Pendakwa Mohon Pindah Kes Pemaju Didakwa Beri Rasuah Kepada Tengku Adnan Ke Mahkamah Tinggi


BernamaPengarah syarikat pemaju hartanah, Tan Eng Boon didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada bekas menteri, Tengku Adnan Mansor, berhubung kelulusan permohonan untuk menaikkan nisbah berkaitan pembangunan di Jalan Semarak. KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan memohon untuk memindahkan kes seorang ahli perniagaan yang didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada bekas menteri wilayah persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan nisbah berkaitan pembangunan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, ke Mahkamah Tinggi di sini.
Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes Datuk Tan Eng Boon di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.

“Pihak pendakwaan akan memohon supaya kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan juga akan mengemukakan permohonan supaya kes ini dibicarakan bersama dengan kes dihadapi Tengku Adnan kerana kedua-dua kes ini membabitkan isu dan transaksi yang sama,” kata Lailawati.

Beliau turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa kes Tengku Adnan turut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini selepas Hakim Collin Lawrence Sequerah pada Jumaat lepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili Ahli Parlimen Putrajaya itu untuk memindahkan kes berkenaan.

Sementara itu, peguam Cheow Wee, yang mewakili Tan berkata, pihaknya mengambil maklum dengan perkembangan terbaru itu (mengenai permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes) dan memerlukan masa untuk mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guam.

Hakim Azura kemudiannya menetapkan 7 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi mengetahui status permohonan pemindahan kes berkenaan.

Pada 15 Nov lepas, Tan, 70, yang juga pengarah syarikat pemaju hartanah, mengaku tidak bersalah atas dakwaan secara rasuah memberikan suatu suapan bagi faedah kepada Tengku Adnan, 68, iaitu wang berjumlah RM1 juta melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik tertuduh.

Tan dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi beliau kerana meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk menaikkan nisbah plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Level 2, Podium Block, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Dis 2013, mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tan juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan, iaitu bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Tengku Adnan sebagai penjawat awam, iaitu menteri wilayah persekutuan yang menerima untuk dirinya wang tunai RM1 juta daripada Tan melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tengku Adnan, yang mana diketahui Tan sebagai pengarah Nucleus Properties, ada perhubungan dengan kerja rasmi Tengku Adnan, yang mana kesalahan itu dilakukan hasil persubahatan tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 165 kanun serupa, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/pendakwa-mohon-pindah-kes-pemaju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Solar Kes Rizal Mansor Akan Didengar Di Mahkamah Tinggi

Projek Solar Kes Rizal Mansor Akan Didengar Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 312 hits
Rizal Mansor KUALA LUMPUR Kes bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor yang menghadapi empat pertuduhan rasuah berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak akan didengar di...
Kes Rosmah Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Rileksmedia

Kes Rosmah Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR Kes pengubahan wang haram dan kegagalan membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri melibatkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini Bagaimanapun tarikh...
Ipeguam Kes Bunuh Adib Menteri Perpaduan Patut Juga Didakwa Menghasut

Ipeguam Kes Bunuh Adib Menteri Perpaduan Patut Juga Didakwa Menghasut

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 268 hits
Innalillahi Wa Inna ilaihi Raji un Sebagai mewakili iPeguam saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al Marhum di atas kembalinya Al Marhum ke rahmat Allah setelah berminggu minggu berjuang menyabung nyawa di Institut Jantung Ne...
Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 256 hits
Tengku Adnan Tengku Mansor KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli pe...
Rci Mahkamah Tinggi Batal Saman Pemula Dr M

Rci Mahkamah Tinggi Batal Saman Pemula Dr M

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 270 hits
December 17 2018 8 03 PMDr Mahathir Mohamad selaku plaintif memfailkan saman pemula pada awal Disember 2017 KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman pemula oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuntut deklarasi ...
Tanah Dbkl Ku Nan Didakwa Terima Rm2juta Daripada Pemaju

Tanah Dbkl Ku Nan Didakwa Terima Rm2juta Daripada Pemaju

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 301 hits
Malaysia Dateline Bekas Menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana menerima RM2juta daripada seorang ahli perniagaan berkaitan tawaran tanah yang melibatkan Dewan Bandaraya...
Rosmah Tukar Peguam Bagi Kes Rasuah

Rosmah Tukar Peguam Bagi Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 206 hits
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada sebutan semula kesnya yang didakwa dua tuduhan meminta dan menerima rasuah RM1 5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sar...
Sis Saman Mais M Tinggi Dengar Semula Rasuah Lge Boleh Tarik Balik

Sis Saman Mais M Tinggi Dengar Semula Rasuah Lge Boleh Tarik Balik

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR 28 Rabiulawal 1440H Khamis Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Sisters In Islam Penetapan tarikh itu dibuat berhubung permohonan SIS sebelum ini ya...
Suspek Utama Kes Bunuh Pencuri Pisang Dihadapkan Ke Mahkamah

Suspek Utama Kes Bunuh Pencuri Pisang Dihadapkan Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 243 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA BERANG Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di Kampung Tebakang Marang awal Disember lepas Tertuduh Ismail Mohd Don 38 yang...
Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

There Is An Awakening

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Beringatlah Semua

From Mr Olayemi Michael Cardoso

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Berhari Raya Lagi Rumah Saudara Sepupu

Couple Urges Police Mcmc To Act Against Alleged Blackmailer

Housewives Social Protection Scheme Still Short Of Target Says Kasthuri