Ketepi Ego Kembali Pada Umno Jika Mahu Terus Kerjaya Politik Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Elill Easwaran-16 Jun 2024, 08:45 AM

Mazlan Ali dan Azmi Hassan berkata KJ dan Shahril Hamdan perlu berjuang dalam Umno memandangkan ia platform terbaik bagi mereka.
(Dari kiri) Khairy Jamaluddin, Shahril Hamdan, Hishammuddin Hussein berkemungkinan akan kembali ke pangkuan Umno, kata penganalisis.
PETALING JAYA: Ahli dipecat atau digantung keahlian yang tidak kritikal kepada Umno perlu dialukan semula menyertai parti itu, kata penganalisis.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, berkata ahli digantung mahupun dipecat ketika ini terpecah dua kumpulan – satu menyendiri, selain sudah menyertai seteru Umno.

Beliau memberi contoh individu seperti Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, sebagai menyendiri, walaupun mereka kelihatan ‘proaktif’ dalam politik, menerusi hos bersama dalam audio siar.

Pada Januari 2023, Umno memecat bekas ketua Pemuda, Khairy, dan menggantung bekas ketua penerangan, Shahril, selama enam tahun.

“Kumpulan lain adalah yang menentang Umno dengan menyertai Perikatan Nasional terutama PAS. Mereka mungkin tidak ingin kembali kepada Umno,” katanya kepada FMT.

Antara personaliti dipecat Umno dan menyertai PAS adalah bekas setiausaha agung Barisan Nasional, Annuar Musa, dan bekas menteri wilayah persekutuan, Shahidan Kassim.

Mazlan berkata, beliau menjangkakan Khairy dan Shahril kembali kepada Umno pada masa depan, memandangkan presiden, Zahid Hamidi telah menstabilkan parti. Katanya, ‘tiba masa untuk mereka kembali dan mengukuhkan parti”.

“Mereka ini masih sayang kepada parti dan saya beranggapan tidak salah bagi Zahid menerima mereka kembali,” katanya sambil menyatakan mereka yang dipecat atau digantung mesti berfikiran terbuka dan memikirkan masa depan politik masing-masing.

Bulan lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Jalaluddin Alias, berkata parti bersedia menerima kembali pemimpin dan ahli yang disingkirkan selepas PRU15, khususnya jika mereka masih setia dan sealiran dengan perjuangan.

Dalam pada itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata ahli Umno dipecat atau digantung yang masih ingin meneruskan kerjaya politik sepatutnya mengetepikan ego masing-masing, termasuk juga Khairy.

“Saya rasa Khairy dan Shahril akan kembali kerana Umno menjadi platform terbaik bagi mereka. Hishammuddin Hussein, yang ‘low profile’ sejak penggantungan, berkemungkinan akan kembali,” katanya merujuk bekas naib presiden digantung enam tahun.

Bagaimanapun, beliau tidak menjangka bekas ahli MKT, Isham Jalil akan menyertai semula Umno memandangkan beliau telah ‘menyeberang jambatan’.

“Isham kritikal kepada Umno sejak disingkirkan dan juga mula muncul di pentas seteru Umno,” katanya.

Isham dipecat pada Disember kerana melanggar etika parti, termasuk gagal mematuhi arahan parti. Beliau dipecat di tengah-tengah kritikan terhadap Umno kerana berterusan bekerjasama dengan DAP.

Bulan lalu, Isham berkata beliau tidak berhasrat kembali kepada Umno kerana parti itu menyimpang daripada matlamat asal

Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/06/ketepi-ego-kembali-pada-umno-jika-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Speaker Kelantan Berunsur Politik Bias Umno

Keputusan Speaker Kelantan Berunsur Politik Bias Umno

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 287 hits
Sedangkan Mohd Azizi bertanding di DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum lalu menggunakan logo Pas dan menerima watikah calon juga daripada PAS Umno menyifatkan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang mengumumkan kekosongan ker...
Keh Keh Keh Akibat Kena Troll Spm Lulus Atau Tidak Dia Kona Balik Kata Kata Dia Kelaqah Betoi Hang Mat

Keh Keh Keh Akibat Kena Troll Spm Lulus Atau Tidak Dia Kona Balik Kata Kata Dia Kelaqah Betoi Hang Mat

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 153 hits
Memang penting Supaya kita tak ulang kesilapan yang sama Mungkin sedar dulu dia pernah buat silap calon PH dalam jadi kali ini dia keluarkan ayat berbeza Tapi kalau nak belajar dari kesilapan pun tak perlulah sampai Disebabkan akademik calo...
Speaker Perlu Isytihar 6 Kerusi Parlimen Kosong Kata Wan Saiful

Speaker Perlu Isytihar 6 Kerusi Parlimen Kosong Kata Wan Saiful

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 243 hits
AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul perlu mengisytiharkan kekosongan kerusi dipegang enam bekas wakil rakyat Bersatu yang hilang keahlian parti Dalam satu hantaran di Facebook Wan Saiful Wa...
Video Pengakuan Pegi Kasih Kata Kunci Facebook Ke Penyidik Banyak Unggahan Dihapus

Video Pengakuan Pegi Kasih Kata Kunci Facebook Ke Penyidik Banyak Unggahan Dihapus

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 123 hits
Tomi mengatakan penyidik diduga sengaja menghilangkan unggahan unggahan di Facebook milik Pegi Setiawan
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor