Perjalanan Umno Masih Jauh Jangan Terleka Dengan Kemenangan Hatrik Di Rantau



13 April 2019 yang lalu, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas2 Presiden UMNO, yang juga merupakan calun Barisan Nasional telah di umumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau yang sah lepas menewaskan 2 calun Bebas dan seorang calun dari Pakatan Harapan, Dr. Streram...

Kemenangan UMNO/BN di Rantau adalah kemenangan ketiga berturut2 menewaskan PH dalam siri PRK yang bermula dari Cameron Highland, Semenyih dan kemudiannya Rantau...

Sokongan Rakyat Kembali Pada Barisan Nasional


Sebenarnya pada UMNO, siri PRK yang di adakan selepas PRU 14 boleh di bahagikan kepada 2 fasa...

Fasa 1 ialah fasa PRK yang di adakan sewaktu UMNO masih di terajui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu PRK Sg. Kandis, PRK Seri Setia dan PRK Balakong...

Fasa 2 pula ialah fasa PRK yang di adakan sewaktu UMNO di pimpin oleh Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas2 presiden, Datuk Seri Utama Mohamad Hj. Hasan atau lebih mesra di panggil Tok Mat Hasan, iaitu PRK Cameron Highland, PRK Semenyih dan PRK Rantau...

Dengan kepimpinan dan daya usaha Tok Mat Hasan, kerjasama yang lebih erat antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam, UMNO dan PAS dapat di laksanakan dengan lebih teratur dan berkesan...


Atas kesedaran kepimpinan tertinggi kedua2 parti UMNO dan PAS terhadap perpecahan masyarakat Melayu Islam yang banyak membawa mudarat, penyatuan ummah yang di gerakkan bukan saja berjaya memantapkan kedua2 parti tapi juga di lihat berjaya menarik kembali sokongan rakyat, terutamanya anak2 muda kepada PAS dan UMNO khasnya...

Perlu Ada Kesinambungan Strategi Bossku Supaya Rakyat Tidak Bosan


Peranan DS Najib atau Bossku dalam menarik sokongan anak2 muda juga merupakan faktor yang amat penting dalam menarik sokongan anak2 muda kepada BN, terutamanya UMNO...


Penjelasan2 berdasarkan fakta yang di berikan oleh DS Najib dalam akaun Facebook beliau terhadap fitnah2 PH ke atas kerajaan BN semasa PRU 14 telah berjaya menyedarkan sebahagian besar rakyat, bahawa selama ini mereka telah terpedaya dengan fitnah dan tipu muslihat pemimpin PH...

Penerangan dari pemimpin BN dan PAS mengenai keadaan sebenar kegawatan ekonomi negara dan sikap berdolak dalih serta suka menuding jari menteri2 PH telah menyebabkan berlaku perubahan gelombang sokongan rakyat daripada PH kepada BN dan PAS...


Namun untuk terus mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada BN dan PAS, pemimpin2 kedua2 parti perlu memikirkan strategi baru kerana kita tidak boleh terus2an mengulangi isu Janji Manifesto PH yang di capati, isu hutang PTPTN, isu TOL dan isu harga minyak...

Lama kelamaan, rakyat akan merasa bosan mendengar isu yang sama di ulang2, sama seperti PH yang terus2an mengulangi cerita 1MDB dan semua salah UMNO/BN dan Najib...

Perlu ada pemimpin pelapis untuk meneruskan usaha DS Najib dalam menarik dan mengekalkan sokongan anak2 muda kepada UMNO/BN, sekiranya kerajaan PH berjaya menghantar DS Najib ke penjara...

Timbul tandatanya, sekiranya DS Najib di diamkan oleh kerajaan PH dengan menghantar beliau ke penjara, apakah DS Zahid Hamidi akan mengambilalih tugas mengekalkan sokongan anak muda kepada UMNO/BN, kerana bermula di PRK Semenyih dan kemudiannya di PRK Rantau, DS Zahid sering di lihat bersama2 Bossku...

Kalau inilah perancangannya, kebanyakan respon dari akar umbi UMNO dan juga golongan pengundi atas pagar menunjukkan tanda tidak setuju kerana mereka berpendapat, sekarang bukan masanya untuk DS Zahid membuat 'come back' kerana di khuatiri akan menyebabkan sokongan rakyat berpatah balik kepada PH...

Bukan admin mahu menafikan jasa DS Zahid kepada UMNO...

Admin akui, jasa dan pengorbanan DS Zahid kepada UMNO sangat besar...

Di saat pemimpin lain menjauhi, mencemuh dan mengeji UMNO, DS Zahid membaluti luka2 UMNO dengan penuh iltizam dan kasih sayang...

Namun apa yang admin nyatakan ialah suara sebenar akar umbi dan golongan pengundi atas pagar yang sedang merancang untuk masuk kembali ke rumah UMNO...

Sebagai pemimpin berpengalaman dan berjiwa besar, admin pasti DS Zahid lebih memahami...

Kuburkan Budaya Feudal Dalam UMNO


Satu perkara yang amat penting untuk di renungkan oleh pemimpin2 UMNO ialah mengenai budaya feudal yang masih menebal dalam di kalangan pemimpin UMNO...

Budaya ingin di sanjung, merasakan kelompok pemimpin adalah kelompok elit, hanya mahu mendengar perkara yang hendak di dengar dan bukannya perkara yang mesti di dengar, bercakap dengan nada keangkuhan adalah sikap yang WAJIB di buang terus dari UMNO...

Kita harus faham, rakyat sekarang adalah rakyat yang bijak, terutamanya golongan muda dan pengundi di atas pagar...


Tidak mencium tangan pemimpin dan tidak menundukkan badan di hadapan pemimpin, tidak bermakna rakyat tidak menghormati pemimpin...

Memberi kritikan yang pedas namun berfakta tidak bermakna rakyat tidak sayangkan pemimpin...

Rakyat akan menyokong dan setia kepada kepimpinan seorang pemimpin dan bukannya pada batang tubuh pemimpin...

Rakyat akan menyayangi jasa dan budi yang di taburkan oleh parti dan bukannya pada lambang sesuatu parti...

Pemimpin UMNO mesti menyelami dan mencari jawapan, bagaimana DS Najib berjaya mengubah penerimaan rakyat terutamanya anak2 muda terhadap beliau...

Dari seorang pemimpin yang di benci dan di caci oleh rakyat, kini DS Najib di sayangi dan sentiasa di dekati oleh rakyat...

Kalau dulu, kehadiran DS Najib di cemuh namun kini kehadiran beliau sentiasa di nanti...

UMNO berada di landasan yang tepat untuk kembali memenangi hati rakyat...


Tok Mat Hasan dengan kepimpinan berwatak sederhana menggerakkan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS...

DS Najib pula dengan kepimpinan berwatak santai makin di sayangi anak2 muda...

UMNO perlu lebih ramai lagi pemimpin2 yang berkarisma seperti Tok Mat Hasan dan DS Najib sekiranya tidak mahu di tolak buat kali kedua oleh rakyat...

UMNO boleh melakukannya, malah sedang melakukannya...


Rakyat menolak UMNO dalam PRU 14 bukan kerana benci pada parti keramat orang Melayu ini tetapi memberi peluang kepada UMNO untuk bermuhasabah dan melakukan pemutihan...

Bila UMNO sudah melakukan kedua2 perkara ini, YAKINLAH, rakyat PASTI akan berbondong2 kembali ke dalam dakapan UMNO..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/04/perjalanan-umno-masih-jauh-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenangan Prk Rantau Referendum Pengundi Muda Tok Mat Beritahu Ph

Kemenangan Prk Rantau Referendum Pengundi Muda Tok Mat Beritahu Ph

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 402 hits
SEREMBAN Mohamad Hasan melihat kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil DUN Rantau sebagai di luar jangka kerana kemenangan selesa yang diperolehinya sebahagian besar disumbangkan oleh saluran pengundi muda Timbalan presiden Umno...
Rantau Memilih Semoga Tok Mat Beroleh Kemenangan

Rantau Memilih Semoga Tok Mat Beroleh Kemenangan

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 342 hits
RANTAU 13 April Tepat jam 8 pagi pusat pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau dibuka bagi memberi laluan kepada 20 793 pengundi biasa menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kawasan tersebut PRK D
Masih Lemas Sandiaga Kemungkinan Tak Hadiri Syukuran Kemenangan Bersama Prabowo

Masih Lemas Sandiaga Kemungkinan Tak Hadiri Syukuran Kemenangan Bersama Prabowo

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 260 hits
Dia mengatakan walaupun kemungkinan tak datang ke acara syukuran Sandiaga terus menjalin komunikasi dengan Prabowo Keduanya juga berkoordinasi terkait langkah langkah ke depan pasca Pemilu
Pemimpin Ph Jangan Bawa Perompak Masuk Sejarah Umno Rosak Kerana Saudagar Minyak Unta

Pemimpin Ph Jangan Bawa Perompak Masuk Sejarah Umno Rosak Kerana Saudagar Minyak Unta

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 513 hits
Dr Muhaimin Sulam memberi peringatan kepada pemimpin Pakatan Harapan akan sejarah Umno Foto Sinar Harian oleh Dr Muhaimin Sulam Al kisahnya saudagar minyak unta ini ialah salah satu watak dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk karya Seniman Agun...
Masih Tunggu Post Mortem Prk Dun Rantau Anwar

Masih Tunggu Post Mortem Prk Dun Rantau Anwar

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 339 hits
Anwar IbrahimPORT DICKSON Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau belum menerima laporan lengkap post mortem Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau termasuk dakwaan unsur sabotaj oleh anggota parti pada pemilihan yang ...
Anwar Dan Rafizi Menggegar Rantau Ceramah Umno Makin Suram

Anwar Dan Rafizi Menggegar Rantau Ceramah Umno Makin Suram

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 470 hits
Belum pun Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim dan Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli memulakan ucapan masing masing ribuan pengundi membanjiri Pekan Rantau malam ini Ternyata aura kedua dua pemimpin yang rapat dengan rakyat ini menyebabkan tap...
Jangan Iktiraf Uec Pemuda Umno

Jangan Iktiraf Uec Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO tidak bersetuju sebarang pengiktirafan ke atas Sijil Pendidikan Bersepadu dan mendesak kerajaan mempertahankan sistem pendidikan sedia ada Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pengiktirafan UEC hanya akan m...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor