Hamzah Zainudin 10 Hari Tempoh Untuk Zahid Letak Jawatan



KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti hari ini mendesak Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dengan kadar segera.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mewakili mereka berkata, Ahmad Zahid gagal memikul tanggungjawab sebagai Presiden walaupun UMNO sedang menghadapi masalah mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ahli dan rakyat khususnya orang Melayu.

Beliau berkata, jika Ahmad Zahid enggan, akan berlaku gelombang ketiga untuk ahli parlimen keluar daripada parti selepas empat orang ahli parlimen dari Sabah berbuat demikian dua hari lalu.

"Kami berpendapat Ahmad Zahid gagal menetapkan hala tuju parti dalam keadaan sekarang dan wajar bagi beliau melepaskan jawatan.

"Ia juga berkaitan dengan kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad Zahid menyebabkan ahli dan rakyat khususnya Melayu tidak yakin dengan kepemimpinan beliau untuk membawa UMNO menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya dalam pertemuan ekslusif bersama NSTP di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, kumpulan keluar parti hari ini, seperti juga ahli parlimen UMNO kelmarin menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk kepentingan negara dan rakyat.

Ditanya mengenai gelombang ketiga itu, beliau difahamkan seramai sepuluh lagi ahli parlimen akan berbuat demikian jika Ahmad Zahid terus kekal sebagai presiden dalam tempoh sepuluh hari akan datang.

Bagaimanapun, Hamzah berkata, mereka belum membuat keputusan mengenai masa depan politik masing-masing termasuk sama ada menyertai mana-mana parti politik termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Katanya, buat masa ini mereka hanya mahu Ahmad Zahid melepaskan jawatan dan UMNO boleh mengadakan Perhimpunan Agung Khas untuk memilih presiden dan barisan kepemimpinan yang baharu.

Hamzah antara enam Ahli Parlimen UMNO yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Lima orang yang lain adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mengulas lanjut mengenai prestasi Ahmad Zahid sebagai 'pengemudi' UMNO, Hamzah berkata, sejak parti itu bergelar pembangkang susulan tewas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), tidak ada langsung Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyentuh soal hala tuju parti.

Katanya, ketika berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu pun Ahmad Zahid tidak ada menyatakan hala tuju UMNO.

Malah, katanya, selepas perhimpunan itu pun, Ahmad Zahid dilihat masih gagal mengetengahkan apakah hala tuju parti di hadapan ahli UMNO.

"Dalam pemilihan parti, saya tidak bersama presiden dan saya pernah maklumkan kepada beliau (Ahmad Zahid) janganlah bertanding sebagai presiden.

"Sebab, kalau ada apa-apa masalah nanti beliau tidak boleh fokus. Jadi, saya minta beliau tanding Timbalan sahaja. Tidak apalah, selepas beliau menang (jawatan presiden), saya dapati ramai ahli UMNO marah.

"Ada yang rasa kurang senang apabila tiada hala tuju dalam ucapan sama ada dalam Perhimpunan Agung UMNO dan selepas itu. Banyak perkara yang kita nampak berdolak-dalik dan juga timbul perasaan kurang senang," katanya.

Menurut Hamzah, jadi apa yang beliau lakukan bersama Ahli Parlimen lain adalah mengadakan perbincangan tanpa Ahmad Zahid mengenai bagaimana kaedah untuk memastikan UMNO dipercayai rakyat dan ahli.

Beliau berkata, cara paling drastik diambil apabila ramai Ahli Parlimen UMNO meluahkan pendapat, langkah paling 'efisien' adalah menukar tampuk kepemimpinan parti.

"Rakan Ahli Parlimen berbincang apakah cara untuk kita pastikan supaya UMNO ini dipercayai ahli dan juga rakyat secara keseluruhan. Ramai katakan, jalan yang mudah adalah tukar sahaja teraju kepemimpinan.

"Jadi, kita bincang...kita kena bagi tekanan supaya presiden letak jawatan. Mungkin akan ada yang pertikai, kenapa presiden patut letak jawatan?.

"Kita ambil keputusan untuk keluar parti untuk tunjukkan kita tidak boleh lagi. Kita letak tekanan dengan cara ini dan makin lama makin tiada sokongan dalam parti.

"Kalau Ahmad Zahid terus jadi presiden, beliau hanya membawa satu persepsi kurang baik. Saya sudah berjumpa ramai orang, mereka mengatakan UMNO tidak akan bangkit dengan kepemimpinan macam ini. Sebab itu mereka tidak mahu sokong BN sama ada daripada orang Melayu atau Cina," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/12/hamzah-zainudin-10-hari-tempoh-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamzah Zainudin 5 Ahli Parlimen Hantar Surat Letak Jawatan

Hamzah Zainudin 5 Ahli Parlimen Hantar Surat Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 469 hits
IPOH Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dan lima ahli Parlimen lain secara rasmi meletakkan jawatan yang dipegang di dalam UMNO Bahagian masing masing sekali gus meninggalkan parti tersebut hari ini Lima Ahli Parlimen ialah ahli...
Zahid Tidak Bercuti Tidak Letak Jawatan

Zahid Tidak Bercuti Tidak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 240 hits
Sekadar menyerahkan tugas President kepada Timbalan President atas kepercayaan di satu majlis dialog Boleh membawa maksud bila masa boleh diambil balik dengan sekadar ISTIHAR sudah tidak percaya Bukan di Mesyuarat Majlis Tertinggi atau Majl...
Lagi Desakan Zahid Letak Jawatan

Lagi Desakan Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 244 hits
Nampaknya gerakan untuk menurunkan Zahid semakin rancak berjalan Laporan dari peringkat ahli cawangan juga nampaknya tidak menyebelahi Zahid Kalau ada pun yang masih kuat menyokong ialah mereka yang terdiri sebagai Ketua Bahagian Kenapa Dak...
Umno Dalam Proses Desak Zahid Letak Jawatan Presiden

Umno Dalam Proses Desak Zahid Letak Jawatan Presiden

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 411 hits
JELAPANG hendak bertanyakan kepada kawan kawan Umno Benarkah satu gerakan sedang diadakan di bahagian bahagian Umno untuk mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno
Pemuda Umno Sabah Kepada Zahid Letak Jawatan Atau Disingkir

Pemuda Umno Sabah Kepada Zahid Letak Jawatan Atau Disingkir

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 326 hits
Diterbitkan 13 Dis 2018Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini menjadi sasaran susulan tindakan oleh wakil rakyat parti itu di Sabah Naib Ketua Pemuda Umno Sabah Ghazalie Ansing menyalahkan Zahid dan kurangnya hala tuju beliau sebagai preside...
Waythamoorthy Dan Ganabatirau Sekiranya Kamu Berdua Manusia Bermaruah Letak Jawatan Dengan Segera

Waythamoorthy Dan Ganabatirau Sekiranya Kamu Berdua Manusia Bermaruah Letak Jawatan Dengan Segera

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 235 hits
Pada 20 Januari 2009 di Subang mayat A Kugan seorang tahanan kes samun kereta mewah yg mempunyai rekod jenayah lampau telah mati dalam lokap Kaum India dan anggota kongsi gelap secara terang2an telah mencetus kontroversi dan kira2 1000 oran...
Nurul Izzah Letak Jawatan Kerana Situasi Politik Dalam Ph Saifuddin

Nurul Izzah Letak Jawatan Kerana Situasi Politik Dalam Ph Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 339 hits
Bernama KUALA LUMPUR Pemangku Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merumuskan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar disebabkan perkembangan politik dalam Pakatan Harapan akhir akhir ini Katanya beliau membuat kesimpulan i...
Penjawat Awam Yang Tiada Komitmen Terhadap Kerajaan Baru Harus Letak Jawatan Ksn

Penjawat Awam Yang Tiada Komitmen Terhadap Kerajaan Baru Harus Letak Jawatan Ksn

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 282 hits
Penjawat awam yang tiada komitmen terhadap kerajaan baru harus letak jawatan KSNKetua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar mengingatkan 1 6 juta penjawat awam seluruh negara negara supaya meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutam...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened