Pru 15 Anwar Tak Tolak Bincang Kerjasama Dengan Bersatu


agendaily.com19/4/2022
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju berbincang lebih lanjut dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan mengadakan perbincangan lanjut dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung cadangan kerjasama politik, khususnya dalam berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Walaupun, terkesan dengan Langkah Sheraton yang menyaksikan kegagalan beliau menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan hanya setelah 22 bulan memerintah, Anwar berkata sebagai orang Islam beliau perlu berbaik dengan semua pihak.

Kenyataan beliau itu berbeza dengan pendirian dua parti gabungan Pakatan Harapan (PH) – AMANAH dan DAP – yang sama sekali menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Anwar yang juga Presiden PKR dan Pengerusi PH memberi alasan sebagai seorang pemimpin dan seorang yang beragama Islam, beliau mesti bersedia untuk berbaik-baik dengan mereka yang ikhlas untuk berdamai.

Beliau memetik ayat 10, Surah Al Hujurat yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih).”

“Tapi kalau nak jadi pimpinan politik dan kata jangan bincang dengan sesiapa, tak betul. Saya kalau perdana menteri minta jumpa esok, saya ubah suai, saya jumpa. Walaupun dari segi politik itu permusuhan politik.

“Bukan bermakna nak berdamai, bermakna untuk menjalankan beberapa kerja dari segi soal negara, soal rakyat. Kalau saya jumpa PM itu untuk minta projek komisyen DNB, itu haram namanya.

“Kalau untuk kebajikan, saya fikir untuk jadi pemimpin yang diketengahkan di arus perdana, harus ada kesediaan untuk tidak dilihat sebagai pemimpin kelompok atau parti yang sempit.

“Tetapi (pemimpin) yang keras prinsipnya tegas, tapi ada kesediaan untuk berbincang ini dalam Sunnah Rasulullah SAW. Ini yang berlaku dan kita tak lari dari itu,” katanya memetik laporan dalam wawancara khas bersama MKini.

Awal bulan ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menjelaskan beliau mengambil insiatif merintis kerjasama politik dengan beberapa pihak selepas didatangi pemimpin parti lain, termasuk Pejuang.

Menurutnya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beliau didatangi beberapa pemimpin parti politik yang menyuarakan mengenai pembentukan kerjasama bagi mengelak pertembungan banyak penjuru.

“Selepas Pilihan Raya Negeri Johor, saya didatangi oleh beberapa orang pemimpin parti politik termasuk daripada Parti Pejuang.

“Mereka menyuarakan pandangan kepada saya bahawa lebih baik parti-parti selain Barisan Nasional merintis suatu bentuk kerjasama politik bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam PRU-15.

“Mereka sedar bahawa majoriti rakyat tidak menyokong Barisan Nasional (BN) yang masih terpalit dengan imej kleptokrasi. Tetapi oleh kerana berlaku pertembungan banyak penjuru antara parti-parti politik yang bertanding, undi anti-BN berpecah.

“Ini menyebabkan BN dapat memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor walaupun ditolak oleh majoriti rakyat,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/pru-15-anwar-tak-tolak-bincang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Sedia Bincang Dengan Parti Lain Pastikan Bn Hadapi Satu Lawan Satu

Bersatu Sedia Bincang Dengan Parti Lain Pastikan Bn Hadapi Satu Lawan Satu

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 215 hits
agendaily com25 4 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana mana parti politik bagi memastikan Barisan Nasional berdepan saingan satu lawan satu...
Parti Yang Ada Kaitan Dengan Mahathir Tak Payah La Nak Kerjasama Mengarut Takut Dengan Kamu Sekali Orang Tolak

Parti Yang Ada Kaitan Dengan Mahathir Tak Payah La Nak Kerjasama Mengarut Takut Dengan Kamu Sekali Orang Tolak

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 228 hits
Menuju PRU 15 Perlu teroka kerjasama dengan parti anti BN Seandainya trend pengundian yang dilihat pada Pilihan Raya Negeri Melaka Sarawak dan Johor kekal yang mana pengundi Atas Pagar enggan keluar membuang undi maka mungkin satu penjajara...
Anwar Tak Jadi Pm Pada 2020 Tolak Gadai Prisip

Anwar Tak Jadi Pm Pada 2020 Tolak Gadai Prisip

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 183 hits
Anwar tak jadi PM pada 2020 tolak gadai prisipPosted By on April 22Dua tahun selepas pengumuman Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia di hotel Le M ridien Kuala Lumpur bahawa beliau memiliki majoriti meyakinkan untuk mengambil alih Kerajaan P...
Mat Sabu Tak Pernah Kata Ph Tak Patut Bincang Dengan Bersatu Pas Salahuddin

Mat Sabu Tak Pernah Kata Ph Tak Patut Bincang Dengan Bersatu Pas Salahuddin

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 207 hits
Mat Sabu tak pernah kata PH tak patut bincang dengan Bersatu PAS Salahuddin Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata presidennya Mohamad Sabu mungkin disalah petik ketika memberi amaran kepada Pakatan Harapan supaya tidak bekerjasam...
Anwar Not Ruling Out Talks With Bersatu

Anwar Not Ruling Out Talks With Bersatu

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 268 hits
For example if the prime minister asked to meet tomorrow I would reschedule my appointments and make time to see him although politically we are enemies he told the portal Pakatan Harapan leader Anwar Ibrahim has indicated that talks with B...
Tutup Pintu Kata Guan Eng Berhubung Kerjasama Dengan Bersatu Pas

Tutup Pintu Kata Guan Eng Berhubung Kerjasama Dengan Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 265 hits
freemalaysiatoday com April 18 2022 10 00 AMLim Guan Eng berkata selain Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya PETALING JAYA DAP men...
Presiden Amanah Tolak Bersatu Dan Pas Timbalan Presiden Pula Mahu Dua Parti Itu Diterima

Presiden Amanah Tolak Bersatu Dan Pas Timbalan Presiden Pula Mahu Dua Parti Itu Diterima

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 254 hits
Pemimpin pembangkang diminta berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan Khemah Besar sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 Sehubungan itu Naib Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Salahuddin...
Awani Ringkas Bersatu Mahu Kerjasama Dengan Parti Politik

Awani Ringkas Bersatu Mahu Kerjasama Dengan Parti Politik

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 281 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Bersatu Open To Discussions With Other Political Parties

Bersatu Open To Discussions With Other Political Parties

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 411 hits
Bersatu is still open to discussions with other political parties in facing the 15th general election said party president Muhyiddin Yassin Muhyiddin said discussions were still going on with like minded parties to achieve victory in GE15 I...
Murtabak Kulit Popia

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As