Kerajaan Perlu Perkenal Polisi Pelepasan Hutang Afdlin



Pengarah dan penerbit filem terkenal Datuk Afdlin Shauki Aksan terharu melihat penderitaan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid 19 sehingga ke tahap tiada makanan untuk dimakan.
Katanya, beliau yang sebelum ini aktif bersama NGO mengendalikan misi bantuan kemanusiaan ke beberapa negara yang berperang sering melihat tragedi kebuluran. Namun, menurutnya, tidak terlintas di fikiran suatu ketika di Malaysia yang makmur, beliau perlu melihat pengalaman serupa.
“Saya pernah masuk ke zon perang di Gaza (Palestin) dan Syiria. Di sana masa kita beri bantuan kita beri makanan pada kanak-kanak. Habis makan tinggal kotak. Ada seorang datang minta kotak. Kita tanya untuk buat apa?
“Kotak itu, diambil untuk direbus bila makanan tidak ada. Rebus kotak dan anak-anak makan kotak. Ketika itu saya rasa bersyukur di Malaysia ada serba serbi.
“Namun tak terlintas sampai satu ketika orang di negara kita juga tak ada makanan. Saya tidak terlintas. Inilah apa yang berlaku (sekarang),” katanya dalam forum maya anjuran Studio Keadilan bertajuk: “#bendera putih: Malaysia Kian Parah?”, malam tadi.
Menurut Afdlin, tidak ada masalah dengan kempen menaikkan bendera putih apabila terputus bekalan makanan sebagaimana dipertikaikan oleh kerajaan Perikatan Nasional kononnya perbuatan tersebut berunsur politik bagi memprotes kelemahan pemerintah.
Bagi Afdlin, menaikan bendera itu lebih mudah berbanding meminta-minta dan orang Malaysia, katanya, terkenal dengan sikap tidak meminta pertolongan kecuali dalam keadaan yang terlalu darurat.
“Sesetengah orang anggap mengaibkan. Bila saya keluar bersama NGO, orang nak cakap minta tolong susah. Pada saya kurang aib jika naik bendera. Kita tidak perlu nak menghakimi lagi, nampak bendera tu maka bantu.
“Saya sudah merata pergi, saya tengok orang susah semua sama. Dan kita jaga mereka punya aib. Semua orang ada perasaan yang kita mesti jaga. Santuni orang susah ada cara, santuni gelandangan ada cara.
“Lihat hari ini berapa ramai orang keluar membantu di kawasan yang akan dilaksana PKPD esok. Saya ada, dalam instagram keluarga minta bantuan. Kena buang kerja dan sebagainya.
“Jangan buat kenyataan bodoh (pertikai naikkan bendera putih) dan anggap benda ini tidak penting,” katanya.
Mengenai ekonomi pula, Afdlin mengkritik kerajaan PN kerana mengambil pendekatan yang salah membiarkan golongan menengah tepukul teruk dijerut kemelesetan ekonomi tanpa ditangani.
Katanya, sekiranya golongan itu telah hilang mata pencarian maka kuasa beli negara akan merosot dengan teruk, dan perniagaan akan mengambil masa panjang untuk pulih biarpun pandemik berakhir.
“Banyak negara lain ada golongan kaya – miskin, di tengah tak ada. Di Malaysia golongan menengah besar jumlahnya. Yang menjana ekonomi dan membeli adalah dari middle class income ini. Golongan inilah yang banyak terkesan sekarang
“Apabila ini berlaku, parahnya selepas ini. Lepas selesai pandemik nak membangun kembali golongan ini susah, kuasa beli tak ada. Sebab pada ketika ini kita tidak menjaga mereka
“Cara penjagaan pada saya ialah suntikan vaksin. Kalau vaksin dilakukan dengan segera, tak kira warganegara, berkerja di Malaysia, yang ada permit, tak ada permit divaksin maka ekonomi kita akan kembali pulih dengan cepat,” katanya.
Selain itu, beliau mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah radikal dengan mengarahkan bank memulakan polisi ‘pelepasan hutang’ atau debt forgiveness sepanjang tempoh Covid 19 atau Perintah Kawalan Pergerakan
“Contoh moratorium, orang kata akan menambahkan tahun kita meminjam. Mungkin tiba masanya membantu golongan menengah ini dengan ‘melepaskan hutang’. Dept forgiveness berlaku apabila keadaan yang sangat teruk maka kita lepaskan hutang mereka.
“Ini adalah masa yang belum pernah kita lalui jadi kenapa kita tidak buat. Jumpa bank dan kata rakyat tengah susah mengapa tidak buat perlepasan hutang. Beri setahun misalnya dan lepas itu sambung semula (bayar hutang),” katanya lagi.
Menurut beliau, mungkin cara itu akan mengurangkan stres dalam kalangan rakyat dan mengurangkan tragedi bunuh diri, mendera keluarga dan sebagainya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32478

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebenarnya Jika Kerajaan Gagal Bermakna Umno Juga Gagal

Sebenarnya Jika Kerajaan Gagal Bermakna Umno Juga Gagal

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 241 hits
Semasa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO sedang berjuang menguruskan negara yang sedang berdepan krisis pandemik Covid 19 tiba tiba Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengambil alih tugas Ketua Pembangkang dalam mengkritik ke...
Kes Bunuh Diri Meningkat Ketika Pandemik Kerajaan Perlu Bantu Golongan Terkesan Teruk Kata Anwar

Kes Bunuh Diri Meningkat Ketika Pandemik Kerajaan Perlu Bantu Golongan Terkesan Teruk Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 241 hits
Anwar Ibrahim berkata dengan peningkatan kes bunuh diri sebanyak 20 iaitu daripada 188 kes pada 2018 kepada 226 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu usaha perlu dilakukan bagi membantu golongan terkesan teruk akibat pandemik PETALING JAYA Ke...
Kerajaan Gagal Is A Brilliant Campaign

Kerajaan Gagal Is A Brilliant Campaign

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 166 hits
Hence that is why PPBM wanted PAS the most successful party in Malaysia PAS is a winner PAS did NOT lose the general election Barisan Nasional however lost And PPBM also won GE14 So PAS the winner joined PPBM the winner to form the new gove...
Buka Dun Bercanggah Dengan Darurat Diisytiharkan Kerajaan Bekas Hakim Beri Amaran Kepada Negeri

Buka Dun Bercanggah Dengan Darurat Diisytiharkan Kerajaan Bekas Hakim Beri Amaran Kepada Negeri

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 200 hits
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berikan peringatan susulan beberapa pengumuman negeri untuk membuka DUN pada Ogos depan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram Gambar Bernama Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri ...
Covid Momokan Kerajaan Gagal Siapa Sebenarnya Gagal

Covid Momokan Kerajaan Gagal Siapa Sebenarnya Gagal

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 236 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menyifatkan momokan kerajaan gagal untuk bermain politik adalah suatu perkara yang tidak sihat Katanya beliau mengetahui siapa yang mewujudkan dan tujuannya adalah untuk menghakis kepercayaan ...
Pejuang Menggesa Kerajaan Untuk Meluluskan Kemudahan Moratorium Menyeluruh

Pejuang Menggesa Kerajaan Untuk Meluluskan Kemudahan Moratorium Menyeluruh

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 269 hits
My comments at the end KENYATAAN MEDIA BERSAMA SETIAUSAHA AGUNG KETUA BIRO EKONOMI PUSATPEJUANG MENGGESA KERAJAAN UNTUK MELULUSKAN KEMUDAHAN MORATORIUM MENYELURUH DAN MORATORIUM SEWA DENGAN SEGERA 1 Moratorium menyeluruh mesti diluluskan de...
Jika Kerajaan Ingin Lanjutkan Tidak Lanjutkan Mco Sila Maklumkan Asap

Jika Kerajaan Ingin Lanjutkan Tidak Lanjutkan Mco Sila Maklumkan Asap

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 123 hits
If the government is going to extend the MCO after the 28th June 2021 then can the government not wait until the last minute to say so By the time most people read this it will be Friday 25th June 2021 already Only THREE more days Either wa...
Kerajaan Yakin 80 Peratus Penduduk Kl Putrajaya Divaksin Seawal Ogos

Kerajaan Yakin 80 Peratus Penduduk Kl Putrajaya Divaksin Seawal Ogos

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 231 hits
Kerajaan yakin 80 peratus penduduk KL Putrajaya divaksin seawal Ogos Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Jun 20
Bung Dikaitkan Dengan Juadah Telur Penyu Kerajaan Sabah Janji Siasat

Bung Dikaitkan Dengan Juadah Telur Penyu Kerajaan Sabah Janji Siasat

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 197 hits
Hariz MohdKerajaan Sabah akan menyiasat gambar yang dikatakan memaparkan Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar Radin makan di meja yang menghidangkan juadah telur penyu Gambar itu disiarkan di laman Facebook Naib Presiden Warisan Junz Wong Ini...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco