Isu Kk Mart Boikot Boleh Beri Kesan Besar Pada Produk Syarikat Jadi Sasaran Penyelidik


hmetro.com.my
Amir Abd Hamid
[email protected]
KK MartKuala Lumpur: "Saya berpandangan, pengguna terutama masyarakat Islam sudah belajar bahawa boikot memberi kesan besar terhadap produk serta syarikat yang diboikot".

Itu pandangan Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Prof Dr Azmi Hassan berkaitan isu stoking tertera kalimah 'Allah' yang dijual di kedai serbaneka, KK Mart dan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka itu sebagai tindak balas.

Beliau berkata, jika pengurusan KK Mart terlepas pandang berkaitan kawalan kualiti (QC) mengenai barangan dijual, ia boleh dimaafkan memandangkan kakitangan dalam pengurusannya juga ada yang beragama Islam.

"Tetapi, jika disengajakan, maka tindak balas dengan memboikot pasar raya itu tidak boleh diketepikan dan pada masa sama, pihak berkuasa juga perlu melakukan siasatan.

"Saya rasa, pihak berkuasa boleh tahu siapa yang mengeluarkan stoking itu, dapatkan punca mengapa ia dilakukan kerana apa yang berlaku dilihat sebagai sengaja," katanya.

Sementara itu, peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Dr Noorfajri Ismail berkata, bagi mencegah perkara sama seperti penghinaan terhadap kesucian agama Islam berulang, maka perlu penguatkuasaan yang lebih tegas.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bukan sahaja perlu melakukan tindakan rampas dan sita.

"Malah, ⁠KPDN perlu pinda undang-undangnya. Tahan pemilik dan nyah senarai syarikat kerana jelas ia menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) dengan terang-terangan menghina agama Islam," katanya.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial berkaitan stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Pengendali rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta masyarakat supaya tidak memboikot perniagaan mereka.

Disiarkan pada: Mac 18, 2024 @ 1:02pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/isu-kk-mart-boikot-boleh-beri-kesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Siapa Boleh Halang Pemuda Umno Boikot Habis Habisan Kk Mart

Tiada Siapa Boleh Halang Pemuda Umno Boikot Habis Habisan Kk Mart

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 121 hits
freemalaysiatoday com 20 Mar 2024 11 48 PMKetuanya Dr Akmal Saleh berkata tiada sesiapa mampu menghalang tindakan itu di sebalik nasihat presiden parti jangan berlebih lebihan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata tiba masa memberi penga...
Isu Boikot Kk Mart Beranikah Umno Bertindak Membelakangkan Dap

Isu Boikot Kk Mart Beranikah Umno Bertindak Membelakangkan Dap

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 102 hits
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mengingatkan rakan sejawatnya daripada DAP Dr Kelvin Yii permohonan maaf tidak mampu menutup buku berhubung kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart Adun...
Stoking Kalimah Allah Pengasas Kk Mart Diberi Amaran Keras Syarikat Ambil Langkah Elak Isu Berulang

Stoking Kalimah Allah Pengasas Kk Mart Diberi Amaran Keras Syarikat Ambil Langkah Elak Isu Berulang

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 98 hits
Pengasas KK Mart KK Chai telah memohon maaf dan diberi amaran keras susulan kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah PETALING JAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia beri amaran keras kepada pengasas KK Mart KK Chai supaya isu penju...
Kami Mohon Maaf Tolong Jangan Boikot Kk Mart

Kami Mohon Maaf Tolong Jangan Boikot Kk Mart

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 191 hits
Pengendali kedai rangkaian serbaneka di Malaysia KK Supermart Superstore Sdn Bhd tampil membuat permohonan maaf menyusuli penjualan stoking jenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di salah satu cawangannya di Bandar Sunway Petaling Jay...
Kk Mart Mohon Maaf Isu Stoking Tulisan Kalimah Allah

Kk Mart Mohon Maaf Isu Stoking Tulisan Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 117 hits
Pengendali kedai rangkaian serbaneka KK Super Mart Superstore Sdn Bhd memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway Petaling Jaya Kepada semua pelanggan KK Super...
Facebook Instagram Tidak Boleh Log Masuk Alami Gangguan Besar Besaran Di Beberapa Negara

Facebook Instagram Tidak Boleh Log Masuk Alami Gangguan Besar Besaran Di Beberapa Negara

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 117 hits
NEW YORK Aplikasi Facebook dan Instagram iaitu platform syarikat induk Meta dilaporkan mengalami gangguan besar besaran di beberapa buah negara termasuk Malaysia Pemegang akaun bagi kedua dua aplikasi berkenaan yang cuba log masuk ke tapak ...
Pemuda Umno Dari Hidup Melayu Ke Boikot Kk Mart

Pemuda Umno Dari Hidup Melayu Ke Boikot Kk Mart

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 112 hits
SESUDAH SUBUH PERGERAKAN Pemuda Umno yang merupakan sayap kepada Umno melalui sejarah panjang dan menjadi organ penting dalam parti itu Selama tujuh dekad setengah ia bernafas di bumi ini Pergerakan itu ditubuhkan tahun 1949 dengan dipimpin...
Eugene Levy S Toronto

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

Ge14 S Impact On State Federal Relations

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Pg Pg 24 Top 74 By Jenny Pgslotth Games 1 67

Kemunculan As Sufyani Sebelum Keluarnya Imam Mahdi

User Generated Content

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Seni Membaca Surat Attin Dari Ustadz Manis Dan Seni Membaca Solawat By

Doa Agar Hati Tenang