Pendedahan Tulang Besi Berkenaan Morotorium Tempohari Terbukti Benar Akhirnya
*Bank Negara Mengesahkan Pendedahan yg Tulang Besi Tulis Setengah Bulan yg Lepas*
Tulang Besi di dalam blog telah menulis pada 15 April bahawa walaupun diberi morotorium 6 bulan tapi ianya tidak percuma. Artikel tersebut bertajuk "Tangguh Bayar Pinjaman 6 Bulan Tapi Hutang Bertambah"
Setiap bulan akan dicas bunga yang akan menyebabkan jumlah pinjaman kita akan bertambah.
Di kala itu Tulang Besi mendapat kecaman dari walaun dan penyokong2 PAS dan UMNO. Ada yang hendak melaporkan kepada Polis dan SKMM.
Mereka hendak melapor Tulang Besi kerana dikatakan Tulang Besi telah berbohong dan menyebarkan Fake News.
Nah, pada hari ini, Bank Negara mengesahkan apa yang Tulang Besi telah tulis pada pertengahan bulan ini yang lepas. Yakni setengah bulan lebih awal
*MENGAPA TULANG BESI MENYIASAT*
Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberi ilham kepada Tulang Besi untuk menulis artikel tersebut. Allah SWT telah memasukkan dalam benak Tulang Besi untuk menyoal siapakah yang akan menanggung kos morotorium yang diwar warkan oleh Perdana Menteri itu? Mustahi kos morotorium itu akan ditanggung oleh Bank. Lantas Tulang Besi menyiasat dan mendapati kos bunga tersebut akan dikembalikan kepada peminjam.
Terima kasih pada Bank Negara yang telah mengesahkan pendedahan awal Tulang Besi tersebut.
Rakyat Malaysia kita boleh umpamakan ku sangka panas sampai ke petang dah sekarang ni.
Makcik Kiah Tertipu Akhirnya.
KESIMPULAN:
Kalau naik jadi kerajaan pun dengan menipu setakat nak tipu pasal Morotorium ni kecik je.
Teringat Tulang Besi akan satu pantun dua rangkap yang rasanya cukup releven dengan isu ini:Siakap Senohong Gelama Ikan DuriBercakap Bohong Lama-Lama Mencuri
*TULANG BESI*
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.malaysiawaves.net/2020/05/pendedahan-tulang-besi-berkenaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+malaysiawaves%2FzpEb+%28Tulang+Besi%40Malaysiawaves%29