Pas Bantu Calon Bn Di Semenyih


Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]
TUAN Ibrahim ketika menyampaikan ceramah pada Forum Murabbi Ummah di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi
KOTA BHARU:  PAS akan menggerakkan jentera bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya akan melakukan perkara sama seperti di PRK Parlimen Cameron Highlands sebelum ini.

Katanya, jentera parti UMNO dan PAS sudah dibina bersama dan semasa memperkenalkan calon semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan turut hadir.

“Malah, pada hari penamaan calon nanti, pimpinan PAS akan diwakili Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Abdul Samad serta Takiyuddin.

“Saya dan Presiden, Datuk Seri (Abdul) Hadi Awang tidak dapat hadir kerana mempunyai program lain namun yang pasti kita menyokong serta membantu calon BN memandangkan kita tidak bertanding,” katanya selepas Majlis Forum Murabbi Ummah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, lewat malam tadi.

Semalam, pemimpin UMNO tempatan, Zakaria Hanafi, 58, diumumkan sebagai calon BN yang akan bertanding pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac depan.

Pakatan Harapan (PH) pula mempertaruhkan anak muda yang juga anak jati Semenyih, Muhamad Aiman Zainali.

Mengulas lanjut ketika ditanya peluang pembangkang di DUN berkenaan, Tuan Ibrahim yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau melihat gelombang berlaku di sana.

Katanya, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Semenyih mendapat sambutan anak muda dan ia adalah tanda perubahan jelas ditunjukkan pengundi.

“(Dengan) Senario itu tidak mustahil BN dapat meraih kemenangan walaupun berdepan cabaran sengit. Kita berharap PRK DUN Semenyih berjalan dengan baik,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/pas-bantu-calon-bn-di-semenyih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Pas Lebih Aktif Bantu Bn Annuar

Prk Semenyih Pas Lebih Aktif Bantu Bn Annuar

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 478 hits
Wartawan Watan Online Kerjasama UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih bukan sahaja lebih erat malah lebih terbuka ujar Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa Katanya perkembangan positif itu jelas ketara be...
Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 379 hits
Setiausaha Pas Pusat Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa perjumpaan Pas bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tidak menyebut berkaitan pilihan raya Malah jelas beliau bukti surat yang dikatakan oleh Tun itu sebenar...
Pas Terus Bantu Bn Di Semenyih Jangan Terpengaruh Dakyah Luar Pas Selangor

Pas Terus Bantu Bn Di Semenyih Jangan Terpengaruh Dakyah Luar Pas Selangor

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 364 hits
Pesuruhjaya PAS Selangor Ustaz Sallehen Mukhyi mengingatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri Semenyih khususnya penyokong parti terbabit agar tidak mudah percaya dengan pelbagai khabar angin serta desas desus berhubung kait sokongan parti ...
Informasi Pas Tak Sokong Umno Prk Semenyih Mahathir A Hadi Siapa Main Siapa

Informasi Pas Tak Sokong Umno Prk Semenyih Mahathir A Hadi Siapa Main Siapa

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 583 hits
PAS tak sokong UMNO PRK Semenyih Mahathir cuba game Hadi agaknya siapa yang kena Dr Mahathir Mohamad berkata dalam pertemuan beliau dengan Presiden PAS semalam Abdul Hadi Awang memberi perakuan untuk tidak menyokong Umno Ketika ditemui di P...
Pas Janji Tak Sokong Umno Di Semenyih Kata Dr M

Pas Janji Tak Sokong Umno Di Semenyih Kata Dr M

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 376 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji kepadanya untuk tidak menyokong Umno pada pilihan raya kecil Semenyih kali ini Pengerusi PPBM itu berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya deng...
Prk Semenyih Pas Parti Yg Tak Pernah Gentar

Prk Semenyih Pas Parti Yg Tak Pernah Gentar

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 373 hits
Mula mula membaca berita kononnya PAS tidak akan menyokong calon UMNO dalam PRK DUN Semenyih hati saya berteka teki sama ada perkara ini benar atau sengaja diadakan Di media sosial ramai kata perkara ini mungkin benar berikutan satu pertemu...
Prk Semenyih Psm Sah Tanding Umum Calon Rabu Depan

Prk Semenyih Psm Sah Tanding Umum Calon Rabu Depan

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 468 hits
PETALING JAYA Parti Sosialis Malaysia hari ini mengesahkan akan bertanding dalam pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang akan diadakan 2 Mac ini Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S Arutchelvan berkata parti itu akan mengumumkan cal...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100