Penangan Disantau Kakak Sendiri Perut Membusung Umpama Sarat Mengandung Ha Id Tak Henti Keluar Selama 3 Bulan




Foto sekadar hiasan..

Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah dari kisah benar & perkongsian ini boleh dijadikan teladan bagi orang lain. Cerita ni agak panjang, sebab kalau nak aku ringkaskan, takut tak faham jalan ceritanya.

Nama aku Fasha (bukan nama sebenar) aku ni ade 5 orang adik beradik dan aku no.4 perempuan.. Atas aku semua kakak yang dah berkahwin. No.5 adik aku lelaki. Cuma aku dan adik aku sahaja belum berkahwin sehingga kini. Kisah ini, terjadi masa umur aku 21 tahun. Umur aku tersangatlah muda waktu aku diberi ujian yang maha hebat ini oleh pencipta aku sendiri (ALLAH S.W.T) dan kisah ini juga masih berlarutan sehingga kini 8 tahun dah admin.

Aku sangat rapat dengan kakak aku No.1, No.2 serta adik aku No.5, Lagipun mana-mana pun aku pergi semua cakap kami macam kembar. Aku keturunan sheikh, Nak cakap cantik sangat tu mcm bidadari tak delah cantik sampai tahap macam tu. Cuma sedap la mata orang yang memandang aku.. Bapak aku pula berkahwin dengan orang kampung biasa. Mak aku orang kedah. Ok berbalik cerita tadi, kami semua muka sama kecuali kakak aku yang No.3 dia banyak ikut keluarga sebelah mak aku lagi pun peragai/sikap dia lain dari kami adik beradik.

Masa aku meningkat remaja dia banyak buat hal dan susahkan mak bapak aku. Dia l1ar sikit, tak balik rumah sampai mak bapak aku tak tidur malam sebab risau takut apa-apa jadi dekat dia. Aku ni tak la rapat sangat dengan dia dari kecil asyik bergaduh kerja kami tapi aku pun tak k3jam. Aku banyak tau rahsia dia tapi aku sikit pun tak pernah nak mengadu dekat mak bapak aku. Kalau dia tak balik rumah bapak aku selalu tanya aku, bapak aku selalu cakap aku bersubahat dengan dia. Setiap kali dia tak balik aku lah orangnya yang menjadi mngsa rotan oleh bapak aku sendiri tapi aku tak pernah berdendam aku faham orang tua aku tengah risau pasal dia.

Aku shortkan cerita la yer..

Kisah aku ni terjadi masa kakak aku No.3 ni baru nak kahwin. Kakak aku yang 1st and 2nd dah selamat kahwin dah siap ada anak lagi dah masa tu.. Perkahwinan dia, bapak dan mak aku sponsor sebab dia ni memang tak kerja. So, bapak aku suruh dia cari duit baju kahwin sahaja. Masa tu pulak dia kekurangkan duit, jadi dia call aku minta pinjam RM250. Aku pulak masa tu baru habis belajar dan baru start kerja di TM POINT ampang tapi tak lama aku kerja kat sana pun dalam 3 bulan macam tu.

Aku dapat Offer lain. Aku ni minat sangat nak jadi pramugari dan aku dah lepas Stage-stage interview sehingga MAS AIRLINES suruh aku buat medical check up jer masa tu. Ok berbalik pada cerita tadi, aku baru start kerja so company bagi aku cheque dan suruh aku buka account bank yang company tu guna.

Aku memang nak bagi dia pinjam duit tapi masalah aku kena tunggu cheque clear 3 hari. Nak dijadikan cerita, aku pun call kakak aku yang No.2 minta tolong.. Aku cakap kakak aku no.3 nak guna duit nanti aku dapat gaji aku terus bayar dekat kakak aku no.2 tu. So, biarlah kakak aku no.3 tu berhutang dengan aku. Aku pun beritahu dekat dia tentang hal ini tapi dia maki aku macam-macam dia cakap aku ini tak boleh nak diharap dan tak nak bantu dia.. Apa yang buat aku sedih bakal abang ipar aku yang nak kahwin dengan kakak aku no.3 ni pun turut maki hamun aku..

Sepatutnya, aku yang kena marah sebab dia minta duit aku tapi sebaliknya pulak.. Yang buat aku lebih terkilan bakal suami dia masuk campur hal kami adik beradik dan dia sikit pun tak backup aku malah maki aku bertubi-tubi.. Sepatutnya, aku yang jadi pengapit dia kahwin nanti tapi bila dia dah maki aku macam-macam sebagai adik aku merajuk lah, aku cakap yang aku tak nak jadi pengapit hang.. Bakal abang ipar aku dengar dia maki aku dalam telefon dia cakap ade aku jemput ko datang kenduri kahwin aku?? Aku pun balas lah balik dekat dia, aku cakap yang aku pun ada maruah kalau orang tak jemput aku pun tak ingin nak datang.

Bakal abang ipar aku cakap yang dia haramkan sebutir nasi kenduri kahwin dorang masuk dalam mulut aku.. Dan aku balas aku cakap aku haramkan selangkah kaki aku jejak majlis dorang.. Aku memang tak balik langsung kampung aku masa majlis dorang.. Aku pun dah tak ambil tahu hal dorang..

Lepas dorang kahwin dalam 3 bulan macam tu kakak aku ni mengandung. Dia call aku minta maaf pasal kejadian tu dan aku pun sebagai adik maafkan lah kakak aku ni dan kami planning nak balik kampung sama-sama sebab sepupu aku nak berkahwin pulak. Aku pun cakap lah kita balik hari jumaat malam lah naik bas sebab abang ipar aku tu kerja jadi tak boleh nak balik sekali.

Sepatutnya hari jumaat kami balik tiba-tiba kakak aku call khamis tu cakap kena balik khamis malam juga sebab abang ipar aku ni kena kerja jumaat malam tu. Aku pun kelam kabut kemas bag baju terus pergi klang naik bas kat sana. Kakak aku ni agak kedekut sikit lah dalam kami adik beradik, tapi malam tu dia baik sangat dengan aku.. Dia belikan aku tiket bas, dia cakap dengan aku jangan beli air mineral sebab dia dah sediakan untuk aku. Aku memang tak fikir apa-apa pun sebab kakak kandung sendiri kot..

Aku ni seorang yang takut pada kegemukkan dan aku memang jaga badan aku, pukul 7 malam ke atas aku tak akan sentuh apa-apa makanan pun.. Aku cuma akan minum air masak sahaja. Tapi malam tu, kakak aku cakap lah yang abang ipar aku ni bekalkan roti sardin yang dia buat sendiri.. Kakak aku pelawa aku makan tapi aku memang tak makan malam.

Kakak aku cakap tak baik tau kalau ibu mengandung teringin nak makan sama-sama dengan adik sendiri tapi aku menolak. Untuk nak jaga hati kakak aku yang tengah mengandung tu aku pun makan lah.. Yang aku pelik, aku makan tak ingat dunia.

Sesampainya kami dekat kampung, aku macam biasa jer tapi keesokan harinya, Aku tengah tidur dengan kakak aku tu lah dalam bilik, tiba-tiba aku terjaga pukul 3 pagi tepat.. Aku rasa ade orang tengah cucuk perut aku sampai pedih hulu hati.. Aku pergi tandas aku muntah daarah admin.. Aku muntah banyak gilla tapi aku tak beritahu dekat mak bapak atau adik beradik aku langsung.. Aku keluar tandas, kakak aku No.3 betul-betul ada depan pintu tandas aku dalam keadaan tegak berdiri sambil menunduk tapi tak cakap apa-apa pun.

Aku yang tengah sakit ni tak tegur dia langsung. Aku pun masuk dalam bilik ambil minyak panas sapu dekat perut aku, dia boleh selamba masuk bilik tak tanya atau bercakap dengan aku langsung terus main mesej dengan laki dia.. Aku dah start tak boleh tidur masa tu bila aku tidur mengiring sakitnya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu..Jadinya, aku terpaksa tidur duduk.. Keluarga aku tanya kenapa muka aku pucat?? Aku cuma bagi alasan aku gastrik..

Walaupun, keadaan aku tak berapa nak sehat aku tetap pergi kenduri sepupu aku tapi aku tak boleh nak menjamah walau sedikit pun makanan.. Selepas kenduri, kami sekeluarga dengan auntie2 aku semua plan trip ke langkawi.. Masa tu aku memang dah rasa badan aku lain sebab aku asyik muntah daarah tak berhenti-henti tapi aku ni b0doh tak cakap dekat sesiapa pun! Memang jenis aku, kalau sakit ke, demam ke, susah ke, senang ke aku memang pendam sendiri sebab aku tak suka susahkan orang lebih-lebih lagi orang tua aku walaupun keluarga aku senang dan bapak aku berpangkat dan ada gelaran.

Aku memang seorang yang low profile sebab aku sendiri pun tak pernah post gambar keluarga aku di media sos1al dan aku pun tak suka orang berkawan dengan aku sebab harta dan darjat.. Selama aku hidup berdikari tak pernah aku call mak bapak aku minta duit. Masa aku sekolah tingkatan 2, aku dah belajar cari duit sendiri dengan kerja partime dekat hotel.

Selepas balik dari langkawi, aku pun tidur lagi 2 malam dekat rumah keluarga aku masa tu aku tengah layan dengan kakak-kakak aku drama tentang dhia (nora danish dan ady putra berlakon TV3 pukul 7mlm) dalam cerita tu mak ady putra sihirkan ady putra anak dia sendiri supaya berpisah dengan nora danish. Kakak aku no.1 tu emosi cakap lah anak kandung sendiri pun nak bomohkan apa punya mak la macam ni dasar sya1tan!! Waktu tu pulak azan maghrib, tiba-tiba kakak aku no.3 ni menjerit macam orang gilla..

Aku yang dengar azan ni tetiba rasa panas nak maati dan secara spontan aku lempang muka kakak aku no.3 ni.. Kecoh 1 rumah kami bergaduh teruk dan mak bapak aku masuk sebelah dia ni sebab dia mengandung.. Aku yang tak pernah tinggi suara atau menjawab apa yang mak bapak aku marahkan ni secara spontan waktu maghrib tu aku hilang rasa hormat dekat mak dan bapak aku sendiri..

Lepas dah bergaduh malam tu jugak aku packing barang aku terus balik KL. Mak aku cakap, kalau aku balik malam tu juga jangan dah balik rumah ni lagi, aku dengan kurangajarnya jawab ‘hey orang tua, kalau ko maati pun tak ingin aku jejak kbur ko’ Ya Allah, aku memang tak sedar apa yang aku cakap waktu tu dan malam tu juga aku balik Kl tanpa hiraukan mak bapak aku..

Sesampainya, aku di KL aku baru tersedar yang aku dah jadi anak yang derhaka kepada dua orang tua aku tapi aku langsung tak telefon minta maaf walaupun aku bersalah.. Lepas 3 hari aku balik KL, aku bangun tidur perut aku besar macam orang mengandung lebih dari 9 bulan, baju aku semua tak muat.. Aku pergi hospital Al-ISLAM buat check up dan scan perut, check daarah semua normal..

Setiap malam pukul 3 pagi aku muntah daarah.. Waktu siang aku kesejukkan dan waktu malam panas macam aku dibakar.. Aku buka aircond dan kipas tapi masih terasa panas.. Housemate aku ni orang sarawak, dia suruh aku pergi perubatan islam, jadi aku pergi darul syifa, dari pukul 10 pagi aku tunggu giliran aku sampai pukul 7 malam baru ustaz panggil aku.. Ustaz tak nampak no aku ibarat dah ditutup nama aku dalam senarai menunggu..

Lepas rawatan ustaz cakap aku tak kena apa-apa gangguan pun! Aku dengan rasa kecewa otw balik rumah masa tu dalam kereta kawan aku drive dan aku tertidur aku mimpi gunting nak men1kam dahi aku, terkejut terus terjaga dan kereta yang kawan aku bawa hampir hilang kawalan.. Sesampai aku dirumah.. Aku baru nak tidur, aku baru nak ambil bantal letak atas badan aku sebab aku terpaksa tidur terlentang sebab aku tak boleh tidur mengiring..

Masa aku nak ambil bantal aku nampak lembaga hitam besar berbulu.. Dia terkam aku, mata aku bertentang dengan makhluk tu sampai aku tak boleh nak cakap apa pun, bila mata aku berkedip lembaga hitam tu hilang dan aku macam orang h1steria lari keluar rumah dan kebetulan kawan aku yang orang sarawak tu balik rumah jumpa aku dan cuba tenangkan aku!

Malam tu aku tidur dengan dia sebilik.. Keesokkan harinya perut aku makin besar dan kaki aku bengkak tak boleh nak berjalan dah tapi aku gagahkan juga berjalan.. Kawan aku pulak lagi 3 hari dia nak balik kampung dia jadi tinggal la aku seorang kat rumah.. Masa ni, aku dengar bunyi macam-macam.. Bunyi guli jatuh, bunyi orang main suis lampu dan bunyi perempuan menangis di luar bilik aku.

Walaupun keadaan aku sakit teruk yang teramat sangat, aku tetap gagahkan diri aku pergi berubat.. Aku sanggup pergi ke johor seorang diri, semata-mata untuk berubat dalam keadaan aku yang tak boleh nak berjalan, perut besar macam orang mengandung serta kaki bengkak yang teramat-amat.. Setiap tidur aku pasti tak lena sebab aku mimpi pelik-pelik..

Ular hitam, aku terjatuh dari bangunan yang tinggi, buaya nak baham aku, kepala aku hampir nak terputus kena kipas angin, binatang yang berduri kejar aku, aku makan dalam tandas dan banyak lagi mimpi-mimpi aku.. Lagi aku berubat lagi teruk keadaan aku, dah berubat si setiap negeri tapi hasil tetap sama malah makin teruk dan orang yang berubat aku semua cakap yang dia tak mampu untuk ubatkan aku kerana orang ni guna bomoh orang asli untuk musnahkan hidup aku dan nak aku maati! Benda yang dia hantar kepada aku adalah Santau Busung Angin!! Ya Allah, k3jamnya hati manusia ni..

Aku tak tahu apa salah dan dosa aku.. Ade yang boleh ubatkan aku orang Pahang tapi dengan syarat aku mesti pulangkan semula sihir tersebut andai aku ingkar, Kalau terjadi lagi sekali lagi dekat aku, dia dah tak boleh nak tolong aku.. Tapi aku cakap tak apa tolong ubatkan aku sahaja dan jangan sesekali pulangkan sihir tersebut kerana aku masih ada agama dan aku tak nak aku sama macam orang tu sy1rik.. Selepas berubat aku memang sembuh, perut aku turun terus dan aku dah jadi normal..

Keesokan harinya, aku bangun tidur perut aku lagi membesar dan daarah ha1d aku tak berhenti keluar selama 3 bulan berturut-turut.. Keadaan aku masa tu, macam m4yat hidup.. Masa tu jugak aku call mak bapak aku ceritakan perkara sebenar dan minta maaf dekat dorang.. Mak aku pun cakap dia pun rasa aku lain sebab aku bukan jenis anak yang melawan cakap orang tua..

Sesampai aku di kampung, keluarga aku terkejut tengok keadaan aku dan bapak aku antara percaya dan tak yang aku terkena buatan s1hir.. Bapak aku bawa aku buat lagi sekali full medical checkup tapi hasil tetap sama tiada sebarang penyakit.. Bapak aku bawa berubat, masa berubat aku pengamal tu cakap depan bapak aku sendiri.. Yang santaukan aku ni adalah sedaarah sedaging yang tengah mengandung anak perempuan dan secara automatik aku terus tersebut nama kakak aku no.3 ni..

Bapak aku hanya mampu beristifar dan pengamal tu cakap suami isteri yang santaukan aku!! Yang suami (abang ipar) dah lama menaruh hati dekat aku tapi tak berani nak luahkan sebab dia tahu aku akan menolak.. Yang perempuan pulak (kakak kandung aku sendiri No.3) memang tak puas hati dengan kecantikkan serta kelebihan yang aku ada.. K3jam dan tersangatlah k3jam!!!

Selepas berubat, aku terasa badan ringan sangat sampaikan aku jalan rasa nak terjatuh.. Yerlakan selama ni berat jer aku bawa badan aku ni, tapi perut aku tak turun-turun dan aku boleh gelakkan pengamal tu lagi.. Aku cakap engkau bukan tandingan aku!!

Selepas aku berubat, aku makin teruk dan duduk rumah keluarga aku sendiri, aku jadi panas dan aku hilang pertimbangan.. Hari-hari aku makan seperiuk nasi dan 10 biji telur rebus.. Aku makin teruk dan teruk.. Bapak aku selalu akan baca Al-Quran sampai aku tertidur.. Aku dah lama tak tidur malam sebab panas, lepas subuh baru aku akan tertido tapi hanya 3 jam.. Mata aku dah hitam teruk macam panda dah..

Setiap kali bapak aku baca Al-Quran sebelah aku, akan menangis suruh hentikan baca Al-Quran.. Aku pernah nak t1kam bapak aku dengan p1sau.. Seluruh negeri aku berubat sehinggakan tahun berganti tahun aku tetap tak sembuh malah makin hari makin hebat dugaan hidup aku dan makin sakit..

Aku hampir nak bnuh diri aku sendiri kerana aku dah maati akal, aku telan pil Jamu 30 biji sampai biru bibir aku.. Bapak aku perasan perubahan aku dan nampak botol pil tu atas katil lalu aku ditampar oleh bapak aku sendiri dan bapak aku j0lok tekak aku.. Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa aku kerana aku betul-betul hilang kawalan!!

Allah S.W.T masih sayangkan aku.. Terima kasih Ya Allah..

Aku berubat lagi tapi makin teruk.. aku call kakak aku no.3 minta ampun maaf dan aku sanggup sujud dikaki dia 7 hari 7 malam andai aku pernah sakitkan hati dia tapi dia maki aku, dia tak mengaku langsung malah dia beritahu semua kenalan dan kawan-kawan aku, mengandung anak luar nikah.. Malunya aku hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu! Sudahlah dibomohkan malah dif1tnah pulak aku ni.. Start dari hari tu juga kesabaran aku dah sampai puncak, aku berdoa sedalam dalam hati aku masa dia nak beranak nanti akan ada masalah.. Itu doa orang yang teranaiya oleh aku..

Sepatutnya, dia beranak normal tapi dia terpaksa operate.. Anak dia sehingga kini tak boleh bercakap langsung.. Setiap kali aku berubat dia pasti akan tambah dan tambah s1hir dia dan apa yang menyedihkan aku, makin kurangajar dengan orang tua aku dan rumah tu makin hari makin panas.. Hingga aku buat keputusan untuk balik ke KL.. Biarlah aku sakit seorang diri dari aku jadi anak yang derhaka!

Walaupun, aku dah balik kl gangguan tetap ade dan hari-hari aku penuh dengan gangguan aneh.. Pernah aku tengah sikat rambut dekat cermin, benda tu dah berani tunjuk diri dia.. Dia boleh jalan selamba belakang aku! Benda tu perempuan, hitam rambut panjang sampai lantai bila aku toleh dia tak ade..

Aku ni dulu penakut teramat-amat tapi bila dah bertahun benda ni asyik menghantui aku, dah jadi biasa dan hijab aku dah terbuka sehingga kini.. Keadaan aku makin hari makin tenat dan aku dah redha andai masa aku dah tiba.. Aku pun ade call mak bapak aku minta halalkan semuanya dan minta ampun maaf andai selama aku hidup ni banyak aku sakitkan hati dorang..

Mak bapak aku cakap andai ni takdir hidup aku dorang redha.. Oh lupa aku nak cerita, masa bapak dan mak aku tahu yang santavkan aku kakak aku sendiri, mak aku tanya kakak aku tapi dia tak mengaku!! Mak aku sampai tak hiraukan dia tapi aku cakap dengan mak aku jangan disebabkan aku, mak berdosa sebab bahagikan kasih sayang. Siapalah kita untuk menghukum dia biar Allah S.W.T sahaja yang membalas.. Sebagai mak dan bapak jalanilah tanggungjawab seperti biasa sebab aku tak nak mak aku kena jawab di atas sana nanti.. Aku cakap biarlah ni antara aku dan dia sahaja..

Tahun ke 5 aku masih sakit, kakak aku no.2 call katanya ada ustaz nak ubatkan aku dan suruh aku balik kampung secepat mungkin sebab nywa aku dihujung tanduk.. Ustaz tu suruh kakak no.2 tanya aku, betul ke ade gagak dekat balcony rumah aku?

Memang gagak hitam tu ade kat situ dah 2 hari asyik memekak jer dan ustaz suruh aku balik sekarang juga dia akan buat dari jauh supaya gagak tu hilang dan ustaz pesan dengan aku andai gagak tu patuk kepala aku nywa aku di ambang mavt!

Dalam keadaan aku yang lemah, kaki aku bengkak macam gajah dan perut aku membesar macam orang mengandung kembar 8 anak, aku gagahkan juga naik LRT ke stesen bas dan balik ke kampung.. Ustaz ade berpesan jangan sesekali tidur dalam bas tapi aku memang dah tak larat.. Masa aku dalam perjalanan balik ke kampung, aku tertidur dan bermimpi bas yang aku naik accldent..

Bas tu terbelah dua dekat seat yang aku duduk tu.. Kiri kanan aku lori yang bawa besi mcm terowong tu.. Besi terowong tu nak cvcuk jntung aku tapi Allah masih sayangkan aku, kakak aku no.2 call.. Bila aku tersedar aku tahu tu bukan mimpi malah betul-betul hampir terjadi.. kiri dan kanan aku lori yang sama dalam mimpi aku. Bagi aku, itu petunjuk kecil dari Allah S.W.T..

Driver bas tu macam tahu ade yang tak kena dekat aku.. Sepanjang perjalanan driver bas buka surah2 Al-Quran sekuat-kuatnya sehingga sampai kampung aku.. Mungkin driver bas tu kena ganggu kot kan?

Sampai aku kat kampung terus kakak no.2 aku bawa jumpa ustaz, cakap kalau ikutkan aku dah lama meniggal tapi disebabkan aku ade penjaga keturunan sebelah bapak aku yang dah lama jaga aku tu yang aku masih hidup sehingga kini..

Ustaz cakap, benda dia dia cuba hantar dari jauh tapi tak boleh masuk sebab aku ada orang jaga cuma aku ni biasalah jiwa muda solat tak solat.. Kadang cukup 5 waktu, kadang tak cukup.. Benda yang jaga aku ni pulak kena solat, mengaji baru dia boleh dekat dengan aku!

Disebabkan tak boleh nak buat aku dari jauh sebab tu dia gunakan makanan supaya jadi daarah daging dan tanam benda dalam perut aku! Selepas beberapa rawatan dengan ustaz ni, Alhamdulillah aku makin pulih dan sembuh cuma perut aku tak turun sepenuhnya lagi hingga kini.. Aku ada bertanya dengan ustaz siapa yang s1hirkan aku untuk kepastian sebab antara orang yang cuba bantu aku, dengan ustaz ni seorang aku percaya apa yang dia cakap..

Tapi ustaz tak nak beritahu aku, dia cakap cukuplah dia seorang sahaja yang tahu.. Kalau aku betul nak tahu, aku kena amalkan 7x Al-Fatihah, 7x Ayat Kursi, 3 Qul dan doa sedalam-dalam hati aku nak tahu siapa yang buat aku dengan niat nak mengelak dari jumpa or rapat dengan orang yang s1hirkan aku ni..

Akhirnya, 3 malam aku bermimpi kakak dan abang ipar aku no.3 ni.. Aku mimpi dia baik sangat dengan aku, tapi aku pulak yang jahat dalam mimpi tu.. Dia dan abang ipar aku bagi aku makan ayam seekor dekat rumah pelacvran, bagi aku makan dekat dalam tandas dan belikan aku macam-macam..

Setiap apa yang aku mimpi semua berkaitan dengan dorang.. Untuk pengetahuan admin/pembaca aku dah 8 tahun tak balik raya di kampung sebab setiap tahun mesti kakak aku no.2 tu akan balik rumah mak bapak aku.. Selama 8 tahun juga aku beraya seorang diri.. Raya ke 4 baru aku balik kampung itu pun kakak aku no.2 tu dah balik klang..

Selepas aku sihat sikit, bapak aku pun buka cerita.. Masa aku dalam perut mak aku lagi ade orang tua minta izin dekat bapak aku nak jaga aku tapi bapak aku tak izinkan.. Setiap malam, aku pasti akan jalan dalam tidur seolah olah ade orang panggil aku tapi bapak aku akan tidur depan pintu bilik supaya dia sedar kalau aku berjalan keluar..

Ustaz pun ade beritahu aku yang aku ni orang teristimewa yang orang lain tak ada tapi aku ada.. Ustaz cakap dekat aku selama ni ade orang yang sentiasa jaga aku tapi disebabkan aku dah termakan benda yang dia santaukan aku, orang yang jaga aku tak boleh buat apa pun dah..

Lagi pun, masa per1od aku 3 bulan non stop aku dah was-was nak solat.. Selepas aku sembuh sedikit, aku dapat petunjuk sendiri cara orang s1hirkan aku.. Dia guna patung dan katak.. Dekat badan patung tu penuh dengan jarvm, setiap kali bomoh orang asli tu cvcuk patung tu aku yang akan sakit!! Katak pulak siang dia rendam dalam tempurung, malam dia salai sebab tu aku panas..

Untuk pergetahuan semua, aku dilahirkan dalam perjalanan ke hospital betul-betul depan masjid.. Masa aku lahir azan berkumandang dan orang yang minta izin bapak aku untuk nak jaga aku adalah orang bunian.. Lepas aku sembuh sikit dari sakit, aku mimpi aku pakai baju kurung warna putih dan kain baju kurung tu macam orang-orang lama dan kain kurung tu jenis putih bersih..

Sejak Aku mimipi aku terima kain kurung tu,aku mimpi dekat kepala aku sebelah kiri setiap helaian rambut aku di tanam benda mcm serbuk buluh sebab tu kepala aku asyik gatal dan rambut aku yang lebat makin nipis disebabkan gugur.. Aku dah boleh ubatkan diri aku sendiri tapi aku tak tahu macam mana nak pecahkan angin-angin dekat perut aku.. Ustaz pun ade cakap yang dia dah sedaya upaya ubatkan aku cuma dekat kemalvan aku ade sekor jinn ni duduk..

Ustaz tak boleh buang, andai dia buang juga ibarat dia dah bersetvbuh dengan aku.. Sehingga kini, perut aku masih buncit tapi tak dah macam dulu sekarang macam orang mgandung 3bulan macam tu.. Ade masa perut aku akan cegang macam nak pecah tapj ada masa dia normal.. Aku tak lah sehat sepenuhnya tapi ni pun aku dah bersyukur..

Untuk pengetahuan admin dan pembaca sekalian, aku bawa diri aku jauh dari malaysia sebab bila aku dekat sini(luar negara) kesihatan aku makin baik dan tiada guna aku balik malaysia lagi sebab bila tiba hari raya aku tetap raya seorang diri!

Biarlah aku bawa diri dan jauh dari keluarga aku sendiri andai kakak aku no.3 tu puas hati dan aku tak nak jadi anak yang derhaka dengan orang tua aku.. Sebab sampai sekarang balik rumah tu aku jadi panas walaupun aku tak seteruk dahulu.. Aku dah redha dengan takdir hidup aku dan aku pun dah redha andai aku tak diberi kesempatan untuk menjaga kedua-dua orang tua aku..

Tapi setiap bulan, aku tak lupa tanggungjawab aku sebagai anak dengan memberi nafkah untuk kedua-dua orang tua aku walaupun aku tahu kedua orang tua aku punyai duit sendiri.. Aku tahu aku tak boleh nak balas budi dorang yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mendidik aku menjadi insan yang berguna tapi dengan cara ni sahaja mampu aku membalas semuanya walaupun aku tahu, tak akan terbalas dengan apa yang dorang korbankan untuk aku sehingga kini..

Bagi aku ujian Allah S.W.T ini untuk hapuskan dosa-dosa yang aku buat tanpa aku sedar.. Mungkin dekat atas muka bumi ni aku menderita tapi aku percaya pasti suatu hari nanti aku lah orang yang paling bahagia..

Setiap pagi aku selalu doakan supaya Allah S.W.T masukkan iman dalam diri orang yang s1hirkan aku.. Susah untuk aku maafkan apatah lagi untuk aku lupakan semuanya tapi jauh dari sudut hati aku, kesian sebab dekat dunia mungkin akan terlepas tapi dekat akhirat kelak pasti akan merangkak cari aku!!

Aku beralah bukan bererti aku kalah tapi aku beralah dengan membawa diri jauh supaya dia bertaubat dan kembali kepangkal jalan.. Sungguh berat ujian ini Ya Allah.. Biarlah masa dan waktu yang menentukan segala-galanya.. Aku minta maaf andai cerita aku ni buat pembaca kurang faham sebab aku pun baru pertama kali luah dekat FS ini..

Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari diri kita sendiri.. Aku mohon doa pembaca semua tolong doakan aku sehat seperti dahulu dan tolong doakan perut aku keluar angin-angin jahat.. Terima kasih semoga Allah sahaja yang mampu balas budi baik kalian.. Allahuakbar(3x)

Sumber : Fiksyen Shasha via nalurikini.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/penangan-disantau-kakak-sendiri-perut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Perut Mak Bawa Selama 9 Bulan Sekarang Nak Bawa Mak Jalan Berkira Pula

Dalam Perut Mak Bawa Selama 9 Bulan Sekarang Nak Bawa Mak Jalan Berkira Pula

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 371 hits
Dalam Perut Mak Bawa Selama 9 Bulan Sekarang Nak Bawa Mak Jalan Berkira Pula Saya berniaga restoran di Jalan Rasah Restoran Waqiah Bulan lepas ada seorang pelanggan dah lanjut usia 60 an Selepas makan dia berborak dengan saya Bukan kenal sa...
Ini 6 Amalan Dan Niat Puasa Rajab Yang Bisa Dilakukan Selama Bulan Rajab

Ini 6 Amalan Dan Niat Puasa Rajab Yang Bisa Dilakukan Selama Bulan Rajab

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 314 hits
Jelang bulan Rajab 1440 H simak 6 amalan baik di Bulan Haram mulai dari beristigfar hingga puasa Bulan Rajab dikategorikan sebagai bulan haram selain bulan Ramadhan bersama Dzul Qa dah Dzul Hijjah Muharram Bulan Rajab 1440 H akan jatuh pada...
Foto Hebat Inspirasi Untuk Semua Sarat Mengandung Mawar Rashid Sempat Konvo Sebelum Bersalin

Foto Hebat Inspirasi Untuk Semua Sarat Mengandung Mawar Rashid Sempat Konvo Sebelum Bersalin

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 393 hits
2183 SHARES Walaupun usia kandungan Mawar Rashid sudah mencecah 8 bulan Mawar akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya di Management amp Science University Berita baik itu dikongsi oleh Mawar sendiri melalui laman instagramnya bersempena
Selama 8 Bulan Medsos Produksi 770 Hoaks 181 Konten Soal Politik

Selama 8 Bulan Medsos Produksi 770 Hoaks 181 Konten Soal Politik

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 242 hits
Selama 8 Bulan Medsos Produksi 770 Hoaks 181 Konten soal Politik Sayang kata Rudiantara bukan perkara mudah membendung hoaks Terlebih di tahun politik jelang Pilpres 2019 Meski sudah ada upaya melalui Undang Undang ITE
Wanita Sarat Mengandung Kritikal Ambulans Dilanggar

Wanita Sarat Mengandung Kritikal Ambulans Dilanggar

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 537 hits
IBU yang sarat mengandung berada dalam keadaan kritikal selepas ambulans dinaikinya terbalik dalam nahas dengan kenderaan utiliti sukan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Green Kuching hari ini Dalam kejadian pada 9 40 pagi wanita berus...
Sarat Hamil 7 Bulan Suami Hilang Dari Mh370 Ibu Ini Kongsi Rahmat Disebalik Percaya Dengan Kuasa Allah

Sarat Hamil 7 Bulan Suami Hilang Dari Mh370 Ibu Ini Kongsi Rahmat Disebalik Percaya Dengan Kuasa Allah

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 606 hits
Tragedi MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014 masih segar di ingatan rakyat Malaysia walaupun sudah 5 tahun berlalu Ketika kejadian Pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing China telah hilang dari radar dan isyarat ...
Nampak Lembaga Putih Berdiri Di Pintu Sambil Tersenyum Kisah Benar Ustaz Kazim Disantau Oleh Anak Murid Sendiri

Nampak Lembaga Putih Berdiri Di Pintu Sambil Tersenyum Kisah Benar Ustaz Kazim Disantau Oleh Anak Murid Sendiri

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 560 hits
Setiap petang saya nampak wanita berjubah putih berkali kali kata padan muka padan muka dekat saya gara gara sakit hati kena tegur sikit saja mereka tergamak buat macam ni dekat ustaz sampai beliau jatuh sakit Nauzubillah Malah ada manusia ...
Kumpulkan Uang Rokok Selama 1 5 Tahun Dita Beli Motor Tunai

Kumpulkan Uang Rokok Selama 1 5 Tahun Dita Beli Motor Tunai

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 296 hits
Sedikit demi sedikit lama lama menjadi bukit Tampaknya Dita Sari Wootekh meyakini pepatah usang namun tetap relevan hingga kini itu Berawal dari keinginan hidup sehat suaminya lalu berhenti merokok Uang yang dipakai untuk membeli rokok seti...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya