Pemuda Umno Wilayah Persoal Projek Jalur Lebar Diberi Kepada Kroni




Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mempersoalkan dakwaan mengatakan projek rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) akan diberikan kepada Opcom Holdings Bhd (Opcom) selepas pergerakan saham syarikat itu melonjak sebanyak 43% dalam tempoh masa yang sangat pendek.
Ketua Penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Wan Agyl Wan Hassan berkata jika bukan disebabkan khabar angin dan spekulasi, mana mungkin bacaan saham Opcom di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) boleh naik drastik secara luar biasa.
“Kami tertanya-tanya mengapakah situasi ini berlaku dan adakah Suruhanjaya Sekuriti mengetahui akan pergerakan saham yang luar biasa ini?
“Adakah mereka merasakan terdapat aktiviti ‘insider trading’ sedang berlaku berdasarkan pandangan profesional mereka?” soalnya ketika ditemui media selepas program Pentas Anak Muda di Himpunan Peryatuan Ummah yang berlangsung selama 2 hari bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Wan Agyl berkata, sekiranya khabar angin itu benar-benar, ini adalah petunjuk sebenar kerajaan baru Pakatan Harapan mempunyai “kroni” dalam pemerintahannya.
Menurutnya, projek rintis NFCP sepatutnya dikendalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Axiata dan Telekom Malaysia yang dilihat berfungsi untuk membantu ekonomi anak muda.
“Jika bagi kepada ‘kroni’ ia akan bergerak atas dasar keuntungan. Jika kita serahkan kepada GLC, yang dikendalikan oleh kerajaan, ia untuk kebaikan dan keuntungan rakyat,” katanya.
Menurut laporan media, Mukhriz Mahathir menjual 72,600 saham dalam Opcom Holdings Bhd pada 15 Julai 2019.
Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64% kepentingan.
Setakat 3 September lalu, BSKL menunjukkan Mukhriz memegang 31.9 juta saham atau 19.8% kepentingan.
Wan Agyl juga menggesa Putrajaya memberi penjelasan berhubung keputusannya meluluskan projek NFCP yang melebihi peruntukan asal.
Gesaan ini susulan pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo bahawa Kabinet sudah meluluskan sebanyak RM21.6 bilion berbanding RM1 bilion dalam Bajet 2019.
Katanya, terdapat pertambahan peruntukan dalam projek rintis tersebut dan tidak mengikut peruntukan bajet yang ditetapkan.
“Sekiranya kerajaan gagal menjelaskan dalam minggu ini, ia menunjukkan syarat bahawa spekulasi dan sesuatu sedang berlaku,” katanya yang bimbang peruntukan tambahan itu akan membebankan kewangan kerajaan.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/13/pemuda-umno-wilayah-persoal-projek-jalur-lebar-diberi-kepada-kroni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Persoal Bajet 21 Kali Ganda Untuk Projek Nfcp

Pemuda Umno Persoal Bajet 21 Kali Ganda Untuk Projek Nfcp

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 315 hits
Di sebalik penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara Pemuda Umno Wilayah Persekutuan terus mempersoalkan projek tersebut Ketua Penerangan Pemuda Umno Wilayah Pe...
Pemuda Umno Pas Sama Sama Hantar 2 000 Wakil Ke Pwtc

Pemuda Umno Pas Sama Sama Hantar 2 000 Wakil Ke Pwtc

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 440 hits
Lebih 2 000 anggota Pemuda Umno dan PAS Kelantan akan mengambil bahagian dalam Himpunan Perpaduan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur Sabtu ini Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata pihaknya mengerahkan su...
Pemuda Umno Risau Bukan Bumi Jadi Ceo Sime Darby Property

Pemuda Umno Risau Bukan Bumi Jadi Ceo Sime Darby Property

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 410 hits
MALAYSIAKINI Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membangkitkan kebimbangan berkaitan spekulasi ahli korporat Voon Tin Yow akan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Sime Darby Property Perkara itu dibangkitkan walaupun Sime Darby bulan lepas...
Pemuda Dap Ajak Pas Umno Teladani Nabi Muhammad

Pemuda Dap Ajak Pas Umno Teladani Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 478 hits
Ketua Pemuda DAP Howard Lee hari ini mengajak masyarakat Islam terutamanya pemimpin PAS dan Umno untuk mengambil teladan daripada cara Rasulullah SAW bermualamat Kata Lee ketika berada di Madinah Nabi Muhammad membenarkan orang Islam berjua...
Pemuda Umno Kemuka 10 Bukti Pemimpin Ph Cetus Api Perkauman

Pemuda Umno Kemuka 10 Bukti Pemimpin Ph Cetus Api Perkauman

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 303 hits
Pemuda UMNO menyenaraikan 10 bukti pemimpin Pakatan Harapan yang telah mencetuskan api perkauman dan kebencian dalam kalangan rakyat di negara ini PakatanHarapan HamidBador KomenNet SinarTV SinarHarian
Berkhidmat Untuk Rakyat Bukan Ph Penguasa Jangan Lindungi Penjenayah Pemuda Umno

Berkhidmat Untuk Rakyat Bukan Ph Penguasa Jangan Lindungi Penjenayah Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 462 hits
SEMINGGU sekali akan muncul berita berita sensasi salah laku pemimpin Pakatan Harapan yang tentunya akan memeningkan Perdana Menteri pada masa kini 2 Kalau nak dihitung tidak terkiranya banyaknya salahlaku tersebut daripada sekecil kecil se...
Unifi Air Kini Dibuka Pendaftaran Rm79 Sebulan Untuk Internet Jalur Lebar Nirwayar Tanpa Had

Unifi Air Kini Dibuka Pendaftaran Rm79 Sebulan Untuk Internet Jalur Lebar Nirwayar Tanpa Had

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 495 hits
Telekom Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penawaran Unifi Air iaitu perkhidmatan internet jalur lebar nirwayar yang ditujukan kepada kawasan kawasan tanpa capaian Unifi terlebih dahulu Ketika pengenalannya ia lebih ditujukan kepada pen...
Tenaga Nasional Dalam Perbincangan Untuk Menguji Sambungan Internet Jalur Lebar Di Negeri Perak

Tenaga Nasional Dalam Perbincangan Untuk Menguji Sambungan Internet Jalur Lebar Di Negeri Perak

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 372 hits
Sewaktu majlis pelancaran Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara yang di Putrajaya ia turut diumumkan bahawa Tenaga Nasional akan menguji teknologi gentian optik mereka di negeri Perak bermula bulan ini Tenaga Nasional pada mulanya...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah