Pemilik The Edge Najib Suruh Saya Keluar Dari Rumahnya Selepas Saya Bagitahu Jho Low Mencuri Duit 1mdb



Pemilik akhbar The Edge, Datuk Tong Kooi Ong, menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang pernah mengakui tidak mengenali ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Menurut Tong, Najib telah diberi amaran tentang penglibatan Jho Low di dalam 1MDB sejak tahun 2015 lagi.

Tong juga menyatakan, Datuk Seri Nazir Razak, iaitu adik Najib, telah pergi ke London bersama Tong untuk menemui Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan masalah 1MDB ini.Tong dan Nazir juga telah berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, untuk menyuarakan kerisauan mereka tentang penglibatan Jho Low dalam 1MDB.
Selain itu, Tong dan Nazir juga telah berjumpa dengan beberapa wakil kerajaan lain bagi menggariskan betapa pentingnya usaha membongkar segala kerenah yang sedang berlaku di dalam 1MDB.

Pada 10 Februari 2015, Tong, bersama Ketua Pegawai Eksekutif  The Edge Ho Kay Tat telah bertemu Clare Rewcastle-Brown di Singapura untuk berjumpa dengan Xavier Andre Justo.

Pertemuan ini adalah untuk mendapatkan bukti kukuh tentang penglibatan Jho Low di dalam 1MDB.

Justo telah memberi satu hard disk yang mengandungi lebih 227,000 dokumen. Data ini melebihi 90 gigabyte dan sekarang digunapakai sebagai bahan bukti oleh pihak berkuasa seluruh dunia.

Ini merupakan bukti kukuh tentang penglibatan Jho Low dalam 1MDB. Lebih kurang tiga minggu selepas itu, Tong telah berjumpa dengan Najib pada 6 Mac 2015 di rumah beliau di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Menurut Tong, pertemuan ini diuruskan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang merupakan ahli Parlimen Baling dan Pengerusi Tabung Haji pada waktu itu.

Di dalam pertemuan ini, Tong telah menjelaskan kepada Najib secara teliti, bagaimana Jho Low mencuri wang dari 1MDB.

Tong juga menjelaskan kepada Najib tentang individu-individu lain yang bersubahat dengan Jho Low untuk mencuri wang 1MDB.

Dalam pertemuan ini juga, kata Tong, beliau menjelaskan kepada Najib tentang institusi yang Jho Low gunakan untuk mencuri wang 1MDB.

Bagaimanapun, katanya, reaksi Najib setelah mendapat maklumat ini mengejutkan Tong.

“Najib amat sensitif tentang penglibatan Jho Low,” kata Tong melalui sebuah rencana yang ditulis beliau dalam akhbar The Edge bertarikh 24 November 2018.“Kami duduk di ruang tamu rumah beliau di Taman Duta. Hanya kami berdua di dalam kamar itu."Saya telah menjelaskan bagaimana Jho Low, melalui syarikat Good Star, telah mencuri wang dari 1MDB. Tetapi reaksi Najib setelah mendapat maklumat ini mengejutkan saya,” jelas Tong.“Beliau bangkit dari kerusinya, berjalan ke pintu masuk kamar itu, dan suruh saya keluar dari rumahnya,” tambah Tong lagi.
[Artikel Berkaitan : Najib Arah Sembunyikan Kehadiran Jho Low Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB] 

Dua hari setelah dihalau dari rumah Najib, pada 7 Mac 2015, akhbar The Edge mula melaporkan mengenai Jho Low dan 1MDB.

Laporan yang berjudul “Shahrol, jelaskan Good Star, wang 1MDB yang membayar syarikat ini, dan kenapa kamu terima arahan Jho Low” telah diterbitkan The Edge pada 7 Mac 2015.

Dalam minggu-minggu seterusnya, bekas pengarah media Najib, Paul Stadlen telah berjumpa dengan Tong beberapa kali untuk meminta beliau tidak meneruskan laporan 1MDB yang boleh menjejaskan nama baik Najib.

“Walaupun laporan The Edge bertumpu kepada isu 1MDB dan Jho Low, Paul Stadlen dengan jelas menyatakan kepada kami, segala serangan media terhadap Jho Low sama seperti serangan terhadap Najib sendiri,” kata Tong.

The Edge bagaimanapun tetap meneruskan laporan penipuan 1MDB selepas itu. Laporan terakhir dibuat The Edge sebelum lesennya ditarik balik berjudul “Bagaimana Jho Low dan Petro Saudi menipu Malaysia sebanyak US$1.83 bilion tunai”.

Pada 24 Julai 2015, lesen terbitan mingguan The Edge dan harian Financial Daily telah ditarik oleh Menteri Dalam Negeri.

“Najib tahu apa yang Jho Low lakukan. Kami di The Edge telah berikan bukti yang cukup. Tetapi Najib telah membisukan kami dengan menutup akhbar kami,” kata Tong lagi.
Pada 23 September 2015, Mahkamah Tinggi Persekutuan membatalkan tarikan lesen terbitan The Edge dan Financial Daily dan memutuskan bahawa tarikan lesen ini dalah tidak sah dari segi undang-undang.

The Edge dan Financial Daily memulakan operasi mereka setelah lesen terbitan dikembalikan atas arahan mahkamah selepas waktu itu.

Astro Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/pemilik-edge-najib-suruh-saya-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utusan Najib Arah Keluar Maklumat Jho Low Dalam Laporan Audit 1mdb Yang Disediakan Ketua Audit Negara

Utusan Najib Arah Keluar Maklumat Jho Low Dalam Laporan Audit 1mdb Yang Disediakan Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 410 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak didakwa tahu kes 1MDB dan pelik cuma seakan mengakui ditipu Jho Low sahaja Foto Jinwei Foundation New Straits TimesDatuk Seri Najib Tun Razak didakwa mengarahkan laporan asal 1Malaysia Development Berhad ya...
Najib Knew What Jho Low Did But He Shut Us Down Says The Edge Boss

Najib Knew What Jho Low Did But He Shut Us Down Says The Edge Boss

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 317 hits
The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong slammed Datuk Seri Najib Razak for feigning ignorance over 1Malaysia Development Bhd in an opinion piece in his weekly paper The Edge today pic The Truenet by Tong Kooi Ong Datuk Seri Najib Razak in ...
Najib Arah Sembunyikan Kehadiran Jho Low Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1mdb

Najib Arah Sembunyikan Kehadiran Jho Low Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1mdb

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 310 hits
Najib sebelum ini mengatakan beliau tidak kenal Jho Low Kenyataan ini dipinda kemudiannya menyatakan bahawa beliau kenal Jho Low tetapi hanya dari segi professional Jabatan Audit Negara Malaysia mengesahkan bahawa Jho Low menghadiri mesyuar...
Video Najib Mengaku Mungkin Ditipu Jho Low Skandal 1mdb

Video Najib Mengaku Mungkin Ditipu Jho Low Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 307 hits
Jika sebelum ini bekas menteri dan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengaku semua ditipu dalam skandal 1MDB kini giliran Najib pula mengakui ditipu Jho Low Foto Sinar Harian LIVESHAH ALAM Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau ditipu...
Edge Boss Najib Kicked Me Out When Told About Jho Low S Scam

Edge Boss Najib Kicked Me Out When Told About Jho Low S Scam

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 314 hits
Edge Media Group chairperson Tong Kooi Ong has rubbished former prime minister Najib Abdul Razak s claims of ignorance over the 1MDB scandal Tong claimed that in 2015 he had personally informed Najib of evidence that fugitive businessperson...
1mdb Najib Akui Pentadbirannya Telah Di Tipu Oleh Jho Low

1mdb Najib Akui Pentadbirannya Telah Di Tipu Oleh Jho Low

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 368 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui pentadbirannya telah ditipu oleh jutawan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dalam urusan 1Malaysia Development Bhd Katanya tindakan perlu diambil terhadap Jho Low sekira...
Utusan Dedah Najib Arahkan Padam Aktiviti Jho Low Dalam 1mdb

Utusan Dedah Najib Arahkan Padam Aktiviti Jho Low Dalam 1mdb

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 403 hits
SUMBER berita milik Umno Utusan Online semalam mendedahkan bagaimana Najib telah mengarahkan supaya pembabitan dirinya dan penjenayah paling dikehendaki negara Jho Low dipadam daripada laporan aktiviti 1MDB Utusan yang memetik sumber melapo...
The Edge Boss Says Told Najib About 1mdb But Was Shown The Door

The Edge Boss Says Told Najib About 1mdb But Was Shown The Door

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 385 hits
The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong has slammed Datuk Seri Najib Razak for feigning ignorance over 1Malaysia Development Bhd saying that he had tried to explain the situation but was ignored by the latter In an opinion piece in his wee...
Bos Edge Najib Usir Saya Bila Cakap Penipuan Jho Low

Bos Edge Najib Usir Saya Bila Cakap Penipuan Jho Low

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 318 hits
24 Nov 2018 Pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong menangkis dakwaan bekas perdana menteri Najib Razak yang mengatakan tidak tahu menahu mengenai skandal 1MDB Tong mendakwa pada tahun 2015 beliau secara peribadi memaklumkan Najib di ked...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kuntilanak En F Rbannad Kvinnas Sj Ls V Ndning I Det M Rka Skogens Djup

Sarapan Di Restoran Mak Kimbong Bangi

Netanyahu Berang Icc Keluar Waran Tangkap

Nasi Goreng Sutun Jjcm Ke Fesko Utm

Explore Your Roots How To Plan A Family Heritage Trip

Hiburan Pernah Kena Label Sebagai Penyondol Rupanya Nissa Sabyan Ayus Dah Bernikah