Saudagar Minyak Unta Di Putrajaya


Dr muhaimin Sulam     
Al-kisahnya, saudagar minyak unta ini ialah salah satu watak dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk karya Seniman Agung Allahyarham P Ramlee

Pelakon lain yang turut menjayakan filem itu termasuklah Aziz Satar, S Shamsuddin, Sarimah dan Normadiah.

Filem diterbitkan pada 1961 itu memberi gambaran sinikal tentang politik tanah air. Perompak - yang terdiri daripada pelbagai latar - bersatu untuk menjayakan misi perjuangan mereka - membesar perut dan tembolok masing-masing.

Ketua perompak dan gerombolannya berpura-pura menjadi saudagar minyak unta bagi merompak orang kaya baru.

Pada dunia hari ini, babak demi babak dalam filem puluhan tahun silam itu menjadi analogi kepada kartel-kartel penjahat beraksi di hadapan pemimpin PH yang baru berkuasa.

Atas kepintaran ketua perompak itu, akhirnya Ali Baba yang budiman terpesona. Daripada perompak durjana mereka - para penyamun itu - berlakonlah menjadi saudagar yang bertaubat.

Dalam hidup sebenar, jangan sekali-kali kita biarkan perompak berada di dalam rumah. Ketua perompak yang menyamar sebagai saudagar itu berpura-pura sementara sahaja. Apabila waktu sesuai tiba, dia akan menjadi dirinya yang sebenarnya.

Keluar masuk Putrajaya
Oleh itu, para pimpinan PH janganlah sewenang-wenangnya membawa perompak menjadi teman baru. Perompak biasanya akan tetap perompak. Mereka akan merompak bukan sahaja wang ringgit, harta benda tetapi integriti PH.

Akhirnya PH akan menjadi seperti rejim lepas yang membelasah khazanah negara semahu-mahunya. Mereka itulah yang nanti akan 'menjual' PH dengan sewenang-wenangnya.

Sejarah Umno juga begitu. Pada awal perjuangannya ia didukung oleh rakyat marhean. Setelah berkuasa, lama kelamaan parti itu dimasuki saudagar minyak unta yang merosakkan akar kekuatan mereka.

Ini bukanlah soal Umno atau parti lain. Ini adalah persoalan sifat kuasa dan perangai orang berkuasa.

Kini orang-orang yang berlagak seperti saudagar minyak unta dalam filem P Ramlee sedang berkeliaran, keluar masuk pintu Putrajaya mencari lubang dan peluang.

Mereka merompak secara berjemaah. Sama-sama makan hasil haram, sama-sama tutup rahsia.

Lingkaran saudagar ini adalah dunia kapitalis yang tamak. Mereka adalah kaum pemodal jahat yang menggunakan kekuatan modal untuk meraih keuntungan maksimum.
Jika perlu gunakan wang sogokan untuk mereka memperolehi projek, saudagar itu akan melakukannya tanpa banyak masalah.

Jika perlu gunakan kemudahan, kemewahan atau perempuan sundal, saudagar jenis itulah juga yang akan sanggup menyuap.

Saudagar minyak unta adalah bapa perompak. Kerjayanya merompak wang negara secara besar-besaran. Merompak siang-siang tanpa segan silu.

Menjarah secara sistematik
Saudagar minyak unta mempunyai rangkaian di semua jabatan utama dalam sistem birokrat. Di pasar, di padang, di pejabat, di jalan raya, di ladang, hatta di dalam masjid dan kuil pun mereka sudah ada rangkaian.

Mereka sebati dengan sistem siasah dan birokrasi negara. Ahli politik yang baru memperolehi kuasa dianggap sebagai pemain baru dalam sistem. Hal itu kerana ahli politik lama sudah terkeluar dari sistem akibat kalah pilihan raya. Jurang itulah yang digunakan oleh para pemain lama membuli atau mensebotaj pemain baru.

Sementalah ahli politik yang hilang kuasa kebanyakannya masih meneruskan hubungan dengan para saudagar minyak unta. Hubungan itu dilakukan sama ada secara gelap atau berterang-terangan.

Para saudagar minyak unta itu biasanya ialah penyalur modal buat ahli politik.

Integriti dan komitmen kaum birokrat dan peniaga dirosakkan oleh segelintir kecil kalangan pembuat onar dalam sistem pentadbiran negara. Birokrat, saudagar dan ahli politik jahat saling bekerjasama dalam menjarah khazanah negara secara sistematik.

Ada yang sukar untuk dibawa ke pengadilan kerana liciknya permainan kotor itu.

Saudagar-saudagar itu berpakat dengan rangkaian kartelnya merangka seberapa banyak projek pembangunan untuk masyarakat.

Tapi hakikatnya projek-projek pembangunan itu adalah jalan untuk membesarkan karung sendiri. Mereka berselindung atas faedah yang rakyat perolehi.

Inilah antara aktor yang menjejaskan harapan rakyat yang mahukan perubahan politik dalam negara.

Aktor-aktor itulah yang boleh meretakkan hubungan antara pimpinan PH.

Keretakan itu sedikit akan membesar jika tidak dibaiki segera. Jangan biarkan retak menanti belah. Sila ambil perhatian, pak menteri.

Jangan jadikan perompak sebagai teman seperjuangan baru. Kesetiakawanan dalam perjuangan dapat dibuktikan semasa susah dan sukar. Saat senang, berhati-hatilah bersalaman dengan kenalan baru.
Bimbang bukan tangan yang dihulurkan tetapi beban tanggungan yang sedang dipindahkan.

Pada babak akhir filem Ali Baba itu watak pembantu Ali Baba yang bernama Marjinah - dibawakan oleh Sarimah - berjaya membunuh ketua perompak.

Ya, perompak mesti dihapuskan walaupun kata-kata terakhirnya adalah "ana mati dalam iman".

Nah, sekarang siapakah Marjinah dalam kerajaan Malaysia Baru ini?

DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah universiti dan penulis buku serta esei.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/saudagar-minyak-unta-di-putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ph Jangan Bawa Perompak Masuk Sejarah Umno Rosak Kerana Saudagar Minyak Unta

Pemimpin Ph Jangan Bawa Perompak Masuk Sejarah Umno Rosak Kerana Saudagar Minyak Unta

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 484 hits
Dr Muhaimin Sulam memberi peringatan kepada pemimpin Pakatan Harapan akan sejarah Umno Foto Sinar Harian oleh Dr Muhaimin Sulam Al kisahnya saudagar minyak unta ini ialah salah satu watak dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk karya Seniman Agun...
Putrajaya Offers Rm550 Mil In Easy Loans To Oil Palm Smallholders

Putrajaya Offers Rm550 Mil In Easy Loans To Oil Palm Smallholders

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 225 hits
The government is also providing an additional RM100 million in assistance to palm oil entrepreneurs to obtain the Malaysian Sustainable Palm Oil certification PETALING JAYA Putrajaya will help smallholders by providing them RM550 million i...
Prksandakan Putrajaya Lulus Projek Bernilai Rm2 28 Bilion Untuk Sandakan

Prksandakan Putrajaya Lulus Projek Bernilai Rm2 28 Bilion Untuk Sandakan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 326 hits
Adakah ini satu kebetulan atau memang rasuah pilihanraya Kenapa umum sekarang Hendak pancing undikah Sekiranya ia dilakukan kerajaan BN maka akan Pakatan Harapan pastinya akan menjerit jerit mengatakan ini rasuah pilihanraya Tapi sekarang b...
Putrajaya Okays Rm2 28 Billion Worth Of Projects For The Sandakan By Election

Putrajaya Okays Rm2 28 Billion Worth Of Projects For The Sandakan By Election

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 291 hits
Putrajaya has approved 49 development projects worth RM2 28 billion in Sandakan In a statement Finance Minister Lim Guan Eng said the projects would benefit close to 400 000 people He said the federal government had set aside an allocation ...
Usm Gets More Money From Putrajaya Than Penang Does Says Backbencher

Usm Gets More Money From Putrajaya Than Penang Does Says Backbencher

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 293 hits
Gooi Hsiao Leung speaks to reporters outside the state assembly chambers today GEORGE TOWN A Penang backbencher today urged Putrajaya to increase the amount of funding for the state saying a local public university there receives more than ...
Lawatan Mufti Wilayah Ke Cawangan Ar Rahnu Yapeim Putrajaya

Lawatan Mufti Wilayah Ke Cawangan Ar Rahnu Yapeim Putrajaya

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 704 hits
Jazakallah diucapkan kepada Sahibus Samahah Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Mufti Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Syariah YaPEIM bersama ahli Jawatan Kuasa atas lawatan ke Ar Rahnu YaPEIM cawangan Putrajaya Prec...
Putrajaya Awaits Sarawak Package Of Constitutional Changes

Putrajaya Awaits Sarawak Package Of Constitutional Changes

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 198 hits
The federal minister for legal affairs Liew Vui Keong held discussions with Sarawak Chief Minister Abang Johari today KUCHING Any decision to retable a constitutional amendment on the status of Sabah and Sarawak will depend on a motion to b...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever