Pendedahan Baru Rm70 Juta Kau Fikir Saya Tak Sakit Hati





Pemberi maklumat dalam dakwaan skandal rasuah di Sabah mengeluarkan video baru berkaitan perbincangan dana berjumlah puluhan juta ringgit.
Malaysiakini difahamkan bahawa klip itu adalah versi suntingan daripada rakaman perbincangan yang lebih panjang antara pemberi maklumat dan Adun Tempasuk, Mohd Arsad Bistari.
Pemberi maklumat berkata versi suntingan ini tidak termasuk perbincangan mengenai wang yang didakwa sebagai suapan untuk menyokong projek negeri.
Dalam rakaman tersebut, perbincangan berpusat pada projek-projek yang dikatakan “disekat” oleh seseorang, yang dipercayai merujuk kepada Ketua Menteri Hajiji Noor.
“Selain projek saya, Datuk ada banyak projek lain, adakah dia sekat mana-mana projek Datuk?” tanya pemberi maklumat.
“Banyak,” jawab ahli politik berusia 49 tahun itu, yang juga pengerusi Softwoods Sabah Bhd, syarikat yang terlibat dalam penanaman semula pokok secara besar-besaran.
“Banyak, Tenom (projek) terbaru, RM70 juta,” tambahnya.
Ketika ini, Arsad, yang wajahnya tidak kelihatan dalam beberapa bahagian, menyebut nama menteri kewangan negeri, Masidi Manjun, dan mengaitkan masalah tersebut dengan “pasukan lama”.
“RM70 juta, saya kutip 20 peratus. Berapa banyak duit? Konsesi tiga tahun. Kau fikir saya tidak sakit hati?”
“Saya belanja ketua bahagian berapa banyak sudah,” tambahnya.
Video itu bagaimanapun tidak menjelaskan perincian berkaitan projek itu, sama ada miliknya atau komisyen saja.
Apabila ditanya sama ada Hajiji berjanji untuk memberikannya projek tersebut tetapi kemudian menarik balik dari belakang, Arsad menjawab: “Masalahnya adalah pasukan lama. Masidi Manjun ambil alih.”
Pernah mengeluh mengenai akaun
Malaysiakini dimaklumkan bahawa projek tersebut tidak berkaitan dengan pemberi maklumat itu.
Arsad kemudian menjelaskan perubahan yang berlaku sejak ketua menteri melantik Masidi, yang juga Adun Karanaan dan setiausaha agung Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Hajiji, sebagai menteri kewangan negeri selepas krisis politik tahun 2023.
Sebelum menjadi menteri kewangan, Masidi adalah menteri kerajaan tempatan dan perumahan negeri.
Arsad membayangkan bahawa selepas Masidi mengambil alih portfolio kewangan, pendekatan terhadap projek berskala besar berubah.
“Setiap kali ada mesyuarat putuskan projek besar, RM30 juta, RM50 juta, RM70 juta, prosedur ada. Jadi Masidi nasihat dia begini, itu juga masalah,” tambahnya.
Dia juga menggunakan istilah “jolok,” yang dalam bahasa pasar bermaksud menawarkan rasuah.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Arsad mengisyaratkan bahawa seseorang ditawarkan rasuah.
Arsad turut menyebut beberapa individu yang digambarkannya sebagai satu “pasukan”
“Ini pasukan, saya, Gulam, Jasnih, Andi, Samad. Lima orang kami,” tambahnya, yang mana sari kata mendakwa merujuk kepada Adun Kawang Gulam Haidar Khan Bahadar, Adun Pantai Dalit Jasnih Daya, Adun Lubuk Samad Jambri, dan Adun Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Bandy.
Masidi ManjunApabila pemberi maklumat bertanya jika Masidi “sekat,” Arsad, bagaimanapun, menjawab: “Bukan sekat.”
Adun tersebut juga mendakwa bahawa menteri kewangan berusia 73 tahun itu pernah mengeluh mengenai akaunnya.
“Kau tahu apa Masidi bilang? Selama sebelum in Yang Berhormat Pegang, saya punya akaun kosong. Dia bilang tak ada duit. Sekarang saya mahu beli rumah, saya mahu kasi siap rumah, saya mahu berhenti,’ tambahnya, merujuk kepada menteri kewangan yang mempunyai latar belakang dalam undang-undang.
Pemberi maklumat yang terkejut kemudian menjawab dengan nada sinis: “Apa dia tak ada duit.”
Arsad adalah antara sekumpulan Adun Umno yang menyokong Ketua Menteri Hajiji Noor semasa krisis politik tahun lalu selepas Umno Sabah menarik sokongannya.
Umno Sabah menafikan sebarang kaitan dengan dakwaan skandal itu.
Sementara itu Arsad ketika dihubungi Malaysiakini hari ini tidak menafikan perbualan tersebut berlangsung.
Bagaimanapun, dia menggesa Malaysiakini agar tidak lagi menerbitkan cerita “tular” ini dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk disiasat.
Ini adalah video kedua melibatkan Adun dan video ketiga yang dikeluarkan oleh pemberi maklumat setakat ini.
Semalam, Malaysiakini menyiarkan video Adun Kemabong Rubin Balang dan pemberi maklumat berunding mengenai perjanjian perniagaan melibatkan syarikat milik anak-anak ahli politik veteran itu.
Pemberi maklumat menegaskan dia tidak menawarkan rasuah kepada ahli politik itu, dan Rubin juga mendakwa tiada sebab untuk dia disiasat.
Sementara itu Masidi menjelaskan, kelulusan bagi setiap projek di Sabah adalah ditentukan oleh jawatankuasa tender negeri yang dipengerusikan oleh setiausaha tetap kementerian.
“Menteri tidak terlibat dalam membuat keputusan tersebut,” katanya.
Selasa lalu, Malaysiakini menyiarkan video bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon, menuduh Ketua Menteri Hajiji Noor menyalahgunakan kuasa.
Dia mendakwa ketua menteri memihak kepada beberapa ahli perniagaan dan Adun tertentu.
Pemberi maklumat, yang memohon kekebalan bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, mendakwa mempunyai lapan video melibatkan lapan Adun.
Dia juga mengakui memberi rasuah kepada mereka atas alasan terpaksa kerana ia sudah menjadi “budaya”.
Hajiji menafikan sebarang salah laku atau penglibatan. Laporan kepada SPRM dan polis telah dibuat terhadap Jonith, yang dituduh bersekongkol dengan pemberi maklumat.
Sabtu lalu, Malaysiakini melaporkan terdapat lapan video melibatkan Adun, termasuk juga menteri negeri, yang bercakap tentang syarat pemulangan rasuah yang didakwa diberikan kepada mereka.
Malaysiakini turut menyiarkan klip audio selama 17 saat yang dimainkan oleh peguam pemberi maklumat kepada SPRM.

- Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/pendedahan-baru-rm70-juta-kau-fikir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 204 hits
Jika anda ketandusan perhatian sudah tentu akan buat apa saja untuk dapatkannya samada secara sedar atau tidak Itu naluri biasa yang manusia ada secara semula jadi Biasanya tindak tanduk orang yang tidak cukup mendapat perhatian berlaku tan...
Lupakan Sakit Hati Nikmatilah Hidup Dengan Gembira

Lupakan Sakit Hati Nikmatilah Hidup Dengan Gembira

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 193 hits
Kadang kadang kita ni memang susah nak move on bila ingat balik benda benda yang menyakitkan hati Bayangkanlah tengah syok minum kopi tiba tiba teringat kejadian tragis yang berlaku minggu lepas Ha terus spoil mood kan Jadi macam mana nak a...
Lelaki Ugut Polis Minta Wang Tebusan Lebih Rm1 Juta

Lelaki Ugut Polis Minta Wang Tebusan Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 110 hits
KOSMONEW DELHI Seorang lelaki ditahan di Mumbai selepas membuat ugutan bunuh terhadap bintang Bollywood Salman Khan bagi menuntut sejumlah wang tebusan lapor stesen penyiaran NDTV semalam nbsp Polis Mumbai berkata pihaknya menerima mesej ug...
Hiburan Libatkan Dana Awam Sprm Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan Rm43 9 Juta Khazanah Amp Pnb Dalam Fashionvalet

Hiburan Libatkan Dana Awam Sprm Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan Rm43 9 Juta Khazanah Amp Pnb Dalam Fashionvalet

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 197 hits
Difahamkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan sebanyak RM43 9 juta yang perlu ditanggung oleh Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam FashionValet Melalui ...
Fashionvalet Isu Kerugian Rm43 9 Juta Pelaburan Khazanah Pnb

Fashionvalet Isu Kerugian Rm43 9 Juta Pelaburan Khazanah Pnb

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 299 hits
Dalam Dewan Rakyat Isnin lalu Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa Khazanah dan PNB memperoleh RM3 1 juta hasil penjualan saham dalam platform e dagang fesyen FashionValet kepada syarikat Bumiputera NXBT Partners pada 2023 Jumlah tersebu...
Hiburan Saya Telah Arahkan Khazanah Nasional Berhad Lakukan Audit Dalaman Bagi Siasat Kerugian Rm43 9 Juta Pmx

Hiburan Saya Telah Arahkan Khazanah Nasional Berhad Lakukan Audit Dalaman Bagi Siasat Kerugian Rm43 9 Juta Pmx

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 108 hits
Melalui laporan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan sebanyak RM43 9 juta dalam FashionValet Arahan tegas ini adalah seb...
Hati Saya Hancur Sedih Lihat Suami Disepak Heret Dan Curah Mi Goreng Di Kepala Isteri Oku Dipukul

Misi Jiwa Prihatin Mcm Ke Syria Bermula Harian Metro 19 01 2025

Why Malaysians Are Stuck With Religious And Racial Syndrome And How To Overcome This Conundrum

Bonding Time Dengan Anak Anak Masa Cuti Sekolah

Perak Mca Alcohol Sale Already Banned In Manjoi Beware Of Expansion

Bystander Apathy And What It Says About Us

Apa Nak Buat Kalau Geran Tanah Hilang

Drama Boleh Saya Bantu 2


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trending 4 Tahun Mesti Kena Pandai Baca Menulis Pakar Terapis Luah Rasa Bimbang

Melangkah Ke Usia 40 Wanita Ini Kongsi Perasaan Ramai Akan Faham

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Scammer Lagiiii Senang Betul Scammer Buat Duit

Shampoo Kelemumur Terbaik Untuk Rambut Bebas Gatal

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2025