Pemuda Umno Minta Kwsp Longgarkan Syarat Permohonan I Sinar


Pemuda Umno menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melonggarkan syarat pengeluaran akaun 1 menerusi i-Sinar, yang disifatkannya sebagai terlalu ketat.
Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya menerima banyak aduan berkenaan syarat yang ditetapkan itu.
Menurut KWSP semalam, pencarum yang layak membuat permohonan adalah mereka yang hilang kerja, diberi cuti tanpa gaji dan tiada sumber pendapatan, akibat penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, Asyraf berkata ramai yang pendapatannya terjejas tidak termasuk dalam kategori itu.
“Melihat kepada ringkasan syarat permohonan i-Sinar yang dihantar kepada salah seorang pengadu, nampaknya semacam KWSP begitu rigid dan ketat dalam meletakkan syarat pengeluaran akaun 1 pencarum.
“Ramai yang terjejas teruk punca pendapatan tetapi tidak berada dalam kategori diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.
Katanya, ramai yang berdepan kesukaran akibat kesan Covid-19 dan berharap untuk mengeluarkan simpanan mereka bagi menyelesaikan perbelanjaan dan komitmen yang tertunggak.
“Pemuda Umno mengharapkan ihsan KWSP untuk melonggarkan syarat dan mengambil kira juga masalah rakyat yang ketika ini benar-benar sengsara akibat kekangan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya lagi.
Sebelum ini, KWSP berkata perincian mengenai i-Sinar akan diumumkan 18 Nov ini, iaitu esok.
Bagaimanapun berdasarkan pengumuman KWSP semalam, para pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran akaun 1 bermula Disember ini, dengan pengeluaran pertama pada Januari 2020.
Bagi pencarum dengan baki RM90,000 ke bawah dalam akaun 1, mereka mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.
Bagi pencarum dengan baki RM90,000 ke atas dalam akaun 1 pula, jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM60,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000.
Bagaimanapun, berbeza dengan skim i-Lestari, pemohon i-Sinar perlu menggantikan semula wang yang dikeluarkan menerusi caruman pada masa akan datang. Mk
Jangan biar skim i-Sinar jadi skim ‘i-Die’, kata Najib

The post Pemuda Umno minta KWSP longgarkan syarat permohonan i-Sinar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/17/pemuda-umno-minta-kwsp-longgarkan-syarat-permohonan-i-sinar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
I Sinar Kwsp Cara Permohonan Semakan Syarat Pengeluaran

I Sinar Kwsp Cara Permohonan Semakan Syarat Pengeluaran

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 650 hits
i SINAR KWSP CARA PERMOHONAN SEMAKAN SYARAT PENGELUARAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sedang memuktamadkan perincian kemudahan akses ke Akaun 1 ahlinya yang dikenali sebagai i Sinar dan akan diumumkan pada 18 November ini Menurut Jabatan H...
Syarat Jumlah Pengeluaran I Sinar Kwsp

Syarat Jumlah Pengeluaran I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 641 hits
SYARAT JUMLAH PENGELUARAN i SINAR KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i Sinar SYARAT JUMLAH PENGELUARAN i SINAR KWSP SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN i SINAR KWSP Berikut adala...
5 Perkara Perlu Tahu Mengenai Permohonan I Sinar Kwsp

5 Perkara Perlu Tahu Mengenai Permohonan I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 695 hits
Perkara Perlu Tahu Mengenai Permohonan i Sinar KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akhirnya mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i Sinar Perkara yang dinanti nantikan rakyat yang majoriti terkesan dengan wabak...
Syarat Terbaru Pengeluaran Akaun 1 Kwsp I Sinar

Syarat Terbaru Pengeluaran Akaun 1 Kwsp I Sinar

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 1646 hits
Syarat Pengeluaran Akaun 1 KWSP i Sinar Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi ...
Permohonan Pengeluaran I Sinar Kwsp Online 2020

Permohonan Pengeluaran I Sinar Kwsp Online 2020

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 799 hits
Pengeluaran KWSP akaun 1 kini boleh dimohon melalui i Sinar KWSP bagi semua ahli KWSP yang kehilangan pekerjaan diberi cuti tanpa gaji atau terjejas ketiadaan sumber pendapatan Permohonan Pengeluaran i Sinar KWSP Online 2020 Credit Pic Ahli...
Permohonan Skim I Sinar Kwsp Benarkan Pengeluaran Sehingga Rm60 000 Bermula Disember

Permohonan Skim I Sinar Kwsp Benarkan Pengeluaran Sehingga Rm60 000 Bermula Disember

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 502 hits
Permohonan Skim I Sinar KWSP Benarkan Pengeluaran Sehingga RM60 000 Bermula Disember Berita baik buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang telah mengumumkan skim i Sinar pengeluaran wang dalam akaun 1 untuk pencarum yang terjej...
Soalan Lazim I Sinar Kwsp

Soalan Lazim I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 568 hits
SOALAN LAZIM i SINAR KWSP Jika ada persoalan tentang i SINAR KWSP berikut adalah tentang SOALAN LAZIM i SINAR KWSP bagi memudahkan urusan anda dalam proses permohonan pengeluaran duit EPF Akaun 1 Siapakah yang layak mohon i Sinar KWSP Ahli ...
Login I Sinar Kwsp Cara Log Masuk I Sinar

Login I Sinar Kwsp Cara Log Masuk I Sinar

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 1067 hits
LOGIN i SINAR KWSP CARA LOG MASUK i SINAR Kepada yang ingin buat pengeluaran i SINAR KWSP secara online tetapi tidak mempunyai i Akaun KWSP biasanya pihak KWSP akan menyediakan portal khas seperti portal i Lestari bagi memudahkan ahli KWSP ...
I Akaun Kwsp Cara Daftar Semak Penyata Permohonan Pengeluaran Kwsp

I Akaun Kwsp Cara Daftar Semak Penyata Permohonan Pengeluaran Kwsp

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 584 hits
i AKAUN KWSP CARA DAFTAR SEMAK PENYATA PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP Bagi memudahkan akses simpanan KWSP ahli KWSP telah memperkenalkan i Akaun KWSP Online untuk semua ahli Melalui i Akaun ini kita boleh memantau transaksi caruman serta memoh...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kek Keju Lava Utara Cafe

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

5 Perusahaan Pialang Berjangka Resmi Memiliki Kantor Di Pontianak

Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan