Ramai Pemimpin Ph Turun Padang Demi Aiman



SEMENYIH - Penampilan naib presiden Parti Amanah Negara Datuk Hasanuddin Mohd Yunus sebagai penceramah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih jelas menekankan tentang pentingnya Semenyih kekal di bawah Pakatan Harapan (PH) menjelang hari mengundi minggu depan.

Ahli Parlimen Hulu Langat itu turun padang untuk bertemu penduduk di pasar pagi Beranang bagi menyatakan sokongan kepada calon PH, Muhammad Aiman Zainali.

Loading...
Hasanuddin menyeru penduduk supaya menyokong Muhammad Aiman pada PRK Semenyih 2 Mac ini. Semenyih adalah satu daripada dua kawasan DUN terletak dalam kawasan parlimen Hulu Langat. Satu lagi ialah Dusun Tua.

“Saya akan menghadapi kesulitan untuk berinteraksi jika ADUN yang dipilih bukan daripada kalangan parti kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

“Saya bukan meluluskan projek masjid, sekolah dan sebagainya. Kerja saya ialah sebagai kumpulan pendesak dan saya nak bersama dengan ADUN yang mampu bersama saya meminta kerajaan supaya memberikan peruntukan sewajarnya demi kepentingan penduduk di sini,” kata beliau kepada Bernama.

“Jadi saya perlukan saudara Aiman untuk bersama dengan saya,” kata Hasanuddin ketika merujuk kepada jurutera berusia 30 tahun itu yang juga bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat.

Komitmen Hasanuddin untuk memastikan kemenangan PH pada PRK itu juga jelas.


"Saya telah menangguhkan beberapa acara pagi tadi apabila diminta untuk datang dan menyokong Aiman di sini," katanya.

Semalam, kelibat tokoh-tokoh besar seperti Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga kelihatan di Semenyih untuk bertemu rakyat dan pengundi di kawasan separuh bandar ini.

Beberapa pemimpin PH juga berada di Semenyih sejak hari penamaan calon pada 16 Februari termasuk Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari.

Pemimpin lain dari PH yang tidak ketinggalan turun padang termasuk presiden Amanah Mohamad Sabu dan naib presiden Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, timbalan pengerusi DAP Gobind Singh Deo, naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin dan Dr A. Xavier Jayakuma.

Turut tampil berkempen ialah Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun dan Ketua sayap Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman.

Semasa berkempen bagi menyokong calon PH, kegtua komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani berkata Malaysia boleh mengalami nasib seperti yang berlaku di sebuah negara di Amerika Selatan jika kerajaan tidak mengambil langkah tegas untuk memulihkan kedudukan kewangan negara.

“Sebab itulah, PH ambil pendekatan bertanggungjawab, kita tak mahu ambil pendekatan secara semberono. Maka kita pastikan dahulu kedudukan kewangan kita pulih dan kita akan melaksanakan janji kita satu persatu,” katanya.

Muhammad Aiman sendiri bekerja keras ketika turun berkempen dengan mempunyai jadual untuk bertemu rakyat bagi meraih sokongan.
Beliau melahirkan penghargaan kepada pemimpin dan akar umbi PH atas sokongan yang diberikan semasa menghadiri acara gotong-royong yang berlangsung hari ini.

Calon itu juga bersedia menerima kritikan yang membina demi kepentingan rakyat seperti yang diterimanya apabila berjanji untuk menyelesaikan masalah setempat jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

“Saya lebih bersemangat dan kita akan tunjukkan yang kita tak akan menyerah kalah dengan segala tohmahan. Kita anggap itu sebagai gurauan,” kata beliau

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertarungan empagt penjuru antara Muhammad Aiman, calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi, calon bebas Kuan Chee Heng dan calon dari Parti Sosialis Malaysia’s (PSM) Nik Abdul Aziz Afiq.

Kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor dari PH, meninggal dunia pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/ramai-pemimpin-ph-turun-padang-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ph Turun Berkempen Pastikan Aiman Raih Sokongan Di Semenyih

Pemimpin Ph Turun Berkempen Pastikan Aiman Raih Sokongan Di Semenyih

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 355 hits
SEMENYIH 24 Feb Penampilan naib presiden Parti Amanah Negara Datuk Hasanuddin Mohd Yunus sebagai penceramah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih jelas menekankan tentang pentingnya Semenyih kekal di bawah Pakatan Harapan m...
Zuraida Gesa Anggota Harapan Turun Padang Di Semenyih

Zuraida Gesa Anggota Harapan Turun Padang Di Semenyih

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 365 hits
KEADILAN DAILY Ketua Wanita Pakatan Harapan Zuraida Kamaruddin menggesa setiap ahli dalam Pakatan Harapan agar turun padang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih untuk memastikan kemenangan kekal bersama gabungan itu Menuru...
Menteri Boleh Turun Padang Sebelum Kempen Pilihan Raya Kata Tun M

Menteri Boleh Turun Padang Sebelum Kempen Pilihan Raya Kata Tun M

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 539 hits
PUTRAJAYA Anggota Kabinet boleh turun padang di mana mana kawasan selagi kempen pilihan raya belum bermula kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kita belum ada pilihan raya lagi kalau mereka nak pergi mana pergi la Loading Tempat lai...
15 Tanggapan Receh Warganet Soal Berita Teuku Wisnu Yang Rela Turun Mobil Demi Antar Anak Sekolah

15 Tanggapan Receh Warganet Soal Berita Teuku Wisnu Yang Rela Turun Mobil Demi Antar Anak Sekolah

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 736 hits
Memang kocak sih judul beritanya ditambah passion warganet buat ngelawak bikin semuanya jadi tambah ngakak D
Demi Mencoblos Di Pemilu 2019 Ratusan Tahanan Di Rutan Medaeng Rekam E Ktp

Demi Mencoblos Di Pemilu 2019 Ratusan Tahanan Di Rutan Medaeng Rekam E Ktp

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 254 hits
Dikonfirmasi berapa jumlah total tahanan yang belum memiliki e KTP ia menyatakan tak ingat persisnya Namun jika diprosentase ada sekitar 50 persen lebih tahanan yang belum ber e KTP
Hentikan Pertelingkahan Demi Pasukan Jelius Ating

Hentikan Pertelingkahan Demi Pasukan Jelius Ating

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 285 hits
HENTIKAN PERTELINGKAHAN DEMI PASUKAN JELIUS ATINGPengendali Sabah FA Jelius Ating mahu semua pihak mengentikan pertelingkahan demi kebaikan dan kemajuan pasukan Terdapat beberapa perubahan drastik dan membelakangi penyokong yang telah dibua...
Video Niat Saya Memang Nak Bantu Tok Bukan Untuk Viralkan Mereka Demi Kepentingan Sendiri Pelajar Ipt

Video Niat Saya Memang Nak Bantu Tok Bukan Untuk Viralkan Mereka Demi Kepentingan Sendiri Pelajar Ipt

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 381 hits
Niat Saya Memang Nak Bantu Tok Bukan Untuk Viralkan Mereka Demi Kepentingan Sendiri Pelajar IPT Seorang pelajar tidak menyangka niat baiknya untuk berkongsi kisah kesusahan hidup pasangan warga emas orang kelainan upaya yang ditemuinya meni...
Demi Kebahagiaan Gading Rela Gisel Nikah Lagi

Demi Kebahagiaan Gading Rela Gisel Nikah Lagi

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 189 hits
Gading mencurahkan isi hatinya seputar perpisahaanya dengan Gisel
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today