Pemimpin Ph Jangan Bawa Perompak Masuk Sejarah Umno Rosak Kerana Saudagar Minyak Unta


Dr Muhaimin Sulam memberi peringatan kepada pemimpin Pakatan Harapan akan sejarah Umno. – Foto Sinar Harian
oleh Dr Muhaimin Sulam
Al-kisahnya, saudagar minyak unta ini ialah salah satu watak dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk karya Seniman Agung Allahyarham P Ramlee.
Pelakon lain yang turut menjayakan filem itu termasuklah Aziz Satar, S Shamsuddin, Sarimah dan Normadiah.
Filem diterbitkan pada 1961 itu memberi gambaran sinikal tentang politik tanah air. Perompak – yang terdiri daripada pelbagai latar – bersatu untuk menjayakan misi perjuangan mereka – membesar perut dan tembolok masing-masing.
Ketua perompak dan gerombolannya berpura-pura menjadi saudagar minyak unta bagi merompak orang kaya baru.
Pada dunia hari ini, babak demi babak dalam filem puluhan tahun silam itu menjadi analogi kepada kartel-kartel penjahat beraksi di hadapan pemimpin PH yang baru berkuasa.
Atas kepintaran ketua perompak itu, akhirnya Ali Baba yang budiman terpesona. Daripada perompak durjana mereka – para penyamun itu – berlakonlah menjadi saudagar yang bertaubat.
Dalam hidup sebenar, jangan sekali-kali kita biarkan perompak berada di dalam rumah. Ketua perompak yang menyamar sebagai saudagar itu berpura-pura sementara sahaja. Apabila waktu sesuai tiba, dia akan menjadi dirinya yang sebenarnya.
Oleh itu, para pimpinan PH janganlah sewenang-wenangnya membawa perompak menjadi teman baru. Perompak biasanya akan tetap perompak. Mereka akan merompak bukan sahaja wang ringgit, harta benda tetapi integriti PH.
Akhirnya PH akan menjadi seperti rejim lepas yang membelasah khazanah negara semahu-mahunya. Mereka itulah yang nanti akan ‘menjual’ PH dengan sewenang-wenangnya.
Sejarah Umno juga begitu. Pada awal perjuangannya ia didukung oleh rakyat marhean. Setelah berkuasa, lama kelamaan parti itu dimasuki saudagar minyak unta yang merosakkan akar kekuatan mereka.
Ini bukanlah soal Umno atau parti lain. Ini adalah persoalan sifat kuasa dan perangai orang berkuasa.
Kini orang-orang yang berlagak seperti saudagar minyak unta dalam filem P Ramlee sedang berkeliaran, keluar masuk pintu Putrajaya mencari lubang dan peluang.
Mereka merompak secara berjemaah. Sama-sama makan hasil haram, sama-sama tutup rahsia.
Lingkaran saudagar ini adalah dunia kapitalis yang tamak. Mereka adalah kaum pemodal jahat yang menggunakan kekuatan modal untuk meraih keuntungan maksimum.
Jika perlu gunakan wang sogokan untuk mereka memperolehi projek, saudagar itu akan melakukannya tanpa banyak masalah.
Jika perlu gunakan kemudahan, kemewahan atau perempuan sundal, saudagar jenis itulah juga yang akan sanggup menyuap.
Saudagar minyak unta adalah bapa perompak. Kerjayanya merompak wang negara secara besar-besaran. Merompak siang-siang tanpa segan silu.
Saudagar minyak unta mempunyai rangkaian di semua jabatan utama dalam sistem birokrat. Di pasar, di padang, di pejabat, di jalan raya, di ladang, hatta di dalam masjid dan kuil pun mereka sudah ada rangkaian.
Mereka sebati dengan sistem siasah dan birokrasi negara. Ahli politik yang baru memperolehi kuasa dianggap sebagai pemain baru dalam sistem. Hal itu kerana ahli politik lama sudah terkeluar dari sistem akibat kalah pilihan raya. Jurang itulah yang digunakan oleh para pemain lama membuli atau mensebotaj pemain baru.
Sementalah ahli politik yang hilang kuasa kebanyakannya masih meneruskan hubungan dengan para saudagar minyak unta. Hubungan itu dilakukan sama ada secara gelap atau berterang-terangan.
Para saudagar minyak unta itu biasanya ialah penyalur modal buat ahli politik.
Integriti dan komitmen kaum birokrat dan peniaga dirosakkan oleh segelintir kecil kalangan pembuat onar dalam sistem pentadbiran negara. Birokrat, saudagar dan ahli politik jahat saling bekerjasama dalam menjarah khazanah negara secara sistematik.
Ada yang sukar untuk dibawa ke pengadilan kerana liciknya permainan kotor itu.
Saudagar-saudagar itu berpakat dengan rangkaian kartelnya merangka seberapa banyak projek pembangunan untuk masyarakat.
Tapi hakikatnya projek-projek pembangunan itu adalah jalan untuk membesarkan karung sendiri. Mereka berselindung atas faedah yang rakyat perolehi.
Inilah antara aktor yang menjejaskan harapan rakyat yang mahukan perubahan politik dalam negara. Aktor-aktor itulah yang boleh meretakkan hubungan antara pimpinan PH.
Keretakan itu sedikit akan membesar jika tidak dibaiki segera. Jangan biarkan retak menanti belah. Sila ambil perhatian, pak menteri.
Jangan jadikan perompak sebagai teman seperjuangan baru. Kesetiakawanan dalam perjuangan dapat dibuktikan semasa susah dan sukar. Saat senang, berhati-hatilah bersalaman dengan kenalan baru. Bimbang bukan tangan yang dihulurkan tetapi beban tanggungan yang sedang dipindahkan.
Pada babak akhir filem Ali Baba itu watak pembantu Ali Baba yang bernama Marjinah – dibawakan oleh Sarimah – berjaya membunuh ketua perompak.
Ya, perompak mesti dihapuskan walaupun kata-kata terakhirnya adalah “ana mati dalam iman”.
Nah, sekarang siapakah Marjinah dalam kerajaan Malaysia Baru ini?
DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah universiti dan penulis buku serta esei. Rencana ini dengan tajuk asal ‘ Saudagar minyak unta di Putrajaya’ tidak semestinya mewakili pandangan MalaysianReview. – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS
KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?
KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara
KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar
The post Pemimpin PH jangan bawa perompak masuk, sejarah Umno rosak kerana saudagar minyak unta appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191708/pemimpin-ph-jangan-bawa-perompak-masuk-sejarah-umno-rosak-kerana-saudagar-minyak-unta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saudagar Minyak Unta Di Putrajaya

Saudagar Minyak Unta Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 357 hits
Dr muhaimin Sulam Al kisahnya saudagar minyak unta ini ialah salah satu watak dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk karya Seniman Agung Allahyarham P Ramlee Pelakon lain yang turut menjayakan filem itu termasuklah Aziz Satar S Shamsuddin Sarima...
Korang Ingat Lelaki Nak Ke Jadikan Perempuan Rosak Sebagai Isteri Kaum Hawa Jangan Murah Sangat

Korang Ingat Lelaki Nak Ke Jadikan Perempuan Rosak Sebagai Isteri Kaum Hawa Jangan Murah Sangat

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 656 hits
Sedihnya realiti zaman sekarang zina dah berleluasa dalam kalangan remaja dekat Malaysia ni Seolah olah aktiviti terkutuk tu bukan sesuatu yang salah dan mana mana remaja yang tak buat benda tu mungkin dianggap kuno atau tak open minded Sat...
Elak Rosak Jangan Lakukan Ini Bila Memandu Kereta Manual

Elak Rosak Jangan Lakukan Ini Bila Memandu Kereta Manual

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 622 hits
Memandu kereta manual pasti melecehkan dan sukar bagi individu yang tidak berkebolehan untuk memandu kenderaan manual berbanding auto Tetapi memandu manual lebih berbaloi kerana ia menjimatkan penggunaan bahan bakar dan prestasi kenderaan l...
6 Jenis Colokan Listrik Yang Berbeda Beda Di Berbagai Negara Jangan Salah Bawa Biar Nggak Mati Gaya

6 Jenis Colokan Listrik Yang Berbeda Beda Di Berbagai Negara Jangan Salah Bawa Biar Nggak Mati Gaya

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 346 hits
Simpan artikel ini karena cepat atau lambat kamu bakal traveling ke luar negeri Colokan tiap negara beda beda lho
Bawa Masuk Uang Asing Hingga Rp 90 Miliar 6 Orang Diamankan Polda Metro

Bawa Masuk Uang Asing Hingga Rp 90 Miliar 6 Orang Diamankan Polda Metro

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 291 hits
Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Raden Prabowo Argo Yuwono mengatakan mereka diamankan di Bandara Internasional Soekarno Hatta Tangerang Banten pada Jumat 12 April sekira pukul 21 00
Perjalanan Umno Masih Jauh Jangan Terleka Dengan Kemenangan Hatrik Di Rantau

Perjalanan Umno Masih Jauh Jangan Terleka Dengan Kemenangan Hatrik Di Rantau

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 466 hits
13 April 2019 yang lalu Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas2 Presiden UMNO yang juga merupakan calun Barisan Nasional telah di umumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau yang sah lepas menewaskan 2 calun Bebas dan seorang c...
Informasi Pindaan Akta 355 Kalau Ph Bawa Usul Pas Sokong Umno Pun

Informasi Pindaan Akta 355 Kalau Ph Bawa Usul Pas Sokong Umno Pun

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 408 hits
Tunggu PH Bawa Usul Pindaan Akta 355KOTA BHARU Sepatutnya Kelantan lebih awal melaksanakan hukum hudud memandangkan sudah dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri sejak 1993 Bagaimanapun kata Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tu...
Ma Ruf Amin Ingatkan Prabowo Pemimpin Jangan Cepat Emosi Sabar Dan Santun

Ma Ruf Amin Ingatkan Prabowo Pemimpin Jangan Cepat Emosi Sabar Dan Santun

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 258 hits
Cawapres nomor urut 01 Ma ruf Amin mengingatkan seorang pemimpin harus bisa menahan emosinya sendiri Harus sabar dan santun
Dia Merayu Jangan Dibuang Sisa Makanan Itu Tindakan Dilakukan Anak Bajau Laut Ini Buat Mata Masuk Habuk

Dia Merayu Jangan Dibuang Sisa Makanan Itu Tindakan Dilakukan Anak Bajau Laut Ini Buat Mata Masuk Habuk

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 781 hits
Berat mata memandang berat bahu yang memikul Melihat kepada kehidupan daif yang dilalui anak anak kecil dan penduduk di kepulauan Mabul Sabah ini ternyata menjentik emosi Dihimpit dengan kemiskinan serta pelbagai dugaan hidup bukan calang c...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias