Bimbang Melayu Boleh Terima Pemimpin Rasuah


SEWAKTU Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada bulan lalu, terdapat kaji selidik dilakukan oleh beberapa pihak baik daripada parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapat maklumat mengenai kecenderungan pengundi.

Di antara soalan popular yang diajukan ialah berkenaan rasuah dan pemimpin. Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada maklum balas diberikan responden atau pengundi Melayu untuk soalan berkaitan rasuah dan pemimpin ialah mereka tiada masalah untuk menerima pemimpin rasuah kerana itu tidak memberi kesan secara terus kepada kehidupan mereka.

Ia tidak dianggap gejala cukup serius untuk diberi perhatian kerana pada mereka ialah “apa aku dapat hari ini”.

Maka dengan itu juga tiada masalah untuk mereka menyokong mana-mana parti politik seperti yang diarahkan selepas menerima RM100 atau RM200 kerana dengan wang tersebut telah menyelesaikan masalah mereka pada hari berkenaan.

Sedarkah mereka ataupun pedulikah mereka kesan jangka panjang hasil daripada tindakan dan keputusan yang mereka lakukan tanpa membuat pertimbangan wajar, melainkan hanya mengikut arahan setelah mendapat sejumlah kecil wang?

Orang Melayu harus mengambil serius bahaya rasuah. Jangan ambil sikap sambil lewa. Orang Melayu memang ramai mempunyai sikap sedemikian, iaitu sambil lewa dan menganggap sesuatu itu tidak apa, sedangkan ia mungkin memberikan kesan yang serius. Gejala rasuah adalah sesuatu yang bukan sahaja serius malah berbahaya.

Malangnya, kesan rasuah tidak bersifat serta-merta. Kesan dan bahayanya akan dirasa apabila sudah terlambat. Jika penyakit, ia ialah sudah menjadi kanser, susah diubat atau mungkin tiada ubat. Cara yang paling berkesan ialah mencegah.

Orang Melayu harus sedar tentang bahaya gejala rasuah. Mereka akan kehilangan segala-galanya sekiranya isu rasuah ini tidak diambil serius. Orang Melayu boleh kehilangan negara tercinta ini malah lebih dahsyat lagi, mereka boleh kehilangan maruah.

Tidak mungkin kita mahu dikenali sebagai bangsa yang mudah disogok dan senang dibeli. Di mana maruah kita pada ketika itu? Sedangkan Melayu dianggap sebagai antara bangsa yang hebat di bumi ini.

Kita lihat isu tanah rizab Melayu. Baru-baru ini dalam Konvensyen Tanah Melayu 2022, didedahkan bahawa tanah rizab Melayu hanya tinggal 23 peratus berbanding 50 peratus yang sepatutnya. Ini amat memberi kesan kepada orang Melayu sebenarnya.

Peratusannya semakin menguncup. Jika tidak diberi perhatian, mungkin akan tinggal sedikit sahaja. Lihat Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, berapa banyak tanah rizab Melayu yang tinggal? Maka jadi realitilah seperti mana seni kata lagu “anak kecil main api, bumi dipijak milik orang”.

Bagaimana pula tanah rizab Melayu ini boleh berkurangan? Sedangkan tanah rizab Melayu sepatutnya tidak boleh ditukar milik kepada bukan Melayu. Jika kita lihat proses dan prosedur untuk menukar status tanah rizab Melayu kepada tanah komersial atau pertanian biasa, ia adalah satu proses yang amat rumit.

Apabila sesuatu yang amat rumit dan hampir mustahil untuk mendapat kelulusan seperti menukar status tanah rizab Melayu ini, tetapi sebaliknya apa yang kita lihat ia seperti mudah pula untuk sekumpulan orang mendapatkannya. Sudah tentulah ada unsur-unsur rasuah yang terlibat.

Ini adalah salah satu contoh bahayanya rasuah yang akan memberi kesan buruk kepada orang Melayu secara langsung iaitu kehilangan harta dan hak milik Melayu.

Oleh: AZMAN MOHD. HASHIM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/05/bimbang-melayu-boleh-terima-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suu Kyi Dipenjara Lima Tahun Terima Rasuah

Suu Kyi Dipenjara Lima Tahun Terima Rasuah

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 149 hits
MAHKAMAH junta Myanmar hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah membabitkan beberapa pemimpin politik kanannya Suu Kyi menafikan segala tuduhan yang mendakwa dia menerima rasuah wang tunai ...
Pemimpin Bercanggah Pendirian Bagaimana Ph Boleh Kerjasama Dengan Bersatu

Pemimpin Bercanggah Pendirian Bagaimana Ph Boleh Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 145 hits
April 30 2022 Dalam PH Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyokong kemungkinan bekerjasama dengan Bersatu tetapi segelintir pemimpin DAP menentangnya PETALING JAYA Seorang penganalis...
Pasleaks Sebabkan Pas Tidak Boleh Dipercayai Lagi Dakwa Bekas Pemimpin

Pasleaks Sebabkan Pas Tidak Boleh Dipercayai Lagi Dakwa Bekas Pemimpin

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 190 hits
BORHAN AHMADTindakan Pas yang hanya mengenepikan dakwaan kebocoran maklumat sulit Pas dengan menafikannya telah menyebabkan parti itu kini menjadi parti yang tidak boleh dipercayai Bekas Naib Presiden Pas yang kini Naib Presiden AMANAH Datu...
Terima Rasuah Itu Jenayah Bukan Sekadar Salah Laku

Terima Rasuah Itu Jenayah Bukan Sekadar Salah Laku

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 139 hits
Oleh Nurul Aisyah ISU hakim kes Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerima rasuah dari Jho Low sedang hangat diperkatakan Pemimpin Pakatan Harapan terutamanya bergilir gilir membuat kenyat...
2 Penjawat Awam Terima Rasuah Masing Masing Berjumlah Rm50 000 Rm100 000 Ditahan Sprm

2 Penjawat Awam Terima Rasuah Masing Masing Berjumlah Rm50 000 Rm100 000 Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 187 hits
The ReporterSeorang penjawat awam lelaki di Putrajaya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Jumaat lalu kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM100 000 Suspek berusia 30 an yang bertugas di sebuah agensi keraj...
Bekas Pesakit Covid 19 Sukar Terima Kelonggaran

Bekas Pesakit Covid 19 Sukar Terima Kelonggaran

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 148 hits
Bekas pesakit COVID 19 sukar terima kelonggaran Bekas pesakit dan keluarga mangsa COVID 19 mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan kelonggaran beberapa protokol utama prosedur operasi standard COVID 19 berkuatkua...
May Day Jokowi Sampaikan Pesan Terima Kasih Dan Penghargaan Tinggi

May Day Jokowi Sampaikan Pesan Terima Kasih Dan Penghargaan Tinggi

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 332 hits
Jokowi menjelaskan mengenai peran buruh sehingga perekonomian di Indonesia terus tumbuh dan bergerak maju
Putin Lebih Mungkin Luncurkan Perang Nuklir Daripada Terima Kekalahan Di Ukraina

Putin Lebih Mungkin Luncurkan Perang Nuklir Daripada Terima Kekalahan Di Ukraina

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 151 hits
Presiden Rusia Vladimir Putin dinilai lebih mungkin untuk meluncurkan perang nuklir daripada menerima kekalahan dalam perang di Ukraina Klaim ini disampaikan seorang editor ternama televisi pemerintah Rusia Margarita Sinyoman
Gelar Open House Virtual Gubernur Ganjar Terima Aduan Pmi Yang Bekerja Di Singapura

Gelar Open House Virtual Gubernur Ganjar Terima Aduan Pmi Yang Bekerja Di Singapura

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 209 hits
Keluhan disampaikan perwakilan PMI di Singapura asal Salatiga bernama Yuli Menurut Yuli PMI di Singapura sedang resah karena muncul isu terkait aturan yang menyulitkan kepulangan mereka ke Indonesia
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach