Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua


BernamaTengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan berhubung tugas rasminya, dua tahun lalu.

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim untuk melepas tanpa membebaskan Tengku Adnan, 68, daripada pertuduhan kedua di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang dihadapinya pada 15 Nov lalu.

“Kami mendapati fakta dalam pertuduhan itu (pertuduhan pertama dan kedua) tidak berkaitan dan tidak sewajarnya dibicarakan bersama, bagaimanapun kami akan memfailkan semula pertuduhan kedua itu dan akan dibacakan semula sebagai pertuduhan berasingan yang baharu,” kata Julia.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan tidak membantah permohonan itu namun memohon wang jaminan RM1 juta yang dikenakan terhadap anak guamnya bagi kedua-dua pertuduhan sebelum ini dikurangkan kepada RM500,000 dengan seorang penjamin.

Tan berkata ia bagi membolehkan Tengku Adnan yang juga Bendahari UMNO itu membayar wang jaminan terhadap pertuduhan yang akan difailkan semula oleh pihak pendakwaan tersebut.

Mahkamah membenarkan permohonan Tan dan mengurangkan wang jaminan daripada RM1 juta kepada RM500,000 namun mengekalkan syarat tambahan sama iaitu pasport antarabangsa dan pasport diplomatik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Selepas setengah jam prosiding itu selesai, mahkamah kemudiannya bersidang semula yang mana pertuduhan kedua yang baharu dibacakan kepada Tengku Adnan dan dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan itu, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk diri sendiri suatu barang berharga dengan tiada balasan, iaitu wang berjumlah RM2 juta daripada Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank bernombor 136822 milik syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holding Sdn Bhd no akaun ?8001179747? yang di dalamnya beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui bahawa syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Tengku Adnan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, Level 1, Lot A4, Block A, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur, pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan itu adalah sama dengan pertuduhan terdahulu yang dihadapi oleh Tengku Adnan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jan 2019 untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan Tengku Adnan untuk mendapatkan sementara pasportnya yang diserahkan kepada mahkamah bagi membolehkannya mendapatkan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Melbourne, Australia.

Menurut Tan, Tengku Adnan mempunyai beberapa siri pemeriksaan kesihatan dan temu janji itu telah ditetapkan lebih awal iaitu sebelum tertuduh didakwa, selain pakar yang akan merawat Tengku Adnan juga telah dinamakan.

Azman membenarkan pelepasan sementara pasport itu bermula hari ini dan memerintahkan tertuduh mengembalikan semula pasportnya kepada mahkamah pada 7 Jan 2019.

Tan turut memaklumkan pihaknya telah membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 417 Kanun Prosedur Jenayah dan pendengaran bagi permohonan itu ditetapkan pada 14 Dis ini.

Pada 15 Nov lepas, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM1 juta, berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada tahun 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Tengku Adnan, yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, 68, didakwa secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada Tan Eng Boon melalui cek Public Bank bernombor 300109 milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank no. akaun ?14200008384058? miliknya.

Perbuatan itu dilakukan sebagai upah bagi dirinya kerana telah melakukan suatu perkara yang sebenar, iaitu meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Tengku Adnan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Level 2, Podium Block, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, pada 27 Dis 2013 mengikut perenggan 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tengku Adnan juga didakwa terhadap pertuduhan pilihan di tempat dan tarikh yang sama iaitu sebagai seorang Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk diri sendiri suatu barang berharga dengan tiada balasan, iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada Tan melalui cek Public bank bernombor 300109 milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank no. akaun ?14200008384058? miliknya, yang diketahui Tan sebagai seorang Pengarah di syarikat Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/ku-nan-didakwa-semula-selepas-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Lepas Bebas Blogger Muat Naik Gambar Palsu Najib

Mahkamah Lepas Bebas Blogger Muat Naik Gambar Palsu Najib

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 293 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Seorang blogger sambilan yang memuat naik pautan memaparkan gambar palsu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya tiga tahun lalu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ampa...
Pertuduhan Kedua Dibacakan Semula Ku Nan Mengaku Tidak Bersalah

Pertuduhan Kedua Dibacakan Semula Ku Nan Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 179 hits
Tengku Adnan hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi mendengar sebutan semula kes rasuah berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 2013 Foto BernamaKUALA LUM...
Pendakwa Mohon Pindah Kes Pemaju Didakwa Beri Rasuah Kepada Tengku Adnan Ke Mahkamah Tinggi

Pendakwa Mohon Pindah Kes Pemaju Didakwa Beri Rasuah Kepada Tengku Adnan Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 258 hits
Pengarah syarikat pemaju hartanah Tan Eng Boon didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada bekas menteri Tengku Adnan Mansor berhubung kelulusan permohonan untuk menaikkan nisbah berkaitan pembangunan di Jalan Semarak KUALA LUMPUR Pihak pendakwa...
Eina Azman Gembira Datuk Nenek Nikah Semula Selepas 17 Tahun Bercerai

Eina Azman Gembira Datuk Nenek Nikah Semula Selepas 17 Tahun Bercerai

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 344 hits
Usia bukanlah penghalang buat datuk dan nenek Eina Azman bernikah semula selepas bercerai 17 tahun lalu Lebih menyentuh hati pernikahan itu disempurnakan The post appeared first on
Selepas Tumbang Di Sabah Umno Berdepan Gelombang Kedua Keluar Parti

Selepas Tumbang Di Sabah Umno Berdepan Gelombang Kedua Keluar Parti

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 431 hits
Minderjeet Kaur PETALING JAYA Sekurang kurangnya 32 ahli Parlimen Umno di Semenanjung sudah menukar taat setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad FMT difahamkan 5 daripada mereka sedia mengisytihar keluar parti yang sedang merawat daripada peng...
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Orang Tuanya

Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Orang Tuanya

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 343 hits
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Orang Tuanya Sebagai anak perempuan yang sudah menikah tentu saja orang tua masih membutuhkan anaknya dan juga berstatus sebagai orang tua Ketaatan pada orang tentu saja tidak melangg...
Inilah Wajah Terbaru Manisha Koirala Selepas Bebas Dari Kanser

Inilah Wajah Terbaru Manisha Koirala Selepas Bebas Dari Kanser

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 774 hits
Bintang Bollywood 90 an Manisha Koirala yang popular dengan filem Mann bersama Aamir Khan memberitahu sebuah akhbar terkemuka yang dia sudah bersedia untuk memulakan lembaran baru dalam hidupnya selepas pulih dadi penderitaan sakit kanser d...
Papa Gomo Ditahan Semula Selepas Dibebaskan

Papa Gomo Ditahan Semula Selepas Dibebaskan

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 215 hits
Muhammad Afham RamliDatuk Mazlan Mansor SHAH ALAM Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papa Gomo telah ditahan polis semula selepas dibebaskan hari ini Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya ...
Terkini Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Pengambilan Semula Tapak Kuil Oleh One City

Terkini Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Pengambilan Semula Tapak Kuil Oleh One City

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 882 hits
Kuil Sri Mariamman USJ 25 Putra Heights Subang Jaya Selangor foto SYAFIQ AMBAK 26 NOVEMBER 2018 SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya untuk menan...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing