Rosmah Tukar Peguam Bagi Kes Rasuah


Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada sebutan semula kesnya yang didakwa dua tuduhan meminta dan menerima rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lalu. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, melantik peguam baharu bagi mewakilinya.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan demikian ketika kes itu disebut semula di hadapan Hakim Azman Ahmad yang turut dihadiri peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh yang baharu dilantik mewakili Rosmah.
Loading...

“Saya telah dimaklumkan, barisan peguam bela yang mewakili Datin Seri Rosmah telah bertukar, barisan peguam bela (yang baharu) memohon untuk melihat dokumen (berkaitan kes) dahulu, sebelum sebutan kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,” kata Ahmad Akram.
Sebelum ini Rosmah diwakili peguam antaranya Datuk K. Kumaraendran dan  Datuk Geethan Ram Vincent.
Terdahulu Ahmad Akram memberitahu hari ini ditetapkan untuk sebutan bagi memohon kes tersebut dibicara bersama dengan kes bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor yang didakwa meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berhubung projek sama.
Bagaimanapun katanya, pihak peguam bela Rizal telah memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan sebutan kes tersebut ditetapkan Rabu ini.
Ahmad Akram kemudian memohon tarikh sebutan baharu bagi menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah serta bagi mengetahui status pemindahan kes Rizal ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 417 kanun sama.
Akberdin mengesahkan pihaknya telah dilantik untuk mewakili Rosmah dan memberitahu pihaknya perlu meneliti dokumen berkaitan sebelum memberi maklum balas berkaitan kes termasuk perbicaraan bersama dan mahkamah menetapkan 11 Januari 2019 untuk sebutan semula kes.
Turut kelihatan hari ini adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak serta anak lelaki mereka Mohd Ashman manakala Rosmah yang memakai baju kurung putih berbunga merah sedondon dengan selendangnya kelihatan tenang dan dilihat berborak dengan suaminya sebelum prosiding bermula.
Ketika ditemui pemberita di luar bilik bicara, Akberdin memberitahu barisan peguam terdahulu masih mewakili Rosmah yang menghadapi 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan lima tuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pelantikan peguam baharu itu bagi membolehkan peguam terdahulu mempunyai lebih tumpuan terhadap kes pengubahan wang haram itu.

Pada 15 November lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sama atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.
Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/rosmah-tukar-peguam-bagi-kes-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Rosmah Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Rileksmedia

Kes Rosmah Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Kes pengubahan wang haram dan kegagalan membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri melibatkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini Bagaimanapun tarikh...
Peguam Tempelak Dr M Kata Sistem Tanpa Tunai Mampu Atas Rasuah

Peguam Tempelak Dr M Kata Sistem Tanpa Tunai Mampu Atas Rasuah

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 256 hits
Oleh Buzze AzamBongok betul la madey niKo ingat org rasuah ni atr pembeli dgn cashier kat jusco ke Rasuah ni bila setpol Menteri asalnya bankrap sbb hutang RM800k sejak 7 tahun lepas Sekali tiba2 bila di lantik jadi setpol Menteri tiba2 ada...
Rosmah Lantik Peguam Baharu Rileksmedia

Rosmah Lantik Peguam Baharu Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM1 5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak melantik peguam b...
Soalan Ini Sering Ditanya Pada Peguam Jenayah Bila Mereka Kalah Kes

Soalan Ini Sering Ditanya Pada Peguam Jenayah Bila Mereka Kalah Kes

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 470 hits
i ll See you in court Peguam yang hebat akan sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada client yang memerlukan khidmat mereka untuk perbicaraan kes mereka di mahkamah Sejauh mana hebat seorang pegum itu bergantung kepada berapa banyak kes...
Pendakwa Mohon Pindah Kes Pemaju Didakwa Beri Rasuah Kepada Tengku Adnan Ke Mahkamah Tinggi

Pendakwa Mohon Pindah Kes Pemaju Didakwa Beri Rasuah Kepada Tengku Adnan Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 260 hits
Pengarah syarikat pemaju hartanah Tan Eng Boon didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada bekas menteri Tengku Adnan Mansor berhubung kelulusan permohonan untuk menaikkan nisbah berkaitan pembangunan di Jalan Semarak KUALA LUMPUR Pihak pendakwa...
Gaji Rm1 800 Sebulan Tapi Mampu Miliki 6 Buah Kereta Mewah Kes Pencuri 1 Sen 1990 Viral Lagi Namun

Gaji Rm1 800 Sebulan Tapi Mampu Miliki 6 Buah Kereta Mewah Kes Pencuri 1 Sen 1990 Viral Lagi Namun

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 456 hits
Beliau hanya seorang eksekutif muda yang bekerja di sebuah bank dengan pendapatan kira kira RM1 800 sebulan pada ketika itu namun mampu memiliki enam buah kenderaan mewah yang hanya layak dimiliki jutawan nbsp Enam buah kenderaan itu adalah...
Jumlah Tahanan Kes Rusuhan Di Kuil Meningkat Kepada 99 Individu

Jumlah Tahanan Kes Rusuhan Di Kuil Meningkat Kepada 99 Individu

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 229 hits
Polis menahan 16 individu lagi untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya minggu lepas menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 99 orang setakat 9 pagi tadi Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fu...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Duit Dalam Akaun Bank Arwah Hilang Sebelum Tuntutan Pusaka Selesai

Makanan Kucing Terbaik Kenapa Kucing Perlukannya

Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston