Pemimpin Ph Turun Berkempen Pastikan Aiman Raih Sokongan Di Semenyih



SEMENYIH, 24 Feb (Bernama) -- Penampilan naib presiden Parti Amanah Negara Datuk Hasanuddin Mohd Yunus sebagai penceramah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih jelas menekankan tentang pentingnya Semenyih kekal di bawah Pakatan Harapan (PH) menjelang hari mengundi minggu depan.

Anggota parlimen Hulu Langat itu turun padang untuk bertemu penduduk di pasar pagi Beranang bagi menyatakan sokongan kepada calon PH, Muhammad Aiman Zainali.

Hasanuddin menyeru penduduk supaya menyokong Muhammad Aiman pada PRK Semenyih 2 Mac ini. Semenyih adalah satu daripada dua kawasan DUN terletak dalam kawasan parlimen Hulu Langat. Satu lagi ialah Dusun Tua.

“Saya akan menghadapi kesulitan untuk berinteraksi jika ADUN yang dipilih bukan daripada kalangan parti kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

“Saya bukan meluluskan projek masjid, sekolah dan sebagainya. Kerja saya ialah sebagai kumpulan pendesak dan saya nak bersama dengan ADUN yang mampu bersama saya meminta kerajaan supaya memberikan peruntukan sewajarnya demi kepentingan penduduk di sini,” kata beliau kepada Bernama.

“Jadi saya perlukan saudara Aiman untuk bersama dengan saya,” kata Hasanuddin ketika merujuk kepada jurutera berusia 30 tahun itu yang juga bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat.

Komitmen Hasanuddin untuk memastikan kemenangan PH pada PRK itu juga jelas.

"Saya telah menangguhkan beberapa acara pagi tadi apabila diminta untuk datang dan menyokong Aiman di sini," katanya.

Semalam, kelibat tokoh-tokoh besar seperti Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga kelihatan di Semenyih untuk bertemu rakyat dan pengundi di kawasan separuh bandar ini.

Beberapa pemimpin PH juga berada di Semenyih sejak hari penamaan calon pada 16 feb termasuk presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pengerusi PH Selangor Amirudin Shari.

Pemimpin lain dari PH yang tidak ketinggalan turun padang termasuk presiden Amanah Mohamad Sabu dan naib presiden Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, timbalan pengerusi DAP Gobind Singh Deo, naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin dan Dr A. Xavier Jayakuma.

Turut tampil berkempen ialah Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun dankKetua sayap Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman.

Semasa berkempen bagi menyokong calon PH, kegtua komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani berkata Malaysia boleh mengalami nasib seperti yang berlaku di sebuah negara di Amerika Selatan jika kerajaan tidak mengambil langkah tegas untuk memulihkan kedudukan kewangan negara.

“Sebab itulah, PH ambil pendekatan bertanggungjawab, kita tak mahu ambil pendekatan secara semberono. Maka kita pastikan dahulu kedudukan kewangan kita pulih dan kita akan melaksanakan janji kita satu persatu,” katanya.

Muhammad Aiman sendiri bekerja keras ketika turun berkempen dengan mempunyai jadual untuk bertemu rakyat bagi meraih sokongan.

Beliau melahirkan penghargaan kepada pemimpin dan akar umbi PH atas sokongan yang diberikan semasa menghadiri acara gotong-royong yang berlangsung hari ini.

Calon itu juga bersedia menerima kritikan yang membina demi kepentingan rakyat seperti yang diterimanya apabila berjanji untuk menyelesaikan masalah setempat jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

“Saya lebih bersemangat dan kita akan tunjukkan yang kita tak akan menyerah kalah dengan segala tohmahan. Kita anggap itu sebagai gurauan,” kata beliau

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertarungan empagt penjuru antara Muhammad Aiman, calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi, calon bebas Kuan Chee Heng dan calon dari Parti Sosialis Malaysia’s (PSM) Nik Abdul Aziz Afiq.

Kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor dari PH, meninggal dunia pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2019/02/pemimpin-ph-turun-berkempen-pastikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melawan Fenomena Malu Apa Bossku Yang Dibawa Najib Rasanya Tun M Perlu Turun Sama Berkempen Di Semenyih

Melawan Fenomena Malu Apa Bossku Yang Dibawa Najib Rasanya Tun M Perlu Turun Sama Berkempen Di Semenyih

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 449 hits
Tiada siapa dapat menafikan populariti Najib Razak begitu melonjak tinggi ketika ini Beliau yang dulunya dibenci sehingga dijatuhkan pengundi kini lebih popular berbanding dulunya Ke mana saja beliau pergi sekurang kurangnya ratusan malah a...
Ramai Pemimpin Ph Turun Padang Demi Aiman

Ramai Pemimpin Ph Turun Padang Demi Aiman

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 270 hits
SEMENYIH Penampilan naib presiden Parti Amanah Negara Datuk Hasanuddin Mohd Yunus sebagai penceramah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih jelas menekankan tentang pentingnya Semenyih kekal di bawah Pakatan Harapan menjelan...
Aiman Sudah Lupa Bukan Waktu Berkempen Rayu Undi

Aiman Sudah Lupa Bukan Waktu Berkempen Rayu Undi

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 296 hits
MalaysiaGazette Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih Muhammad Aiman Zainali bergambar bersama nombor saluran mengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N 24 Semenyih di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain Semenenyih Sel...
Empat Menteri Bersatu Turun Semenyih Hanya Kebetulan Rina

Empat Menteri Bersatu Turun Semenyih Hanya Kebetulan Rina

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 385 hits
Tindakan empat menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia turun padang ke Semenyih sejak Sabtu lalu bukan bertujuan berkempen untuk pilihan raya kecil Sebaliknya Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun menyifatkan perkar...
Mujahid Akan Saman Pihak Guna Isu Tabung Haji Berkempen Di Prk Semenyih

Mujahid Akan Saman Pihak Guna Isu Tabung Haji Berkempen Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 316 hits
Hanya isu RM90 juta dan 1MDB dibenar diguna di dalam kempen PRK Semenyih Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada parti politik bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang membawakan isu Tabung Haji seb...
Bersatu S Aiman Rattled By Najib But Confident Of Convincing Semenyih Voters

Bersatu S Aiman Rattled By Najib But Confident Of Convincing Semenyih Voters

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 236 hits
SEMENYIH POLLS Muhammad Aiman Zainali Pakatan Harapan s candidate for the Semenyih by election admitted that he was somewhat rattled by former prime minister Najib Abdul Razak s campaign in the constituency However the 30 year old electrica...
Aiman Calon Ppbm Ph Prk Semenyih Buat Hal Lagi

Aiman Calon Ppbm Ph Prk Semenyih Buat Hal Lagi

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 345 hits
Belum pun reda isu kantoi menipu ada PhD calon PPBM PH Muhammad Aiman Zanali di khabarkan buat hal lagi sampai memeningkan kepala jentera pilihanraya Bersatu Aiman di lapurkan bergerak tak mengikut jadual yang dah di tetapkan oleh jentera p...
Ramai Menteri Turun Semenyih Umum Projek Juta Juta Itu Kebetulan Mana Bersih Mabuk Ke

Ramai Menteri Turun Semenyih Umum Projek Juta Juta Itu Kebetulan Mana Bersih Mabuk Ke

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 308 hits
Semalam seramai 7 Menteri PH termasuk Azmin turun ke Semenyih Semalam juga Menteri dalam negeri juga kunjung ke sana untuk umumkan peruntukkan berjuta juta ringgit kepada pihak polis di sana Dua hari sebelum itu satu lagi Menteri PH beri mi...
Muhammad Aiman Zainali Calon Ph Prk Dun Semenyih

Muhammad Aiman Zainali Calon Ph Prk Dun Semenyih

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 646 hits
Muhammad Aiman Zainali Calon PH PRK DUN Semenyih Muhammad Aiman Zainali telah dipilih sebagai Calon PH PRK DUN Semenyih yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi Dalam acara pengenalan calon yang telah diadakan beliau ada menyampaikan be...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang