Pemuda Umno Dari Hidup Melayu Ke Boikot Kk Mart


SESUDAH SUBUH

PERGERAKAN Pemuda Umno yang merupakan sayap kepada Umno melalui sejarah panjang dan menjadi organ penting dalam parti itu. Selama tujuh dekad setengah ia bernafas di bumi ini. Pergerakan itu  ditubuhkan tahun 1949 dengan dipimpinan 15 orang ketua dari pelbagai latar belakang pendidikan dan iktisad. 
Setiap ketua pemuda Umno itu masing-masing membawa gagasan dan wawasan berbeza, tetapi mesejnya tetap sama, untuk menjaga kepentingan bangsa dan agama Islam. Gagasan dan wawasan itu bolehlah dianggap sebagai tagline mereka. Kewujudnnya menjadi penimbal utama kepada induk bernama Umno. 
Hampir setiap era kepimpinan membawa slogan ataupun tema tersendiri. Ada objektif masing-masing yang hendak dicapai. Di zaman ketua pertamanya Hussein Onn dan diikuti Razak Hussein (1949 - 1951) pemuda menjadikan Hidup Melayu dan Merdeka sebagai slogan dan matlamat perjuangan. Ia tepat kerana saat itu orang Melayu sedang bergelombang dengan semangat untuk menghalau kolonial bagi memperolehi kemerdekaan. Selepas Malaysia Merdeka (1957) pergerakan itu dipimpin oleh Sardon Jubir (1951 - 1964) kemudian Senu Abdul Rahman, (1964 - 1971), dimana kedua-dua tokoh ini cuba memperkasakan pemuda dengan kekuatan mental dan pemikiran. Mereka mahu pasakkan minda Melayu dengan minda Merdeka, agar pemuda mempunyai persepktif baru sesuai negara baru bebas. 
Mental yang sebelum ini diasak dengan semangat ingin bebas, perlu dipasak dengan azam untuk memajukan negara. Senu Abdul Rahman lantas melancarkan Revolusi Mental, serta menubuhkan pasukan Pemuda Tahan Lasak, dengan maksud pemuda, adalah pasukan menjadi benteng, bukan mempertahankan perjuangan semata, tetapi beraksi menyerang. Pemuda harus berada dibarisan hadapan memegang dan mengangkat panji-panji bangsa. 

Apabila pergerakan pemuda dipimpin Harun Idris (1971 - 1976) beliau berjaya merealisasikan  membela Melayu dan menaikan taraf ekonomi Melayu setanding dengan kaum Cina. Azam dan iltizam Harun sungguh tinggi. Dengan jawatan eksekutif selaku MB Selangor disandangnya, beliau mengajak orang-orang di luar bandar, dari negeri-negeri Kelantan, Kedah dan lain untuk berhijrah ke ibu kota. Misi Harun ialah bagi menambahkan bilangan Melayu di Kuala Lumpur disamping membaiki kedudukan ekonomi mereka

Untuk tujuan itu beliau memberi peluang kepada orang Melayu membuka kampung setinggan di Kuala Lumpur dan Selangor di samping membina penempatan baru untuk orang Melayu dengan mewujudkan taman-taman perumahan

Atas daya usaha dan perancangan tersusun itulah, taburan penduduk (populasi) Melayu di Kuala Lumpur mengekori populasi kaum Cina yang sudah lama menguasai ibu kota Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan mereka

Pemuda Umno terus gah dibawah kepimpinan Suhaimi Kamaruddin (1975 - 1982) yang menyambung misi Harun Idris dengan tegas mahukan orang Melayu memiliki ekuiti 53 peratus bukan 30 peratus seperti mana ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Memakai slogan Era Bertindak Suhaimi menjadikan Pemuda sebagai pemantau kepada pelaksaan DEB agar benar-benar sukses. Pemuda juga bertindak menjadi pasukan pemantau, penegur (kritik) terhadap mana-mana kepincangan DEB. Untuk memperkasakan Melayu beliau menubuhkan syarikat antaranya Talasco dan sebagainya, yang diuruskan tokoh-tokoh muda

Pergerakan Pemuda Umno menjadi lebih hebat lagi apabila dipimpinan oleh Anwar Ibrahim (1982 - 1987). Anwar menyuntik semangat baru kepada pergerakan itu dan juga mengilmukan pemuda Umno. Anwar sebagai bekas pimpinan Abim yang merupakan organisasi dakwah dan pendidikan, mempraktiskan hal itu dalam Pemuda Umno. 
Dengan slogan Gerakan Generasi Baru, Anwar menjadikan pemuda generasi pembangun negara, melengkapkan ahli pemuda Umno dengan pengetahuan dan maklumat serta membentuk jatidiri bernuansakan adat resam bangsa dan agama. Amalan dan budaya hedonisme dalam Umno selama ini dihapuskan. Nilai-nilai Islam mula diseratkan ke dalam pemuda Umno. 
Bukan itu sahaja Anwar telah mengantarabangsakan pemikiran Pemuda Umno. Beliau membuka langit dan membawa pemuda Umno ke serata cakerawala, sebagai persiapan untuk menghadapi tatangan globalisasi dunia. Makanya ketika beliau menjadi ketua pemuda Umnolah, hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam dan negara-negara membangun lain dibentuk. Semangat Islamism juga terhembur ketika beliau memimpin pemuda

Acuan yang dibentuk Anwar itu sepatutnya disambung oleh Najib Razak (1987 - 1993). Tetapi lantaran perbedaan latar belakang dan pendidikan, Najib gagal untuk meneruskan misi Anwar itu. Anjakan untuk mengIslamisasikan pemuda sepenuhnya tergencat.  Begitu pun pemuda Umno tetap merupakan sayap kanan parti yang gah dan berpengaruh dan digeruni. 
Selepas Najib berundur, pemuda Umno dipimpinan oleh Ahmad Zahid Hamidi (1987 - 1982) terdahulunya dipimpin Rahim Tamby Chik seketika. Zahid boleh dianggap seorang Ketua Pemuda berjaya memenuhi impian bekas ketua pemuda sebelum ini, Anwar Ibrahim, dengan gerakan dan tekad mahu menghapuskan budaya langka dalam Umno. 
Jasa besar dilakukan Zahid menerusi pemuda Umno ialah menentang amalan kroni, klusi dan nepotisme dalam kerajaan. Gara-gara keberaniannya inilah menyebabkan Zahid diminta paksa, berundur dari jawatan itu. Jasa lain yang dibina Zahid dalam Umno ialah menubuhkan sebuah yayasan untuk kepentingan dan menjaga hal ehwal kebajikan pemuda Umno, bernama Yayasan Gerak Bakti. 
Sayap Umno tersebut kemudian dipimpin oleh Hishammuddin Hussein (1982 -1988) dalam suasana parti itu berkecamukan ekoran tindakan pemecatan Anwar dari Umno oleh Mahathir. Ia kemudian dipimpin oleh Khairy Jamluddin Abu Bakar (2008 - 2018). Kehadiran kedua-dua mereka ini tidak memberi apa-apa impak dan pembaharuan, sebaliknya graf kehebatan Umno sebelum ini seakan terhenti. Ini kerana pemuda dibawah mereka, (Hishammudin dan Khairy) lebih kepada menjadi sayap untuk membodek, berlagak daripada mengemukakan apa-apa misi dan wawasan. Kebanyakan ketua pemuda negeri semasa era Khairy Jamaluddin bergelar jutawan

Sehinggalah Pemuda dipimpin oleh Asyraf Wajdi Dusuki sepenggal (2018 - 2020), pemuda Umno cuba hendak diperbetulkan agar kembali ke landasan asalnya seperti diingini Anwar, tetapi gagal. Tiada apa yang diperlakukan Asyraf, impiannya hendak menjadikan pemuda golongan bersaksiah dengan membentuk halaqat, perkumpulan pemikir, gagal. 
Kelesuan pemuda Umno bermula era Hishammudin terus terbawa sampai kini. Semacam kehebatan pemuda Umno berdekad lalu khalaf. Ketua Pemuda kini Muhammad Akmal Salleh masih tidak dapat mewajahkan Pemuda selaku sayap parti hebat seperti dahulu, terutamanya untuk membina semula kekuatan parti itu setelah kehilangan kerajaan 2018. Akmal tampak ketiadaan idea untuk memancu gerakan itu

Misi dan wawasannya juga kabur berbaur. Apa yang kelihatan kini Akmal seakan memancu pergerakan itu secara bersendirian, maksudnya menggunakan idea peribadinya tanpa dirumuskan oleh sayap parti itu. Sebab itu tindakan-tindakan diambil tidak dapat menyumbangkan kemajuan kepada pergerakan pemuda Umno. Beliau lebih mencari populis dengan isu-isu diluar kebertanggungjawaban pergerakan itu seperti mana terserlah selama ini

Seperti isu mengutip sampah, mengelidah tong sampah, menyiasat siapa yang membuang resit klinik dan juga terbaru anjur memboikot KK Mart, lebih bersifat isu peribadi bukan isu global yang tanggung diperjuangkan oleh sebuah pergerak bernama Pemuda Umno. Pergerakan itu seperti mahu diheret ke belakang oleh Akmal bukan ke hadapan menjadi sebuah pergerakan, pressure group atau generasi penggerak seperti mana dibentuk ketua-ketua sebelum ini. [wm.kl. 8:14 am 23/03/2024] 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/03/pemuda-umno-dari-hidup-melayu-ke-boikot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Siapa Boleh Halang Pemuda Umno Boikot Habis Habisan Kk Mart

Tiada Siapa Boleh Halang Pemuda Umno Boikot Habis Habisan Kk Mart

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 250 hits
freemalaysiatoday com 20 Mar 2024 11 48 PMKetuanya Dr Akmal Saleh berkata tiada sesiapa mampu menghalang tindakan itu di sebalik nasihat presiden parti jangan berlebih lebihan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata tiba masa memberi penga...
Stoking Kalimah Allah Pemuda Umno Lapor Polis Kk Mart Rayu Jangan Boikot

Stoking Kalimah Allah Pemuda Umno Lapor Polis Kk Mart Rayu Jangan Boikot

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 315 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 16 2024 2 58 PMPemuda Umno akan membuat laporan polis berhubung kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Super Mart sebelum ini Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata laporan itu akan dibuat hari ...
Isu Boikot Kk Mart Beranikah Umno Bertindak Membelakangkan Dap

Isu Boikot Kk Mart Beranikah Umno Bertindak Membelakangkan Dap

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 155 hits
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mengingatkan rakan sejawatnya daripada DAP Dr Kelvin Yii permohonan maaf tidak mampu menutup buku berhubung kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart Adun...
Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 199 hits
Tular satu video yang menarik perhatian ramai apabila terdapat sekumpulan dikatakan tersilap memboikot kedai serbaneka Dalam video tular itu kedengaran pemilik video menyatakan mereka tersalah kedai kerana berhimpun di hadapan Speedmart yan...
Zahid Selar Bekas Ahli Samakan Umno Biawak Hidup

Zahid Selar Bekas Ahli Samakan Umno Biawak Hidup

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 153 hits
freemalaysiatoday com 28 Mar 2024 09 17 PMPresiden Umno berkata setiap usaha dan langkah baharu dibuat kerajaan pasti mendapat kritikan pihak tertentu termasuk sistem Pangkalan Data Utama Zahid Hamidi pada majlis berbuka puasa di Masjid Jam...
Teruskan Bangkit Ketua Pemuda Umno Tak Harus Gentar Dengan Ancaman Nga Kor Ming

Teruskan Bangkit Ketua Pemuda Umno Tak Harus Gentar Dengan Ancaman Nga Kor Ming

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 162 hits
Secara khusus isu stoking bertulis kalimah Allah yang diangkat oleh Pemuda UMNO adalah isu agama yang secara langsung menyentuh soal kesucian serta maruah umat Islam Siapa pun yang mengaku beragama Islam memang wajar berasa marah dan bangki...
Dap Sampaikan Pendirian Pada Zahid Tak Setuju Gesaan Boikot Kk Mart

Dap Sampaikan Pendirian Pada Zahid Tak Setuju Gesaan Boikot Kk Mart

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 224 hits
malaysiakini comDAP menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan gesaan Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh untuk memboikot kedai serbaneka KK Mart yang terpalit dengan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah baru baru ini Setiausaha Agung DAP...
Isu Kk Mart Boikot Boleh Beri Kesan Besar Pada Produk Syarikat Jadi Sasaran Penyelidik

Isu Kk Mart Boikot Boleh Beri Kesan Besar Pada Produk Syarikat Jadi Sasaran Penyelidik

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 253 hits
hmetro com myKK MartKuala Lumpur Saya berpandangan pengguna terutama masyarakat Islam sudah belajar bahawa boikot memberi kesan besar terhadap produk serta syarikat yang diboikot Itu pandangan Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidika...
Umno Pertahan Kepentingan Individu Bukan Survival Melayu

Umno Pertahan Kepentingan Individu Bukan Survival Melayu

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 119 hits
harakahdaily comMarch 18 2024KOTA BHARU Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak wajar meletak punca Muafakat Nasional gagal dipertahan terhadap pihak lain kerana sejarah mencatat Presiden Umno itu sendiri menjadi faktor Kronologi kegagalan MN...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage