Pemimpin Kanan Umno Ahli Keluarga Bakal Curi Tumpuan Sekali Lagi


MalaysiaNow Berdepan kes rasuah, pengubahan wang haram, dan elak bayar cukai, ahli politik Umno akan hadir ke mahkamah dalam usaha mengelak hukuman penjara, denda dan larangan aktif berpolitik.

Sembilan individu yang mempunyai hubungan dengan Umno berdepan beberapa pertuduhan akan berada di mahkamah bagi membela diri sekali gus mengelak hukuman penjara, denda dan larang berpolitik. Dari baris atas: Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan; (tengah) Abdul Azeez Abdul Rahim, Bung Mokhtar Radin, Shahrir Samad; (bawah) Tengku Adnan Mansor, Muhammad Shafee Abdullah dan Rosmah Mansor. Perbicaraan mahkamah berhubung pertuduhan rasuah melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno dan individu yang berkait dengan mereka sudah dijadualkan akan diadakan dari sekarang hingga Jun tahun depan dan tumpuan akan dihalakan kepada mereka selepas kelompongan kuasa seketika yang menyaksikan naib presiden parti itu, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri.
Di kedudukan teratas senarai itu adalah perbicaraan Najib Razak yang sedang berjalan ketika ini, melibatkan empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.28 bilion, selain 21 lagi pertuduhan berhubung kes pengubahan wang melibatkan dana bernilai RM4.3 bilion atau lebih dikenali kes 1MDB-Tanore.
Perbicaraan tersebut ditangguhkan Khamis lalu selepas pemimpin Umno itu mengadap Yang di-Peruan Agong di Istana Negara bagi mengesahkan sokongannya kepada Ismail.
Semakan terhadap jadual perbicaraan bagi kes 1MDB-Tanore menunjukkan sejumlah 75 hari ditetapkan antara September 2021 dan Jun 2022.
Perbicaraan Najib itu kemudian disusulil dengan perbicaraan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dalam kes pengubahan wang haram dan memberikan kenyataan palsu, yang akan menyaksikan sebutan semula kes didengar pada 24 Ogos di Mahkamah Tinggi.
Ahli Parlimen Pontian itu didakwa melakukan pengubahan wang haram selepas gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya dari Najib bagi penyerahan cukai 2013, selain memberikan beberapa kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.
Pendengaran kes beliau akan di bermula Jun tahun depan.
Setelah itu adalah perbicaraan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang akan disambung pada 25 Ogos.
Bekas menteri dalam negeri itu berdepan hukuman 20 tahun penjara bagi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah sekitar RM42 juta daripada sebuah syarikat bagi melanjutkan kontrak sebagai operator sistem visa asing (VLN).
Zahid turut dituduh menerima rasuah dalam beberapa mata wang: S$1,150,000, RM3,000,000, €15,000 dan AS$15,000 daripada syarikat yang sama.
Dalam pada itu, perbicaraan bagi kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan melibatkan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah juga akan turut disambung semula pada 27 Ogos.
Shafee berdepan pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang dikatakan diberi oleh Najib, selain memberikan kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Turut sama dijadualkan adalah pendengaran kes bagi bulan Ogos ini adalah perbicaraan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.
Kes beliau akan berjalan selama empat hari bermula 23 Ogos.
Bung dan isterinya Zizie Izette didakwa menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta daripada seorang agen pelaburan sebagai tukaran pelaburan sebanyak RM150 juta dalam bentuk unit amanah Public Mutual oleh Felcra yang ketika kejadian Bung merupakan pengerusi bukan eksekutifnya.
Kesalahan tersebut jika disabitkan boleh membawa hukuman lebih dari 20 tahun penjara.
Pada 6 September depan pula, kes melibatkan ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim pula akan didengar di mahkamah.
Beliau sedang merayu kesnya di mahkamah bagi menggugurkan kesemua 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang yang dihadapi beliau.
Bekas pengerusi Tabung Haji itu didakwa m menerima RM5.2 juta rasuah bagi beberapa projek membina jalan raya, selain 10 pertuduhan 10 pengubahan wang haram melibatkan sekitar RM140 juta.
Kerajaan juga sedang berusaha untuk melucut hak RM16 juta daripada beberapa akaun milik isteri Azeez dan anak-anaknya dalam satu kes yang akan didengar pada 8 Oktober depan.
Bukan isteri Azeez anak-anaknya sahaja yang turut diheret ke mahkamah.
Isteri Najib, Rosmah Mansor juga akan turut mencuri tumpuan sekali lagi 9 September depan di mana Mahkamah Tinggi akan memutuskan keputusan berhubung rayuannya untuk menukar bekas hakim Mahkamah Persekutuan sebagai ketua pendakwa raya.
Rosmah sedang berdepan hukuman 20 tahun hukuman penjara berhubung pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6.5 juta dari seorang ahli perniagaan sebagai ganjaran membantu syarikatnya mendapatkan projek sistem solar hibrid dan penyelenggaraan set generator diesel di sekolah-sekolah pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Perbicaraan bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad yang kesnya mirip dengan Ahmad Maslan didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima dari Najib akan didengar pada April tahun depan.
Satu kes melibatkan Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Mansor pula belum lagi dijadualkan.
Pihak pendakwaan kini sedang merayu untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 16 Julai lalu yang menggugurkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan ketika beliau memegang jawatan menteri Wilayah Persekutuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/pemimpin-kanan-umno-ahli-keluarga-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejayaan Hari Pertama Pm Bertugas Berkongsi Jet Eksekutif Kerajaan Dengan Ramai Pemimpin Dan Ahli Parlimen Umno

Kejayaan Hari Pertama Pm Bertugas Berkongsi Jet Eksekutif Kerajaan Dengan Ramai Pemimpin Dan Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 353 hits
ADAKAH JET EKSEKUTIF PERDANA MENTERI SUDAH JADI BAS EKSPRESS Shahbudin HusinHari ini adalah hari pertama Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah pada Sabtu lalu Selepas masuk ke pejabatnya pagi...
Saman Sampai Jirat Ahli Parlimen Segambut Bakal Saman Pemimpin Pas

Saman Sampai Jirat Ahli Parlimen Segambut Bakal Saman Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 121 hits
August 27 2021 Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata ahli politik Perikatan Nasional yang berkongsi poster palsu di media sosial akan menerima notis tuntutan daripada peguamnya dalam masa terdekat Yeoh berkata pejabatnya telah membuat ...
23 Ahli Umno Memberontak Bakal Hadapi Kesukaran Di Pru 15

23 Ahli Umno Memberontak Bakal Hadapi Kesukaran Di Pru 15

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 266 hits
Sukar ahli Parlimen UMNO memberontak pertahan kerusi pada PRU15 kata penganalisis 23 ahli Parlimen Umno yang ingkar arahan parti untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat sukar mempertahankan kerusi mereka...
Please Stay Strong Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Yana Samsudin Positif Covid 19

Please Stay Strong Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Yana Samsudin Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 376 hits
Pelakon Yana Samsudin memaklumkan bahawa seluruh ahli keluarganya yang berada di Yong Peng telah disahkan positif Covid 19
Ismail Sabri Sah Bakal Pm Ke 9 Dengan Sokongan 114 Ahli Parlimen

Ismail Sabri Sah Bakal Pm Ke 9 Dengan Sokongan 114 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 400 hits
Dato Seri Ismail Sabri Foto AwaniSeramai 114 ahli parlimen akan dipanggil ke Istana Negara hari Kesemua ahli ahli parlimen berkenaan akan tiba dalam lima kumpulan bermula jam 10 pagi Mereka terdiri daripada ahli parlimen daripada Gabungan P...
Umno Mula Berang Ismail Sabri Ketepikan Kumpulan 15 Ahli Parlimen Berjaya Guling Muhyiddin

Umno Mula Berang Ismail Sabri Ketepikan Kumpulan 15 Ahli Parlimen Berjaya Guling Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 686 hits
puteradaily comMeski UMNO sudah berjaya mendakap kerusi Perdana Menteri masih lagi kedengaran suara suara tidak puas hati dalam parti itu terhadap Ismail Sabri Yaakob Paling kuat terdengar suara tidak tidak puas hati ialah berikutan tindaka...
Kluster Mahkamah Kelompok Baru Bakal Wujud Dari Rci Cadangan Umno

Kluster Mahkamah Kelompok Baru Bakal Wujud Dari Rci Cadangan Umno

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 315 hits
Oleh Sirajuddin AhmadJika Siasatan DiRaja seperti yang dituntut oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Pemuda UMNO berjaya ditubuhkan pasti sekali mereka yang dipanggil untuk siasatan mahkamah RCI juga akan digelar Kluster Mahkamah RCI Ini ad...
Agak Malang Umno Tidak Menguasai Menteri Kanan Dan 2 Kementerian Penting Kewangan Dan Kdn

Agak Malang Umno Tidak Menguasai Menteri Kanan Dan 2 Kementerian Penting Kewangan Dan Kdn

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 166 hits
PAS 0 Menteri Kanan Pemimpin umno yg tidak terpilih perlu kuatkan parti untuk PRU15 Persiapan Timbalan Presiden Naib Presiden Ketua Wanita dan Ketua Pemuda Baru juga agak jelas Dibarisi Hishamuddin Kj dan Annuar Musa Anak Musa Aman sedang d...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free

Beyond The Arrest Colorado Springs Criminal Lawyers Advocate For Your Freedom