Penatnya Ingatkan Dah Tidur Bila Lepaskan Puting Terus Menangis Ini Cara Nak Bagi Anak Tidur Lena


Anak suka mengempeng pada payudara tapi tidak menyusu ialah cabaran buat mama. Mereka akan melekap pada payu dara biarpun sudah selesai menyusu sehingga kadangkala ibu tidak mampu berbuat apa-apa tugas. Ibu mungkin boleh menggunakan cara yang dicadangkan ini sebagai penyelesaiannya.

Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung.
4 SEBAB KENAPA BAYI MENGEMPENG
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Umar, keadaan ini berlaku bergantung pada usia anak. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payu dara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini;
a)Selama sembilan bulan dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
b)Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
c)Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. d)Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
e)Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung
untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.

GUNAKAN PENGGENDONG BAYI
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM MELETAKKAN KE DALAM PEGGENDONG
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin
perlu menunggu untuk beberapa ketika. Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan
kelopak matanya bergerak-gerak.

CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak
pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah;
tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri
daripadanya secara perlahan-lahan.
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut
bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu. Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu.
Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi. Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Sumber: Majalah Pa&Ma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Penatnya! Ingatkan Dah Tidur, Bila Lepaskan Puting Terus Menangis. Ini Cara Nak Bagi Anak Tidur Lena appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penatnya-ingatkan-dah-tidur-bila-lepaskan-puting-terus-menangis-ini-cara-nak-bagi-anak-tidur-lena/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri

Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 401 hits
Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri Pisahkan anak tidur sendiri adalah salah satu hukum yang Islam tetapkan untuk menjaga sosialisasi dalam hubungan kekeluargaan Umur yang sepatutnya dipisahkan laling lewat iaitu 7 tahun Tapi alhamdulillah MF ...
Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 416 hits
Semestinya ibu ibu ada pengalaman ni kan Anak nak tidur mesti nak kita ada sebelahnya Selain tu ada juga yang perlu bantal busuk kain hisap jari gentel baju gosok telinga dan macam macam lagi Istimewanya juga anak kita ni bukan itu saja yan...
Eee Comel Wanita Ini Kongsi Cara Tenangkan Anak Kecil Menangis

Eee Comel Wanita Ini Kongsi Cara Tenangkan Anak Kecil Menangis

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 193 hits
Di Twitter seorang pengguna media sosial ini berkongsikan satu video cara tenangkan anak kecil menangis Menerusi rakaman itu kelihatan seorang wanita bersama anak kecil yang sedang menangis Wanita itu menghampiri anak kecil tersebut dan ber...
Mudah Sangat Nak Anak Cepat Kenal Abc Baca Mengira Guna Cara Cikgu Ini

Mudah Sangat Nak Anak Cepat Kenal Abc Baca Mengira Guna Cara Cikgu Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 455 hits
Ramai ibu yang ada anak usia 4 5 dan 6 tahun bertanya macam mana nak buat anak fokus ketika belajar Apabila tinggikan suara sikit anak terus merajuk Lama kelamaan ibu pula yang rasa putus asa nak mengajar Ingat ya anak usia ini kita tak per...
Waktu Tepat Nak Latih Anak Tidur Sendiri Kena Mulakan Dari Bayi Lagi Senang Kerja Ibu

Waktu Tepat Nak Latih Anak Tidur Sendiri Kena Mulakan Dari Bayi Lagi Senang Kerja Ibu

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 267 hits
Mesti ada di antara anda terfikir bukankah melelapkan mata itu satu kemahiran semula jadi Bagi sesetengah individu dewasa masa untuk tidur dianggap perkara yang mudah Malahan untuk mereka yang baharu bergelar ibu bapa kepenatan menjaga si k...
Sebak Bapa Ini Menangis Rindukan Anak Cucu Lama Tak Jumpa Sebab Pkp Bila Nak Balik

Sebak Bapa Ini Menangis Rindukan Anak Cucu Lama Tak Jumpa Sebab Pkp Bila Nak Balik

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 378 hits
Ibu Bapa mana tidak rindukan anak mahupun cucu mereka lagi lagi masa Perintah Kawalan Pergerakan pada ketika iniMungkin daripada kita beranggapan ia boleh buat video call namun ia tidaklah sama kerana perasaan rindu berjauhan itu tetap dira...
Menangis Nak Pegang Mommy Anak Selamat Jalani Pembedahan Syaheera Fad Luah Rasa Syukur

Menangis Nak Pegang Mommy Anak Selamat Jalani Pembedahan Syaheera Fad Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 318 hits
Bila anak sakit pastinya seorang ibu akan turut merasai kesakitannya Apa lagi saat melihat anak yang menangis dek kerana kesakitan Menerusi beberapa entri di instagramnya isteri kepada pelawak Fad Bocey Syahirah A Rahman berkongsi kisah ana...
Nak Anak Suka Buku Tapi Tak Tahu Pilih Buku Menarik Ibu Ini Kongsi Tipnya

Nak Anak Suka Buku Tapi Tak Tahu Pilih Buku Menarik Ibu Ini Kongsi Tipnya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 417 hits
Bagaimana nak didik anak suka buku Ini antara persoalan yang sering ibu bapa tertanya tanya untuk biasakan si kecil dengan bahan ilmiah Kajian menyatakan anak anak yang dibiasakan dengan buku dari awal tiada masalah untuk terus berdamping d...
Isteri Sah Hamil Anak Pertama Nazrief Nazri Tak Sabar Nak Jadi Bapa

Isteri Sah Hamil Anak Pertama Nazrief Nazri Tak Sabar Nak Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 488 hits
Pelakon Nazrief Nazri baru baru ini mengumumkan bahawa dirinya bakal bergelar bapa setelah isterinya Aizatul Aqma disahkan berbadan dua Sumber Instagram Nazrief Nazri nbsp Berita gembira itu diumumkan Nazrief menerusi satu hantaran di lam
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord