Parlimen Bubar Selepas 21 Julai 2021 Beri Peluang Ismail Sabri Ambil Alih Kepimpinan Umno Lebih Dulu


 
Antara perkara yang dipersetujui dalam MOU yang dimetrai oleh kerajaan dengan PH ialah Parlimen tidak akan dibubar sebelum 31 Julai tahun depan.
Ia bertujuan agar beberapa rang undang-undang yang dipersetujui bersama dalam MOU itu dapat dibentangkan di Parlimen dan seterusnya diluluskan tanpa banyak masalah.
Antaranya ialah rang undang-undang anti lompat, undi 18 dan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun.
Bermakna, sekurang-kurangnya sehingga 31 Julai tahun depan, Ismail Sabri Yaakob akan terus kekal mengetuai kerajaan yang dipimpinnya sekarang.
Selain tidak membubarkan Parlimen sebelum Julai tahun depan, secara tersiratnya juga melalui MOU itu Ismail Sabri memperolehi jaminan sokongan daripada PH untuk terus menyokongnya jika ada pihak lain seperti kelompok tertentu dalam UMNO atau puak kiri Bersatu misalnya, yang ingin menjatuhkannya.
Tarikh tersebut adalah berbeza dengan tawaran kerjasama rentas parti oleh Mahiaddin Md Yasin sebelum ini yang menjanjikan PRU15 akan diadakan selewat-lewatnya Julai 2022.
Dalam erti kata lain, Mahiaddin menawarkan PRU15 akan diadakan sebelum Julai, manakala Ismail Sabri hanya akan membubarkan Parlimen selepas Julai 2022.
Apakah makna selepas Julai 2022 itu?
Dalam hal berkaitan, harus difahami bahawa dalam surat kelulusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan atau RoS memberi kebenaran penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan ialah pemilihan parti itu mesti diadakan sebelum Disember 2022.
Boleh jadi atau atau biasanya pemilihan UMNO peringkat pusat akan diadakan pada Oktober atau November 2022.
Biasanya juga pada Julai sehingga Oktober akan berlangsung pemilihan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian-bahagian.
Ini bererti, adalah tidak mungkin Ismail Sabri bertindak membubarkan Parlimen sebaik saja bulan Julai berakhir kerana pada waktu itu UMNO peringkat cawangan dan bahagian seluruh negara sedang sibuk mengadakan mesyuarat masing-masing.
Tempoh selepas itu juga tidak sesuai untuk diadakan PRU15 berikutan pemilihan UMNO peringkat pusat mesti diadakan sama ada Oktober atau November iaitu sebelum Disember 2022.
Apatah lagi dengan UMNO sudah jadi kerajaan sekarang, kemeriahan berkempen, membelanja perwakilan makan di hotel-hotel dan sebagainya seperti sebelum ini sudah pasti kembali semula dengan sendirinya.
Ia bermakna tempoh berkempen yang munasabah haruslah diperuntukkan.
Makna kata, tarikh paling sesuai untuk Ismail Sabri membubarkan Parlimen ialah pada awal 2023 iaitu selepas pemilihan UMNO diadakan.
Berdasarkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika ini sementara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sedang dibicarakan di mahkamah, begitu juga dengan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan, hampir pasti pemilihan UMNO tahun depan akan menyaksikan perubahan teraju kepada kepimpinan baru.
Mudah kata, melalui MOU yang memberi keselesaan kepada Ismail Sabri mengadakan PRU15 hanya selepas Julai 2022, ertinya selamat jalanlah buat kumpulan kluster mahkamah dalam UMNO dan mereka yang menjadi penyokongnya sekarang ini.
Tiada ruang atau kalau ada ruang pun, semakin sempit untuk kluster mahkamah mampu mengekalkan jawatan mereka.
Ismail Sabri akan mendepani PRU15 dengan beliau sendiri akan mengetuai UMNO pada waktu itu. –


 ShahbudinHusin 16/09/2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/parlimen-bubar-selepas-21-julai-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Terbukti Tidak Lebih Baik Daripada Mahiaddin Umno Lebih Mudah Kena Tapau

Ismail Sabri Terbukti Tidak Lebih Baik Daripada Mahiaddin Umno Lebih Mudah Kena Tapau

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 344 hits
Hari ini adalah hari yang ke 17 Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 21 Ogos lalu Malangnya sehingga hari ini tiada sebarang perkara baru yang berjaya ditampilkan dalam kerajaan p...
Selepas 30 Hari Tanpa Kemajuan Sediakah Harungi Lebih 100 Hari Dipimpin Ismail Sabri

Selepas 30 Hari Tanpa Kemajuan Sediakah Harungi Lebih 100 Hari Dipimpin Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 249 hits
SHAHBUDIN HUSINHari ini genap sebulan Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatannya pada 21 Ogos lalu Dengan 30 hari yang sudah berlalu ini bermakna hanya tinggal 70 hari lagi daripada tempoh 100 hari yang d...
Lebih Banyak Bantuan Untuk Rakyat Selepas Bkc Pm Ismail Sabri

Lebih Banyak Bantuan Untuk Rakyat Selepas Bkc Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 314 hits
PUTRAJAYA Ketika pembayaran Bantuan Khas COVID 19 mula disalurkan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih banyak bantuan akan disalurkan kerajaan kepada rakyat bermula bulan depan Dalam sidang video bersama war...
Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 314 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Beberapa Kemungkinan Pada Sidang Parlimen Pertama Ismail Sabri

Beberapa Kemungkinan Pada Sidang Parlimen Pertama Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 289 hits
Malaysiakini Parlimen akan bersidang semula pada 13 September yang merupakan kali pertama ia bersidang di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru Ismail Sabri Yaakob Ini juga merupakan persidangan Dewan Rakyat secara bersemuka pertama da...
Sidang Parlimen Ujian Pertama Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

Sidang Parlimen Ujian Pertama Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 267 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke 14 pada Isnin yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail...
Pemimpin Umno Dedah Kerajaan Ismail Sabri Boleh Tumbang Bila Bila Masa

Pemimpin Umno Dedah Kerajaan Ismail Sabri Boleh Tumbang Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 618 hits
September 21 2021 Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin UMNO berisiko menjadi kerajaan 30 hari jika tidak menandatangani memorandum persefahaman dengan Pakatan Harapan Bercakap kepada Utusan Malaysia Ahli Parlimen Pa...
Zahid V Ismail Sabri Bout On The Cards Come Umno Polls Next Year

Zahid V Ismail Sabri Bout On The Cards Come Umno Polls Next Year

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 392 hits
Current president has much stronger grassroots backing but to underestimate new PM s sway in party a grave mistake Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi s sigh of relief must have reverberated across the Umno headquarters here when the Registrar of...
Dilema Akar Umbi Umno Terhadap Perdana Menteri Bernama Ismail Sabri

Dilema Akar Umbi Umno Terhadap Perdana Menteri Bernama Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 482 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPerlantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri keSembilan sebenarnya mendatangkan banyak kekeliruan kepada ahli UMNO diperingkat akar umbi Pada awalnya mereka gembira Kemudian lain pula jadinya Ramai dari a...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Ayam Gunting Di Pasar Petang Khamis

Saya Tak Akan Maafkan Pelajar Tingkatan Satu Maut Jatuh Asrama

Silap Faham Nak Parking Kereta

Dropship Tudung Malaysia Cara Mudah Buat Duit Tanpa Modal

Penat Tapi Berbaloi

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa