Pencerobohan Tanah Di Cameron Highlands Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Cadang Denda Rm100 000




CAMERON HIGHLANDS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang mencadangkan beberapa langkah tegas termasuk menaikkan kadar denda kepada sekurang-kurangnya RM100,000 terhadap pencerobohan kawasan bukit di daerah ini.
SPRM Pahang dalam kenyataan memaklumkan, cadangan itu dikemukakan Unit Penyiasatan Tatakelola SPRM Pahang dalam sesi pembentangan penambahbaikan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) dan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), semalam.
"Pembentangan kepada PDTCH bertujuan memperkukuh integriti serta kecekapan dalam pengurusan projek pembersihan cerun bukit, manakala MDCH pula melibatkan penguatkuasaan terhadap bangunan yang dibina tanpa kelulusan Kebenaran Merancang (KM).
"Antara empat cadangan utama termasuk semakan semula Akta Pemuliharaan Tanah 1960 bagi meningkatkan kadar denda terhadap penceroboh tanah, mengenakan hukuman maksimum terhadap pemilik yang memasuki tapak tanpa kebenaran serta memperkasakan agensi teknikal untuk tujuan penguatkuasaan, pemantauan dan pendakwaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, katanya, SPRM turut mencadangkan supaya kuasa-kuasa penguatkuasaan mengikut Seksyen 425 dan Seksyen 426 Kanun Tanah Negara turut dilakukan oleh PDTCH.
Pegawai Daerah Cameron Highlands, Kamarul Iskandar Nordin, menyambut baik semua empat cadangan penambahbaikan itu dan menegaskan ia mampu menutup ruang serta peluang berlakunya rasuah dalam pengurusan projek pada masa depan.
"Cadangan ini mampu membuat perubahan dalam menjaga tahap pengurusan tatakelola, selain menutup ruang rasuah dalam pengurusan perolehan projek akan datang," katanya.
Katanya, bagi MDCH pula, empat penambahbaikan dicadang membabitkan proses permohonan Kebenaran Merancang (KM) di bawah Unit One Stop Center (OSC).
"Antaranya mewujudkan jadual rondaan penguatkuasaan, pengisian pegawai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) di MDCH serta memastikan Laporan Pemetaan Geologi Terain (LPGT) digunakan bagi kawasan cerun melebihi 25 darjah," katanya.
Dalam pada itu, Yang Dipertua MDCH, Rudyfasla Mujid yang turut menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola MDCH berkata, pihaknya menyambut baik cadangan itu dan bersetuju melaksanakan semua empat cadangan penambahbaikan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor menjelaskan bahawa inisiatif itu bukan bertujuan mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya memastikan pembangunan dan persekitaran semula jadi Cameron Highlands terus terpelihara.
"Penambahbaikan ini untuk kebaikan bersama dalam memastikan infrastruktur serta persekitaran semula jadi Cameron Highlands dapat dipelihara," katanya.
Untuk rekod, sesi Laporan Penambahbaikan Tatakelola PDTCH dan MDTCH ditandatangani antara Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud bersama wakil PDTCH Kamarul Iskandar dan wakil MDCH, Rudyfasla Mujid. #HarianMetro
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/ceroboh-tanah-cameron-highlands.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 254 hits
KUANTAN Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah kecewa terhadap pelantikan seorang pemimpin akar umbi UMNO Pahang sebagai anggota lembaga pengarah pusat penga jian tinggi itu Mendakwa dibuat berdasarkan kepenti...
Kolaborasi Strategik Projek Js Link Dari Korea Dan Lynas Malaysia Di Pahang Senilai Rm 60 Juta

Kolaborasi Strategik Projek Js Link Dari Korea Dan Lynas Malaysia Di Pahang Senilai Rm 60 Juta

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 197 hits
Projek kerjasama antara JS Link dari Korea dan Lynas Malaysia di Pahang dengan nilai pelaburan RM 600 juta dijangka akan menghasilkan magnet neodymium iron boron Magnet ini merupakan komponen penting bagi kenderaan elektrik tenaga boleh dip...
Pahang Catat Pencapaian Cemerlang Dengan Pertumbuhan Produktiviti Buruh Tertinggi Di Malaysia Bagi Tahun 2024

Pahang Catat Pencapaian Cemerlang Dengan Pertumbuhan Produktiviti Buruh Tertinggi Di Malaysia Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Pahang terus mencatatkan pencapaian cemerlang dengan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di negara ini bagi tahun 2024 dengan kadar 4 9 peratus Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan tersebut mencermink...
Bersekutu Bersatu Pula Bergolak Rm100 000 Cukup Untuk Hentikan Tindakan Lembaga Disiplin

Bersekutu Bersatu Pula Bergolak Rm100 000 Cukup Untuk Hentikan Tindakan Lembaga Disiplin

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 269 hits
K PRAGALATHOctober 16 2025Ketua Bersekutu Bersatu Bangi K Vasantha Kumar mempersoal sumbangan tunai RM100 000 oleh naib ketua Bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan kepada bendahari parti Datuk Seri Rina Harun di hadapan presiden Bersatu Tan Sri...
Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030

Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 219 hits
Malaysia Lancar Wanita MyWira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030 KUALA LUMPUR 23 Oktober 2025 Malaysia telah mengambil langkah kehadapan ke arah merapatkan jurang gender dalam tenaga kerja melalui pelancaran Wanita MyWi...
Pertikai Bantuan Mahfuz Cadang Mp Pas Guna Rm100 Sara Bantu Ahli Amp Guru Pasti

Pertikai Bantuan Mahfuz Cadang Mp Pas Guna Rm100 Sara Bantu Ahli Amp Guru Pasti

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 178 hits
Amanah hari ini menyarankan agar pemimpin PAS yang mempertikaikan bantuan sekali beri kerajaan bernilai RM100 dimanfaatkan untuk kebajikan ahli parti berkenaan Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata ada pemimpin PAS yang keliru dan ...
Wan Rosdy Pahang Sasar Kehadiran 15 Juta Pelancong Tahun Depan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 Di Negeri Ini

Wan Rosdy Pahang Sasar Kehadiran 15 Juta Pelancong Tahun Depan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 244 hits
KUANTAN Pahang menyasarkan sebanyak 15 juta kehadiran pelancong pada tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 di negeri itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia berdasarkan prestasi cemerlang dalam sektor p...
Syarat Pekerja Asing Malaysia Cetuskan Rasuah Di Nepal

Syarat Pekerja Asing Malaysia Cetuskan Rasuah Di Nepal

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 243 hits
B Nantha KumarTindakan Malaysia mengetatkan kelayakan agensi pembekal pekerja asing ke negara ini mencetuskan rasuah di Nepal yang terkenal sebagai negara pembekal anggota keselamatan Sumber dari Nepal memberitahu Malaysiakini tindakan Mala...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Bakal Memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia Dengan Peruntukan Rm200 000

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Bakal Memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia Dengan Peruntukan Rm200 000

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 213 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang bakal memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia bagi menggalakkan rakyat untuk bersama memainkan peranan memperkukuhkan kesejahteraan di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ber...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej