujar beliau lagi, guru pendidikan khas adalah merupakan barisan hadapan dalam membangun konsep madani dalam pendidikan khas.
“Kebimbangan beliau adalah kebimbangan saya.” Jelas disini Menteri Pendidikan amat mementikan suara yang dilontar oleh guru. Beliau juga mengetengahkan bahawa adab berbeza pandangan adalah yang sentiasa meletakkan kepentingan serta kebajikan murid-murid, guru dan tonggak profesionalisme yang memandu penjawat awam.
Daripada kenyataan itu juga,Yb Fadhlina berkongsi hantaran Hasmadi yang memuatkan naik surat terbuka kepadanya berkenaan isu pendidikan negara pada Isnin lalu.
Suarau Guru Diutamakan Bagi Membantu Perkembangan Pendidikan Negara Mesej Terbuka Cikgu Hasmadi Untuk KPM Guru merupakan insan yang bertungkus-lumus bagi memastikan pendidikan anak-anak terjamin dan mereka sememangnya memberi yang terbaik. Kerana seorang guru itu sedar, tanggungjawab mereka adalah mendidik, mengajar dan pastikan anak murid itu menjadi seorang yang punyai hati budi yang baik.
Namun,kita semua kena sedar bahawa tugasan menjadi seorang guru itu tidaklah mudah, banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Oleh itu, hadirnya suara yang bangkit meluahkan pandangan untuk kebaikan para guru bersama.
Cikgu Hasmadi Bin Hamdan adalah merupakan seorang guru pendidikan khas di SMK Jalan Reko membuat satu hantaran berupa surat terbuka di Facebook untuk KPM. Hasrat beliau adalah untuk kepentingan pendidikan negara semata dan bukanlah untuk tujuan peribadi. Syukurlah KPM menerima baik surat terbuka tersebut.
Mesej Terbuka Untuk KPM Cikgu Hasmadi menulis mesej terbuka buat Menteri Pendidikan. Mesej tersebut adalah panjang lebar dan sarat dengan saranan penting dan suara para guru.
Beliau menulis surat dengan pemberitahuan bahawa tulisan tersebut panjang dan tidak sesuai bagi mereka yang tidak suka membaca.
Berikut adalah isi daripada mesej terbuka tersebut:
Isu pendidikan di Malaysia ini adalah isu yg sangat dekat di hati masyarakat.. Isu ini melibatkan pelajar yang merupakan anak-anak kita semua, dan juga guru-guru yang mendidik anak-anak kita.Menteri Pendidikan dan KPM mesti mengutamakan kepentingan dan kebajikan guru serta murid ketika mereka memutuskan dasar-dasar utama pendidikan.
Contohnya, Menteri sudah boleh pun laksanakan dasar-dasar bersifat ‘low-hanging fruits’,
Yang mana memberi kesan besar segera dalam usaha mengurangkan beban guru atau murid.
KPM Boleh Merujuk Suara Wakil-wakil Guru.. Dalam hal ini, bolehlah dirujuk posting-posting para pemikir pendidikan yg menjadi tempat luahan perasaan guru-guru seperti Dr Othman Talib atau Dr Anuar Ahmad. Malah mantan Menteri Pendidikan ketika kerajaan PH dahulu, Dr Maszlee Malik juga telah memutuskan perkara yang mudah dilaksanakan dan amat dipersetujui oleh guru seperti meringankan beban guru apabila tidak perlu lagi menulis Buku Rekod Kedatangan Murid secara manual) dan menukarkan kasut sekolah ke warna hitam (meringankan beban murid & ibu bapa).
Rujuk Guru Barulah Boleh Faham Apa Masalah Yang Guru Hadap.. Tegas cikgu Hasmadi, Hanya guru yang faham perihal kesusahan guru dan beban mereka. Sebab itu mereka akan mengadu pada orang yang berani seperti Dr Anuar Ahmad atau Dr Othman Talib.
Guru tahu budaya feudalisme dan birokrasi masih menebal dalam konteks pentadbiran pendidikan di negara kita. Selalu juga kita dengar guru-guru akur pada Pengetua/Guru Besar, dan PGB pula amat risaukan arahan PPD.
Seterusnya PPD akan patuh sepenuhnya arahan pegawai dan Pengarah JPN, dan Pengarah JPN pula laksana sepenuhnya arahan KPM tanpa banyak soal.
Perkara hal Pendidikan Khas.. Hanya guru Pendidikan Khas yang lebih faham bagaimana menguruskan MBK di peringkat PPKI atau sekolah pendidikan khas. Justeru, sumber maklumat Menteri mestilah datang dari guru PPKI dan sekolah pendidikan khas juga, bukan sekadar Bahagian Pendidikan Khas di KPM atau Sektor Pendidikan Khas Negeri.
Menurutnya lagi, Dalam lantikan MPPK baru-baru ini, apabila tiada wakil yang lebih faham dan lebih arif mengenai hal-hal pendidikan khas dan keperluan MBK dilantik, maka ramai guru pendidikan khas mengeluh.
Siapalah lagi yang boleh diharapkan membawa suara mereka? Yang boleh memastikan Menteri betul-betul faham keperluan guru-guru pendidikan khas dan MBK? Menteri ada menyebut hendak memastikan 4 kemudahan utama MBK di sekolah dilaksanakan (iaitu susur tangan, susur landai, tandas dan parking OKU). Itu boleh dipuji. Namun Menteri juga kena melihat segera pekrara lain yg penting seperti peningkatan jumlah murid MBK setiap tahun, ruang kelas sedia ada yang sempit, keperluan membuka lebih banyak kelas baharu, membina empati PGB supaya menerima pelajar MBK di sekolah mereka (ada juga kes di mana PGB yang tidak mahu membuka kelas PPKI di sekolah mereka).
Sementelah juga hal-hal berkaitan latihan guru pendidikan khas, latihan pengurusan MBK untuk pembantu murid, sokongan terapi dan klinikal serta pengurusan sokongan pendidikan khas.
Isu paling besar di pendidikan khas sekarang ialah pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM).. Terdapat banyak pertindihan pentaksiran di Pendidikan Khas yang membebankan guru dan juga murid seperti PASM, portfolio, KVS, PBD serta peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Ramai guru pendidikan khas mengeluh kerana PASM yang dilaksanakan kepada MBK masalah pembelajaran (autistik, down, CP) megandungi terlalu banyak elemen dan outcomes yg hendak dicapai sedangkan elemen ini tidak pernah diajar dan tidak terdapat secara jelas dalam sukatan.
KPM kena akui guru-guru lebih kenal tahap dan aspek kebolehan MBK yg sepatutnya dinilai dalam PASM.. Telah disebutkan hanya sekitar 3.5% (109 orang) daripada 3095 orang MBK yang dinilai pada 2017 (tahun pertama PASR dilaksanakan) yang telah mencapai Kompeten Terpuji untuk prokhas 1 dan 2. Oleh itu, Menteri harus bersedia mendengar suara guru-guru dan NGO yang berada di luar KPM juga.
Menteri juga tidak boleh bergantung sepenuhnya pada pegawai-pegawai di KPM atau hanya menoleh kepada Dato’ KPPM untuk mendapatkan maklumat. Kebiasaannya maklumat mereka tidak tepat dan hanya kosmetik semata-mata untuk menutup kelemahan mereka. Ini sudah pasti tidak menceritakan hal sebenar yg dialami di peringkat guru-guru yang melaksanakan tugas mendidik pelajar sendiri.
Jelas disini, luahan daripada Cikgu Hasmadi adalah bersifat relevan dan perlu untuk diambil perhatian oleh pihak KPM. Suara guru harus didengari. Hentikan Budaya Beri Amaran Kepada Guru Yang Mengkritik adalah merupakan sesuatu yang perlu dilaksanakan sepenuhnya dan dikaji juga luahan para guru untuk menjaga kebajikan bersama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/01/hentikan-budaya-beri-amaran-kepada-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saari Sungib Warkah Kenang Kenangan Buat Tuan Guru Siri 5

Saari Sungib Warkah Kenang Kenangan Buat Tuan Guru Siri 5

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 200 hits
MalaysiakiniSaari SungibSalam sejahtera dan salam perjuangan Tuan Guru Adakah Tuan Guru setuju jika saya katakan sebagai golongan du at yang memperjuangkan islah dan tajdid dalam kerangka demokrasi serta pilihanraya PAS mestilah sentiasa be...
Guru Besar Hilang Wang Bantuan Awal Persekolahan Rm109 000 Selepas Tingkap Kereta Dipecah

Guru Besar Hilang Wang Bantuan Awal Persekolahan Rm109 000 Selepas Tingkap Kereta Dipecah

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 193 hits
KUALA LUMPUR Seorang guru besar kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109 000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya di Semenyih dekat sini tengah hari semalam Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Ha...
Kes Rm109 350 Lesap Guru Besar Beri Alasan Dah Biasa Keluarkan Sendiri Tanpa Polis Pengiring Sejak 10 Tahun Lalu

Kes Rm109 350 Lesap Guru Besar Beri Alasan Dah Biasa Keluarkan Sendiri Tanpa Polis Pengiring Sejak 10 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 275 hits
Foto sekadar hiasan sahajaPerkembangan terkini kes RM109 350 yang dilaporkan hilang selepas dikeluarkan oleh Guru Besar daripada sebuah bank di Pekan Semenyih LAPORAN BERKAITANSiasatan awal mendapati mangsa memberikan alasan dia tidak memin...
Guru Maut Ditembak Kekasih Selepas Berkenalan Secara Online

Guru Maut Ditembak Kekasih Selepas Berkenalan Secara Online

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 323 hits
DUAN ditembak mati di halaman belakang rumahnya KHOU11Share on telegramWASHINGTON Seorang wanita di Amerika Syarikat ditemui mati di halaman belakang rumahnya beberapa minggu selepas bertemu dengan seorang lelaki menerusi platform temu janj...
Hadiah Untuk Guru 15 Item Berguna Untuk Guru

Hadiah Untuk Guru 15 Item Berguna Untuk Guru

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 207 hits
Guru adalah merupakan salah satu insan yang paling berjasa dalam kehidupan seseorang Tanpa guru siapalah anda Untuk memberi penghargaan atas jasa dan pengorbanan seorang jangan lupa berikan hadiah kepada guru anda tercinta sempena hari isti...
Seorang Guru Yang Sangat Guru

Seorang Guru Yang Sangat Guru

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 196 hits
Seorang guru yang sangat guru dari sekolah ini SMK Dato Syed AhmadAku ingin bercerita tentang seorang guru yang pada aku sangat guru Cikgu ini seingat aku tidak pernah dapat mengajar aku sepenuh waktu Dia pernah jadi guru menggantikan guru ...
Cubaan Guru Songlap Duit Bap Gagal Ibu Jadi Detektif Tuntut Hak Anak

Cubaan Guru Songlap Duit Bap Gagal Ibu Jadi Detektif Tuntut Hak Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 170 hits
WAN SITI AMINAHDrama yang menyelubungi wang Bantuan Awal Persekolahan memasuki episod baharu apabila seorang guru didapati cuai dalam mengagihkan wang tersebut Guru lelaki itu didakwa secara sengaja telah mengurangkan jumlah yang sepatutnya...
Allahyarham Tok Guru Ulas Tentang Rasuah Menjelang Pilihanraya

Allahyarham Tok Guru Ulas Tentang Rasuah Menjelang Pilihanraya

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 246 hits
Ini Al Marhum TGNA ulama zuhud sebenar berbanding dengan pedagang agama yang baru keluar fatwa bodoh self interest konon beli undi tak salah kerana sedekah Lebai ulama jahat merosakkan agama yang masih hidup dia punya kawan baik perangai du...
Menteri Arah Mppk Segera Bentang Laporan Beban Tugas Guru

Menteri Arah Mppk Segera Bentang Laporan Beban Tugas Guru

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 162 hits
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi arahan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan sesi 2023 2025 supaya menyediakan laporan sulung berhubung beban tugas dan kebajikan guru Fadhlina berkata laporan itu perlu dikemukakan kepadany...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord