Pendekatan Kerajaan Tidak Masuk Akal
Pendekatan kerajaan tidak masuk akal?
Kerajaan harus mengkaji semula pengkategorian perkhidmatan perlu dan bukan perlu dalam strategi memerangi wabak Covid-19, berikutan wujudnya kepelbagaian rantaian bekalan di negara ini.
Ahli majlis penasihat Kelab Ekonomi Kuala Lumpur, Tan Sri Yong Poh Kon berkata, ini kerana segelintir pengkategorian sedia ada dilihat menyumbang kepada kelembapan ekonomi Malaysia.
“Sebagai contoh, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu, pembungkusan plastik diletak dalam kategori bukan perlu dan menyebabkan gangguan kepada rantaian bekalan kerana pembungkusan makanan tidak dapat dilakukan.
“Dalam sekatan terbaharu ini pula, pelebur bijih timah tidak dibenarkan beroperasi. Keadaan ini akan menyebabkan isu seperti pembungkusan makanan berulang kembali kerana dalam hal ini, tin pula tidak dapat dihasilkan,” katanya ketika menjadi panel dalam Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2021 anjuran Strategic Institute for Asia Pacific (KSI) secara maya, hari ini.
Justeru, beliau menegaskan, kerajaan perlu memperbaharui naratif idea berkenaan pengkategorian perkhidmatan perlu dan bukan perlu seterusnya bersama-sama berkongsi cabaran penutupan penuh dalam semua sektor.
“Kerajaan boleh tetapkan peraturan seperti mengurangkan kapasiti pekerja kepada 50 ke 60 peratus supaya penjarakan fizikal dapat diaplikasikan serta memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih baik supaya semua sektor dapat beroperasi,” jelasnya.
Sementara itu, penasihat kanan dan pakar ekonomi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr. Jomo Kwame Sundaram berpendapat, kebanyakan pendekatan kerajaan tidak masuk akal dan sepatutnya melibatkan seluruh masyarakat dalam usaha menangani pandemik.
“Pendekatan lockdown adalah instrumen yang sangat ‘tumpul’ dan arahan duduk di rumah bukannya satu-satunya pilihan yang ada.
“Kerajaan perlu mempunyai pendekatan menyeluruh dan melibatkan semua rakyat. Dengan itu, rakyat akan menyokong usaha tersebut.
“Malangnya, kita mempunyai pendekatan top-down yang tidak membawa kita ke mana-mana. Anda (kerajaan) tidak boleh tutup dan buka ekonomi begitu sahaja, begitu juga perusahaan,” tegas beliau.
Jomo memaklumkan, Malaysia mempunyai situasi di mana dasar fiskal merupakan tantangan utama, sedangkan sebagai perbandingan, negara-negara Barat telah menggunakan pendekatan peminjaman dasar fiskal kontra-siklik yang teguh seperti diperlukan.
“Kami di Malaysia ragu-ragu kerana kami berada dalam situasi di mana memberi lebih banyak wang kepada kerajaan mungkin mendedahkan kepada bencana, meningkatkan rasuah dan salah guna.
“Namun, kita perlu sedar selain vaksinasi, dasar fiskal kontra-siklus adalah apa yang menyumbang kepada pemulihan prestasi ekonomi di barat. Kita perlu berani dalam dasar fiskal dan jangan menjadi ‘tawanan’ kepada agensi penarafan kredit dan sebagainya,” tambahnya.
Pendekatan kerajaan tidak masuk akal?
Baca Artikel Menarik :
Kes rogol Exco: Polis jumpa disyaki air mani, seluar dalam
Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU
Kaki sondol mata duitan, Fiza buat laporan polis
Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin
Resepi nasi ulam serunding ‘terangkat’
Layari Laman Facebook MYKMU
The post Pendekatan kerajaan tidak masuk akal? appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/07/13/pendekatan-kerajaan-tidak-masuk-akal/