Pemuda Pas Tawar Mp Teknokrat Bantu Mahathir


MALAYSIAKINI

   
Mendakwa amalan politik di negara ini tebal dengan perkauman dan berpuak-puak Pemuda PAS hari ini menawarkan 'ubat' bagi menangani isu berkenaan, khususnya buat perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut kenyataan yang kelihatan membela Mahathir itu, Pemuda PAS berkata proses demokrasi dipertaruhkan gara-gara ada ahli politik yang "gelojoh" enggan menghargai mandat rakyat.

Bagaimanapun ia tidak menamakan ahli politik yang digelarnya gelojoh itu.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin berkata tiba masa untuk Mahathir beralih pendekatan untuk menghadapi keadaan itu.

Penyelesaian ditawarkan - formula dibawa PAS iaitu budaya politik matang dan sejahtera.

"Budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) digagaskan PAS menjadi penawar untuk merawat racun dalam politik negara ketika ini.

"Ia jelas meletakkan kepentingan rakyat dan kedaulatan negara sebagai agenda utama," katanya.

Saran Mahathir jaga klinik Sebelum berlangsungnya PRU ke-14 PAS giat menyerang Mahathir yang dinamakan PH sebagai calon perdana menteri jika BN dapat dikalahkah.

Pada masa sama pemimpin kanan PAS cenderung bersahabat dengan perdana menteri ketika itu, Najib Razak, walaupun beliau terpalit dengan skandal 1MDB.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri pernah menasihati Mahathir agar tidak lagi terbabit dalam politik yang aktif sebaliknya lebih sesuai berkhidmat sebagai doktor di Klinik 1Malaysia.
Bagaimanapun baru-baru ini perdana menteri mendakwa PAS berjanji untuk tidak menyokong BN di PRK Semenyih. Abdul Hadi sendiri mengakui suasana di Semenyih berbeza berbanding PRK Cameroh Highlands.

Di sebalik kenyataan itu PAS tekal berkempen untuk BN di Semenyih. Malam semalam anak Abdul Hadi sendiri, Muhammad Khalil yang juga ketua Pemuda PAS hadir berceramah untuk BN.

Khairil Nizam berkata cadangan dibawa Pemuda PAS untuk Mahathir boleh dipermudahkan melalui konsep kerajaan teknokrat yang menekankan aspek daya saing dan integriti.

Untuk rekod kerajaan teknokrat ialah satu lagi gagasan dibawa PAS sebelum PRU ke-14 lalu.

Baca Saya tak perlukan sokongan PAS, kata Mahathir
Untuk membuktikan kemampuan gagasan itu Khairil Nizam menjadikan anggota parlimen PAS sebagai bukti dan mereka dikatakan sudah bersedia.

Katanya mereka memiliki latar belakang dan kemahiran tersendiri.

"Uniknya, mereka ini dibantu pasukan teknokrat di belakang tabir yang aktif menjadi penasihat kepada banyak perkara termasuk berkaitan hal ehwal polisi dan pentadbiran negara," katanya.

Namun Kharil Nizam juga berkata, jika ramuan yang ditawarkan itu tidak diterima Pemuda PAS tetap menghormati Mahathir sebagai perdana menteri dan akan mempertahankan kepemimpinan beliau selagi kepentingan agama, bangsa dan negara terjamin.

"Sebarang usaha menukar mandat ini mestilah berlaku mengikut saluran PRU yang tentu sekali wajar diadakan mengikut tempoh matangnya," kata Khairil Nizam.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/pemuda-pas-tawar-mp-teknokrat-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 371 hits
Setiausaha Pas Pusat Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa perjumpaan Pas bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tidak menyebut berkaitan pilihan raya Malah jelas beliau bukti surat yang dikatakan oleh Tun itu sebenar...
Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 444 hits
Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak l...
Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 396 hits
Barangkali Pas adalah satu satunya parti politik yang pelik celaru dan memeningkan kepala yang masih wujud di dunia ini Sementara semua perjuangan parti politik adalah berasaskan kebenaran Pas sebaliknya menjadi pelik celaru dan memeningkan...
Bermulanya Kempen Secara Rasmi Mahathir Muncul Dengan Kempen Terbaiknya Pas Tarik Balik Sokongan Terhadap Umno

Bermulanya Kempen Secara Rasmi Mahathir Muncul Dengan Kempen Terbaiknya Pas Tarik Balik Sokongan Terhadap Umno

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 565 hits
Dengan selesainya majlis penamaan calon di Dewan Seri Cempaka Semenyih tadi maka bermulalah kempen PRK DUN Semenyih secara rasmi sehingga tengah malam 2 Mac 2019 PPBM meletakkan menantu bekas ADUN Semenyih yang meninggal dunia pada 11 Janua...
Siasat Dana Dap Kata Pemuda Pas

Siasat Dana Dap Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 333 hits
Pemuda PAS mendesak pihak berkuasa agar menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerimaan dana asing oleh parti komponen Pakatan Harapan DAP Sehubungan itu Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya membuat laporan polis sec...
Audio Siti Kasim Ag Mesti Letak Jawatan Bercuti Pemuda Pas

Audio Siti Kasim Ag Mesti Letak Jawatan Bercuti Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 515 hits
KOTA BHARU 16 Feb Dewan Pemuda Pas negeri ini mendesak Peguam Negara Tommy Thomas supaya meletakkan jawatan atau sekurang kurangnya bercuti daripada melaksanakan tugas kerana dikatakan terbabit merancang konspirasi dengan peguam pro kerajaa...
Ketua Pemuda Pas Lemah Mantiq

Ketua Pemuda Pas Lemah Mantiq

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 463 hits
Malaysiakini 19 Feb 2019 ULASAN Tindakan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menyuruh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanya sendiri kepada Dr Mahathir Mohamad bersifat keanak anakan dan menunjukkan kelemahan mantiq Ia susulan p...
Pas Bantu Calon Bn Di Semenyih

Pas Bantu Calon Bn Di Semenyih

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 402 hits
Oleh Nor Fazlina Abdul RahimTUAN Ibrahim ketika menyampaikan ceramah pada Forum Murabbi Ummah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu Foto Syamsi SuhaimiKOTA BHARU PAS akan menggerakkan jentera bagi membantu calon Barisa...
Pas Tidak Boleh Jadi Bodoh Mahathir Perlu Diajar Dengan Melawannya Bukan Mematuhinya

Pas Tidak Boleh Jadi Bodoh Mahathir Perlu Diajar Dengan Melawannya Bukan Mematuhinya

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 575 hits
Akhirnya petang tadi PAS menerusi Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hasan terpaksa menjelaskan tentang permasalahan yang melanda parti tersebut kesan dari mulut Mahathir Mahathir sempat menggemparkan seluruh negara dan jentera propaganda PAS d...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi