Fashionvalet Isu Kerugian Rm43 9 Juta Pelaburan Khazanah Pnb


Dalam Dewan Rakyat Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa  Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
Jumlah tersebut diperoleh berbanding  pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.
Lantaran isu tersebut, orang awam mula kecoh di media sosial mempertikaikan dan membangkitkan persoalan mengenai kerugian itu.
Perkembangan terkini, siasatan berkaitan isu kerugian RM43.9 juta pelaburan Khazanah & PNB ke dalam FashionValet sedang dijalankan.
Baca juga:
Biodata Vivy Yusof – Usahawan & Ikon Fesyen Malaysia STR 2025 : Permohonan, Kemaskini, Semakan Status & Bayaran Baucar Buku IPT MySISWAPLACE- Semakan / Penebusan RM100 Latar Belakang FashionValet FashionValet adalah platform e-dagang fesyen yang diasaskan pada tahun 2010 oleh pasangan suami isteri, Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah Anuar.
Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia, platform ini menawarkan pelbagai pilihan pakaian siap pakai, termasuk pakaian Muslimah, pakaian dalam, dan pakaian renang. FashionValet juga menyediakan penghantaran segera dan pengalaman pengguna yang terbaik untuk pelanggan di seluruh dunia.
Ciri-Ciri Perrniagaan Platform E-Dagang : FashionValet menyediakan platform dalam talian yang memudahkan pelanggan membeli pelbagai jenama fesyen tempatan dan antarabangsa. Pelbagai Jenama : Menawarkan lebih daripada 500 jenama, termasuk jenama dalaman seperti dUCk dan LILIT. Penghantaran Antarabangsa : Menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh dunia, membolehkan pelanggan antarabangsa menikmati produk mereka. Pengalaman Pengguna : Menekankan pengalaman membeli-belah yang lancar dengan antara muka pengguna yang mesra dan perkhidmatan pelanggan yang responsif. Pencapaian 2008 – Vivy Yusof memulakan blognya , ProudDuck, semasa belajar undang di London School of Economics, UK 2010 – FashionValet dilancarkan dengan 10 jenama dan RM100k (£18k) simpanan dan pinjaman peribadi 2012 – FashionValet memperoleh RM1 juta daripada MyEG Services Bhd untuk 30 peratus kepentingan dalam perniagaan selepas menjuarai Rancangan TV realiti, Make The Pitch. Bilangan jenama mencecah 150 2012 – Pendapatan berganda dari tahun 1 hingga tahun 2 2012 – Persaingan meningkat untuk FashionValet kerana Zalora dan pemain lain memasuki pasaran 2013 – Vivy Yusof pertama kali bergambar memakai tudung 2014 – Vivy mencipta label dUCk, menjual tudung dan aksesori, dan dinamakan sempena blognya sendiri, ProudDuck 2015 – Kedai FashionValet dibuka. FashionValet melancarkan koleksi pakaian kanak-kanak 2017 – Vivy diiktiraf olehForbes30 bawah 30 Asia 2019 – Vivy dilantik menganggotai lembaga pengarah UiTM (Universiti Teknologi Mara) 2019 – FashionValet berkembang ke Timur Tengah Kejayaan FashionValet FashionValet telah menerima anugerah daripada MATRADE yang merangkumi ‘Anugerah Peneraju Eksport’ belia dan daripada #MYCYBERSALE sebagai pengeksport teratas untuk kempen tahunan 2016-nya.
Pada tahun 2017, FashionValet berada dalam 3 teratas dalam Fashion E-Tail untuk #MYCYBERSALE.
Selain itu, Vivy dan Fadza selaku pengasas bersama syarikat ini turut menerima pelbagai anugerah individu yang berprestij. Antaranya seperti berikut:
Anugerah Yang Diterima Vivy Yusof :
Bella Business Award 2013 Ikon Wanita Puteri UMNO pada tahun 2014 Young Entrepreneur Award (Tribute to Women Malaysia) 2016/ Young Entrepreneur of the Year Award (Asean@50 Achievement Awards) 2017. Forbes 30 Under 30 Asia pada tahun 2017. Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee for the Great Women of Time Awards 2015. 60 Wanita Inspirasi Nona. Pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Mei 2019. Top 5 kategori Fesyen MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017. Top 5 Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016. Entrepreneur Par Excellence (Malaysia Tatler) 2019. Anugerah Yang Diterima Fadza Anuar :
Dianugerahkan salah seorang Augustman Men of The Year pada 2015. Tersenarai dalam Malaysia Tatler Gen T List pada 2017 – 50 daripada individu paling cemerlang, dan berpengaruh. Isu dan Kontroversi Pada tahun 2022, FashionValet mengumumkan penutupan operasinya dan memfokuskan perniagaan kepada jenama dalaman mereka, dUCK dan LILIT. Keputusan ini dibuat setelah melihat trend perniagaan yang beralih kepada penjualan langsung kepada pengguna, terutamanya semasa pandemik COVID-19.
Pada tahun 2024, dilaporkan bahawa Khazanah dan PNB telah menjual pasangan mereka dalam FashionValet dengan harga hanya RM3.1 juta, mengalami kerugian besar berbanding pelaburan awal mereka sebanyak RM47 juta.
Kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB telah menimbulkan kritikan daripada orang awam, yang mempersoalkan keputusan pelaburan dalam syarikat tersebut.
Siasatan Pelaburan Khazanah & PNB Dalam FashionValet Perkembangan setakat ini, SPRM telah memulakan siasatan kerugian RM43.9 juta pelaburan FashionValet. Siasatan tersebut dijalankan oleh kerana jumlah kerugian yang direkodkan kedua-dua agensi berkaitan kerajaan berkenaan terlalu dan membabitkan kepentingan awam.
Antara fokus siasatan adalah berkaitan dengan pengurusan kewangan dalam pelaburan itu serta unsur-unsur rasuah dalam perniagaan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengarahkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).
Kenyataan Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SPRM BUKA SIASATAN BERHUBUNG PELABURAN KHAZANAH DAN PNB DALAM PERNIAGAAN FESYEN DALAM TALIAN
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan.
Siasatan ini penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.
SPRM memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional. Orang ramai diminta memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan ‘perbicaraan awam’ terhadap pihak yang terlibat.
TAN SRI DATO’ SRI AZAM BAKI
2 NOVEMBER 2024
Kredit: FB SPRM Permohonan Maaf Vivy & Fadza Semalam, Vivy dan Fadzaruddin memuat naik kenyataan bersama menerusi akaun Instagram masing-masing susulan isu terkini membabitkan penjualan saham PNB dan Khazanah dalam syarikat itu.
Mereka turut memohon maaf susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB dan Khazanah.
Vivy dan Fadzaruddin juga mengakui tidak memiliki perancangan mencukupi untuk FashionValet berdepan risiko cabaran ketika cuba mengembangkan perniagaan secara agresif.
Mereka mengakui melakukan kesilapan dengan mengembangkan perniagaan tersebut biarpun ketika pandemik COVID-19 berlaku. Menurut Vivy, kegagalan tersebut adalah kerana tindakan mereka yang membuat pelaburan terlalu banyak ke dalam sistem teknologi dan memperbesarkan pasukan dengan terlalu cepat.
Masing-masing juga telah melepaskan jawatan tertinggi mereka dalam FashionValet Sdn Bhd.

Sumber:
Facebook Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia @SPRMMALAYSIA Instagram @vivyyusof Datin Vivy Yusof, Entrepreneur and Co-founder, FashionValet and The dUCk Group. Tatler

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/fashionvalet/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=fashionvalet

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Libatkan Dana Awam Sprm Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan Rm43 9 Juta Khazanah Amp Pnb Dalam Fashionvalet

Hiburan Libatkan Dana Awam Sprm Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan Rm43 9 Juta Khazanah Amp Pnb Dalam Fashionvalet

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 152 hits
Difahamkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan sebanyak RM43 9 juta yang perlu ditanggung oleh Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam FashionValet Melalui ...
Khazanah Dan Pnb Rugi Hampir Rm43 9 Juta Daripada Penjualan Fashionvalet

Khazanah Dan Pnb Rugi Hampir Rm43 9 Juta Daripada Penjualan Fashionvalet

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 119 hits
Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Berhad mengalami kerugian sebanyak RM43 9 juta daripada penjualan pelaburan minoriti mereka dalam peruncit fesyen atas talian FashionValet Sdn Bhd Memetik dari NST perkara ini telah didedahkan o...
Hiburan Kerugian Rm43 9 Juta Vivy Yusof Fadza Anuar Mohon Maaf Lepaskan Jawatan Dalam Fashionvalet

Hiburan Kerugian Rm43 9 Juta Vivy Yusof Fadza Anuar Mohon Maaf Lepaskan Jawatan Dalam Fashionvalet

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 132 hits
Selepas beberapa hari didesak oleh rakyat untuk memberi penjelasan dan bertanggungjawab ke atas kerugian pelaburan bernilai RM43 9 juta usahawan Vivy Yusof dan suami Fadza Anuar tampil bersuara Menerusi kenyataan dikeluarkan pasangan itu me...
Hiburan Saya Telah Arahkan Khazanah Nasional Berhad Lakukan Audit Dalaman Bagi Siasat Kerugian Rm43 9 Juta Pmx

Hiburan Saya Telah Arahkan Khazanah Nasional Berhad Lakukan Audit Dalaman Bagi Siasat Kerugian Rm43 9 Juta Pmx

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 92 hits
Melalui laporan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan sebanyak RM43 9 juta dalam FashionValet Arahan tegas ini adalah seb...
Fashionvalet Rugi Lima Tahun Berturut Turut Sebelum Pelaburan Khazanah Pnb Kenapa Melabur Dalam Syarikat Rugi

Fashionvalet Rugi Lima Tahun Berturut Turut Sebelum Pelaburan Khazanah Pnb Kenapa Melabur Dalam Syarikat Rugi

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 114 hits
5 November 2024FashionValet Sdn Bhd yang menjadi tumpuan berikutan kerugian pelaburan yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd sudah menyaksikan kerugian lima tahun berturut turut sebelum dua syarikat pelaburan...
Hope They Respond Very Soon Fahmi Says Govt Monitoring Khazanah Fashionvalet Issue

Hope They Respond Very Soon Fahmi Says Govt Monitoring Khazanah Fashionvalet Issue

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 164 hits
Communications minister acknowledges concerns raised by various quarters on investment involving public monies but urges public to allow them a little bit of time Losses incurred by Khazanah Nasional Bhd due to the sale of its minority shar...
Keluar Sekejap Kerugian Fashionvalet Kartel Nafas Rangkaian Kedua 5g Buli Upnm

Keluar Sekejap Kerugian Fashionvalet Kartel Nafas Rangkaian Kedua 5g Buli Upnm

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 151 hits
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 130 membincangkan secara terperinci kerugian pelaburan yang dialami Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad dalam FashionValet Episod ini juga menyentuh berkenaan skandal kartel dalam melibatkan Per...
Minta Najib Jelaskan Juga Isu Rm90 Juta

Minta Najib Jelaskan Juga Isu Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 94 hits
Tuan HassHarap minta Najib juga buat pengakuan mengenai RM90 juta yang diberi kepada pemimpin pemimpin PAS sebelum ini Kes RM90 juta ni tiba tiba senyap selepas PAS jadi kerajaan Mungkin sudah NFA atas arahan PN ketika itu Bila dah jadi NFA...
Who Is Bestinet Founder Aminul

Pas Mp Loses Defamation Case For Claiming Dap Trio Related To Chin Peng

Aktifkan Debit Card Maybank Di Mesin Kiosk Kuantan

Trump S Middle East Challenge

Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir

Lirik Lagu Waraqah Mizie Kamis

Brick Tacular Holidays At Legoland Malaysia

Reunion Rakan Sepejabat The Nahara Resort Kalumpang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan


The Unquiet Grave En Djupdykning I En 20 Tals Brittisk Folksaga Om Sorg F Rlust Och Teruppst Ndelse

Nooryana Dakwa Titah Adendum Najib Itu Benar Dan Berlandaskan Fakta Nizar Tidak Akan Fitnah Sultan Sendiri

E90 Bmw 3 Series 318d 320d Turbocharger Problems Causes And How To Fix

Biasyer Dia Ni

Hybrid Talk History Of Palestine And The Rise Of Colonial Zionism

Mahathir Disiasat Di Bawah Akta Jenayah