Penambahbaikan Proses Pemilihan Untuk Cabang Pandan Dan Cabang Cabang Lain



26 Oktober 2018

Dato’ Rashid Din
Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan Pusat

Dr Syed Husin Ali
Pengerusi
Jawatankuasa Aduan dan Rayuan Pemilihan Pusat

PENAMBAHBAIKAN PROSES PEMILIHAN UNTUK CABANG PANDAN DAN CABANG-CABANG LAIN

Setelah proses pemilihan berlangsung hampir sebulan, ada banyak pengajaran yang boleh digunakan untuk memperbaiki lagi pengendalian di cabang-cabang yang akan datang.

Oleh kerana Cabang Pandan akan melalui proses pengundian pada hari Ahad, 28 Oktober 2018 ini dan ia cabang yang dijangka panas, saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan beberapa penambahbaikan yang boleh dilaksanakan segera.

Setakat 10 negeri proses pemilihan berjalan, pasukan saya telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan berikut yang boleh menjadi risiko besar yang mencemarkan proses pengundian:

i. Pengeluaran kod QR berdasarkan nombor kad pengenalan yang dimasukkan ke dalam sistem, tanpa pengesahan individu yang hadir itu adalah benar-benar anggota:

Setakat ini, saya telah mendapat banyak aduan wujudnya pengundi-pengundi yang membawa 4-5 kad pengenalan dan mengundi bagi pihak orang lain. Modus operandi adalah dengan mengutip kad pengenalan ahli dan hadir mengundi.

Apabila ada collusion di pihak petugas yang mengeluarkan kod QR, individu yang telah disusun awal untuk membawa kad pengenalan ahli parti yang tidak hadir ini akan dibenarkan mengundi berkali-kali kerana kod QR dikeluarkan kepada mereka.

Saya telah berjumpa sendiri dengan satu kumpulan anak muda dari Kapar yang mengaku dibayar untuk melakukan perkara ini. Saya dalam proses untuk mendapatkan mereka membuat satu Akuan Berkanun mengenai perkara ini.

ii. Pengeluaran kod QR dibuat lebih awal dan diedarkan lebih awal, untuk membolehkan seorang anggota yang masuk mengundi 4-5 kali dengan membawa kod QR yang telah dicetak lebih awal

Bersama-sama ini saya sertakan satu gambar yang kini bocor kepada anggota-anggota KEADILAN Pandan, iaitu kod QR untuk anggota Pandan telah pun dicetak awal untuk diedarkan kepada anggota lain yang akan hadir.

Dengan cara ini, seorang anggota boleh mengundi untuk 4-5 orang anggota lain.

Kod QR untuk anggota yang bernama Danial bin Din ini dicetak pada 24 Oktober 2018.

iii. Pengawas yang berat sebelah atau tidak berani menguatkuasakan peraturan

Bantahan mengenai tindakan pengawas terus berlaku setiap minggu. Di cabang-cabang yang panas seperti Pandan, meletakkan Ketua Pengawas, petugas kod QR dan pengawas-pengawas yang benar-benar bebas dan adil adalah sangat penting.

Mengambil kira dua perkara di atas, saya memohon supaya penambahbaikan ini dapat dilaksanakan bagi pemilihan akan datang, terutamanya di Pandan (pada hari Ahad, 28 Oktober 2018 ini):

i. Kod QR yang dikeluarkan tanpa kehadiran pengundi sebenar:

Supaya JPP menggunakan mesin pembaca kad pengenalan (IC Reader) untuk mengesahkan bahawa pengundi yang datang dengan kad pengenalan adalah ahli yang sah.

Saya difahamkan JPP sudah pun mempunyai lebih dari 100 mesin pembaca kad pengenalan dan penggunaannya telah dicuba di pemilihan Cabang Jasin.

Oleh yang demikian, saya mendesak supaya mesin pembaca kad pengenalan juga digunakan di Cabang Pandan dan cabang-cabang lain untuk mengurangkan risiko penipuan yang berlaku.

ii. Kod QR yang dicetak lebih awal untuk diberikan kepada pengundi yang akan hadir dan boleh mengundi 4-5 kali bagi pihak orang lain:

Supaya JPP memastikan sistem e-voting hanya membenarkan kod QR yang dicetak pada hari pengundian yang boleh diimbas oleh tablet untuk digunakan bagi membuka kertas undi elektronik.

Saya pasti sistem e-voting boleh diperketatkan untuk mengelakkan kod QR yang dicetak lebih awal dibenarkan mengundi.

iii. Bantahan mengenai pengawas:

Supaya JPP memaklumkan dahulu senarai pengawas untuk disemak dan mengelakkan berlakunya pengawas-pengawas yang berat sebelah ditugaskan di cabang-cabang lawan

Saya berharap perkara-perkara ini diambil serius, terutamanya yang melibatkan kod QR yang telah dicetak terlebih awal.

Saya menunggu jawapan rasmi dari pihak JPP mengenai aduan-aduan ini dan cadangan penambahbaikan.

Wassalam.

Yang benar

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden

Salinan Kepada:

1. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden

2. Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Bakal Presiden

3. Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2018/10/penambahbaikan-proses-pemilihan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Notis Penangguhan Pemilihan Cabang Kuala Selangor

Notis Penangguhan Pemilihan Cabang Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 284 hits
NOTIS PENANGGUHANBerdasarkan laporan dari lokasi didapati bahawa pemilihan Cabang Kuala Selangor terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh langsung tiada signal telekomunikasi Semua calon telah sebulat suara bersetuju utk menangguhkan pemilihan...
Pemilihan Pkr Johari Gagal Rebut Jawatan Ketua Cabang Politik Utusan Online

Pemilihan Pkr Johari Gagal Rebut Jawatan Ketua Cabang Politik Utusan Online

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 456 hits
Pemilihan PKR Johari gagal rebut jawatan Ketua Cabang Politik Utusan Online Pemilihan PKR Johari gagal rebut jawatan Ketua Cabang27 Oktober 2018 8 27 PM 2 AHLI PKR beratur untuk mengundi bagi memilih calon yang bertanding bagi Cabang Sungai...
Lima Ketua Cabang Bantah Pemilihan Semula

Lima Ketua Cabang Bantah Pemilihan Semula

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 331 hits
MELAKA Lima ketua cabang PKR Melaka membantah sekiranya diadakan pemilihan semula parti kerana ia akan menjejaskan nama baik parti itu Timbalan Pengerusi PKR Melaka Gue Teck berkata selain menjejaskan nama baik ia sudah tentu akan melibatka...
Azmin Mahu Proses Pemilihan Pkr Berjalan Bersih Dan Telus

Azmin Mahu Proses Pemilihan Pkr Berjalan Bersih Dan Telus

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 286 hits
GOMBAK Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti memastikan sistem undian secara elektronik bagi pemilihan PKR berjalan dengan adil dan saksama Kita dapati banyak aduan diterima maka JPP bertan...
Rafizi Ketua Cabang Pandan Yang Baharu

Rafizi Ketua Cabang Pandan Yang Baharu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 267 hits
28 Oktober 2018 9 39 PM KUALA LUMPUR Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli hari ini diumum sebagai Ketua Cabang PKR Pandan yang baharu selepas menewask
Kehidupan Kita Bukan Tanda Aras Kepada Orang Lain

Kehidupan Kita Bukan Tanda Aras Kepada Orang Lain

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 552 hits
Be nice to nerds Chances are you may end up working for them dipetik dari Charles Sykes penulis buku 50 Rules Kids Won t Learn in School Tular di media sosial satu luahan hati dari seorang bekas mangsa buli dan ejekan ketika di zaman sekola...
Hang Takdak Alasan Nak Nikah Lain Pesanan Erma Fatima Untuk Adik Ipar

Hang Takdak Alasan Nak Nikah Lain Pesanan Erma Fatima Untuk Adik Ipar

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 528 hits
1Kapsyen yang ditulis Erma di Instagram menarik perhatian pengikut PERKONGSIAN rakaman video pelakon Erma Fatima sedang meraikan majlis istimewa pengumuman jantina bayi dalam kandungan adiknya iaitu Betty Rahmad mencuri tumpuan netizen Sela...
Teori Peminat Dedahkan Nick Fury Sebenarnya Tahu Perkara Yang Avengers Lain Tak Tahu

Teori Peminat Dedahkan Nick Fury Sebenarnya Tahu Perkara Yang Avengers Lain Tak Tahu

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 256 hits
Terlalu banyak misteri yang tersimpan dalam dunia Marvel Cinematic Universe namun ada satu teori yang menyatakan bahawa Nick Fury sebenarnya tahu lebih dari apa yang sebenarnya para Avengers dan hero lain tahu Setakat ini Nick Fury dan pasu...
Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit

Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1372 hits
Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik