Pemimpin Umum Kerjasama Umno Warisan Langgar Arahan Presiden Kata Rahman


 
Desas-desus kerjasama Warisan dan Umno pada PRN bertiup kuat susulan kehadiran Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin ke Perhimpunan Agung Tahunan Warisan, Disember tahun lalu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Timbalan ketua Umno Sabah membidas pemimpin tertentu dalam parti itu yang mengumumkan kerjasama politik termasuk bersama Warisan pada PRN walaupun belum ada keputusan muktamad.
Abdul Rahman Dahlan berkata Presiden Zahid Hamidi sejak tahun lalu mengingatkan pemimpin negeri tidak membuat kenyataan mengenai kerjasama terbabit sebelum keputusan rasmi dibuat.
“Malangnya arahan presiden Umno itu tidak diendahkan.
“Kenyataan demi kenyataan telah dibuat kononnya Umno Sabah akan bekerjasama dengan Warisan sedangkan kepimpinan Umno belum membuat sebarang ketetapan rasmi dan Umno Sabah belum pun bermesyuarat mengenai isu ini,” katanya dalam kenyataan.
Rahman yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno bagaimanapun tidak menamakan pemimpin yang melanggar arahan presiden dengan membuat pengumuman kerjasama politik dalam menghadapi PRN Sabah.
Desas-desus kerjasama Warisan dan Umno untuk berdepan PRN mula bertiup sejak Disember lalu susulan kehadiran Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin ke Perhimpunan Agung Tahunan Warisan diketuai bekas ketua menteri Shafie Apdal.
April lalu Ketua Penerangan Umno Sabah Suhaimi Nasir berkata, parti itu mungkin hanya menjalin kerjasama dengan Warisan selepas PRN, sambil mengakui rundingan bersama parti pimpinan Shafie itu berjalan lancar.
Sebulan kemudian, Bung turut memberi ‘bayangan’ membentuk gagasan dengan Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dalam PRN.
FMT sebelum ini melaporkan kewujudan persetujuan kerjasama antara Umno, Pakatan Harapan (PH), KDM dan Warisan untuk berdepan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN ke-17 nanti.
DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada Oktober tahun depan dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/pemimpin-umum-kerjasama-umno-warisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Kata Pujukan Fadhli Bukti Pas Terdesak Pertahan Sg Bakap

Pemimpin Umno Kata Pujukan Fadhli Bukti Pas Terdesak Pertahan Sg Bakap

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 453 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari disifatkan terdesak apabila memujuk ahli Umno menyokong Perikatan Nasional termasuk pada PRK Sungai Bakap dengan alasan untuk menyelamatkan parti itu Ahli Majlis Kerja Tert...
Retorik Bermusim Annuar Musa Pas Bimbang Kerjasama Umno Ph Semakin Diterima Rakyat

Retorik Bermusim Annuar Musa Pas Bimbang Kerjasama Umno Ph Semakin Diterima Rakyat

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 246 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Kenyataan Pengerusi Muafakat Nasional Annuar Musa perpaduan sebenar hanya wujud apabila PAS Bersatu dan Umno bertaut kembali hanya retorik bermusim kata penganalisis Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata...
Persiden Umno Umum Bn Akan Berkerjasama Dengan Ph Hadapi Pilihan Raya Umum Ke 16

Persiden Umno Umum Bn Akan Berkerjasama Dengan Ph Hadapi Pilihan Raya Umum Ke 16

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 205 hits
MARAN Barisan Nasional akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 16 kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Bagaimanapun beliau berkata BN dan PH akan masing masing bertanding menggunakan ...
Ketepi Ego Kembali Pada Umno Jika Mahu Terus Kerjaya Politik Kata Penganalisis

Ketepi Ego Kembali Pada Umno Jika Mahu Terus Kerjaya Politik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 264 hits
freemalaysiatoday com 16 Jun 2024 08 45 AMMazlan Ali dan Azmi Hassan berkata KJ dan Shahril Hamdan perlu berjuang dalam Umno memandangkan ia platform terbaik bagi mereka Khairy Jamaluddin Shahril Hamdan Hishammuddin Hussein berkemungkinan a...
Perpecahan Dorong Bersatu Kekal Muhyiddin Sebagai Presiden Kata Sumber

Perpecahan Dorong Bersatu Kekal Muhyiddin Sebagai Presiden Kata Sumber

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 233 hits
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 7 Jun lalu memutuskan Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden PETALING JAYA Muhyiddin Yassin sudah lama berhasrat untuk berundur sebagai presiden Bersatu namun terbantut kerana perpecahan dalaman parti...
Sultan Selangor Belum Perkenan Permintaan Presiden Fam Kata Laporan

Sultan Selangor Belum Perkenan Permintaan Presiden Fam Kata Laporan

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 192 hits
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah belum berkenan untuk terima menghadap Presiden FAM Hamidin Amin lapor Harian Metro Memetik sumber akhbar harian berbahasa Melayu itu melaporkan permintaan Hamidin belum mendapat perkenan Sultan ...
Keluarga Jamaludin Capai Penyelesaian Kes Pertikaian Aset Rm2 1 Bilion Kata Peguam

Keluarga Jamaludin Capai Penyelesaian Kes Pertikaian Aset Rm2 1 Bilion Kata Peguam

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 215 hits
PIHAK yang terlibat dalam pertikaian harta sepencarian bernilai RM2 1 bilion melibatkan Allahyarham Dr Jamaludin Jarjis mencapai penyelesaian secara baik hari ini Peguam Syariah Nur Hidayah A Bakar yang mewakili ibu Jamaludin Aminah Abdulla...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir