Pendarahan Di Awal Trimester Hamil Jangan Cemas Ini Bakal Ibu Perlu Tahu


Jangan cemas bila berlakunya pendarahan ketika awal hamil. Ia boleh berlaku terutama di awal trimester kehamilan. Pun begitu, anda perlu tahu apa sebab dan puncanya berlaku pendarahan secara tiba-tiba.

Pendarahan di awal kehamilan keadaan normal?
Pendarahan ketika hamil yang dikategorikan sebagai ringan, tidak perlu dibimbangkan. Ini terutamanya jika ia berlangsung selama 1 atau 2 hari sahaja. Pendarahan awal kehamilan adalah dianggap sebagai perkara biasa dan sering kali tidak mendatangkan sebarang masalah.
Namun sebaliknya, jika ia pendarahan berat dan disertai dengan gejala-gejala lain, ini mungkin petunjuk kepada keadaan kesihatan yang lebih serius.
Punca pendarahan awal kehamilan
Seperti yang dinyatakan awal tadi, jika pendarahan ketika hamil agak teruk, terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi penyebab keadaan itu terjadi. Kenapa berlaku pendarahan walaupun berdasarkan ujian kehamilan, keputusannya positif? Ini punca pendarahan awal kehamilan yang patut bakal ibu ketahui.

Pendarahan di awal kehamilan keadaan normal?
Pendarahan ketika hamil yang dikategorikan sebagai ringan, tidak perlu dibimbangkan. Ini terutamanya jika ia berlangsung selama 1 atau 2 hari sahaja. Pendarahan awal kehamilan adalah dianggap sebagai perkara biasa dan sering kali tidak mendatangkan sebarang masalah.
Namun sebaliknya, jika ia pendarahan berat dan disertai dengan gejala-gejala lain, ini mungkin petunjuk kepada keadaan kesihatan yang lebih serius.
Punca pendarahan awal kehamilan
Seperti yang dinyatakan awal tadi, jika pendarahan ketika hamil agak teruk, terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi penyebab keadaan itu terjadi.
Berikut antara 7 risiko yang boleh dialami ibu mengandung:
1. Pendarahan implantasi
Pendarahan di awal kehamilan yang ringan adalah tidak berbahaya, ia disebut sebagai spotting. Keadaan itu berlaku apabila embrio melekat pada dinding rahim dan sedang berkembang. Selalunya ia terjadi dalam tempoh anda sepatutnya mengalami kedatangan haid.
Berbeza dengan darah haid, pendarahan awal kehamilan atau pendarahan implantasi biasanya berwarna lebih ringan – merah muda hingga coklat pudar. Biasanya ia berlangsung untuk tempoh beberapa jam hingga hari dan tidak melibatkan pendarahan berat.
2. Polip serviks
Dianggarkan 2 hingga 5% wanita menghidap polip – ketumbuhan kecil sebesar jari – pada serviks, pintu masuk daripada saluran faraj ke rahim. Polip serviks biasanya jinak – bererti ia bukan punca barah.
Walau bagaimanapun, ketumbuhan itu boleh menyebabkan keradangan atau iritasi sehingga mengakibatkan berlakunya pendarahan berwarna merah terang. Anda juga mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom lain. Tetapi polip ini boleh dikesan dengan mudah semasa melakukan pemeriksaan pelvis.

3. Hubungan seks atau pemeriksaan fizikal
Bercakap mengenai pemeriksaan pelvis, seperkara perlu difahami, terdapat kemungkinan ada alatan yang mungkin mencucuk atau berada dekat dengan pelvis semasa ujian dilakukan.
Keadaan itu boleh menyebabkan iritasi sekali gus pendarahan faraj. Ini bermakna, aktiviti seksual juga boleh menjadi faktor pendarahan di awal kehamilan. Umumnya, keadaan ini terjadi kerana hormon kehamilan menjadikan serviks – dan banyak perkara lain – lebih sensitif.
Anda mungkin melihat darah merah terang pada seluar dalam sejurus selepas hubungan intim atau pemeriksaan fizikal. Usah bimbang, ia keadaan biasa yang berlaku sekali sahaja dan akan hilang dengan sendiri.
4. Keguguran
Sebarang pendarahan berat pada trimester pertama, terutamanya jika diikuti dengan kesakitan, ia mungkin berkaitan dengan keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan.
Jika anda mengalami keguguran, terdapat beberapa simptom lain yang akan terjadi seperti:
Pendarahan berwarna merah terang hingga coklat Rasa sakit pada bahagian bawah perut Rasa mencucuk pada bahagian belakang badan Keluar darah beku atau tisu daripada saluran faraj
5. Kehamilan ektopik
Turut dikenali sebagai kehamilan luar rahim, ia terjadi apabila telur disenyawakan melekat pada kawasan luar rahim. Kebanyakan kehamilan jenis ini berlaku pada bahagian tiub fallopio – penghubung antara ovari dan rahim.
Peratusan untuk berlakunya kehamilan ektopik adalah lebih rendah berbanding risiko keguguran. Bayi tidak boleh membesar selain daripada di dalam rahim. Maka kehamilan ini perlu mendapatkan rawatan perubatan segera.
Simptom lain yang mungkin dialami adalah:
Gelombang kesakitan tajam Kekejangan teruk Tekanan pada rektum 6. Kehamilan molar
Punca lain pendarahan awal kehamilan adalah kehamilan molar atau kehamilan anggur. Komplikasi ini jarang terjadi tetapi ia merupakan keadaan serius. Dianggarkan 1 daripada setiap 1,000 kehamilan mengalaminya.
Ia terjadi apabila tisu plasenta tumbuh secara tidak normal, yang berpunca daripada kesilapan genetik semasa persenyawaan. Ia sekali gus mengakibatkan janin tidak membesar dan boleh menyebabkan keguguran pada trimester pertama.
Selain pendarahan ketika hamil yang berwarna merah terang hingga coklat gelap, simptom lain yang mungkin terjadi adalah:
Sakit perut bahagian bawah Loya Muntah
7. Subchorionic hematoma
Merupakan pendarahan di awal kehamilan yang berlaku apabila plasenta terlepas sedikit lekatan daripada dinding rahim. Keadaan itu menyebabkan terbentuk jurang antara keduanya.
Hematoma boleh terjadi dalam pelbagai saiz yang berbeza. Untuk saiz yang kecil, ia adalah keadaan paling biasa. Sebaliknya, saiz yang lebih besar boleh mengakibatkan pendarahan berat.
Kebanyakan wanita yang mengalami hematoma dapat menjalani kehamilan yang sihat. Namun bagi subchorionic hematoma besar, wujud risiko keguguran untuk 20 minggu pertama kehamilan.
Simptom lain yang boleh dialami adalah:
Pendarahan ringan hingga berat, mungkin berwarna merah jambu hingga coklat Sakit perut bahagian bawah Kekejangan  

8. Jangkitan
Adakalanya pendarahan ketika hamil mungkin tidak berkaitan dengan kandungan anda sama sekali, seperti jangkitan pada kawasan pelvis, pundi kencing atau saluran kencing.
Ia mungkin berpunca daripada bakteria, virus atau fungus. Jangkitan yis atau keradangan (vaginitis) serius turut boleh mengakibatkan pendarahan.
Selain pendarahan ringan berwarna merah jambu hingga merah, simptom lain yang mungkin terjadi adalah:
Kegatalan Kesakitan bahagian perut bawah Sensasi terbakar ketika kencing Keputihan Benjolan atau luka pada bahagian luar faraj Berhati-hati dengan pendarahan awal kehamilan Pendarahan di awal kehamilan pastinya mendatangkan kerisauan, namun dalam kebanyakan kes, ia adalah keadaan biasa dan sebahagian daripada proses awal mengandung.
Tetapi jika pendarahan berat, ia mungkin petanda masalah lebih serius. Jika ada sebarang keraguan, segera berjumpa dengan doktor.
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?
Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

 
Ayuh sertai Edutainment Fest 2024!
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!
Terbuka kepada anak-anak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Jom daftar sekarang! https://kliik.je/product-details/108?title=mari-mewarna-saya-anak-malaysia
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Pendarahan Di Awal Trimester Hamil Jangan Cemas, Ini Bakal Ibu Perlu Tahu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pendarahan-di-awal-trimester-hamil-jangan-cemas-ini-bakal-ibu-perlu-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trimester Akhir Hamil Bakal Ibu Wajib Berlatih Posisi Bersalin Siapkan Mental

Trimester Akhir Hamil Bakal Ibu Wajib Berlatih Posisi Bersalin Siapkan Mental

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 86 hits
Memasuki minggu ke 32 hamil anda sudah boleh memilih dan mempraktikkan posisi bersalin Latihan perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung Mengenali posisi ini dapat membantu anda terutama apabila tiba masa untuk bersalin Tidak ak...
Ambil Alih Fungsi Sistem Organ Bayi Di Awal Trimester Ibu Hamil Placenta Perlu Sihat

Ambil Alih Fungsi Sistem Organ Bayi Di Awal Trimester Ibu Hamil Placenta Perlu Sihat

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 89 hits
Plasenta atau uri merupakan unit penting yang menghubungkan sistem ibu dengan bayi di dalam kandungan Dalam perubatan pula ia lebih dikenali sebagai Feto Placenta Unit Plasenta terbentuk daripada proses persenyawaan yang berlaku pada telur ...
Bantu Diri Sendiri Ketika Kontraksi Ayuh Ibu Hamil Cuba Langkah Ni

Bantu Diri Sendiri Ketika Kontraksi Ayuh Ibu Hamil Cuba Langkah Ni

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 130 hits
Persediaan menghadapi kontraksi memerlukan informasi yang lebih saat berdepan dengannya Teknik pernafasan yang tepat antara yang disarankan saat berdepan dengan masalah kontraksi Apa yang bakal ibu boleh lakukan adalah 1 Terus bergerak keti...
Hiburan Ibu Mentua Sendiri Tak Tahu Anak Hamil Warga Maya Anggap Aslam Kurang Ajar Hanya Maklum Pada Norman Hakim

Hiburan Ibu Mentua Sendiri Tak Tahu Anak Hamil Warga Maya Anggap Aslam Kurang Ajar Hanya Maklum Pada Norman Hakim

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 191 hits
Sebelum ini pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kecewa mengenai berita kehamilan serta keguguran cucu pertamanya iaitu anak kepada dan Aslam Abby dilihat memberi bayangan seperti tidak mengetahui bahawa anaknya itu hamil dan keguguran anak pe...
Ibu Tunggal Dakwa Trauma Dihendap Datuk Seri Tawar Rm1 Juta Untuk Hamil Zuriat

Ibu Tunggal Dakwa Trauma Dihendap Datuk Seri Tawar Rm1 Juta Untuk Hamil Zuriat

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 105 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myMichael Chong bersama Chan dan Marcus Chong NSTP NURUL HIDAYAH BAHAUDINKUALA LUMPUR Seorang ibu tunggal mendakwa hidup dalam trauma akibat dihendap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri...
Anak Kidal Begini Cara Ibu Nak Latih Guna Tangan Kanan Kalau Tak Berjaya Jangan Paksa

Anak Kidal Begini Cara Ibu Nak Latih Guna Tangan Kanan Kalau Tak Berjaya Jangan Paksa

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 115 hits
Anak kidal begini cara ibu nak latih guna tangan kanan kalau tak berjaya jangan paksa Anak anda cenderung mengambil barang dan melakukan pelbagai aktiviti dengan tangan kirinya Mungkin itu petanda bahawa anak anda kidal Anak Kidal Begini Ca...
Penyakit Beguk Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah Ketahui Gejala Cara Rawat

Penyakit Beguk Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah Ketahui Gejala Cara Rawat

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 123 hits
Penyakit beguk ibu bapa jangan ambil mudah ketahui gejala dan cara rawat Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid Penyakit Beguk Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah K...
Masa Hamil Jangan Stress Tenangkan Fikiran Ceria Selalu Jauhi Aura Negatif

Masa Hamil Jangan Stress Tenangkan Fikiran Ceria Selalu Jauhi Aura Negatif

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 71 hits
Jangan biarkan rasa tidak selesa ini mengganggu perjalanan kehamilan anda yang indah Cuba sebaiknya untuk mengawal rasa tidak selesa ini dengan cara yang tepat Keadaan tidak selesa ini boleh dikawal dengan merehatkan diri dengan banyak dan ...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer