Ipeguam Kes Bunuh Adib Menteri Perpaduan Patut Juga Didakwa Menghasut


Innalillahi Wa Inna ilaihi Raji’un
Sebagai mewakili iPeguam, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al Marhum di atas kembalinya Al Marhum ke rahmat Allah setelah berminggu-minggu berjuang menyabung nyawa di Institut Jantung Negara. Semoga Allah menempatkan roh Al Marhum bersama para Syuhada, Amilin dan Solihin. Juga semoga keluarga Al Marhum tabah dan sabar mengharungi takdir Allah ini
Pertama sekali, iPeguam ingin menyatakan bahawa kematian Muhammad Adib Bin Mohd Kassim bukan berkaitan isu ras atau warna kulit tetapi kerakusan golongan kapitalis, pengurusan kuil Seafield yang kucar kacir, kemarahan yang tidak terkawal dan emosional, kelambatan bertindak pihak berkuasa dan juga keserakahan nafsu politikus oportunis
Walaupun mangsa yang meninggal adalah seorang muslim, umat Islam telah menunjukkan contoh tauladan yang membanggakan dengan tidak melakukan tindak balas yang boleh meruncingkan lagi keadaan. Masyarakat India juga secara umumnya telah mempamerkan satu contoh yang terpuji dengan tidak memburukkan lagi keadaan
Pemukulan secara beramai-ramai (mob-lynching) yang kini telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh perlu ditangani dengan bijak, segera dan profesional ke arah pendakwaan undang-undang terhadap mereka yang telah menyebabkan kematian ini. Masyarakat awam tidak akan berpuas hati melainkan setelah menyaksikan sendiri bagaimana sistem kehakiman negara memberikan keadilan kepada keluarga mangsa dan menjatuhkan hukuman setimpal ke atas semua yang tertuduh.Umum juga tidak akan melupai helah dan muslihat pihak-pihak yang cuba mengalihkan isu, memberi kenyataan yang palsu dan memutarbelitkan fakta-fakta kejadian.Yang patut didakwa sama ialah menteri perpaduan yang telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat menghasut dan tidak bertanggungjawab dan sehingga kini masih enggan meminta maaf kepada rakyat Malaysia, umat Islam dan juga masyarakat India sendiri. Kerana apa? Sebab dia telah cuba menimbulkan suasana tidak harmoni dan tegang di antara masyarakat Islam dan India.Pihak-pihak yang turut sama memikul tanggungjawab secara tidak langsung kepada kematian Muhammad Adib ialah pihak-pihak yang cuba melepaskan diri sendiri dan mencari alasan dari terpalit dengan insiden yang telah meragut nyawa seorang pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Mereka terdiri dari pihak pemaju, peguam, samseng upahan, pengurusan kuil, ahli-ahli politik dan menteri, mengikut kadar dan nisbah yang berbeza-beza.Menteri Perpaduan Negara sudah sepatutnya dipecat dari awal lagi
Tragedi ini berpunca dari isu pampasan kewangan dan pemindahan kuil ke tapak baharu, tetapi telah bertukar menjadi insiden berdarah dan rusuhan yang membawa kepada kematian seorang rakyat Malaysia. Nilai sebenar kuil yang menjadi rebutan adalah nyawa seorang anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kematian Muhammad Adib sepatutnya menjadi satu semboyan kesatuan dan peringatan bahawa ahli-ahli politik sama sekali tidak boleh dibenarkan untuk menyulut api pertelingkahan dan sengketa sesama rakyat Malaysia atau menimbulkan keretakan pada hubungan kaum yang amat sensitif ketika ini. Juga sebagai satu indikasi bahawa insiden-insiden yang melibatkan sensitiviti kaum perlu dicegah dari merebak hingga menggugat kestabilan hidup bermasyarakat secara harmonis
Walau bagaimanapun, kebersamaan mana-mana pihak dengan pihak pemerintah tidak boleh dijadikan perisai untuk melindungi mana-mana ahli politik yang ghairah menghasut dan mengadu domba rakyat dengan rakyat dan sesama penganut agama
Umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya masih yakin dan menghormati undang-undang dan sistem kehakiman negara. Institusi inilah antara pihak yang diharapkan untuk mendapat keadilan terhadap tindakan kezaliman, salahguna kuasa, rasuah, hasutan dan ketidakstabilan
Di dalam kes kematian Muhammad Adib, rakyat dan umat Islam ingin menyaksikan sama ada sistem perundangan negara dan instutusi kehakiman benar-benar berwibawa dan berani menjalankan tugasnya tanpa memihak, mengampu atau tunduk kepada mana-mana tekanan atau campurtangan politik.Muhammad Adib telah kembali kepada sang pencipta. Hakikat kematian ini adalah satu keyakinan yang tersemat di dada setiap muslim. Keluarga Al Marhum sedang diuji dengan kehilangan ahli keluarga mereka yang tersayang
Di sebalik kedukaan ini, negara dan sistem kehakiman juga sedang diuji – apakah kematian Muhammad Adib akan diabadikan di dalam buku sejarah atau dilupakan dalam lipatan-lipatan sejarah?Sekiranya harga sebuah kuil telah dibayar dengan nyawa seorang anggota pasukan Bomba, apakah harga yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia untuk mendapat keadilan dan menyelami makna daripada keceluparan dan hawa nafsu ahli-ahli politik?Pihak kerajaan yang sering mencanangkan kalimat “Rule of Law”, tadbir kelola yang telus dan pertanggungjawaban (accountability) di bawah iklim pemerintahan yang baharu tidak mempunyai apa-apa helah lagi untuk bertindak dengan cara yang tidak berwibawa. Kepentingan masyarakat dan kemaslahatan awam tidak boleh ditundukkan di bawah slogan membela hak beberapa individu
Pepatah mengatakan: Justice Delayed Is Justice Denied.Justeru itu, iPeguam mendesak supaya pihak Peguam Negara dan pihak polis tidak berlengah dalam mendakwa pihak-pihak yang terlibat di dalam pembunuhan ini. Tidak boleh ada kelewatan atau berlapik alasan lagi sebab rakyat juga sedang “menghakimi” anda semua.Sebarang kelewatan pihak kerajaan, Peguam Negara dan PDRM dalam membawa mereka yang tertuduh ke muka pengadilan hanya akan memberi isyarat bahawa anda semua tidak serius di dalam usaha-usaha reformasi institusi di dalam kerajaan baharu ini dan sekadar retorika untuk memenangkan agenda politik semata-mata.iPeguam juga mendesak supaya pihak kerajaan mengkaji balik keputusan Kabinet pada 10 Oktober 2018 yang lalu untuk memansuhkan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.Keadilan tidak akan tercapai dan kemanan serta keselamatan nyawa tidak akan dijamin apabila perbuatan membunuh manusia lain hanya dibalas dengan hukuman penjara maksimum 30 tahun sahaja. Ini juga akan memberi satu mesej bahawa para penjenayah dan pembunuh seolah-olah akan “dilindungi” oleh undang-undang dan sistem perundangan negara hukuman yang tidak setimpal dengan jenayah bunuh yang telah dilakukan
Negara sudah kehilangan seorang rakyat berdedikasi bernama Muhammad Adib
Berapa ramai Muhammad Adib lagikah perlu dikorbankan untuk rakyat menikmati erti keamanan dan jaminan keselamatan pada masa hadapan
Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi, Ikatan Peguam Muslim Malaysia
(iPeguam)Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2018/12/ipeguam-kes-bunuh-adib-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Adib Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh Menteri Gesa Pdrm Heret Penjenayah Ke Muka Pengadilan

Kes Adib Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh Menteri Gesa Pdrm Heret Penjenayah Ke Muka Pengadilan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 362 hits
Kes Adib diklasifikasikan sebagai kes bunuh Menteri gesa PDRM heret penjenayah ke muka pengadilanSusulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya November lalu kes itu k...
Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua

Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 405 hits
Ini Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada SemuaIni Tuntutan Dr Maza Selepas Anggota Adib Terkorban Selepas Kes Rusuuhan Dan Ini Permintaan Pihak Menteri Kepada Semua
Kematian Adib Harus Di Bela Empat Menteri Dan Exco Kerajaan Selangor Perlu Didakwa

Kematian Adib Harus Di Bela Empat Menteri Dan Exco Kerajaan Selangor Perlu Didakwa

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 335 hits
SHAH ALAM Pemuda Umno mendesak Peguam Negara Tommy Thomas segera mengambil tindakan tegas terhadap empat menteri dan seorang Exco Kerajaan Selangor dengan mendakwa mereka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyra...
Kes Muhammad Adib Kini Jadi Kes Bunuh

Kes Muhammad Adib Kini Jadi Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 296 hits
NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 17 Disember 2018 11 32 PM KUALA LUMPUR Kes kematian anggota bomba yang cedera parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam satu kejad
Polis Klasifikasikan Kes Adib Sebagai Kes Bunuh Kita Tengok Apa Kerajaan Baru Akan Buat

Polis Klasifikasikan Kes Adib Sebagai Kes Bunuh Kita Tengok Apa Kerajaan Baru Akan Buat

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 402 hits
Polis mengklasifikasikan semula kes kecederaan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai kes membunuh kata Timbalan Ketua Polis Selangor Ab Rashid Ab Wahab Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuma...
Kes Kematian Adib Diklasifikasikan Sebagai Bunuh

Kes Kematian Adib Diklasifikasikan Sebagai Bunuh

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 471 hits
SHAH ALAM Polis mengklasifikasikan kes kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai kes bunuh Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata sebelum ini kes kecederaan dialami Allahyarham yang dilapor meninggal d...
Polis Klasifikasi Siasatan Kematian Muhammad Adib Sebagai Kes Bunuh

Polis Klasifikasi Siasatan Kematian Muhammad Adib Sebagai Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 309 hits
Polis klasifikasi siasatan kematian Muhammad Adib sebagai kes bunuh Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 18 D
Kematian Adib Umno Tuntut Exco 4 Menteri Didakwa

Kematian Adib Umno Tuntut Exco 4 Menteri Didakwa

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 333 hits
Dikemaskini 18 Dis 2018 12 32 tengah hariPemuda Umno mendesak peguam negara mengambil tindakan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor V Ganabatirau dan empat menteri kabinet iaitu P Waytha Moorthy M Kulasegaran Gobind Singh Deo dan Dr Xavie...
Ugut Bunuh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

Ugut Bunuh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 326 hits
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub mendapat ugutan bunuh dua hari lepas dengan cara meletakkan bangkai lembu dan nota ugutan bunuh di hadapan rumah yang dijadikan pusat khidmatnya Berikutan itu seorang saspek tel...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding