Pendedahan Ekslusif Beza Planta Dan Marjerin

Sebenarnya masih ramai yang tidak dapat beza planta dan marjerin. Ini adalah kerana ia kelihatan agak sama dari rupa bentuknya dan rasanya juga adalah lebih kurang sama. Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat beza planta dan marjerin yang amat ketara sekali!
Jika kita mendalami lebih jauh lagi, maka kita akan dapat temui jalan keluar untuk membezakan diantara planta dan marjerin yang sebenarnya. Selain itu, anda juga boleh merungkai kekeliruan berkenaan produk makanan yang lain dalam kebiasaan masyarakat kita.
Sertai Telegram Informasi Santai SGO
Apa Beza Planta dan Marjerin dan Kegunaannya
Apa itu Planta?

Beza Planta dan Marjerin
Planta adalah merupakan satu nama produk yang berasaskan Marjerin namun yang lebih berkualiti dan lebih sihat berbanding marjerin biasa. Planta boleh dikatakan jenis marjerin yang premium atau Vip kerana teksturnya sangat sedap dan tidak berminyak seperti kebiasaan marjerin lain.
Rakyat Malaysia memanggil planta sebagai ‘planta’ biarpun ia sejenis marjerin, namun untuk membezakan kualiti. Itulah dipanggil sehingga sekarang. Planta adalah planta dan tidak sama dengan marjerin.
Apa itu Marjerin?

Marjerin atau panggilan lain Margarin ialah sejenis mentega buatan yang dihasilkan dari minyak sayur atau minyak haiwan. Ia juga mengandungi susu saringan, garam dan pengemulsi. Marjerin juga lebih banyak mehgandungi lemak berbanding mentega sehinggakan marjerin lebih banyak digunakan dalam menggantikan mentega yang biasanya harga lebih mahal dari marjerin. Namun, terdapat juga marjerin yang ‘rendah kalori’ dan mengandungi lemak sedikit.
Beza Planta dan Marjerin Yang Perlu Kita Ketahui
Ramai yang pening dan tidak dapat beza planta dan marjerin yang sebenarnya. Jikalau kita teliti balik, orang kita selalu bahasakan produk berbanding nama bahan yang sebetulnya. Seperti situasi Planta, ia adalah merupakan jenis butter. Namun, namanya sudah terbiasa sehingga kita tidak dapat kenal pasti bahawa terdapat perbezaan jauh plantan dan marjerin.
Berikut adalah beza planta dan marjerin:
PlantaMarjerinBahan UtamaMinyak kelapa sawit, Minyak haiwan dan EmulsifierMinyak sayur, Minyak haiwan dan EmulsifierProses PembuatanHydrogenation dimana proses cecair menjadi pepejalHydrogenation dimana proses cecair menjadi pepejalRasaLebih rasa creamyLemak yang lebih tinggi, rasa masinkandungan NutrisiMempunyai minyak yang baik dan terdapat 9 vitaminMempunyai kandungan minyak yang lebihHargaKebiasaanya lebih mahal dengan kualitinya antara RM19 bagi 1kgKebiasaannya lebih murah antara RM7 bagi 1kg
Kekeliruan Jenama Produk Oleh Rakyat Malaysia
Kekeliruan Antara Marjerin dan Butter

Selain kes planta dan marjerin, ada juga kekeliruan yang terjadi diantara Marjerin dan Butter. Untuk memahami perbezaan dan menghilangkan kekeliruan, berikut adalah penerangan mengenai Marjerin dan Butter yang berbeza.
Penerangan Mengenai Butter (Mentega)
Butter adalah ‘Mentega’. Butter diperbuat daripada sumber pepejal susu lembu yang mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi. Ia juga mengandungi nutrisi asid lemak omega 3 yang sangat baik untuk jantung manusia.
Contoh Jenama Butter Di Pasaran

Pendedahan Ekslusif Beza Planta dan Marjerin 9
Terdapat jenama butter yang berada di pasaraya, kedai-kedai dan lain-lain. Berikut adalah senarai jenama butter:
Golden Churn
Lurpark
KerryGold
SCS
Anchor
Tatura
Penerangan Mengenai Marjerin
Marjerin adalah merupakan bahan yang diperbuat daripada lemak sayuran, lemak haiwan dan lain-lain. Marjerin adalah jenis bahan masakan yang tidak sihat dan tidak disarankan untuk diguna selalu. Ini adalah kerana marjerin boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti:
Menganggu kesuburan
Menganggu sistum imun badan
Penyebat penyakit kencing manis. diabetes dan kanser
Risiko tersumbat arteri
Meningkatkan kolestrol jahat dalam badan
Menyebabkan masalah jantung
Mempunyai lemak trans yang tinggi
Contoh Jenama Marjerin Di Pasaran

Berikut adalah senarai jenama marjerin:
Daisy
Naturel
Planta
Pelangi
Emborg cook and bake
Farmcow
Butterlite
Buttercup
Buttercup Bukan Butter!

Jenama Buttercup adalah sebenarnya bukanlah butter. Ia hanyalah sekadar nama tetapi ia adalah jenis marjerin. Jadi, jangan pula anda terkeliru pula.
Kekeliruan Produk Lain Oleh Rakyat Malaysia

Pendedahan Ekslusif Beza Planta dan Marjerin 10
Dalam kehidupan kita sebagai masyarakat kita pasti sudah terbiasa dengan satu perkara atau sebutan umm. Pernah terfikir kenapa rakyat Malaysia panggil Maggi untuk mi segera? Colgate untuk semua jenis ubat gigi? Pampers untuk semua jenis lampin bayi? Milo untuk semua jenis minuman coklat?
Contoh nama produk lain panggil nama lain di kalangan rakyat Malaysia:
Air coklat – Milo
Ubat gigi – Colgate
Pad – kotex / roti kering
Lampin budak – pampers
Deodorant -odorono
Mee segera – maggi
Pelembut baju – soflan
Peluntur – klorok
Makanan ringan – cekedis/jajan
Semburan serangga – ridsect
Pewangi umah – febreze
Correction tape – liquid paper
Pengilat kasut – kiwi
Stesen minyak – Shell
Berikut adalah penerangan kenapa rakyat Malaysia panggil nama lain untuk produk lain:
Nama popular jadi semua jenis produk akan ada satu nama sahaja.
Dahulu tiada saingan, produk siapa yang datang dulu. Produk itulah akan kekal namanya dipanggil hingga hari ini.
Rakyat Malaysia sudah sebati dengan budaya orang kita yang santai.
Keunikan yang berbeza namun dapat difahami. Orang Malaysia sangat kreatif dalam panggilan produk yang menjadi kebiasaan.
Demikianlah celoteh rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai ragam dan identiti sendiri. Uniknya rakyat Malaysia yang hidup dalam pelbagai kaum. Jadi, apa-apa sekalipun, kita mesti mengetahui perbezaan seperti beza planta dan marjerin dan lain-lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/12/beza-planta-dan-marjerin.html