M P Umno Jika Nak Masuk Bersatu Masuklah Satu Demi Satu
HANGPA JANGAN LA MSUK BERKUMPULAN, NAMPAK SANGATLAH ! KALAU NAK MASUK, MASUKLAH SATU DEMI SATU ! TUA DIAAAAA ! MAHADHIR DAH BAGITAHU CARA NAK MASUK UMNO . SHHHHHH ! JANGAN BISING LAAAA ! MASUK LA SATU DEMI SATUUUUU !  -Pak Karamu-  Saya tak pernah panggil pemimpin BN, mereka yang nak jumpa..Ridauddin Daud 3 November 2018                                                        AddThis Sharing Buttons

Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM                                                       (Ubah saiz teks)                    PUTRAJAYA - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau  pernah memanggil beberapa pemimpin BN untuk bertemunya seperti didakwa  beberapa pihak.
  Menurutnya, beliau tidak pernah berbuat demikian namun jika mereka mahu  bertemunya, beliau sentiasa terbuka untuk meluangkan masa.
  Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan beberapa pemimpin BN sebelum ini mengatakan Dr Mahathir pernah memanggil mereka.
  “Saya tak pernah panggil siapa pun. Mereka nak datang jumpa, saya jumpa. Saya jumpa semua orang.
  “Dengan media pun saya jumpa,” katanya dalam sidang media selepas  Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini,  petang tadi.
  Ketika ditanya adakah PH akan menerima kemasukan Ahli Parlimen BN, Dr  Mahathir menegaskan kemasukan mereka disertai beberapa syarat.
  Menurutnya, mereka mestilah terlebih dahulu meninggalkan parti, menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong kerajaan PH.
  “Kita akan pertimbangkan tapi bukan semua. Bukan yang ada dakwaan jenayah terhadap mereka.
  “Ada yang tanya nak masuk tapi ada macam-macam cara. Dia nak masuk satu  kumpulan, tak bolehlah. Dia masuk satu kumpulan, dia jadi lagi besar  dari kita.
 “Kita tak mahu berada di bawah mereka, kita mahu berada di atas mereka. Kalau nak masuk, masuk seorang demi seorang,” ujarnya.
  Tambahnya lagi, pemimpin yang selama ini secara terbuka dan lantang menyokong pencurian duit tidak akan diterima.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://abnnasution.blogspot.com/2018/11/mp-umno-jika-nak-masuk-bersatu-masuklah.html