Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Sepanjang Kuarantin Di Maeps Yang Bergantung Kain Putih Tu Sebab


 Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Sepanjang Kuarantin Di MAEPS.Yang Bergantung kain Putih Tu Sebab.... Rata-rata rakyat Malaysia sedang bimbang dengan kes positif COVID-19 baru-baru ini yang sering mencecah lebih dua ribu pesakit. Lebih membimbangkan rakyat apabila terdapat sebuah perkongsian yang menunjukkan proses kuarantin dan rawatan COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang yang dilihat padat dengan pesakit positif COVID-19.

Jika sebelum ini kami ada berkongsi mengenai suasana yang telah membimbangkan ramai pihak itu, perkongsian kali ini pula adalah perkongsian yang telah tular di laman Twitter, Muhamad Afifie Chan telah menjelaskan beberapa persoalan dari ramai pihak mengenai suasana sewaktu menjalani kuarantin di MAEPS, Serdang bermula pada 7 Januari yang lepas.

“Saya harap perkongsian ini boleh menyebarkan aura positif dan menunjukkan keadaan sebenar yang terjadi di sini.

“Keperluan asas; Tandas. Terdapat 6 tandas di dalam dewan ni. Setiap tandas ada sekitar 4-6 kubikel. Setakat ini tidak pernah beratur atau menunggu untuk masuk.
“Keadaan di dalam salah satu bilik tandas. Bersih dan dijaga dengan baik. Selesa untuk digunakan. Janganlah harapkan macam tandas kat hotel.



“Bagaimana mereka menghidangkan makanan? Makanan akan dihantar ke setiap katil. Kami saling tolong-menolong. Kerana kita bersama-sama. Ramai yang telah bantu petugas untuk agihkan makanan,” kongsi beliau dalam untaian tersebut.
Dalam menjawab persoalan mengenai katil yang disusun agak rapat serta kemudahan yang digunakan orang ramai di dalam pusat tersebut, beliau telah menjelaskan bahawa ia bukanlah isu yang membimbangkan.
“Semua disahkan positif dan tidak bergejala serta berisiko rendah di mana keadaan kami tidak berjangkit. Saya tak tahu istilah perubatan yang betul tapi lebih kurang macam kami tak boleh dijangkiti dan menjangkiti sesama sendiri.
“Oleh itu, kami boleh berkongsi kemudahan yang sama tapi kami harus menjaga jarak dan patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP) sesama kami,” jelas beliau.
Beliau turut menjelaskan bahawa pesakit bagi warga asing telah ditempatkan di dewan berasingan dengan pesakit tempatan. Perkara tersebut difahamkan bagi memudahkan urusan pendaftaran, pemerhatian dan pengumuman.
Beliau turut memuat naik video bagi menunjukkan pintu utama di mana pesakit baharu dimasukkan.

“Sorakan itu untuk bagi semangat pada yang baru masuk supaya diorang tak rasa takut. Semangat yang amat menakjubkan.” kata beliau.
Selain itu, rata-rata petugas bagi barisan hadapan yang membantu proses kuanrantin tersebut telah melahirkan suasana yang ceria di dalam dewan tersebut.
“Yang buat pengumuman ni sangat sempoi. Lawak sangat. Petugas pun melayan. Ceria betul keadaan!” katanya.

Menjawab persoalan mengenai tahap keselesaan di dewan tersebut, ia bukanlah seperti ramai orang gambarkan. Alangkah terkejutnya apabila beliau mengetahui keseluruhan dewan tersebut turut dilengkapi dengan penghawa dingin.
“Kipas atau penghawa dingin? Tak seperti yang orang gambarkan. Kat sini pakai penghawa dingin 24 jam. Sejuk dan selesa. Sakai jap tengok penghawa dingin dia ni,” ujarnya
Bagi sesiapa yang tertanya-tanya mengenai bagaimana solat dijalankan, solat jemaah telah dilakukan setiap waktu malah terdapat dua ruang disediakan bagi mendirikan solat. Bukan setakat itu, apabila masuk sahaja waktu solat, azan akan berkemundang di dalam dewan. 

Pengalamam yang berhargaWalaupun telah disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani rawatan, beliau tetap menganggap perkara tersebut sebagai pengalaman yang amat bermakna.
“Alhamdulillah pengalaman saya setakat berada di MAEPS ini sangat selesa dan baik, saya berharap orang di luar sana terus mengikuti SOP supaya dapat hindarkan dari jangkitan ini terus merebak
“Apa yang kita lakukan bukan untuk kita sahaja tapi juga untuk keluarga, masyarakat dan semua orang. SOP perlu dijaga walaupun sesama keluarga dan kawan serumah sebab kita tidak tahu waktu bila kita hidapi penyakit tersebut, spread motivation not virus” kata beliau sewaktu mengakhiri perkongsiannya bersama kami.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2021/01/pemuda-ini-kongsi-pengalaman-sepanjang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mandi 10 Kali Sehari Zarina Zainuddin Kongsi Jaga Pengalaman Anak Istimewa Untuk Tatapan Peminat

Hiburan Mandi 10 Kali Sehari Zarina Zainuddin Kongsi Jaga Pengalaman Anak Istimewa Untuk Tatapan Peminat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 380 hits
Pelakon versatil Zarina Zainuddin sering berkongsikan mengenai keletah anak kembar istimewanya iaitu Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini berusia 22 tahun di media sosial Instagram Sumber Google Baru baru ini perkongsian...
Paru Paru Sebelah Kanan Ada Darah Beku Amp Kuman Merebak Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman

Paru Paru Sebelah Kanan Ada Darah Beku Amp Kuman Merebak Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 252 hits
Seperti yang diketahui umum pandemik Covid 19 mencatatkan angka jangkitan yang tinggi setiap hari Pada hari ini pula menerusi perkongsian maklumat di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia jumlah kes baharu pada hari ini adalah se
Video Pusat Kuarantin Maeps Sesak Lelaki Tampil Tunjuk Keadaaan Sebenar

Video Pusat Kuarantin Maeps Sesak Lelaki Tampil Tunjuk Keadaaan Sebenar

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 785 hits
unable to retrieve full text content BEBERAPA hari lalu tular video di media sosial yang memaparkan suasana di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang Serdang sesak dengan pesakit Denga...
Seronok Kan Pkp Belum Sempat Mula Kerja Dah Kena Buang Sebab Pkp Netizen Turut Kongsi Pengalaman Sama

Seronok Kan Pkp Belum Sempat Mula Kerja Dah Kena Buang Sebab Pkp Netizen Turut Kongsi Pengalaman Sama

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 297 hits
116 total views 116 views today Peningkatan kes Covid 19 baru baru telah menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk kali yang kedua Memang tidak dapat disangkal lagi ia sedikit sebanyak telah memberi kesan ...
Pengalaman Anak Positif Covid Ibu Kongsi Ambil Vitamin C Setiap Pagi Kumur Air Garam

Pengalaman Anak Positif Covid Ibu Kongsi Ambil Vitamin C Setiap Pagi Kumur Air Garam

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 444 hits
Besar pengorbanan seorang ibu yang sanggup bergadai nyawa demi menemani anaknya menjalani kuarantin di wad selepas disahkan positif Covid 19 Setiap masa Nazratul Adawiah Abdullah 31 berada di sisi Muhammad Zhafril Adam Mohd Zaim 7 sehingga ...
Hiburan Duduk Rumah Pun Nak Pakai Emas Mawar Rashid Kongsi Pengalaman Hamil Anak Perempuan

Hiburan Duduk Rumah Pun Nak Pakai Emas Mawar Rashid Kongsi Pengalaman Hamil Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 599 hits
Bakal melahirkan cahaya mata perempuan tidak lama lagi pelakon Mawar Rashid mendedahkan bahawa dia kini sedang obses dengan perhiasan berunsurkan emas dan sentiasa ingin memakai batu bernilai itu meskipun hanya duduk di rumah Mawar Rashid a...
Tak Percaya Covid Demi Allah Pakcik Mengaku Salah Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Pesakit Covid 19

Tak Percaya Covid Demi Allah Pakcik Mengaku Salah Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 301 hits
63 total views 63 views today Di Facebook doktor Ahmad Zakimi Abdullah berkongsi pengalaman merawat seorang pesakit Covid 19 yang tidak pernah percaya kewujudan virus ini Malah pesakit itu turut mengakui tidak patuh pada prosedur operasi st...
Video Macam Beratur Nak Beli Tikes Bas Tular Pusat Kuarantin Maeps Sesak Dengan Pesakit Covid 19

Video Macam Beratur Nak Beli Tikes Bas Tular Pusat Kuarantin Maeps Sesak Dengan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 372 hits
102 total views 82 views today Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan wabak Covid 19 yang semakin membimbangkan Pada masa yang sama beliau juga mencadangkan supaya Perintah Kawalan P...
Hiburan Dedah Lebih Banyak Menangis Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Proses Ivf Anak Kedua

Hiburan Dedah Lebih Banyak Menangis Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Proses Ivf Anak Kedua

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 602 hits
Umum mengetahui bahawa penyanyi No1 Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang hamil anak kedua hasil daripada rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation Sempena hari lahirnya yang ke 42 Siti telah berkongsi proses rawatan tersebut dengan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut