Zahid Boleh Berehat Serahkan Kepimpinan Parti Kepada Mohamad Hasan Kata Pemuda Umno


 
January 17, 2021 Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.
Ia juga dibuat ketika ada kritikan terhadap kepimpinannya yang dianggap gagal membaca dan memahami sentimen ahli Umno di peringkat akar umbi.
Ketua Penerangan Pemuda Umno Kuala Selangor, Aemirul Zaki dilaporkan berkata Zahid boleh berbuat demikian secara sukarela tanpa perlu menunggu pemilihan parti atau keputusan Perhimpunan Agung Umno.
“Tidak timbul isu Zahid akan dikecam dan dibodohkan oleh ahli.
“Ahli (sebaliknya) akan puji dan berbesar hati melihat kesanggupannya memberi ruang kepada orang yang tidak banyak isu untuk mengetuai parti,” katanya dipetik The Malaysian Insight.Katanya, Zahid juga boleh berehat untuk menyelamatkan parti dengan menyerahkan kepimpinan parti kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, sehingga pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini.
 
“Kita boleh minta beliau berundur atau bercuti dan berbesar hati sebagai seorang pejuang untuk selamatkan parti dengan beri ruang kepada jentera parti buat kerja.
“Zahid perlu bersetuju untuk berundur dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya untuk mengetuai Umno pada masa ini,” katanya.
Malaysiakini juga sebelum ini melaporkan desakan serupa, yang mana Ketua Pemuda Umno Pontian, Helmi Buang meminta presiden Umno berehat secara terhormat.
Jelasnya, apa yang disuarakannya adalah pandangan peribadi bagi melihat parti itu kembali meraih kepercayaan rakyat dalam PRU-15.
Zahid pada 2018 pernah “bercuti” dan menyerahkan tugasnya, termasuk termasuk jawatan pengerusi BN, kepada timbalannya Mohamad Hasan.
Ia susulan tindakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti serta kritikan bahawa Umno tiada hala tuju di bawah pimpinannya.
Selepas setahun, Zahid bagaimanapun kembali memegang jawatan itu.
Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin pula dipetik sebagai berkata pandangan mereka itu bukan tidak hormatkan Zahid sebagai presiden parti sebaliknya kerana mereka lebih sayangkan parti.
“Saya hanya mahu lihat pembaharuan dalam parti… tiada apa-apa yang saya nampak dilihat (untuk) meremajakan parti ini,” katanya.
Zahid kini berdepan 47 tuduhan jenayah melibatkan kesalahan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Dia juga didakwa menyokong usaha Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN), yang akan bekerjasama dengan DAP.
Bekas setiausaha agung BN yang disingkir Annuar Musa baru-baru ini mendedahkan surat sokongan Zahid kepada presiden PKR bukan surat palsu.
Surat Zahid itu dikatakan dipersembahkan pemimpin pembangkang kepada Yang di-Pertuan Agong serta tersebar pada pertengahan Oktober lalu, bukan surat palsu.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam Mohamad Anis Md Yusof berkata sentimen yang mahu Zahid berundur bukan hanya dalam kalangan ahli Umno.
“Ada juga dalam kalangan penyokong Umno… maksudnya bukan ahli Umno yang melihat kedudukan presiden pada hari ini sangat lemah,” katanya.
Bagaimanapun beliau berpendapat Zahid mungkin masih boleh mempertahankan jawatannya kerana sentimen pemilihan di akar umbi lazimnya dipengaruhi oleh pilihan ketua bahagian.
“Kebanyakan akar umbi buat pemilihan berdasarkan ‘sustainable’ pemimpin bahagian. Mungkin pemimpin bahagian memilih orang itu sebagai presiden jadi akar umbi pun pilih orang itu sebagai presiden. Itu yang berlaku sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Rizam Ismail berkata perbahasan mengenai siapa layak memimpin Umno sekarang hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh memusnahkan parti.
“Ini bukan masanya untuk kita berpecah-belah dan berantakan sesama sendiri. Sebaliknya, kita sebagai pemimpin di bahagian perlu tunjuk contoh yang baik kepada akar umbi.
“Sebagai pemimpin yang matang kita perlu menyeru kepada ahli-ahli agar merapatkan saf dan bersatu padu di belakang pemimpin utama kita iaitu presiden Umno,” katanya. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/zahid-boleh-berehat-serahkan-kepimpinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Umno Cabang Gesa Zahid Hamidi Berehat Daripada Memimpin Parti Itu Dan Kelompoknya

Ketua Pemuda Umno Cabang Gesa Zahid Hamidi Berehat Daripada Memimpin Parti Itu Dan Kelompoknya

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 294 hits
JOHOR BAHRU Konflik politik yang berlaku hari ini bukan disebabkan pertembungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi berpunca daripada kuasa dan kluster besar iaitu beberapa pemimpin lama dalam UMNO yang enggan berundur
Pemuda Umno Seremban Sokong Gesaan Zahid Berehat

Pemuda Umno Seremban Sokong Gesaan Zahid Berehat

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 206 hits
Selepas Ketua Pemuda Umno Pontian Mohd Helmi Buang meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berehat daripada memimpin parti itu giliran Ketua Pemuda Umno Seremban Zool Amali Hussin pula menggesa perkara yang sama Menurut Zool Amali perkara ...
Teguh Di Belakang Presiden Bukan Masa Cipta Gelora Dalam Parti Kata Exco Pemuda Umno

Teguh Di Belakang Presiden Bukan Masa Cipta Gelora Dalam Parti Kata Exco Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 257 hits
January 15 2021 6 17 PMBeberapa portal hari ini melaporkan Pemuda Umno Pontian menggesa Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai presiden parti secara terhormat ketika parti Melayu itu dilihat tidak mempunyai hala tuju yang jelas bawah kepimpina...
Umno Lebih Rosak Kalau Hisham Tpm Kata Pemimpin Parti

Umno Lebih Rosak Kalau Hisham Tpm Kata Pemimpin Parti

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 331 hits
January 11 2021 2 16 PMSeorang pemimpin Umno negeri berkata pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai timbalan perdana menteri akan lebih merosakkan perpaduan parti itu PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno negeri bimbang pelantikan Hishammuddi...
Ketua Pemuda Umno Pontian Minta Zahid Berundur

Ketua Pemuda Umno Pontian Minta Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 257 hits
malaysiakini comDiterbitkan 15 Jan 2021 12 09 pm Dengan rasa hormat Ketua Pemuda Umno bahagian Pontian Mohd Helmi Buang menyarankan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berehat daripada memimpin parti ituMohd Helmi Buang berkata pendekatan pemi...
Saranan Agar Zahid Berehat Dari Suara Akar Umbi Umno

Saranan Agar Zahid Berehat Dari Suara Akar Umbi Umno

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 225 hits
malaysiakini comDiterbitkan 15 Jan 2021 10 20 pmSelepas Ketua Pemuda Umno Pontian Mohd Helmi Buang meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berehat daripada memimpin parti itu giliran Ketua Pemuda Umno Seremban Zool Amali Hussin pula mengge...
Sumber Dalaman Umno Dedah Perpecahan Mendalam Kepimpinan Parti

Sumber Dalaman Umno Dedah Perpecahan Mendalam Kepimpinan Parti

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 318 hits
January 10 2021 Menurut sumber dalaman parti tidak semua anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno tahu perkembangan yang berlaku PETALING JAYA Seorang pemimpin kanan Umno mendedahkan mengenai perpecahan mendalam dalam parti itu yang mungkin meny...
Bual Bicara Ekslusif Bersama Timbalan Presiden Umno Malaysia Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan

Bual Bicara Ekslusif Bersama Timbalan Presiden Umno Malaysia Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 315 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Umno Tak Jujur Tak Boleh Percaya Kata Osman Sapian

Umno Tak Jujur Tak Boleh Percaya Kata Osman Sapian

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 217 hits
Tindakan Umno mahu memutuskan kerjasama politik dengan PPBM dianggap sebagai tiada kejujuran dan tidak boleh dipercayai kata bekas menteri besar Johor Osman Sapian Pada pendapat saya jika itu yang mereka mahu bermakna mereka tidak ada kejuj...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean