Pemimpin Bercanggah Pendirian Bagaimana Ph Boleh Kerjasama Dengan Bersatu


 
Nicholas Chung -April 30, 2022     Dalam PH, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyokong kemungkinan bekerjasama dengan Bersatu, tetapi segelintir pemimpin DAP menentangnya.PETALING JAYA: Seorang penganalisis cuba menunjukkan bagaimana Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu boleh bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang tanpa memecahbelahkan pakatan pembangkang.
Menyentuh pandangan bercanggah parti komponen PH mengenai kerjasama dengan Bersatu, ahli sains politik Wong Chin Huat berkata, kerjasama politik boleh datang dalam bentuk barisan bersatu atau pakatan untuk mengelak pertembungan, atau pakatan separa yang bertujuan untuk meminimumkan pertembungan banyak penjuru.
Beliau berkata, mustahil bagi PH dan Bersatu membentuk barisan bersatu disebabkan perbezaan ideologi, dan pakatan yang teguh juga sukar dibina disebabkan permusuhan antara PAS dan Amanah serta antara PKR dan bekas ahlinya yang kini menganggotai Bersatu.
Bagaimanapun, katanya pakatan separa boleh diwujudkan.

Wong Chin Huat.“Bersatu, PKR dan Amanah berminat untuk bekerjasama. Mereka bimbang akan kehilangan beberapa kerusi kecil pada PRU15 dan sanggup membuat perjanjian,” katanya kepada FMT.
“Jika rundingan itu berjaya, kita mungkin melihat perjanjian separa. Sebagai contoh, Bersatu mungkin mengelak pertembungan dengan Amanah dan PKR – kecuali di kerusi yang dipegang geng Azmin Ali – tetapi masih berdepan DAP di beberapa kerusi tetap.
“Sementara itu, PAS mungkin membuat perjanjian dengan PKR tetapi masih menyasarkan kerusi Amanah.”
Ditanya sama ada beliau berpendapat PAS akan berpisah dengan Bersatu disebabkan pendirian berbeza mengenai kerjasama dengan PH, Wong bercakap mengenai hubungan bawah payung Perikatan Nasional yang seperti “perkahwinan demi kesenangan”.
Katanya, ikatan itu tidak ada kaitan dengan keyakinan parti Islam berkenaan terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang menerajui Bersatu.
“Apa yang penting pada PAS adalah bagaimana ia boleh melindungi kawasannya daripada pertembungan banyak penjuru dan sama ada ia boleh menumpaskan Amanah,” katanya.
Baru-baru ini, Muhyiddin berkata, Bersatu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti bagi memastikan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.
Ini bertentangan dengan pendirian sekutunya dalam PN, Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang berkata, partinya tidak akan bekerjasama dengan PH.
Dalam PH, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyokong kemungkinan bekerjasama dengan Bersatu, tetapi pemimpin DAP seperti Loke Siew Fook dan Lim Guan Eng menentangnya.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid.Seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, beliau percaya PN “mungkin berpecah” disebabkan pendirian bercanggah Bersatu dan PAS untuk bekerjasama dengan PH, dan PAS akan mempertimbangkan memulihkan pakatan Muafakat Nasional dengan Umno.
Beliau berkata, Bersatu mungkin sedar bahawa satu-satunya harapan mereka untuk terus memegang sedikit kuasa adalah untuk menjalin hubungan dengan PH.
“Namun, PAS tidak boleh bersekutu dengan DAP sekali lagi, setelah ia berjaya menanam dalam diri orang Melayu dakwaan DAP anti-Melayu,” katanya.
“Ahli Bersatu masih mempunyai DNA Umno dalam diri mereka. Tanpa jawatan berkuasa, Bersatu berisiko dilupakan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/pemimpin-bercanggah-pendirian-bagaimana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Bersatu Mahu Kerjasama Dengan Parti Politik

Awani Ringkas Bersatu Mahu Kerjasama Dengan Parti Politik

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 281 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Pasleaks Sebabkan Pas Tidak Boleh Dipercayai Lagi Dakwa Bekas Pemimpin

Pasleaks Sebabkan Pas Tidak Boleh Dipercayai Lagi Dakwa Bekas Pemimpin

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 226 hits
BORHAN AHMADTindakan Pas yang hanya mengenepikan dakwaan kebocoran maklumat sulit Pas dengan menafikannya telah menyebabkan parti itu kini menjadi parti yang tidak boleh dipercayai Bekas Naib Presiden Pas yang kini Naib Presiden AMANAH Datu...
Tutup Pintu Kata Guan Eng Berhubung Kerjasama Dengan Bersatu Pas

Tutup Pintu Kata Guan Eng Berhubung Kerjasama Dengan Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 265 hits
freemalaysiatoday com April 18 2022 10 00 AMLim Guan Eng berkata selain Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya PETALING JAYA DAP men...
Lebih Baik Pulang Ke Pangkuan Umno Pemimpin Bersatu Sabah Diberitahu

Lebih Baik Pulang Ke Pangkuan Umno Pemimpin Bersatu Sabah Diberitahu

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 211 hits
Lebih baik pulang ke pangkuan Umno pemimpin Bersatu Sabah diberitahu Pemimpin Bersatu Sabah dilihat mempunyai masa depan lebih cerah dalam politik jika pulang ke pangkuan Umno Setiausaha Umno Sabah Jafry Ariffin berkata langkah itu lebih ba...
Bimbang Melayu Boleh Terima Pemimpin Rasuah

Bimbang Melayu Boleh Terima Pemimpin Rasuah

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 242 hits
SEWAKTU Pilihan Raya Negeri Johor pada bulan lalu terdapat kaji selidik dilakukan oleh beberapa pihak baik daripada parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan bagi mendapat maklumat mengenai kecenderungan pengundi Di antara soalan popu...
Pru 15 Anwar Tak Tolak Bincang Kerjasama Dengan Bersatu

Pru 15 Anwar Tak Tolak Bincang Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 249 hits
agendaily com19 4 2022Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju berbincang lebih lanjut dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan mengadakan perbincangan lanjut dengan Tan Sri ...
Tiada Kerjasama Dengan Pas Di Terengganu Bn Tanding Semua Kerusi Pru15

Tiada Kerjasama Dengan Pas Di Terengganu Bn Tanding Semua Kerusi Pru15

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 290 hits
PETALING JAYA Umno Terengganu sudah memuktamadkan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke 15 dan akan meletakkan calon bertanding di semua 32 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri serta lapan...
Mn Mana Mati Hadi Masih Harap Kerjasama Dan Kerusi Empuk Hanya Di Selangor Noh Udang Mimpi Nak Jadi Mb Gamaknya

Mn Mana Mati Hadi Masih Harap Kerjasama Dan Kerusi Empuk Hanya Di Selangor Noh Udang Mimpi Nak Jadi Mb Gamaknya

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 191 hits
MN sudah mati UMNO PerlisPiagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan ketika Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019 Gambar FBKerjasama dalam Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO disifatkan sudah mati walaupun ada segelintir ahli UMN...
Tengah Beratur Nak Beli Roti John Sekali Peniaga Boleh Ubah Tanda Harga Buat Ramai Terkejvt

Tengah Beratur Nak Beli Roti John Sekali Peniaga Boleh Ubah Tanda Harga Buat Ramai Terkejvt

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 398 hits
Apabila pergi ke bazar Ramadan harga yang berpatutan dengan makanan yang diingini pastinya akan menjadi keutaman para pelanggan Mana tidaknya sedikit sebanyak poket mereka rasa terjamin
Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As

Lebai Pas Adun Adun Sungai Ramal Mohon Maaf Tanpa Syarat Pada Ahli Parlimen Dap